Wednesday, December 03, 2014

Kesatria Kembara UiTM Dungun 2001/2002

** Mohon sedekah Al Fatihah buat ibu saudara saya yang telah kembali kepada pencipta Nya sebentar tadi. Terima kasih...

Dah khatam entry JJCM @ elissmie kan ? hahaha. Hari ni tak mau cerita pasal makan la. Dah macam kuih pau terlebih kukus dah rasanya pipi ni.  So hari ni entry throwback ke zaman pipi masih tidak terlebih kukus. Entry nostalgia @ elissmie.com lah kisahnya. Dulu pernah up sekali gambar baru lepas kayak. Masa ni semester 2 kat UiTM Dungun  saya join Kesatria Kembara. Sebab asal sebab tak mau masuk Kesatria Negara macam semester 1. hahaha. Rupanya banyak aktiviti mencabar bila join Kesatria Kembara ni. Sampai terlepas majlis penyampaian sijil dekan. (Dah la sekali tu jer dapat masa diploma) hahaha. Jom la layan gambar-gambar nostalgia masa saya join Kesatria Kembara ni. Gambar dari album so faham-faham lah kualitinya yer..

Ni hah gambarnya. Abaikan posing terkangkang terkoyak tu. huhuhu. Ni baru sudah kena hentam ombak dan terbalik kayak. Nostalgia sungguh la. Yang paling best kayak 2 hari 1 malam dari Sungai Pasir Raja sampai Kuala Dungun. Kiranya berkayak dari sungai sampai ke laut iaitu depan UiTM Dungun tu.  Siap tidur kat tepi sungai dan kena pijat. Gatal satu badan. Lagi satu sampai rentung muka. Gambar tu pun tak der sebab kamera masuk air. Sedih btol kan. 


Belakang tu la lautnya tempat kayak tu. Kena panjat bukit dulu. 

Ni persedian sebelum panjat Bukit Merah tepi UiTM Dungun. Kita turun kat stadium UiTM Dungun jer dulu ..hahaha. Sorry, tertidur masa amik gambar.hahaha

Masa ni boleh la senyum-senyum sebab rendah jer...

Dah nak sampai bawah..

Ni masa hari sebenar. Belakang tu la Bukit Merah yang akan dituruni oleh kami semua. Tapi sayang, gambar tu kat mana entah letak. Tak jumpa pulak.


Nasib baik ada Google Street View.Ni lah bukit yang saya terpaksa turuni tu. Masa turun tu memang azab dan menyumpah seranah la sebab yang pegang tali bawah main-main. Tapi berjaya sampai bawah dengan jayanya jugak la. Hai Suraya Hot FM, masih kah dikau ingat :p 

http://www.instantstreetview.com/1s3xywz5dur3bz4wpzr4z3s 

Alang-alang dah cerita pasal kenangan UiTM Dungun, tempek la sekali gambar masa belajar kat UiTM Dungun. Sila kagum dari jauh tahap kekurusan diriku .Ada kawan-kawan masih maintain lagi slim..huhuhu. Kuda orenku pun dah lama tak berarjuna bakti..huhuhu

Ni my roommate semester 2. Semester 3 kawan ku yang sorang ni dah masuk maktab dan sekarang dah jadi pendidik anak bangsa :) 

Yang paling kiri, roommate semester 2 sampai 5, Azni. Azni yang rekomen kerja secretary sebelum masuk kerja UiTM . Yang paling kanan, roommate masa degree pulak. Biasalah kan, masuk degree kawan sesama geng jer awal-awal..hehehe. Yang sebelah saya tu, dah sama kerja UiTM . 

Sukanya saat ni. Petang-petang jalan kat pantai lepas pekena keropok goreng dan abc sambil menghirup udara pantai...rindunya..

Dulu pak guard ada yang kamceng. Yang kamceng biasa kawan Abah saya.Maklumlah, biasa pak guard kan bekas askar. Yer, bapakku dulu soldadu . Dulu masa kat UiTM Dungun,  pak guard siap boleh nasihat-nasihat kalau pakai baju tak tutup punggung, siap boleh saman tau ! Balik lewat pun tak boleh. Macam duduk sekolah asrama bukan universiti pulak kekdahnya.hahaha. Tapi sekarang , tengok budak-budak baju mak aiiii..kemain sendat, kemain mencolok mata .Tak kena saman eh :p 


Tempek sekali gambar Abahku semasa dalam askar :p Askar Wataniah. Eh, macam tau tau namanya disebut. Dia kol ke missed call ni..hihihi..

Tuesday, December 02, 2014

Ujian Pengesanan Tahun 1 Sekolah Kebangsaan

Ini kisah 2 minggu lepas. Sebulan sebelum tu dapat surat dari sekolah , ( sampul surat yang disertakan masa buat pengesahan sekolah hari tu ) Macam biasalah kan, anak nak amik exam , mak lah yang paling nervous sekali. My hubby siap amik cuti lagi nak sokongan moral kat my Nuha.Ujian pengesanan Tahun 1 ni katanya akan menentukan kelas bila masuk Tahun 1 nanti. Senang pihak sekolah bagi perhatian katanya kalau dah tahu kat mana kelemahan pelajar tu.
Lepas register nama, my Nuha kena beratur dalam kelas sementara dan akan dibawa ke kelas untuk menduduki ujian. Alhamdulillah, my Nuha nampak ok jer even ada jugak budak yang menangis. Masa diorang tengah ujian, ibu bapa pulak menanti di dewan mendengar taklimat untuk ibu bapa berkenaan sekolah , PIBG dan peraturan sekolah. 

Jom la layan gambar masa hari kejadian :)

My Nuha. Good luck sayang !


Adik pun kena paksa bangun dan mandi awal :)

My princess :) 

My Nuha duduk dalam barisan kelas sementara menunggu dibawa ke kelas untuk ujian. 

My Nayla pun sibuk jugak sekali nak beratur dengan kakak . Kemain seronok dia.

Ibu bapa yang hadir

Guru besar menunggu untuk bagi taklimat

My Nuha dibawa ke kelas untuk ujian

Adik dengar taklimat yer..

My Nayla ni pantang orang puji dia cantik. Terus nak pergi dekat. Siap amik gambar lagi. 


Keluar jer kelas, my Nuha cakap lapar.Pagi tu dia tak makan sangat masa breakfast. Terus bawa ke kantin sekolah yang memang dibuka untuk hari tu. Ini harga makanan kat sekolah my Nuha. Rasanya RM5 untuk sesi pagi cukup kalau dia tak beli merapu-rapu. Nasi dan Mee RM1 jer semua.Air pun RM1. Kuih dari 20 ¢ - RM 1. 


Korang bagi anak korang belanja sekolah berapa ringgit ? 

p/s;
Pasal ujian pengesanan tu my nuha cakap soalan dia ada bahasa melayu, matematik dan bahasa inggeris.Bahasa inggeris katanya kena tulis perkataan berpandukan gambar dalam kelas. Yang dia ingat eraser jer katanya.hahaha. Yang matematik dan bahasa melayu dia jawab semua.Tak per lah nak, baru nak masuk tahun 1. Nanti belajar rajin-rajin. 


Friday, November 28, 2014

Dinner @ Rebus Rebus Steamboat & Grill , Alam Avenue, Seksyen 16

Blog ni dah macam blog pasal JJCM saja ni. Hahaha. Asal ada cerita pasal makan, kena update. Sebenarnya banyak tau segmen @ elissmie.com. Cer tengok kat atas tu :p Tapi sekarang, busy lah konon kat ofiz dengan kerja hakiki , maka banyak cerita pasal JJCM ajer yang sempat dan selera nak dihidangkan buat pembaca blog elissmie.com.


Kali ni, JJCM @ elissmie.com nak pekena steambot dan grill pulak. Dah lama sebenarnya mengidam ni. Dan atas alasan anak buah my hubby nak makan steambot, makcik excited sambil lompat bintang.
Lokasinya ialah Rebus Rebus Steambot and Grill yang terletak di Alam Avenue, Seksyen 16. Sebelah Padang Jawa tu jer sebenarnya.



Inilah kedainya. Ada dua ruang makan.

Posing depan kedai dulu seround


Untuk Dewasa RM33.90
Kanak-kanak RM16.90


Kami dapat harga RM 27.90 untuk dewasa, ada diskaun musim hujan :) Terima kasih tuan kedai..

Jangan membazir tau ! RM 6 / 100 gram jika korang membazir

Makan sampai lebam kekdahnya..

Macam-macam jenis bebola dan dumpling.

Seafood pun ada banyak. Ada yang dah marinate dan ada yang tak marinate.Ada pilihan daging dan ayam.Sos marinate Black Pepper, Teriyaki, Bulgogi & Soy Garlic. Boleh pilih mengikut citarasa. Pilihan seafood seperti lala, ketam, udang,scallop, pepahat,  dan sotong. 

Kat meja tengah tu ada pilihan sayur , kuih muih , buah-buahan dan makanan berat seperti nasi goreng cili padi dan mee goreng. Air yang disediakan ialah kordial laici, mangga dan bandung. Ada juga air teh dan kopi. Tengok menu lebih terperinci kat sini.

My Nayla makan kuih dan aiskrim ajer. Nasib baik percuma.hahaha

Tukang masak of the day. Anak buah my hubby.Single but Not Available :p

Dah kenyang ler tu. Tiada pembaziran.Semua licin. 

Dah kenyang tak reti-reti nak balik. Kami pelanggan terakhir yang meninggalkan kedai dalam 11.30 sebab sampai pun dalam pukul 10 lebih. Walaupun dah penghujung, tetap jugak boleh makan banyak pilihan . Tapi ada jugak tragedi last minute, telur terakhir yang kononnya nak makan, rupanya telur dah busuk. huhuhu.Saya dah termasuk dalam kuah. Nasib baik dapat tukar kuah balik.Terima kasih tuan kedai..hahaha. Tapi pot dia yang untuk steambot tu lambat panas sket kan, so kena bertabah sket yer tapi bila dah panas makan tak berenti..hahaha. Tapi grill memang terbaik lah. 

Korang suka tak makan steamboat ??

Jom beli tupperware  : [ klik sini]
Basuh kereta hari minggu disini : [klik sini]


Alamat:  D-4-G & D-5-G Jalan Serai Wangi H16/H,
Alam Avenue Seksyen 16
Padang Jawa, 40200 Shah Alam, Selangor
Phone:03-5524 2446  / 010-4334 969 <-- SMS
Hours: Open today · 6:00 pm – 12:00 am
Website : http://www.rebusrebus.com/
Facebook: https://www.facebook.com/RebusRebus

Thursday, November 20, 2014

Lunch @ House of Nasi Kerabu, Kompleks PKNS, Shah Alam

Hari jumaat lepas, giliran kak ema pulak belanja sempena hari jadi dia yang telah lepas , bulan 10 hari tu. Kali ni kita cuba kedai yang baru beroperasi di Shah Alam Ogos lepas, iaitu House of Nasi Kerabu. Kedai yang berasal dari Kelantan ni yang dulunya lama beroperasi di bahagian bawah Pasar Lama MPKB di Kota Bharu dikenali sebagai Restoran NARA.

Signboard kedai..Sederet dengan MC Donalds..

Dulu bangunan Maybank tak silap saya.

Ada kerja kosong jugak bagi sesiapa yang tengah cari kerja tu.


Antara menu yang special disini .


Jom la tengok deko dalam restoren ni.Kebanyakan dinding dihiasi dengan gambar Kelantan lama dengan memaparkan beberapa keping gambar-gambar lama sekitar Kota Bharu. 


Salah satu lukisan yang menghiasi ruang kedai


Ada dua pilihan tempat makan.. Satu bahagian bawah dan satu atas

Dari tingkat atas

Ada wau bulan lagi tu kat dinding

Makanan utama di House of Nasi Kerabu

Hidangan tambahan di House of Nasi Kerabu

Kak Ema dan Ida sedang menulis borang pesanan makanan

Terima kasih serve kami walau agak lambat dan kelam kabut

Hi Alman :) Alman dah besar...

Selfie seround...


Haruslah wefie kan :)



Hari tu saya pilih Set Nasi Kerabu Ayam Percik Narathiwat. Tapi sedikit mengecewakan sebab saya ni memang peminat ayam percik kan. Kuah ayam perciknya seperti ditambah tepung jagung tapi tiada tepung jagung sebenarnya digunakan menurut mereka.Lagi satu ayam tu macam dikukus jer. Kalau yang asli mestilah digrill atau dipanggang. Grill atas pan pun tak per dah kalau tak boleh sangat kan. huhuhu.


Lada solok pulak, langsung tak rasa ikan pun dah la RM2.50 satu. Sangat kecewa. Tumis budu pulak , bagi saya tak lebih dari budu yang mungkin ditambah gula. Untuk yang tak pernah makan nasi kerabu sedap, mungkin lah boleh cuba. Saya tak tahu la, kalau yang di Gombak tu rasa dia sama ker tak sama sebab belum pernah sampai. Mungkin lepas ni saya tak akan order nasi kerabu ayam percik dah sebaliknya cuba menu yang nampak lagi menggiurkan dalam facebook iaitu Nasi Kukus Ayam Dara tuh. Semoga mereka memperbaiki mutu makanan especially yang saya cuba ini iaitu Ayam Percik ni. Boleh cuba resepi ayam percik bonda saya :p 

Ini Ad punya Nasi Kerabu Narathiwat Daging Bakar. Ad kata daging bakar dia lembut. 

Teh O Ais 


Apapun, Terima kasih Kak Ema belanja kami :) 

Korang suka makan nasi kerabu ? Kat mana nasi kerabu yang korang suka makan? 

LOT G08, GROUND FLOOR,
KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM,
SEKSYEN 14 PESIARAN TASIK, 40000, SHAH ALAM, SELANGOR.
Blog : http://houseofnasikerabu.blogspot.com/
Facebook : https://www.facebook.com/HouseofNasiKerabu

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)