Hari jumaat lepas, giliran kak ema pulak belanja sempena hari jadi dia yang telah lepas , bulan 10 hari tu. Kali ni kita cuba kedai yang baru beroperasi di Shah Alam Ogos lepas, iaitu House of Nasi Kerabu. Kedai yang berasal dari Kelantan ni yang dulunya lama beroperasi di bahagian bawah Pasar Lama MPKB di Kota Bharu dikenali sebagai Restoran NARA.
Signboard kedai..Sederet dengan MC Donalds..
Dulu bangunan Maybank tak silap saya.
Ada kerja kosong jugak bagi sesiapa yang tengah cari kerja tu.
Antara menu yang special disini .
Jom la tengok deko dalam restoren ni.Kebanyakan dinding dihiasi dengan gambar Kelantan lama dengan memaparkan beberapa keping gambar-gambar lama sekitar Kota Bharu.
Salah satu lukisan yang menghiasi ruang kedai
Ada dua pilihan tempat makan.. Satu bahagian bawah dan satu atas
Dari tingkat atas
Ada wau bulan lagi tu kat dinding
Makanan utama di House of Nasi Kerabu
Hidangan tambahan di House of Nasi Kerabu
Kak Ema dan Ida sedang menulis borang pesanan makanan
Terima kasih serve kami walau agak lambat dan kelam kabut
Hi Alman :) Alman dah besar...
Selfie seround...
Haruslah wefie kan :)
Hari tu saya pilih Set Nasi Kerabu Ayam Percik Narathiwat. Tapi sedikit mengecewakan sebab saya ni memang peminat ayam percik kan. Kuah ayam perciknya seperti ditambah tepung jagung tapi tiada tepung jagung sebenarnya digunakan menurut mereka.Lagi satu ayam tu macam dikukus jer. Kalau yang asli mestilah digrill atau dipanggang. Grill atas pan pun tak per dah kalau tak boleh sangat kan. huhuhu.
Lada solok pulak, langsung tak rasa ikan pun dah la RM2.50 satu. Sangat kecewa. Tumis budu pulak , bagi saya tak lebih dari budu yang mungkin ditambah gula. Untuk yang tak pernah makan nasi kerabu sedap, mungkin lah boleh cuba. Saya tak tahu la, kalau yang di Gombak tu rasa dia sama ker tak sama sebab belum pernah sampai. Mungkin lepas ni saya tak akan order nasi kerabu ayam percik dah sebaliknya cuba menu yang nampak lagi menggiurkan dalam facebook iaitu Nasi Kukus Ayam Dara tuh. Semoga mereka memperbaiki mutu makanan especially yang saya cuba ini iaitu Ayam Percik ni. Boleh cuba resepi ayam percik bonda saya :p
Ini Ad punya Nasi Kerabu Narathiwat Daging Bakar. Ad kata daging bakar dia lembut.
Teh O Ais
Apapun, Terima kasih Kak Ema belanja kami :)
Korang suka makan nasi kerabu ? Kat mana nasi kerabu yang korang suka makan?
LOT G08, GROUND FLOOR,
KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM,
SEKSYEN 14 PESIARAN TASIK, 40000, SHAH ALAM, SELANGOR.
Blog : http://houseofnasikerabu.blogspot.com/
Facebook : https://www.facebook.com/HouseofNasiKerabu