Thursday, November 20, 2014

Lunch @ House of Nasi Kerabu, Kompleks PKNS, Shah Alam

Hari jumaat lepas, giliran kak ema pulak belanja sempena hari jadi dia yang telah lepas , bulan 10 hari tu. Kali ni kita cuba kedai yang baru beroperasi di Shah Alam Ogos lepas, iaitu House of Nasi Kerabu. Kedai yang berasal dari Kelantan ni yang dulunya lama beroperasi di bahagian bawah Pasar Lama MPKB di Kota Bharu dikenali sebagai Restoran NARA.

Signboard kedai..Sederet dengan MC Donalds..

Dulu bangunan Maybank tak silap saya.

Ada kerja kosong jugak bagi sesiapa yang tengah cari kerja tu.


Antara menu yang special disini .


Jom la tengok deko dalam restoren ni.Kebanyakan dinding dihiasi dengan gambar Kelantan lama dengan memaparkan beberapa keping gambar-gambar lama sekitar Kota Bharu. 


Salah satu lukisan yang menghiasi ruang kedai


Ada dua pilihan tempat makan.. Satu bahagian bawah dan satu atas

Dari tingkat atas

Ada wau bulan lagi tu kat dinding

Makanan utama di House of Nasi Kerabu

Hidangan tambahan di House of Nasi Kerabu

Kak Ema dan Ida sedang menulis borang pesanan makanan

Terima kasih serve kami walau agak lambat dan kelam kabut

Hi Alman :) Alman dah besar...

Selfie seround...


Haruslah wefie kan :)



Hari tu saya pilih Set Nasi Kerabu Ayam Percik Narathiwat. Tapi sedikit mengecewakan sebab saya ni memang peminat ayam percik kan. Kuah ayam perciknya seperti ditambah tepung jagung tapi tiada tepung jagung sebenarnya digunakan menurut mereka.Lagi satu ayam tu macam dikukus jer. Kalau yang asli mestilah digrill atau dipanggang. Grill atas pan pun tak per dah kalau tak boleh sangat kan. huhuhu.


Lada solok pulak, langsung tak rasa ikan pun dah la RM2.50 satu. Sangat kecewa. Tumis budu pulak , bagi saya tak lebih dari budu yang mungkin ditambah gula. Untuk yang tak pernah makan nasi kerabu sedap, mungkin lah boleh cuba. Saya tak tahu la, kalau yang di Gombak tu rasa dia sama ker tak sama sebab belum pernah sampai. Mungkin lepas ni saya tak akan order nasi kerabu ayam percik dah sebaliknya cuba menu yang nampak lagi menggiurkan dalam facebook iaitu Nasi Kukus Ayam Dara tuh. Semoga mereka memperbaiki mutu makanan especially yang saya cuba ini iaitu Ayam Percik ni. Boleh cuba resepi ayam percik bonda saya :p 

Ini Ad punya Nasi Kerabu Narathiwat Daging Bakar. Ad kata daging bakar dia lembut. 

Teh O Ais 


Apapun, Terima kasih Kak Ema belanja kami :) 

Korang suka makan nasi kerabu ? Kat mana nasi kerabu yang korang suka makan? 

LOT G08, GROUND FLOOR,
KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM,
SEKSYEN 14 PESIARAN TASIK, 40000, SHAH ALAM, SELANGOR.
Blog : http://houseofnasikerabu.blogspot.com/
Facebook : https://www.facebook.com/HouseofNasiKerabu

Monday, November 17, 2014

Tragedi Konvokesyen ke 20 TTAUiTM dan Tarian 1 Malaysia

Kenapa tragedi? Kesian betul kat my Nuha semalam dan maaf kepada kawan-kawan dia yang terkena tempias dia. Agaknya perut masuk angin lepas tu minum pulak milo. Apa lagi muntah tak berhenti lah dia. Sampaikan dah give up nak buat persembahan yang dah dipraktiskan hampir 2 bulan. Kalau ikut saya, memang kesian habis la nak bagi dia buat persembahan. Yer lah, mak mak kan touching lebih. Lepas tu cikgu suruh saya duk kat depan balik sebab my Nuha dah start drama queen tak nak buat persembahan. Cikgu pujuk-pujuk digagahkan jua buat persembahan.


Masa time amik skrol pun dia sempat pergi muntah lagi. Masa nama dia hampir dipanggil cikgu pun panik sebab tak muncul-muncul sebab pergi muntah. Berlari jugak saya dan cikgu cari dia. Nyaris terlepas amik skrol. Abah dia pun tak sempat amik gambar dia atas pentas amik skrol sebab semua dalam keadaan panik.Tragedi ke tragedi tu? Memang kami akan ingat sampai bila-bila lah tu. Nak amik skrol balik kena tunggu berbelas tahun lagi lah nampaknya , In sya Allah. Saya pun entah sempat ker tidak tengok dia amik skrol lagi pun wallahualam kan. 

Masa dia buat persembahan, mak pulak yang terlebih berdebar sebab bimbang dia tak boleh buat dan muntah kat pentas tu. Sepanjang persembahan duk berdoa jer dalam hati. hahaha. Tu gaya anak buat persembahan tarian lagi. Nanti anak nak exam pengesanan sekolah kebangsaan next week tak tahu macam mana pulak kan. hahaha



Spot my Nuha. Tu yang hujung sekali belah kiri yang pakai baju iban tu..hihihi..


Ni masa dah balik rumah baru larat nak posing tu pun dah petang. Baju pun dah tercabut..

Cikgu bagi gambar pre konvo siap dengan frame dan gambar sekelas dia..


Close up sket. Cikgu siap buh lipstick .

Adik pun tak sempat posing kat majlis kakak..hahaha


Lepas konvo , hubby bawak celebrate kat KFC tapi ......

puteri sulong dah tumbang sebab dah 4 kali muntah


puteri kedua pulak tumbang jugak sebab pukul 6 lebih dah bangun

Apa lagi..dating la laki bini :p  My hubby wakilkan tangan jer katanya..hampeh :p

 
Jemput makan. Bismillah...

Anak korang ada yang konvokesyen tadika jugak ker ? Tahniah kepada semua. Bermula cabaran alam persekolahan tahun depan pulak yer :) 

p/s:

Berapa pasang kasut dan baju sekolah harus dibeli yer :p Dilema....

Thursday, November 13, 2014

My New RayBan , silau bertambah 4 kali ganda , kenapa yer?

Tahun ni genap tiga tahun saya bercermin mata secara konsisten semasa memandu . Saya rabun jauh masa diploma lagi tapi saya on off jer pakai sebab tak rabun sangat. Power pun tak naik sangat. Duk tang tu jer 100. Tapi silau saya telah bertambah dari 50 tahun lepas menjadi 225. Agak mendadak kenaikannya patut lah hari tu masa memandu malam saya rasa silau sangat, rupanya powernya dah lari.Rabun silau juga dikenali sebagai Astigmatism. Betul ke kerap menggosok mata menjadi punca rabun silau ni makin naik? Saya memang gemar la gosok mata tuh..hahaha. Papa Mifz tolong jawabkan plz :)


Kadang – kadang rabun silau boleh disebabkan oleh masalah kornea seperti parut pada kornea, luka pada kornea dan keratokonus (keadaan dimana kornea semakin menipis dan semakin berbentuk kon). - http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/umum/optomeri/rabun-silau


rabun silau

Mata Normal
Kali ni saya memilih spek yang berbingkai besar pulak. Dah bosan pakai jenis yang berbingkai kecil . Dan seperti biasa pilihan saya jenis yang tiada nose pad yang menyusahkan tu .

Inilah my new RayBan

Harga spek dengan lense photogrey RM270. Patutnya RM290 tapi saya cakap nak harga tahun lepas jugak so dia bagi saya diskaun. 
Hadiah anniversary untuk diri sendiri tahun ni..hahaha

Dah pakai spek ni dua hari tapi saya masih tak serasi lagi dengan spek ni. Saya pakai spek ni rasa macam saya pakai kasut tumit tinggi. Bila drive macam saya dalam MPV ok. Tak perlu beli MPV, pakai spek ni jer..hahaha. Mungkin sebelum ni saya pakai bingkai yang kecil kot jadi ada beza besar bila pakai jenis bingkai besar ni sebab kantanya besar. huhuhu. Esok kalau tak ok lagi, saya nak kena betulkan balik nampaknya. 


My Nuha cakap Ummi macam cikgu sekolah...hahahaha

Korang rasa ok tak ? Apa macam cikgu besar ??? nak kena ni..nak kena...hahaha

Footage of a little girl and her personal water park. This might be the cutest video you have ever seen. 

Wednesday, November 12, 2014

elisma HomeToStay , Meru, Klang alami pengalaman homestay bak berada di rumah sendiri

elisma HomeToStay terletak di Meru Klang.Untuk makluman, homestay ini hanya terbuka kepada pelanggan muslim sahaja dan hanya menerima pelanggan yang berkeluarga atau berkumpulan yang sama jantina. Lokasi yang terletak kira-kira  30 minit dari Bandaraya Shah Alam ini menyediakan kemudahan asas yang pasti menyelesakan bersesuaian dengan moto elisma HomeToStay iaitu Keselesaan Anda Keutamaan Kami. 

Melangkah masuk ke homestay elisma HomeToStay, memang anda akan rasai seperti berada di rumah sendiri dengan sentuhan dekorasi yang memukau hasil sentuhan tangan pemilik homestay ini sendiri. Tapi jangan tak balik pulak sudah lah yer :) Cuti sekolah dan musim konvokesyen pun dah nak dekat, yang mana nak datang jalan-jalan Shah Alam atau konvokesyen UiTM tu, boleh la tempah dengan segera yer :) 


No 7A, Lot 3705
Jalan Nenas 42200 Meru Klang
Selangor Darul Ehsan



Koordinat
Latitude: 3.1434777 , Longitude: 101.4140713 


Kadar Bayaran:

> Hari Minggu (Check-in Jumaat, Sabtu dan Public Holiday)
   RM 200
> Hari Biasa ( Check-in Ahad - Khamis)
   RM 200
Check in / Check out:
Check in   : 2pm
Check out : 12pm

**  Sila maklumkan jika anda ingin check out lewat. Bayaran RM10/hour akan dikenakan bagi penambahan masa check-out. (bergantung kepada kekosongan).

Kemudahan di Homestay:


-  3 bilik tidur
     Bilik 1: 1 katil Queen + almari baju + kabinet + kipas + aircond



              Bilik 2: 2 katil super single + kipas.


   Bilik 3: 1 tilam queen + almari baju + kipas.
-  2 Bilik Air.


-  Ruang tamu beserta TV (Njoi) + sofa + kipas + aircond


-  Peralatan memasak ringkas + dapur gas + kettle + oven + peti ais.

-  Ruang makan beserta set meja makan.

Deposit sebanyak RM50/night untuk 'confirmation' tempahan.

Sila SMS/Whatapps/Call 012.670.1933 bagi tujuan tempahan.

Bayaran penuh boleh dibuat semasa mengambil kunci homestay. (Tidak termasuk Deposit)
Deposit akan diserahkan semula selepas check-out

elisma HomeToStay juga menyediakan pakej sarapan pagi hanya untuk hari minggu (6 orang) :

Pakej 1: RM 25 (Bayaran Tambahan/meal) > 1 hidangan berat + Minuman
Pakej 2: RM 35 (Bayaran Tambahan/meal) > 1 hidangan berat + Kuih + Minuman


** Telah dikemaskini pada 22 September 2015

Friday, November 07, 2014

Sambutan Hari Lahir Yang Tertunda @ Kenny Rogers Roaster, Plaza Alam Sentral

Assalamualaikum dan selamat pagi . Hari jumaat penghulu segala hari sudah hari ni. Ni cerita makan-makan last week sempena pakatan hari lahir tahun ni. Birthday saya kan masa raya haritu lepas tu asyik la tertunda-tunda sampai dah masuk bulan birthday kak ema pulak. Buntu tak tau nak makan western yang best , nak pergi Laman Grill tak mampu kan, so pergi Kenny Rogers Roasters lah kita kat Plaza Alam Sentral tu saja.



Mula-mula posing lah dulu sebelum makan-makan. Aktiviti wajib macam biasa. Lepas dah wefie, tak puas hati nampak muka ajer, suruh pulak waitress KRR amikkan gambar. Kan, baru puas hati. Nak kena beli monopod baru puas hati ni.

Wefie

Spot the differents ;p 



Sementara tunggu makanan


Dah boleh makan :) Teringat dulu-dulu..Cuma Niza jer tak der..sobsss...

My chocolate muffin. 

Pilihan all time favourite . hahaha


Ok. Kat bawah ni nak tayang FM terbaru yang diterima dari Kak Ema yang baru balik melancong ni hah..Jangan jelez uolss :p 


FM dari Bosnia Herzegovina gitu :) 

Bosnia and Herzegovina (Bosna i Hercegovina, Босна и Херцеговина, usually shortened to BiH[3] is a European country located on the Balkan peninsula. It was formerly part of Yugoslavia but gained independence in 1992. It borders Croatia to the north, west and southwest, Serbia to the east and Montenegro to the southeast. Mostly mountainous, it has access to a tiny portion of the Adriatic Sea coastline in the south.http://wikitravel.org/en/Bosnia_and_Herzegovina

FM dari Greece gitu :) 

Greece is one of the world's most popular tourist destinations, ranking in the world's top 20 countries. According to the Greek Ministry of Tourism, the nation received about 20 million visitors in 2013, a large number for a small country of 11 million. Visitors are drawn to the country's beaches and reliable sunny summer weather, its nightlife, historical sites and natural beauty. - http://wikitravel.org/en/Greece

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)