Bulan lepas cuma 11 hari saja saya bekerja kerana menjaga anak dan cuti hari raya aidiladha tempoh hari. Anak-anak sakit adalah kifarah dosa-dosa ibu bapa kan? So, mak redha jer lah. Susulan dari demam campak hari tu, ingat demam akan kebah bila campak tu dah kering tapi nan hado.Setiap 4 jam terpaksa bagi makan ubat demam. Hati dah mula tak keruan. Akhirnya pergi DEMC amik darah tapi darah still clear.
Lepas 3 hari , atas nasihat doctor blogger, Daddy Ziyyad, sekali lagi amik darah dan sah my Nayla ada terkena jangkitan kuman. Doktor suruh segera masuk wad tapi malangnya tiada kekosongan di DEMC kecuali baby cot. So doktor di DEMC buat refferal letter untuk admit di mana-mana hospital yang available. Call KPJ Klang tanya dia kata ada kekosongan tak tapi tiada kekosongan bilik dengan kelayakan insuran kami katanya. Tak perlah kena tambah pun janji dapat katil saya kata. Terus ke KPJ Klang sampai sesat. Padahal 10 minit jer kot dari rumah saya..hahaha
Isi borang kemasukan untuk my Nayla sebab memang tiada rekod kesihatan di situ sebab ini pertama kali datang KPJ Specialist Klang ni. Sementara menunggu insuran settle , my Nayla kena interview dengan doktor pasal sejarah kesihatan dia, xray, amik darah dan buat line untuk masuk ubat dan air . Dalam pukul 2 lebih baru dapat bilik. Lama jugak la prosesnya untuk check in tuh sampai tertidur la my Nayla kat katil bilik emergency. Kiranya ni pengalaman kedua menjaga anak di hospital. Dulu my Nuha, skang giliran my Nayla pulak. Dulu my hubby masuk hospital sekali sebab denggi, so tak dapat nak jaga dia, tapi saling jaga menjaga.hahaha
Tag pakai kat kaki
My Nayla lepas dah masuk line dan masuk wad dah. Masa ni makan tak berapa nak lalu dah.
Kakak yang seronok dapat tengok adik sambil main kat playroom.
Breakfast hari kedua.
Breakfast hari ketiga dan keempat saya request sama jer.
Yang best aiskrim yogurt ni..hahaha
pernah makan?
Menu untuk dipilih. Tak banyak pilihan sangat. Makan sedap kat DEMC lagi *cough*
Hari kedua still tak nak bangun lagi..Tapi dah selera nak makan. Minum jer tak nak.
Hari ketiga dah boleh main-main kat playroom.
Mak tumpang selfie :p
Ni hari terakhir. Dah mula buat perangai lempar-lempar barang bila marah dan degil nak makan sendiri.
Tengah tunggu bil.. Petang jugak baru discharge dalam pukul 6.
Wad yang ada kat KPJ Klang ( snap kat dalam lif ;p)
Kadar bilik di KPJ Specialist , Klang
Bil terkumpul : RM 3789.30 . Cuma perlu tambah RM18.55 untuk tambahan kelayakan bilik yang terkurang :) Kalu DEMC pandai dia adjust sampai tak kena caj bilik biasanya.Kami guna insurans AIA.
Overall servis tidak mengecewakan. Tapi kalau nak compare dengan tempat beranak lagi dikenang *cough* DEMC *cough* lagi bagus servisnya. Masa hari mula-mula saya masuk tu yang tak berapa nak puas hati sebab my Nayla panas dia sampai cecah 39 ℃ sebelum tu dan lepas 4 jam nurse tak datang check pun . Lepas setengah jam tak datang jugak, saya panggil nurse suruh tengokkan sebab saya memang standby termometer dalam beg.Sebelum nurse check saya check dulu. Dia kata sepatutnya setiap 4 jam. Saya pun cakap elok-elok , dah lebih 4 jam dah ni. Terus dia datang bagi ubat supp tu kat my Nayla. Lagi satu memang lama tunggu bilnya sampai 5.30 baru call untuk amik bil padahal sebelum lunch lagi doktor dah bagitau dah boleh discharge.
Terima kasih para doktor dan nurse yang memberikan rawatan kepada anakanda . Selamat menjalani tugas di taman syurga dengan sepenuh jiwa...
Barangsiapa yg menjenguk orang sakit, maka dia senantiasa berada dalam sebuah taman surga sampai dia pulang kembali. [HR. Muslim No.4658].
Apabila seorang muslim mengunjungi saudaranya sesama muslim, maka orang itu senantiasa berada dalam sebuah taman surga. Beliau ditanya; Bagaimana taman surga itu? Beliau menjawab: 'Taman yg penuh dgn buah-buahan yg dapat dipetiknya [HR. Muslim No.4660].
Terima kasih jugak kepada ibu pengasuh Nayla dan keluarga yang datang menjenguk dan tak lupa ofiz mate yang datang melawat. Semoga mendapat ganjaran pahala..