Tuesday, August 19, 2014

Adik Beradik Ahnaf Homestay @ Abahomestay @ Seksyen 32, Shah Alam

Korang ada merancang percutian , menghadiri majlis perkahwinan atau majlis konvokesyen di Shah Alam atau Klang ? Tercari-cari homestay di Shah Alam atau berdekatan dengan Klang dengan harga yang lebih berpatutan? Adik Beradik Ahnaf Homestay @ Abahomestay menyediakan perkhidmatan homestay yang selesa di Seksyen 32, Shah Alam dengan harga yang lebih rendah. Dan kalau korang nak tahu, untuk penjawat awam ada harga yang istimewa yang ditawarkan. Yang tu kena berhubung terus pemilik Adik Beradik Ahnaf Homestay @ Abahomestay lah yer macam mana. Boleh la booking sekarang jika sudah merancang percutian di Shah Alam tapi masih belum booking mana-mana hotel yer.


Pandangan rumah dari depan

Peta ke Adik Beradik Ahnaf Homestay @ Abahomestay ( Laluan ke homestay boleh baca disini)


Pakej yang disediakan ( Borang booking boleh didapati di sebelah kanan blog Adik Beradik Ahnaf Homestay @ Abahomestay http://onlinebookinghomestay.blogspot.com/ )  :-

Famili 1 Malam RM150
Famili 2 Malam RM300
Famili 3 Malam RM400
Famili 1 minggu RM700

Banyak kemudahan yang disediakan di antaranya seperti berikut : -

 
Kelengkapan TV LCD & ASTRO di ruang tamu
Kemudahan Air cond di ruang tamu
Kipas dan  lampu di ruang tamu
Kelengkapan perabot di ruang tamu
Kelengkapan perabot di bilik tidur utama
Katil queen di bilik tidur utama
Almari & tandas di bilik tidur utama
Kelengkapan di dalam tandas bilik utama
Kelengkapan di dalam tandas bilik kedua
Katil bertingkat di bilik kedua
Kelengkapan almari di bilik kedua
Langsir dan almari di bilik kedua


Katil bujang di bilik ketiga
Meja makan di dapur


Peralatan memasak di dapur . Kemudahan memasak spt dapur gas, periuk, kuali, senduk, pinggan, cawan disediakan.


Meja makan dan peti sejuk di dapur


Mesin basuh automatik
Kipas dan lampu di dapur
Arah kiblat di bilik utama . Sejadah, Al-Quran, Al-Mathurat , karpet juga disediakan.
Arah kiblat di bilik kedua
Taman permainan kanak-kanak-pandangan dari ruang tamu dalam rumah
Pandangan di depan rumah
Taman permainan kanak-kanak-di sebelah rumah jer
Kanak-kanak bermain di taman sebelah rumah



Lokasi yang menarik di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang :-
  • Taman Botani Negara, Shah Alam.                                    25 Minit ( Peta Laluan ) 
  • I City, Shah Alam.                                                             21 Minit ( Peta Laluan )
  • Wet World Water Park, Shah Alam.                                  16 Minit ( Peta Laluan )
  • SACC Mall, Shah Alam.                                                   20 Minit ( Peta Laluan )
  • Taman Seni Islam, Shah Alam                                            16 Minit ( Peta Laluan )
  • Istana Bukit Kayangan, Shah Alam                                    17 Minit ( Peta Laluan )
  • Anggerik Mall, Shah Alam                                                 16 Minit ( Peta Laluan )
  • DEMC Seksyen 9, Shah Alam                                          18 Minit ( Peta Laluan )
  • Hospital Pakar KPJ, Shah Alam                                        14 Minit ( Peta Laluan )
  • Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam                              20 Minit ( Peta Laluan )
  • Shah Alam Convention Center, Shah Alam                        18 Minit ( Peta Laluan )
  • Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam                                20 Minit ( Peta Laluan )
  • Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam                              19 Minit ( Peta Laluan )
  • Stadium Malawati, Shah Alam                                           19 Minit ( Peta Laluan )
  • One City Mall, USJ, Petaling Jaya                                     18 Minit ( Peta Laluan )
  • WISMA GM, Klang                                                         10 Minit ( Peta Laluan ) 
  • Street Art, Seksyen 2, Shah Alam                                     17 Minit ( Peta Laluan )

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi : 

Blog: http://onlinebookinghomestay.blogspot.com
Alamat Adik Beradik Ahnaf Homestay @ Abahomestay  : 
No 55, Jalan Sungai Long, 
Kampung Bukit Naga,
Seksyen 32, 40460 Shah Alam 
Selangor


Monday, August 18, 2014

Laman Seni Seksyen 7,Shah Alam

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam adalah lorong belakang premis perniagaan di Seksyen 7.Dahulunya lorong ini suram kini berubah wajah menjadi lebih ceria hasil inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) . Di lorong ini terdapat mural serta aktiviti seni seperti persembahan muzik jalanan, jualan kraf tangan dan sebagainya.


Sebenarnya saya pergi sini secara tidak sengaja lepas beli tudung untuk hari raya yang lepas iaitu pada bulan Ramadhan la kiranya. Jom lah tengok mural yang menarik yang sempat saya amik hari tu. Lokasinya adalah lorong belakang Fareeda, Restoren Jemari dan sewaktu dengannya tu.

Berhadapan dengan Roshni Bazaar.

Inilah lorongnya

Melting...Kretif kon jalan tu jadi kon aiskrim.

Johan ke tu ? :p

Cermin yang pecah yang ditampal kat situ..

Mengejek ke korang ?


Flora dan fauna

Yang ni tribute to #MH370

Dam ular kan? 

Seksyen 7

Masjid Shah Alam

Bandaraya Shah Alam akan datang katanya..

Diakhiri dengan haruslah tuan belog tumpang berposing :p 

p/s:

Banyak lagi lukisan yang menarik hujung-hujung lorong tu tapi hari tu panas sangat maklumlah puasa. Ni jer yang termampu di ambil gambarnya. Sesuai jugak buat lokasi photoshoot ni..Memang ramai orang posing kat sini.

Korang dah pernah sampai Laman Seni Seksyen 7 ni  ? 


Ini peta untuk kesini. ..


Friday, August 15, 2014

Tudung Telekung Online Instant Lycra Inspirasihana

Assalamu'alaikum Wrmbth, Sedang cari tudung telekung online ?


Insyaallah kami di tudung labuh online menyediakan koleksi terbaru daripada kain lycra.Istimewa dari Inspirasihana.Mini telekung ini adalah tudung dan telekung 2 dalam satu. Mudah sangat untuk kita uruskan solat semasa keluar bersama keluarga.Tak pun semasa kerja dipejabat. Tak perlulah bawa beg telekung bersama sama. Ringan dan lapang tangan tu untuk memegang tangan suami dan anak anak :) Best kan.

Dan koleksi Aisyah Humaira ini memang mendapat sambutan hangat dan tempat di hati muslimah bertudung labuh.Selalu habis stok.Jika cik puan mahukan tudung telekung berdagu .. Boleh gunakan inner yang berlainan. Oleh sebab tudung telekung ini versatil.. Bagi pelbagai tujuan.. 

Terdapat 11 pilihan warna untuk kesesuaian kita.Tudung inspirasi hana memang sinonim dengan Diana Amir yang alhamdulillah kini istiqamah menutup aurat dengan sempurna.Mari lihat koleksi tudung lycra dibawah. Inspirasi hana mempunyai pelbagai rekaan .. Koleksi ini dikenali sebagai Aisyah Humaira.


Kain lycra yang digunakan tahan lasak dan selesa dipakai. Dan ia juga ringan dan memudahkan angin masuk. Lebih sejuk.Paling penting ia tidak jarang dan mempunyai flow yang baik. Memakai tudung telekung lycra ini menjadikan pemakainya kelihatan kemas.


Sekiranya berminat mendapat tudung telekung online.. pilihan Diana Amir


Boleh sms dan Whatsapp Mazni 0192653791


Tudung Telekung Lycra Inspirasihana Koleksi Aisyah Humairah.. Dapatkan sementara stok masih ada.Di kedai tudung labuh online



* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here? 

p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes serendah RM 50 setahun disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM100 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.

Wednesday, August 13, 2014

Usaha kecil menjaga keindahan pantai di sekitar Dungun

Sebagai seorang anak kelahiran Terengganu, saya ingin mencadangkan usaha kecil kita dalam menjaga keindahan pantai di sekitar Dungun.  Sebenarnya ini adalah inisiatif my hubby yang saya rasa bagus untuk dikongsikan. Semasa kami nak berhenti makan di tepi pantai di Dungun hari tu, memang ada banyak pondok yang disediakan oleh Majlis Daerah Dungun tapi kebanyakan tempat kotor. Memang tak lalu nak duduk. Ada saya tengok bawa tikar sendiri dan duduk berkelah bawah pokok sebab tak selera nak duduk kat pondok yang disediakan.

Pemandangan pantai di sekitar Dungun. Cantik kan ? 

Sekarang diorang tengah buat tambak kat pantai di Dungun selepas kejadian hakisan yang teruk hari tu. Makin sempit kawasan pantai. 
 
Ni kat area Teluk Gadong tepi UiTM Dungun. Sayang kalau tak terjaga kan. 

Sempat pekena air jagung float. 


Jom pekena CT.. 
CT = Celup Tepung lah kan.


Cadangan saya, apa kata setiap kali selepas menggunakan pondok tu, apa salahnya bersihkan pondok tersebut untuk kemudahan pengunjung seterusnya. Lagi satu , apa salahnya buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan kat situ. Tak patah tangan pun kan..
Setuju ? #sayangipantaikita #pantaidungun #iniwilayahpantaitimur

Posing dengan anak-anak sebelum pulang :)


Dikesempatan ini, saya mengucapkan happy dating anniversary kita yang kesebelas sayang yang telah lepas ( 2.8.2003- 2.8.2014) iaitu bersamaan dengan hari lahir anakanda yang pertama :) Semoga kita kekal bercinta dan berbahagia sampai ke jannah...Aku ingin menjadi ketua bidadarimu dunia dan akhirat...Aaaminnn...
p/s:


Tuesday, August 12, 2014

Review Portable Air Conditioner Morgan

Balik kampung hari tu, memang panas jugak .Suhu lebih kurang 32℃ . Mula lah datang risau puteri lilin kami yang sorang tu. Berapa kali dah pengalaman tidur dalam kereta kalau balik kampung ni angkara puteri lilin kecil kami yang tak tahan panas tu.Masa kat sini lagi kami survey harga portable air conditioner ni. Harga dalam lingkungan RM1K .


Sampai kat Paka, esoknya keluar nak pergi beli aircond. Biasa kitorang beli kat satu kedai ni. Sales person dia suggest beli jenama Morgan sebab katanya brand ni yang kurang problem. Harga yang dia letak RM1400 tapi bila dah nego dia bagi RM1200. Kitorang nak survey lagi mana tahu dapat lagi murah kan. So pergi kedai lain pulak. Bila tanya Sales person dia kata RM1100. Terus kitorang nak beli la. Teruja dapat jimat RM100 dari kedai yang sebelum ni. hahaha. Sekali kerani dia pulak kerek semacam , dia kata betul ker RM1100, you check betul-betul dulu dia cakap kat Sales person yang offer kami tu. Rupanya betul salah harga. Dia suruh tambah lagi RM30 . Ok la, jimat RM70 dari kedai yang offer sebelum tu.hahaha. Rupa-rupanya dua kedai tu owner yang sama. Kitorang kena pergi amik barang tu kat kedai yang sebelum ni. Tak per la, janji dapat jimat kan.hahaha.


Inilah aircond yang kami beli tu. 1HP.Memang bulky. Letak kat bonet terus tak boleh letak apa-apa. Kitorang memang tak angkut balik sini. Senang nak angkut balik rumah my ma dan my mil..
Sales person tu cakap bulky sebab ada compressor. Kalu tak nak bulky dia suggest air cooler tapi kena isi ais pulak yang tu. Leceh pulak.Dan sejuk dia tertumpu dan tak menyeluruh macam portable aircond ni.

Kat rumah my hubby dah tak de tingkap bilik, so kena tebuk lantai untuk halakan hos udara panas tu. Nasib lah tukang rumah kan.

Ni kat rumah my ma ok lah sebab ada tingkap, hos tu keluarkan kot tingkap. Kena tiup angin panas la cili my ma kat tepi bilik tuh..hahaha

Review saya , Portable Air Conditioner jenama Morgan ni memang sejuk macam aircond biasa cuma tang berat (29 KG) dan saiz ( 88 x 39.4 x 49.4)  tu macam gedabak sket. Tapi jangan bimbang ada roda boleh tolak sebelum angkat ke kereta .Bunyi agak bising tapi tak ada lah sampai menggangu tidur. Boleh bagi 2 bintang per 5 bintang. 

Puteri lilin kami tidur tak bergerak pun malam tu. Punya lah syok tidur dalam aircond. Tapi bil elektrik tak tahu la macam mana. Harap-harap tak melambung. 5 hari jer pun kan. hahaha.
Ni seronok main dalam bilik aircond. Duduk kat luar panas berdenting meragam. Masuk bilik senyap.Sentap mak !!



Tengok kat lazada tengah ada sales tu. Harga RM969.00 sebijik sama macam saya punya.


Korang pernah beli portable aircond ? 


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)