Friday, May 08, 2015

Ayam Bakar Mas Mono & Mee Tarik Warisan Asli, Shah Alam

Hamboi. Sampai dua sekali JJCM @ elissmie.com minggu ni yer. Siapa kata orang berdiet tak boleh JJCM. JJCM masih diteruskan seperti biasa tapi banyak pantang larang sket lah kan. Sekarang dah masuk minggu ketiga berdiet dan Alhamdulillah, badan rasa segar sket. Kenapalah awal-awal tak ada kesedaran nak jaga kesihatan diri padahal dah lebih 2 tahun menjadi pesakit darah tinggi. Tak per lah, janji ada kesempatan lagi untuk berubah.

Ok la, JJCM pertama kita ke Mee Tarik Warisan Asli, Shah Alam. Ni dah kali ketiga makan di Mee Tarik Warisan Asli. Masih lagi order yang saya suka iaitu Wet Mee With Mushroom And Chicken. Menu asal dia Wet Mee With Mushroom and Beef. Boleh tukar ikut selera tekak masing-masing.


Teman dating seperti biasa, Ad . Kitorang lunch kat sini lepas beli Lace Kain Sembahyang yang kebetulan berdekatan ajer. 


Ad order Mee Soup with Braised Beef
RM8


Wet Mee With Mushroom And Chicken
RM 9.80


Mee Tarik Warisan Asli Cawangan Shah Alam 
B-27 Alam Venue 2 , Jalan Serai Wangi K 
16/6 Shah Alam Selangor 
 Tel :012 6826295


Ok, JJCM yang kedua pulak di Ayam Bakar Mas Mono yang terletak di Seksyen 7 , Shah Alam. Berhampiran dengan kedai Bata dan Qalaqisya. Ni pulak pergi beli kasut sukan untuk zumba hari ni. Hahaha. Kasut sukan saya rosak masa event Knowledge Explorace tahun lepas. hahaha . Zumba hari ni under program stay fit UiTM anjuran PEWANI. Saya bukan ahli PEWANI (PERSATUAN Staf Wanita dan Isteri-Isteri Staf Universiti Teknologi Mara ) pun tapi boleh join dan dikenakan yuran RM30 untuk 5 sesi.Ahli RM20 jer.Selama ni Zumba kat rumah jer sambil mengadap youtube. hahaha


Macam biasa, dengan Ad lah kan..

Ruang makan yang selesa di Ayam Bakar Mas Mono

Banyak poster ditampal didinding untuk tambah seri


Saya order Nasi Lele Goreng dan Tempe
RM 9.00 
Nasi makan segenggam saja bak kata Kevin Zahri. Ikut genggam masing-masing yer.Keropok saya tak makan. Sup pun tak berani nak hirup sebab banyak bahan perasa. Sambal dia pedas jugak bagi saya, ok untuk metabolisma.

Ni Ad punya. Ayam Bakar Mas Mono 
RM 9.00

Air kosong sudah semestinya untuk berdiet. 3 minggu dah tak minum air manis.
Air masak dah jadi bff :p

Mana korang teringin nak makan ? ayam bakar atau  mee tarik ? Tepuk dada tanya selera. hehehe



Ayam Bakar Mas Mono Shah Alam 
No 21 Jalan Plumbum P7/Seksyen 7
Shah Alam Selangor 
Tel :03 55102841
Web : http://www.ayambakarmasmono.com


Wednesday, May 06, 2015

Lace kain sembahyang @ Karysma Store, Alat Jahitan Dan Kraf, Seksyen 16, Shah Alam

Bersambung lagi episod pencarian lace kain sembahyang Ad yang terbengkalai tempoh hari. Kali ni kitorang terjah ke Karysma Store, Alat Jahitan Dan Kraf, Seksyen 16, Shah Alam setelah di rekomen oleh kakak yang alter abaya saya, ok itu entry lain kita citer. Memang betul katanya, banyak barangan jahitan dan servis yang disediakan disini.Karysma Store menjual Alat Jahitan, Mesin Jahit, Aksesori jahitan,Servis jahitan dan butang, Tempahan Pukal Jahitan, Kain Ela, Kain Cotton, Projek Kraf, Quilting, Patchwork, Kraf perkahwinan, Kelas Jahitan, Kertas Dan kain Gam, Alteration dan lain lain.


Happy customer. Ada lace yang ingin dicari dengan pelbagai warna

Warna hitam yang dicari untuk alter jubah hitamnya bagi labuh.
Untuk jahit bahagian bawah jubah, yang diperlukan 2 meter bergantung kepada jenis jubah. 
1 meter RM2.50
1 roll RM27

Ada warna putih juga 

Mesin jahit yang dijual disini

Banyak pilihan glass pearl beads

Pelbagai butang dan manik yang ada 

Batu permata untuk ditampal di baju dan tudung pun ada. Menarik warnanya.Boleh juga guna untuk kraf. 

Kain felt yang dijual disini. Pelbagai warna, boleh rambang mata gitu. 


Alamat :-C-9, Jalan Serai Wangi 16/LAlam Avenue 2, Seksyen 16,40200 Shah Alam
Waktu operasi : 9 pagi - 9 malam ( dibuka setiap hari) 
Facebook : https://www.facebook.com/karysmastore


Selain menjual alat jahitan dan kraf, kelas jahitan pun ada ditawarkan.Menarik jugak kan. Bagi yang berminat boleh la terjah yer :-

JADUAL Kelas Jahitan MEI 2015, 
Kini Dibuka utk Pendaftaran!!!

(Deposit RM10 diperlukan utk booking)
MAYBANK 1622 6326 1092 AHMAD HAZWAN
Utk pendaftaran WhatsApp / Msg/Call ALONG
012-341-6010

*Kain, bahan2 dan mesin jahit disediakan,,
(jika nak bawa sendiri pun boleh)

Tarikh : Sila Rujuk jadual
Masa : 9 pagi - 1tghari ,sambung 2pm - 6pm


Hadapan kedai

Peta lokasi


Korang pandai menjahit tak ?




Thursday, April 30, 2015

Vistana Homestay Bukit Gambir , Muar , Johor

Cuti sekolah dah nak tiba bulan 6 nanti. Korang ada bercadang nak bercuti ke Bukit Gambir, Tangkak atau Ledang ? Mugkin boleh menginap di Vistana Homestay Bukit Gambir , Muar , Johor. Homestay ini adalah jenis rumah teres 2 tingkat . Siapa yang mementingkan keselesaan dan bercadang untuk bawa ahli keluarga yang ramai untuk bercuti memang haruslah menginap disini. Disamping dapat mengurangkan kos penginapan kan.Kalau bukan bercuti, mungkin ada majlis perkahwinan kat area sini pun boleh menginap disini.

Antara tarikan utama di Bukit Gambir:

Vistana Homestay Bukit Gambir ini juga berdekatan dengan Air Terjun Gunung Ledang yang dikaitkan dengan satu legenda, iaitu Lagenda Puteri Gunung Ledang. Dari Homestay ini ke Air Terjun Gunung Ledang memakan masa 15 minit sahaja.Homestay ini juga berdekatan Ladang Herba Nasuha, Pagoh dalam 15 minit perjalanan.Homestay ini juga terletak 10 Minit dari KKTM (Kolej Kemahiran Tinggi MARA) Ledang.Homestay ini juga berdekatan dengan Tol Bukit Gambir , Kedai makan Melayu, Petronas, Shell, Econ Save, Court Mammort, KFC, Pizza Hut, Kedai telefon, Pasar Tani, Pasar Awam untuk kemudahan penyewa.

Kemudahan yang disediakan di Vistana Homestay Bukit Gambir seperti berikut : 

- Parking Berbumbung
- Dapur gas
- Bilik tidur 2 bilik
- 2 bilik tandas
- Meja makan
- Sofa
- TV
- Katil

Ruang tamu yang selesa dengan televisyen

Master Bedroom dengan katil queen

Dari pandangan sisi

Bilik kedua juga dilengkapi katil queen 

Meja makan yang disediakan

Ruang santai untuk menonton televisyen
Kemudahan untuk memasak

Tandas 


Untuk mengelakkan kekecewaan, boleh la membuat tempahan dengan segera yer.

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :-


Kadar Bayaran : 

Hanya RM 130 semalam  , Cuti Sekolah dan Cuti Umum



Alamat Homestay : No. 113, Jalan Cempaka 7, Taman Cempaka
Bukit Gambir, Muar
84800, Johor

Pn Zaharah (019-7765067)
Pn Madihah (019-6855683) 
Cik Nazriah (019-7765062)



Wednesday, April 29, 2015

Farewell Lunch @ Al-Rawsha Restaurant, Seksyen 7, Shah Alam

Hari Khamis lepas, meraikan ofiz mate yang akan bertukar kerja. Semoga lebih sukses di tempat baru yer Fareez. Kali ni, kitorang pilih Al-Rawsha Restaurant, Seksyen 7, Shah Alam yang terletak berdekatan dengan Bangunan Raja Muda Musa, tepi shop lot .



Macam istana di zaman silam gitu

Parking space pun luas

Disambut dengan patung baju besi

Tuan punya belog haruslah posing dulu

Ruang makan, besar dan selesa

Ruang dessert 

Ada 2 tingkat. Boleh buat majlis kahwin atau event jugak kat sini. 
Abaikan model tidak berbayar. hehehe

Yang diraikan

Dengan hadiah dari kami

Antara yang meraikan

Dari angle yang berbeza, yang meraikan

Siap ada tema baju. Tema merah hitam gitu 

Jom belek menu

Cold Appertizers

BBQ with Rice

Fresh Juice

Aiskrim

Chicken Kabsa RM15. ( Lamb Kabsa RM18)  Banyak nasi dan ayamnya. Kalau tengah kebulur boleh habis lah. Hahaha. 
Portion  cukup untuk 2 orang .Zira cakap Nasi Arab D'Arab lagi sedap nasinya. Lain orang lain citarasa kan.


Lamb Mandi RM22. Yang ni Ad punya.  Chicken Mandi RM 18

Khaskah Kebab RM18. Ada roti dia, lupa nak snap. Besar kepala gajah besarnya..hahaha
Ni saya makan hari tu. Kata diet. Nasib lah dah pekena nasi arab minggu sebelum tu. 
Total Burst : RM 542.70 semua orang
Saya punya RM21 without gst

Posing sebelum pulang

Freestyle :)


Korang pernah makan nasi Arab di Al-Rawsha Restaurant, Seksyen 7, Shah Alam  ??

Ada delivery. 


No 2 Jalan Platinum G7/G, 
Sekyen 7, Shah Alam
Waktu Operasi : 11 pagi - 2 pagi setiap hari 7 hari seminggu



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)