Tuesday, December 22, 2015

Giant Bubble @ Setia City Park, Setia Alam

Alhamdulillah. Hari ni dah settle urusan perpindahan kembali ke ofiz sebab projek dah selesai. Setelah hampir 3 bulan merasa pengalaman bekerja di syarikat internasional gitu, kesimpulannya hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri..Baik lagi negeri sendiri gitu. hahaha.Ok la,cerita pasal aktiviti hujung minggu kitorang hari tu pergi main Giant Bubble @ Setia City Park, Setia Alam. Sebenarnya saja pusing-pusing dalam Setia Alam City Mall tu. Dah habis pusing nampak pulang orang main giant bubble kat Setia City Park, Setia Alam. 

Giant Bubble kat sini ada 3 jenis pilihan alatan yang boleh dipilih. Bermula RM3 , RM5 dan RM7. Maklumlah pertama kali, guna yang paling murah RM3.Batang dia kecik comel jer. Rupanya harga ikut jenis alatan yang digunakan untuk buat bubble tu.Alatan yang digunakan tu besi dan tali . Makin mahal makin besar talinya , so makin besar la giant bubblenya yer. Tapi guna alatan yang kecik pun boleh jadi besar jugak bubblenya. Kat situ ada promosi, kalau beli 2 bekas, percuma 1 bekas.Tragedi betul la dua beradik tu. Siap berebut-rebut main. Dah la si adik tu mengelat, adik nak cuba katanya tapi terus tak nak bagi kakak main. hahaha. Weekend ni my hubby dah janji nak bawa main bubble kat sini lagi . Tengok la macam mana. 

Layan jer la gambar-gambar hari kejadian. Biar gambar berbicara...







 









Haruslah selfie macam uncle gedek :p

Tak ada drama air mata tak sah my Nuha ni. Ratu air mata. Lepas hantar Nina balik ke komuter, menangis la dia. Sekali adik pun menangis. Bila tanya kenapa adik nangis, dia jawab sebab tengok kakak nangis. hahaha. Kelakar la ko dik !

 Lepas ni buat giant bubble sendiri jer la kat rumah yer nak. Dah jumpa resepi :p

Resepi Giant Bubble

250 ml pencuci pinggan 
1.5 liter air
4 sudu besar tepung ubi kayu

Cara-cara : -

Bancuh semua sekali dalam satu bekas dan boleh terus digunakan. 


Korang pernah bawak anak-anak main giant bubble? Atau pernah main giant bubble home made ? Lagi jimat belanja kan :)


Wednesday, December 16, 2015

Lunch @ Nasi Kak Wok & Kedai Kopi Naluri, Seksyen 7, Shah Alam

Sekarang sudah hampir ke penghujungnya kami dipinjamkan ke AKARI Software Asia Pacific Sdn Bhd (AKARI ). Kat area ofiz ni memang tak de kafetaria. So terpaksa la makan kat luar atau tapau siap-siap sebelum masuk ofiz. So banyak la kedai makan yang kami tawaf area Shah Alam ni tapi ulang-ulang yang tu jugak lah. Ni antara 2 kedai yang dah banyak kali ulang iaitu Nasi Kak Wok & Kedai Kopi Naluri, Seksyen 7, Shah Alam untuk lunch. 

Mula-mula kita terjah dulu Kedai Kopi Naluri, Seksyen 7. Kat kedai ni disediakan masakan panas. Kalau pagi pun ada tapi tak pernah try. Tengok menu ada nasi dagang. Kena cuba lain kali. Biasa pagi kami tapau nasi lemak tepi jalan jer. Sebab lunch nak keluar makan lagi kan. Badan naik bagai dipam-pam sejak pindah sini hampir 3 bulan ni. Hancur diet mak. Kena start balik tahun depan ni. 

Menu yang ada kat sini. Harga pun berpatutan. Average below RM10

Alamak tergelap pulak gambar Bai dan Ros.

Kak Ila, Ad dan Kak Yat.

Ni Ad dan Bai pulak gelap..hehehe

Tengok makanan yang kami makan jer la terang sket..hehehe

Nasi Goreng Ayam Kampung . RM8.70.  Yang ni memang my all time favourite. Pesan ni jer pun selalunya. hahaha. Ayam kampung panas-panas dan nasi goreng yang just nice dengan sambal belacan pulak..

Mee Wantan RM5.70

Ipoh Sar Hor Fun RM5.70

Epal Asam Boi RM4

Close up sket airnya..sedap

Suasana dalam kedai yang simple dan didekorasi dengan frame gambar

Antara frame yang ditampal

Yang penting tahap kebersihan A


Kedai Kopi Naluri 
No. 7, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9/E, 
Seksyen 9, Selangor, 40100 Shah Alam, Malaysia

Seterusnya  jom la makan nasi kak wok. Menu kat  nasi kak wok cuma satu jer , nasi putih + gulai ayam + ayam goreng + sambal belacan . RM5 sebungkus.


 Kalau tambah telur RM7 sebungkus.Makan sambil ngadap coding. Kadang makan kat kedai. Kadang makan kat ofiz. 

Close up sket


Restoren D Ambo Bistro (Nasi Kak Wok) 
Jalan Plumbum AC 7 / AC (Seksyen 7), Shah Alam, Selangor

Korang pernah makan kat dua-dua restoren ni ? Kalau belum, boleh la cuba yer. 


Tuesday, December 15, 2015

Pengalaman menaiki komuter dengan anak-anak dan sepetang di Putra Mall

Musim cuti sekolah ni memang tak ada pergi jalan mana-mana. Hari tu balik Terengganu sebab anak buah my hubby nikah. Tu pun tak update lagi. So hujung minggu lepas, bawak anak-anak naik Komuter pergi KL rumah Long. Lagipun dah lama janji dengan my Nuha nak bawa naik Komuter. Sejak kejadian dia nak turun setiap stesen, dah tak pernah dah bawak dia naik Komuter. hahaha. 5 tahun lepas dah kot. Dia memang paling seronok tak sabar tunggu hari Sabtu. 

Beli tiket dulu. My Nayla free sebab 2 tahun kebawah. My Nuha cuma separuh harga. Dari Stesen Padang Jawa- Sentul. RM13 untuk tiga beranak.

Wefie dulu seround

Me and my beloved hubby pulak selfie

Mak dan anak-anak mak yang tersayang. Tengok my Nayla tu kemain menjeling

My princesses..

Tak tahulah apa perasaan dia ni. Tapi sepanjang jalan Ok jer. 

Bila tanya adik nak naik lagi ke tak komuter , nasib baik dia nak naik. Bukan macam kapalterbang. Terus tak mo naik dah. hahaha. Mak baru nak ajak pergi hanimum obersea nak :p 

Haruslah berposing depan Komuter bila dah selamat sampai ke destinasi. 

Bawah ni selit sekali la, pergi jalan-jalan kat Putra Mall keesokan harinya. Dulu masa belajar, ni la tempat lepak setiap kali nak naik bas kat Hentian Putra. Pergi lambat-lambat kang, terlepas bas pulak. So datang awal lepak-lepak dulu dalam Putra Mall. Sejak Sunway amik alih ni memang dah lain dalam dia. Dah tak cam. hehehe . Macam-macam ada kat dalam tu dan yang paling best haruslah Daiso dan Kaison . 

Dengan patung pun nak bergambar dorang ni. My Nayla siap pegang tangan patung dengan muka nakal tu yang tak tahan . hahaha. Masa ni mak tengah pilih legging untuk dia. Ada sales RM10. Baju sekolah tu pun RM10 sehelai. Apa ntah nama kedainya. Opening sales katanya.

Tiru gaya patung pulak. Macam-macam akal dorang berdua ni. 

Dah pakai legging. Ayah Long yang belikan baju tu, memula tak nak pakai sebab takut..hahahaha

Depan dekorasi krismas kat Putra Mall tu

Nasib tak kena cukai kat my Nuha. Pantang nampak kedai buku.

Kebetulan ada Yuna tengah buat persembahan kat situ. Layan la sekejap lepas tu pergi makan dan naik komuter balik kat Hentian Komuter Sentul. 

Korang ada pengalaman bawa anak-anak naik komuter ?


Alhamdulillah, perjalanan ok dan anak-anak behave sepanjang perjalanan dari Padang Jawa ke Sentul yang mengambil masa kira-kira sejam. Nasib baik naik komuter ke Batu Caves so tak perlu tukar train dan dapat tempat duduk dari mula-mula naik. Kalau berdiri jenuh jugak dengan anak-anak kan. Perjalanan balik pun ok, tak ramai orang sangat pun dan dapat duduk jugak. Lepas ni boleh repeat lagi naik tren, kita try naik LRT pulak yer. 

Monday, December 07, 2015

Jualan Gudang Bata indah khabar dari rupa

Semalam, dengan hujan lebat kami sampai ke Jualan Gudang kasut Bata. Sampai-sampai tengok pilihan kasut untuk saiz my Nuha ( kasut sekolah rendah) cuma ada tinggal satu petak kecil yang orang dah habis pilih. Kasut pun tinggal  yang kuning-kuning tak selera nak amik. Dah la habis lencun kena hujan sebab payung cuma ada satu kongsi dengan anak-anak dara. My hubby lagi lencun tak der payung.hahaha. Tawaf dari depan hingga ke belakang, memang yang kat depan jer kasut untuk sekolah rendah. Kasut untuk sekolah menengah yang banyak. Masa nak keluar tu, siap diorang restock lagi kasut sekolah menengah yang baru tapi kasut sekolah rendah tak der pulak. Gambar sekeping pun tak amik geram punya pasal. Kasut mak pun kebanyakan high heels atau wedges .Yang nampak ok , kasut sukan dan kasut lelaki. Yang lain macam segan nak beli yang maksudnya nampak buruk. hahahaha

Baik la kami beli kat Kedai Bata biasa lah senang. Tak perlah mahal sket. Janji dapat kasut betul-betul baru bukan kuning-kuning. Lagipun ada promosi jugak kat kedai Bata. Beli dua pasang dapat RM59. Boleh la dari tak ada. Kedai Bata yang kami pergi ni sebelum sampai Gudang Bata tu. Baru baca kat website kalau join Bata Club dapat voucher RM10  dan free enrolment. Boleh baca kat sini.

KAPAR FACTORY STORE
3 1/2 MILES JALAN KAPAR 41700, KLANG ,
KLANG,Selangor,Malaysia
41710



Ni dua pilihan kasut my Nuha. Tak banyak pilihan yang promosi RM59 tu dalam 6 jenis kasut macam tu.

Haruslah bergambar dalam kedai Bata

Mak dan my Nuha. My Nayla dah lari kemana.

Ok, baru cukup korum 3 beranak. 


Resit kasut My Nuha. Beli 2 pasang jer dulu. 

Mak pun beli kasut baru jugak. 
Kasut lama dah koyak. Tq my darling hubby belanja :*

Checklist persiapan my Nuha

  • Baju sekolah dah beli hari tu kat PasarayaKu kat Terengganu.RM13.50 sepasang untuk baju sahaja. Kain yang ada masih ok.Best jugak dapat beli asing-asing macam ni kalau murah-murah.Kat Shah Alam ada kedai macam ni? Kalau kat Pasaraya Hari-Hari memang jual sepasang. Kat AEON n TESCO ada tapi jenama mahal. Cheapskate punya mak..hahaha
  • Tudung jenis awning lembut pun dah beli borong dengan kakak Ad, BUTIK ANUARINA COLLECTION.
  • Beg sekolah tak beli lagi tapi tak tahu la nak beli ke tidak sebab beg dia ok lagi,  memang tahan sungguh. Memang berbaloi beli beg Jenama Swan ni. http://www.elissmie.com/2014/12/persiapan-persekolahan-tahun-1-dan.html
  • Buku sekolah tak terjah lagi koperasi buku sekolah dia. Rasanya dah boleh beli. Pergi lambat-lambat habis stok pulak bukunya.


Korang dah ready ke persiapan anak-anak ke sekolah ?



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)