Wednesday, September 24, 2014

Kenapa perlu korban di Kemboja pulak ?

Tu soalan pertama yang biasa orang tanya bila saya cakap pasal ibadat korban di Kemboja. Korang tahu tak kenapa perlu korban di Kemboja kenapa tidak di Malaysia jer kan. Jawapannya mudah sangat.Sebab umat Islam di Kemboja lebih memerlukan berbanding kita. Biasa berlaku di Malaysia selepas musim haji, peti sejuk penuh dengan daging korban sehingga disimpan berbulan-bulan. Alamak..Macam pernah terjadi pada saya pulak yer. Setahun daging korban duk dalam peti sejuk beku sampai lupa nak makan dah.Tapi kat kemboja nuh nak dapat sebahagian daging korban seperti mendapat emas yang sangat berharga nilainya. Mereka yang miskin hanya makan daging setahun sekali itu pun kalau dapat bahagian daripada korban dilakukan di kampung mereka.


Macam mana nak buat ibadah korban kat kemboja ni ? Jawapannya mudah sahaja. Korang tak perlu nak ke Kemboja belikan lembu atau kambing tapi pihak eQurban yang akan buatkan untuk korang. Semua urusan tempahan dan bayaran boleh dilakukan secara online dan yang paling best Pihak eQurban menyediakan sijil pengesahan untuk setiap tempahan yang dibuat . So , korang boleh melakukan ibadah korban tanpa was-was dengan eQurban. So korang tak der beralasan lagi untuk tidak buat ibadah korban ni.

Untuk lebih jelas lagi pasal ni, Saksikan video penjelasan mengapa perlu korban di kemboja dan aktiviti eQurban membantu umat Islam Kemboja di SINI.

 Untuk pesanan korban di Kemboja untuk tahun 2014 sila klik SINI. Tarikh akhir membuat pesanan adalah pada 30/9/2014. Korang jangan terlambat tau !!! Kalau tak mampu nak buat seekor, boleh korban 1 bahagian.  

1 bahagian lembu RM280.


1 ekor kambing RM550.

1 ekor lembu RM1960.


Tahun ini eQurban juga menyediakan perkhidmatan baru iaitu qorban dan aqiqah di MEKAH. Korban, aqiqah, dam & nazar di MEKAH. (Diurus oleh penanggungjawab di Mekah). 



1 ekor kambing RM400.

Pahala korban ni memang besar . Nabi s.a.w berpesan melalui hadisnya, “Tidak ada amalan yang dilakukan anak Adam pada Aidiladha yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” (Hadis riwayat at Tirmidzi dan Ibnu Majah). Demikian fadilat ibadah korban daripada perspektif ganjaran pahala. 

Jom bertindak sekarang !! Buat tempahan dengan klik pada banner dibawah yer :) 

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Kos tukar drive shaft kereta Kia Spectra dan tampal tayar

Tahun ni tahun kesembilan bagi Cinta Bersulam Rinduku dan secara rasminya kereta ku ini bukan milik bank lagi. Tapi ada jer sakit-sakit sengal tulang bila dah tahun kesembilan ni.hahaha.Macam mintak tukar baru jer..Ops. Hari tu bila corner, bunyi 'tak tak tak' kat bawah tayar. Lain macam pulak bunyi ni. Bila pergi pomen, diorang cakap bunyi drive shaft tu. So suh pomen orderkan drive shaft sebelum dia patah. Kang banyak pulak kos tersembunyi bila dah patah tu kan.

Hari Isnin sebelum Hari Malaysia hari tu, saya cuti sebab nak pergi tukar drive shaft baru. Saya dah biasa bawa pergi servis kereta kat bengkel pomen ni yang terletak kat pintu belakang masuk i-city seksyen 7 tu. Pomen ni jiran saya sebenarnya, Dulu saya biasa pergi Definite Power Services Sdn Bhd kat situ jugak tapi bengkel tu dah tutup. So sekarang memang saya baiki di bengkel jiran saya tuh lah.


Inilah drive shaft saya yang bunyi tak tak tak tu :p
CV joint dia dah koyak dan batang pun dah hampir patah.


Kos yang dikenakan untuk sebatang drive shaft yang hampir patah. Sebatang RM285.00. Kos upah RM40. So total RM 325.00. Pomen cakap kalau kereta keluaran proton RM 100 lebih jer sebatang. Lepas ni kena beli kereta Malaysia lah nampaknya...huhuhu

Don’t let anyone convince you that your dreams are too big. 

Lepas dah siap, pomen suh saya drive dan pulas habis stering corner ke kanan dan ke kiri tengok ada bunyi tak tak tak lagi ker tak. Kalu tak der maknanya dah ok la tu.


Korang pernah kena tukar drive shaft ? 

Bawah ni alamat pomen jiran saya tu :)


Membaik Pulih Kenderaan Syahmi
No. 40, Lebuh Keluli, Kawasan Perindustrian Bkt. Raja, Klang, Selangor.
Tel: 013-6941294
(Repair & Service Centre).


2 minggu sebelum tu,  kereta saya bocor. Saya tampal kat sebelah kedai tu. Kos yang dikenakan cuma RM5 untuk satu lubang bocor. Nampak macam mudah jer kan ? hahaha



Pomen check tayar yang bocor. Sedia untuk di tampal .

Ni bahan yang digunakan untuk tampal tu. Masukkan ke dalam lubang tayar yang bocor.
Siap ! 

Shah Alam  Tyres & Auto, Bukit Raja. 


p/s: 

Pengalaman drive kereta tahun keenam. Pergi servis dan tampal tayar bocor sendiri. 

Friday, September 19, 2014

Kekal Muda Dengan Olay Malaysia!

Oil Of Olay mula diperkenalkan oleh Graham Wulff pada tahun 1949.Akhirnya jenama dari Afrika Selatan ini berjaya menembusi pasaran dunia dengan barisan produk penjagaan yang dianggap sebagai ‘penemuan bijak’ oleh ramai wanita.Berita baik untuk korang semua ni .Setelah beberapa dekad membawakan koleksi produk penjagaan dan kecantikan kepada wanita di seluruh dunia, Olay kini sekali lagi mencetus revolusi dunia kecantikan dengan memperkenalkan produk Olay Total Effects yang merupakan ejen anti-penuaan terbaik untuk para wanita.


Selain bertindak sebagai ejen anti-penuaan, produk Olay Total Effects juga menangani masalah kulit berminyak, menghilangkan kedutan dan garisan halus, menghaluskan kulit serta mencerahkan. Pendek kata, segala masalah kulit boleh ditangani dengan hanya menggunakan produk Olay Total Effects.


Jadi, siapakah yang harus menggunakan produk Olay? Jawapannya adalah..semua wanita yang ingin kekal muda dan memiliki kulit muka yang sempurna. Adakah produk ini sesuai untuk semua jenis kulit? Jangan bimbang kerana setiap produk yang dikeluarkan oleh Olay Malaysia adalah disahkan selamat digunakan dan juga halal.So korang boleh gunakan tanpa ragu-ragu tau !


Untuk korang yang mungkin tidak mempunyai masa untuk pergi ke farmasi berdekatan untuk membuat pembelian, gerakkan kursor kat laptop tu dan layari laman web ZALORA Malaysia sekarang juga! Ini kerana, produk Olay juga boleh dibeli secara online di ZALORA dan juga akan dihantar terus ke rumah korang secara PERCUMA!

Friday, September 12, 2014

Space walk @ I-City - Shah Alam, Selangor

Hari ni cerita jalan-jalan kat I-City masa bulan 3 hari tu. Entry throwback lah kiranya ni..hahaha.Sebenarnya masa tu tengah kalut duk buat sistem untuk negara so tak sempat nak update blog sangat.#lastlastsistemsiaptapitakgunabuatsakitahatisaja .Sampai terlupa terus nak update bila dah lama tu kan. Semalam belek-belek handphone baru perasan yang tak pernah up entry ke I-City dengan my ma dan my Abah.Ini pertama kali bawa diorang pergi I-City. Diorang bukan minat sangat. Yer lah takat tengok lampu jer kan. hahaha. Tak sampai sejam diorang dah ajak balik. Jom la layan gambar yang diambil kat situ. 



Mula-mula amik gambar dengan cendawan dulu. Adik cendawan tepi cendawan :)

Tuan belog tumpang posing

My Nayla dah larik. My Nuha with my beloved ma dan Abah.

Katak si katak lompat

Pokok krimas kan belakang tu :)

My Nuha with Kereta kuda 

Pokok bercahaya 

Bergambar dengan my Ma dan Abah

Kaktus pun bercahaya. Dalam ni ada ride jugak untuk kanak-kanak macam train.
RM5 per entry tak silap.
Flamingo kan ni 

My Nuha masa ni dah dapat kaki dan kali pertama datang. Memang kerjanya berlari jer kerjanya

Haruslah selfie kan :p

selfie lagi

My Nuha hubby ajak naik Space walk. Tak silap ketinggian 100 cm keatas jer boleh naik.


Hubby beli kad ni RM5. So top up RM20 untuk naik space walk ni. Untuk 2 orang. Kalau 4 orang pun RM20 lagi jimat. Tapi my Ma dan Abah tak nak naik ..hahaha

Ni snap diorang masa kat atas tengah naik space walk

Dah pergi mengelilingi pepohon bercahaya

My Nuha kat atas space walk tu

Kemain lagi bawak stereng berpusing keatas..hahaha

Katanya siap ada music lagi dalam tu

Ni pandangan dari atas space walk

Ni yang terminal space walk rasanya

Pepohon bercahaya dari atas space walk

Yang ni pun ada ride tapi belum cuba lagi

Cendawan yang kitorang bergambar tadi dari atas

Nampak tak kitorang kat bawah tu...hihihi


Cuti sekolah nanti mesti penuh orang kat I-City. Korang ada plan nak pergi I-City ker??

Beli tupperware disini

https://www.facebook.com/KatalogTupperwareMalaysia

Cuci kereta hujung minggu


https://www.facebook.com/TipTopAutoSpa

Wednesday, September 10, 2014

Dinner @ Pak Nik Nasi Bubur , Jalan Haji Sirat, Klang

Hari ni episod JJCM @ elissmie.com makan berdekatan dengan rumah ajer . Dulunya kedai ni memang kedai all time favourite kitorang kalau nak makan dekat-dekat rumah tapi diorang tutup sebab tukang masak diorang balik Thailand tak balik-balik dah.Sekarang disewakan pulak kepada owner baru. Dia renovate kedai ni , baru nampak semenggah sket . hahaha. Dulu memang tak semenggah dan tak pernah buat review sebab kedai pun buruk tapi kami datang sebab makanan best.


Inilah kedainya..Betul-betul sebelah jalan. Parking pun senang

Close up sket nama kedai

My Nuha nak makan bubur nasi dengan ayam goreng dan bunga kobis. Bunga kobis tu ada sekali cili potong. Dan kicap disediakan. Memang kena lah dengan tekak saya bubur nasi tu. 

Ruangan bubur nasi..

Pilihan yang ada untuk digandingkan dengan nasi bubur.
Ada banyak pilihan sayuran, ikan masin , ayam dan  telur masin. 

Cubaan mencilok bubur nasi my Nuha . Tengok my Nayla tu dah tak sabar nak makan..hahaha


Selain bubur nasi, masakan panas memang ada jugak lah bukan bubur nasi semata-mata. Mungkin bubur nasi ni signature dish kedai ni. 

Saya order Nasi putih dan  Tomyam Seafood dan hubby Nasi putih dan Sup Daging ker ekor. Lupa lak..hahaha.Tapi dua-dua sedap sebab licin semangkuk sorang ;p 
Ada jugak kerang bakar dan Otak-otak 

Ruang makan..Simple jer.

My Nuha sempat posing depan kedai lepas makan , 


Map ke Pak Nik Nasi Bubur ( bertanda merah) berhadapan dengan Mahkamah Rendah Syariah Klang.

Korang suka makan Nasi Bubur ? 

p/s:




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)