Monday, October 20, 2014

Anak kena campak keladi, pernah kena ?

Sebenarnya first time anak kena campak keladi ni.Campak yang halus-halus tu. Dia macam ruam yang keluar lepas demam tu. Tapi biasa kalau ruam macam tu , lepas dah baik demam terus hilang kan. Ni tak. Demam still ada lagi. Ruam yang naik tu dah kering. Jangan berparut sudahlah anakanda beta tu.huhuhu



Ni hari kedua dia kena . Masa ni buh calamine losyen yang doktor bagi.Sebelum tu bagi minum air kelapa, makin banyak campak tu keluar. Bagi yang fresh tau, yang campur gula, korang minum ;p

Esoknya pulak, suh my hubby carikan daun sebambu. Ni cara tradisional lah sket. Malam tu hubby bawa balik 3 tangkai daun tu.Malam tu saya alaskan tidur atas daun sebambu tu.  Esoknya misi mencari lagi daun sebambu, sebab hubby dah segan nak gi amik tempat dia amik malam tu. Masa dia balik dia dah jumpa pokok sebambu depan kedai runcit yang saya selalu lalu.

Model daun sebambu


Hasil dari carian kat instantview.. hahaha. Ni lah pokoknya my hubby amik. Terima kasih lah kepada yang tanam pokok ni tepi jalan besar. Semoga beroleh ganjaran pahala.

My hubby amik banyak jugak. Boleh guna sampai 4 hari. Hari ni hari keenam my Nayla kena campak , masih ada lagi daun sebambu tu. Untuk tahan lama, saya masukkan ke dalam peti sejuk.Pagi-pagi saya rebuskan dan mandikan dia dengan daun tu. Lepas dah mandi, saya tumbuk dan campur dengan bedak sejuk dan tampal kat badan dia.

Kids’ reactions are just the CUTEST. Watch this girl’s first reaction meeting a real-life rabbit! 

 My Nayla ni penggeli rupanya, setiap kali nak mandi air daun, mesti nanges. Lepas dah habis mandi baru senyap..hahaha.Masa kena tampal dengan daun tu pun menangis jugak. Kesian sungguh si kecik saya ni . Berat pun dah susut sebab kurang selera makan sebab ada merah dalam tekak dia. So kena minum banyak air. Saya bagi banyak air zam zam. 

Hari ni dia dah hantar rumah pengasuh. Harap-harap tak demam dah hari ni.Campak dia dah kering. Semalam dah boleh selfie dan pergi main kat taman kat rumah dah..hahaha. 

Cute tak saya ? 

Uwwekkk...Comel kerr??

Main buai ...seronok lah tu...

Anak korang pernah kena campak keladi ? 



Tuesday, October 14, 2014

Ulang tahun perkahwinan genap 7 tahun hari ini

Walau dah wish dekat facebook, nak wish jugak dekat blog. Sebab hubby tak der facebook pun..kah kah kah..Terima kasih yang wish kat timeline saya tu . Tak sempat nak balas semuanya..

Sayang , happy seventh wedding anniversary .. terima kasih untuk rasa kasih dan sayang selama ini.. semoga chenta kita kekal sampai syurga... 14.10.2007 - 14.10.2014 

Jom lah hari ni kita buat edisi throwback yer atau nostalgianya @ elissmie punya segmen..Kali ni gambar dari album perkahwinan saya kat kampung..klasik sket amik gambar dari album. Sebab asyik ulang-ulang jer gambar dari handphone kan. Masa kahwin bukan semua gambar amik dengan handphone kan ada jugak yang tak amik..Masa tu photog saya memang masih guna DSLR yang pakai filem lagi.


Tema perkahwinan saya adalah hijau dan putih gitu. Sebenarnya saya kalau boleh nak warna ungu..hahaha..Warna kegemaran kot tapi sebab my ma memang suka warna hijau, so saya mengikut ajer kemahuan wanita yang paling saya cinta ni lagipun saya kan satu-satunya anak perempuan kan.Kasi can lah..hehehe .Tapi hantaran saya warna purple lah tapi..hahaha. Malas tunjuk dah gambar hari nikah yang diulang-ulang tu . Boleh tengok kat sini kalau nak tengok jugak :p 

Masa hari persandingan , saya salin 2 helai baju jer pun. Songket dan dress. Sebenarnya masa fitting dengan masa hari sebenar persandingan memang ukuran badan saya berubah.Panik mak nakkk..Ingat dah tak boleh pakai baju sanding dah tapi rupanya boleh ditetas untuk pengantin chubby ni pakai baju sanding..kah kah kah..nostlagia.. Dah la masa hari nikah , mak andam boleh tak tahu hari nikah dengan hari sanding hari berbeza. Nyaris mak tak pakai make up masa nikah..hahaha.. 


Inilah adik andam saya.. Cik lagi. Anak kepada pak andam sebenarnya ni. Masa ni dia baru 19 tahun tau kalu tak silap. Pandai dia make upkan saya..Simple n nice ajer..

Posing dulu sebelum bersanding..

Ini baju persalinan pertama. Songket bunga tabur nama dia. Saya orang pertama pakai baju ni sebab baju ni dia baru buat kat butik dia masa tu..

Ekslusif ni sanding atas katil ..hahaha..Belum pernah lagi muncul dalam blog ni

Ini pulak persalinan kedua iaitu dress..Yang ni pun nyaris tidak muat ..hahaha..


Sayang, bila kita nak makan suap-suap macam ni lagi :p Asyik duk suap anak jer kan..hahaha


Ai suap you, you suap ai..kemain lagi..


Apapun, terima kasih sayang untuk rasa kasih , sayang dan chenta selama ini..

Dah puas berdiri amik gambar duduk pulak..hehehe


Tengok pintu gerbang tu..Kemain hijau putih...Tu pun tragis jugak terpaksa pakai payung avon sebab payung kuning lagi satu tiba-tiba tak boleh bukak..hahaha


Sayang, Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke- 7 dengan ucapan nak bercuti kemana kita tahun ni..dah nak akhir tahun dah ni..

Cameron highlands plzzzzzz :p 

Cameron highlands plzzzzzz :p 

Cameron highlands plzzzzzz :p 

Cameron highlands plzzzzzz :p 

Cameron highlands plzzzzzz :p 

Cameron highlands plzzzzzz :p 

Cameron highlands plzzzzzz :p 

p.s : rayuan di blog.. 7 tahun menanti..sadiss...

Monday, October 13, 2014

Dinner Roti Tempayan @ Roti Tempayan dan Masakan Panas, Kerteh

Bila balik terengganu mesti tak lepas dengan episod jalan-jalan cari makan untuk tatapan pembaca elissmie.com. Kali ni kita pekena roti tempayan pulak yer. Sebelum tu kami ke Pantai Kemasik tapi sekejap ajer sebab turun rumah agak lewat. Tapi my Nuha pergi dulu dengan kereta Ayah Ngah dia so sempat lah dia mandi manda dengan sepupu-sepupu dia.Kemain seronok dia tu.


My Nuha gembira dapat mandi pantai

Jom pulang ke pangkal jalan..hehehe


Otw balik ke rumah my MIL, singgah untuk dinner di Roti Tempayan dan Masakan Panas, Kerteh .Kedai ni sebelum Balai Polis Kerteh.


Ini kedainya. Amik kat Google Street View .  http://www.instantstreetview.com/1rxw2az5duum1z56mzoez4q


Signage waktu malam

 
My Ngah tapau untuk diorang makan kat rumah my ma. Malam tu giliran tidur rumah my MIL so makan terus kat situ lah.


Saya pekena Roti Tempayan dengan Kari Ayam RM 6

My hubby pekena roti tempayan dengan Kari Kambing RM 8


My Nuha makan nasi dengan gulai ayam RM5



Agak-agak sedap ker tak sedap roti tempayan ni ?? Biar gambar yang bercerita...hahaha

Korang suka makan roti tempayan??



Thursday, October 09, 2014

Majlis Akikah Nur Nayla Hazeeqa

Lamanya blog ini terabai. Minggu sebelum raya haji sibuk dengan Mini Konvensyen KIK 2014 di mana ofiz saya julung-julung kali membuat penganjuran untuk Zon Selatan.Saya terlibat sebagai AJK pameran jer pun.  Siapa yang follow IG saya sorry lah terpaksa hadap muka-muka saya dengan #havockik sepanjang majlis berlangsung dan minggu ini dengan lambakan gambar-gambar throwback dengan #seventhanniversary pulak. hahaha.


Hari ni baru masuk ofiz so nak kais-kais habuk lah. Kita mulakan dengan majlis Akikah Nur Nayla Hazeeqa . Sebenarnya nak bagitau yang tak amik gambar hari raya haji pun.Kelakar sungguh lah.Alhamdulillah, selesai sudah majlis akikah untuk Nur Nayla Hazeeqa. Lepas ni kalau ada rezeki, kita buat korban pulak yer. Kali ni untuk satu bahagian RM380 . Agak murah lagi kan di kampung saya.


Ini tag saya buat untuk ditampal pada Yassin dalam goodies bag.

My Nayla dengan goodies akikah . Bunga telur beli di Kedai Bunga Cinta. Tema purple gitu match dengan baju dia :)

Ni jer gmbar raya yang ada kot. Tu pun my hubby yang snapkan. 


Majlis dimulakan dengan selawat dan cukur jambul Iskandar Dzulkarnaen oleh ahli jemaah surau. Gambar tak der sekeping pun. huhuhu .Gambar diorang makan ada lah..hahaha

Akikah boy yang kena dera dek Ayah Long..hahaha

Main course table. Yang tak kelihatan gulai daging sebab masa ni tak habis masak lagi.
Menu simple jer nasi putih gulai daging, daging goreng,kerabu sare ( sarang) ,  timun dan sambal belacan.

Dessert table. Ada puteri mandi, agar-agar keledek, tembikai, ketupat palas dan tapai 

Bukan senang nak jumpa menu kerabu sare (sarang) ni .Salah satu spesis rumpai laut . 

Geng kuat belakang tabir . My hubby menggulai hari tu. Bahan-bahan my ma dah ready kan. Cuma leburkan ajer dan hubby di guide oleh ibu mentuaku..Tukang potong daging, my abah ,my hubby, abang-abang ku tersayang dan adik ku. 

My childhood fren , kak chik. Dulu kecik jer dia kata, sekarang dua kali dia..hahahaha..huhuhu

Tambah nostalgia sket hari ni. Ni saya dan adik di pagi raya . Tak silap darjah 5. Comel kan saya ? hahahaha

Macam mana sambutan raya haji korang ? 


Meriah pulak Nuffnang ads menari-nari selepas terima cek ke 15 bulan lepas ...hihihi. Tq nuffnang..
15 CPUV on going..keep going yer :)



Wednesday, September 24, 2014

Kenapa perlu korban di Kemboja pulak ?

Tu soalan pertama yang biasa orang tanya bila saya cakap pasal ibadat korban di Kemboja. Korang tahu tak kenapa perlu korban di Kemboja kenapa tidak di Malaysia jer kan. Jawapannya mudah sangat.Sebab umat Islam di Kemboja lebih memerlukan berbanding kita. Biasa berlaku di Malaysia selepas musim haji, peti sejuk penuh dengan daging korban sehingga disimpan berbulan-bulan. Alamak..Macam pernah terjadi pada saya pulak yer. Setahun daging korban duk dalam peti sejuk beku sampai lupa nak makan dah.Tapi kat kemboja nuh nak dapat sebahagian daging korban seperti mendapat emas yang sangat berharga nilainya. Mereka yang miskin hanya makan daging setahun sekali itu pun kalau dapat bahagian daripada korban dilakukan di kampung mereka.


Macam mana nak buat ibadah korban kat kemboja ni ? Jawapannya mudah sahaja. Korang tak perlu nak ke Kemboja belikan lembu atau kambing tapi pihak eQurban yang akan buatkan untuk korang. Semua urusan tempahan dan bayaran boleh dilakukan secara online dan yang paling best Pihak eQurban menyediakan sijil pengesahan untuk setiap tempahan yang dibuat . So , korang boleh melakukan ibadah korban tanpa was-was dengan eQurban. So korang tak der beralasan lagi untuk tidak buat ibadah korban ni.

Untuk lebih jelas lagi pasal ni, Saksikan video penjelasan mengapa perlu korban di kemboja dan aktiviti eQurban membantu umat Islam Kemboja di SINI.

 Untuk pesanan korban di Kemboja untuk tahun 2014 sila klik SINI. Tarikh akhir membuat pesanan adalah pada 30/9/2014. Korang jangan terlambat tau !!! Kalau tak mampu nak buat seekor, boleh korban 1 bahagian.  

1 bahagian lembu RM280.


1 ekor kambing RM550.

1 ekor lembu RM1960.


Tahun ini eQurban juga menyediakan perkhidmatan baru iaitu qorban dan aqiqah di MEKAH. Korban, aqiqah, dam & nazar di MEKAH. (Diurus oleh penanggungjawab di Mekah). 



1 ekor kambing RM400.

Pahala korban ni memang besar . Nabi s.a.w berpesan melalui hadisnya, “Tidak ada amalan yang dilakukan anak Adam pada Aidiladha yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” (Hadis riwayat at Tirmidzi dan Ibnu Majah). Demikian fadilat ibadah korban daripada perspektif ganjaran pahala. 

Jom bertindak sekarang !! Buat tempahan dengan klik pada banner dibawah yer :) 

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Kos tukar drive shaft kereta Kia Spectra dan tampal tayar

Tahun ni tahun kesembilan bagi Cinta Bersulam Rinduku dan secara rasminya kereta ku ini bukan milik bank lagi. Tapi ada jer sakit-sakit sengal tulang bila dah tahun kesembilan ni.hahaha.Macam mintak tukar baru jer..Ops. Hari tu bila corner, bunyi 'tak tak tak' kat bawah tayar. Lain macam pulak bunyi ni. Bila pergi pomen, diorang cakap bunyi drive shaft tu. So suh pomen orderkan drive shaft sebelum dia patah. Kang banyak pulak kos tersembunyi bila dah patah tu kan.

Hari Isnin sebelum Hari Malaysia hari tu, saya cuti sebab nak pergi tukar drive shaft baru. Saya dah biasa bawa pergi servis kereta kat bengkel pomen ni yang terletak kat pintu belakang masuk i-city seksyen 7 tu. Pomen ni jiran saya sebenarnya, Dulu saya biasa pergi Definite Power Services Sdn Bhd kat situ jugak tapi bengkel tu dah tutup. So sekarang memang saya baiki di bengkel jiran saya tuh lah.


Inilah drive shaft saya yang bunyi tak tak tak tu :p
CV joint dia dah koyak dan batang pun dah hampir patah.


Kos yang dikenakan untuk sebatang drive shaft yang hampir patah. Sebatang RM285.00. Kos upah RM40. So total RM 325.00. Pomen cakap kalau kereta keluaran proton RM 100 lebih jer sebatang. Lepas ni kena beli kereta Malaysia lah nampaknya...huhuhu

Don’t let anyone convince you that your dreams are too big. 

Lepas dah siap, pomen suh saya drive dan pulas habis stering corner ke kanan dan ke kiri tengok ada bunyi tak tak tak lagi ker tak. Kalu tak der maknanya dah ok la tu.


Korang pernah kena tukar drive shaft ? 

Bawah ni alamat pomen jiran saya tu :)


Membaik Pulih Kenderaan Syahmi
No. 40, Lebuh Keluli, Kawasan Perindustrian Bkt. Raja, Klang, Selangor.
Tel: 013-6941294
(Repair & Service Centre).


2 minggu sebelum tu,  kereta saya bocor. Saya tampal kat sebelah kedai tu. Kos yang dikenakan cuma RM5 untuk satu lubang bocor. Nampak macam mudah jer kan ? hahaha



Pomen check tayar yang bocor. Sedia untuk di tampal .

Ni bahan yang digunakan untuk tampal tu. Masukkan ke dalam lubang tayar yang bocor.
Siap ! 

Shah Alam  Tyres & Auto, Bukit Raja. 


p/s: 

Pengalaman drive kereta tahun keenam. Pergi servis dan tampal tayar bocor sendiri. 

Friday, September 19, 2014

Kekal Muda Dengan Olay Malaysia!

Oil Of Olay mula diperkenalkan oleh Graham Wulff pada tahun 1949.Akhirnya jenama dari Afrika Selatan ini berjaya menembusi pasaran dunia dengan barisan produk penjagaan yang dianggap sebagai ‘penemuan bijak’ oleh ramai wanita.Berita baik untuk korang semua ni .Setelah beberapa dekad membawakan koleksi produk penjagaan dan kecantikan kepada wanita di seluruh dunia, Olay kini sekali lagi mencetus revolusi dunia kecantikan dengan memperkenalkan produk Olay Total Effects yang merupakan ejen anti-penuaan terbaik untuk para wanita.


Selain bertindak sebagai ejen anti-penuaan, produk Olay Total Effects juga menangani masalah kulit berminyak, menghilangkan kedutan dan garisan halus, menghaluskan kulit serta mencerahkan. Pendek kata, segala masalah kulit boleh ditangani dengan hanya menggunakan produk Olay Total Effects.


Jadi, siapakah yang harus menggunakan produk Olay? Jawapannya adalah..semua wanita yang ingin kekal muda dan memiliki kulit muka yang sempurna. Adakah produk ini sesuai untuk semua jenis kulit? Jangan bimbang kerana setiap produk yang dikeluarkan oleh Olay Malaysia adalah disahkan selamat digunakan dan juga halal.So korang boleh gunakan tanpa ragu-ragu tau !


Untuk korang yang mungkin tidak mempunyai masa untuk pergi ke farmasi berdekatan untuk membuat pembelian, gerakkan kursor kat laptop tu dan layari laman web ZALORA Malaysia sekarang juga! Ini kerana, produk Olay juga boleh dibeli secara online di ZALORA dan juga akan dihantar terus ke rumah korang secara PERCUMA!

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)