Wednesday, June 25, 2014

Pernah mengira guna batang aiskrim ?

Hari ni entry nostalgia @ elissmie. Korang pernah mengira dengan batang aiskrim tak ? Ingat masa sekolah rendah, siap kumpul batang aiskirm gitu untuk mengira dalam kelas. Ada jugak yang bawak lidi kan. Nostalgia sungguh kan. Even tak berapa minat matematik, tapi rasa seronok jugak dapat mengira guna batang aiskrim .



Ni pulak batang aiskrim yang saya jumpa kat Tesco Shah Alam. Dah tak perlu kumpul batang aiskrim sendiri sebab siap-siap ada jual. Menarik kan ? Ada 2 jenis. Satu kayu dan satu jenis foam. 

Harga RM8.90 untuk jenis foam tapi yang kayu tu tak tertengok pula harganya.


Hari tu, my hubby nak carikan my Nuha sempoa tapi jenis yang manik warna-warni sebab nak ajar dia mengira. My Nuha ni nampak suka jugak matematik. Harap tak tiru gen kami berdua yang tak suka matematik.hahaha.Puas my hubby cari kat kedai stationery tapi tak ada .Last-last jumpa kat kedai runcit kat area Dengkil.
Klasik sangat kan ? RM5.90 jer 


Kalau nak beli jugak, Ni hah kedai dia, my hubby cakap kat kedai india muslim tepi masjid Dengkil.

Semoga my nuha semangat nak buat kira-kira :p


Korang mengira guna apa masa kecik-kecik dulu?
#nostalgia@elissmie


Monday, June 23, 2014

Jom shopping online @ Sophiea Azzahraa

Korang selalu shopping online tak ? Kalau kaum hawa, kalau tak dapat cuci mata kat mall, online pun jadi especially dah tengah-tengah bulan ni kan. Tapi yang heran, kalau tang shopping online ada pulak duit yer. Magis kan. hahaha . Ni ha, nak promote satu fb page untuk korang cuci-cuci mata shopping secara online iaitu Sophiea Azzahraa yang mana page ni menjual barangan Sophie Paris Malaysia tau.Banyak barangan dalam rangkaian Sophie Paris ni rupanya. Pilih la yang mana korang berkenan yer jangan segan-segan.

Antara barangan yang ada ialah jam tangan. Nampak trendy design jam tangan dia kan. Ditambah pula dengan warna yang menarik tertarik gitu.



Yang ni tali boleh tukar-tukar dan boleh match dengan warna baju mungkin .

Bagi yang tak suka tali kulit, boleh la pilih jam ni . Menarik kan?

Dah dekat nak raya, shopping sekali untuk hari raya pun boleh. Handbag raya dah ada ker ?
Ni hah, macam-macam design dan warna handbag yang menarik yang boleh korang pilih. Boleh terambang mata ni .



Wallet dan Handbag dengan rona sedondon. Menarik kan ?



Bagi yang suka corak horizontal , boleh pilih kombinasi handbag dan wallet ini.



Barangan makeup seperti Voluptous Lip Tint ni pun ada untuk korang shopping.



Kat  Sophiea Azzahraa , bukan barang korang ajer boleh shopping tapi anak-anak jugak. 


Kaum lelaki pun tak terkecuali juga, boleh shopping di  Sophiea Azzahraa. Banyak wallet yang menarik untuk korang pilih yer .


Macam mana nak membuat pembelian di Sophiea Azzahraa ni ? Mudah saja, kalau korang berminat dengan barangan di Sophiea Azzahraa , korang boleh pm/inbox/whatsapp/telegram/wechat ke

 019-3330900 
Nak best lagi ? Korang boleh apply untuk membership cuma RM15 sahaja seumur hidup

dan
Setiap pembelian di Sophiea Azzahraa akan menerima potongan 20 % diskaun tau !!!

Jom shopping sekarang ! Jangan lupa like  fb Sophiea Azzahraa  yer :)



* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here? 
p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes serendah RM 36 setahun disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM20 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.

Friday, June 20, 2014

Dengan Basikal Aku Menjelajah @ TV Alhijrah

Ni antara rancangan tv kegemaran saya sekarang. Tiap-tiap minggu sayang nak miss :p Kenapa baru tertengok. Rasanya dah dua bulan lebih follow rancangan ni. Dulu sebelum tertengok rancangan ni, bila baca tajuk rancangan, dalam hati fikir macam rancangan kanak-kanak jer ni. Lepas tu alih channel. hahaha . Hinggalah suatu hari tu sebab bosan sangat tak der rancangan lain, tengoklah Dengan Basikal Aku Menjelajah . Terus rasa kagum dan tak sabar tunggu episod seterusnya dan seterusnya. Memang tabik spring btol kat Zahariz sebab berjaya membuat dokumentari penjelajahannya seorang diri.


Yang saya tengok tu dia menjelajah ke Iceland dan paling best dapat melihat aurora borealis Memang kagum dengan Zahariz sebab penjelajahannya kira versi mampu milik sebab cuma tidur dalam khemah yang dipasang tapi kadang-kadang ada orang bermurah hati bagi free tidur kat hotel . Rezeki jangan ditolak kan :) Boleh tengok preview kat sini http://zahariz.com/the-film/ . Tujuan penjelajahan ini katanya ingin mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa melihat keindahan alam ciptaanNya , ingin mencari dan mengenal dirinya sendiri, mencari pengalaman baru, dan erti kehidupan. 

Setiap Ahad, 8.30 Malam @ TV Alhijrah

Last week, bercerita dengan staf jabatan lain kat kafe. Sekali dia cerita pasal Zahariz ni. Rupanya , kawan saya tu baca blog Zahariz ni. Blogger rupanya dia yer :) Ni blognya Zahariz.com . Instagramnya :  http://instagram.com/zahariz


Zahariz akan memulakan siri pengembaraannya yang ketiga secara berbasikal dan kali ini beliau akan menjelajah bermula dari Mongolia hingga Sepanyol mengambil masa lebih dua tahun
 Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140308/dn_09/Zahariz-jayakan-misi-berbasikal-ketiga#ixzz358ZiSVX8 © Utusan Melayu (M) Bhd



credit Zahariz.com


credit Zahariz.com

Korang pernah tengok tak rancangan Dengan Basikal Aku Menjelajah @ TV Alhijrah ni ?

p/s:


Jom dapatkan barangan tupperware disini, boleh beli kat sini yer :)
Nak jalan hujung minggu dengan kereta berkilat, jom cuci kereta di Tip Top Services Auto Spa @ Seksyen 7, Shah Alam ok !


Wednesday, June 11, 2014

Hantaran dan bunga pegang guna fresh flowers, suka tak ?

Sekarang ni cuti sekolah lagi kan ? Cuti sekolah ni sinonim sangat dengan musim orang kawen kan.  Mesti korang yang nak kawen tu masih tercari-cari tema yang akan digunakan untuk hantaran perkahwinan korang kan. Yang bestnya,saya terjumpa satu page kat facebook iaitu Flora Bella Wedding Deco  yang menyediakan hantaran dan bunga pegang ( hand bouquet )  dari bunga-bunga segar atau fresh flowers.Mungkin boleh bagi suntikan idea untuk korang yang masih tercari-cari tema hantaran tu kan ? 


Hantaran handphone dengan bunga ros pink dan ungu 

Sirih junjung pun dah moden dengan sentuhan bunga ros segar peach dan kuning

Hantaran jam tangan dengan bunga ros peach dan kuning 


Ini pula hantaran perfume dengan bunga carnation pink dan peach

Ini pula hantaran perfume dengan bunga ros pink


Ini pulak hantaran buah-buahan yang simple tapi menyerlah dengan buanga ros pink dan kuning

Bawah ni pulak antara bunga pegang yang digubah cantik untuk bakal pengantin...Macam-macam warna ada dan bunga yang korang berkenan 







Berkenan tak ? Berkenan lah tu kan ? 

Bagi korang yang berminat mendapat sentuhan hantaran dari bunga segar dari Flora Bella Wedding Deco , korang boleh berhubung terus dengan pemilik Flora Bella Wedding Deco yer :) Maklumat seperti dibawah yer :) Yang best tu cover seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak lah tapi ada la sket harga tambahan yang akan dikenakan yang boleh dirunding dengan pemilik  Flora Bella Wedding Deco . 

Call / Whatsapp 019 3193 722 


Perkhidmatan yang ditawarkan : 

Perancang Majlis Perkahwinan, Gubahan Hantaran, Jambangan Bunga Pengantin, Hiasan Meja Makan Beradab,Hiasan bilik pengantin,Hiasan Pelamin, Hiasan Cukur Jambul , Solekan Pengantin

Korang suka tak hantaran dari bunga segar ??


Monday, June 09, 2014

First time masuk MR D.I.Y Tesco Setia Alam dan Pemenang FM UiTM

Korang pernah masuk MR D.I.Y ?Tak sangka rupanya macam-macam ada dalam MR D.I.Y ni. Nampak macam barangan ala-ala Daiso pun yer jugak. Macam -macam ada dari hardware, barangan rumah, barangan elektrik, alat tulis,barangan sukan ,hadiah ,accessories kereta dan mainan. Yang best bab tagline dia lah "Always Low Prices " . 


Sebelum ni hubby jer yang pernah masuk. Semalam, sebab nak cari banyak barang-barang, masuk lah sekali.Tujuan asal nak beli kepala paip bilik air yang rosak ajer. Bila dah masuk mula lah merambang mata kan. hahaha. Lain kali boleh datang sini lagi yer sayang..hehehe

My princess :)

Hubby tengah tunggu barang-barang siap ditest.


Nak dekat nak bulan Ramadhan ni, balang kuih dia display kat depan-depan..
Cantik pulak pasu kat atas rak tu :p

Antara barang-barang yang saya sempat beli.

Raket pembunuh nyamuk ni RM11.90

Wireless door bell . Yang ni dia punya receiver macam celcom broadband.Nak guna kena letak kat plug.
RM21.90

Wireless Alarm ni RM11.50


Dah nampak cashier ni, tak reti-reti nak bayar :p


Berjela list.. Total burst RM80.90



Tesco Setia Alam
Lot F56,57, 
No.2, Jln Setia Prima S U13/S, 
Bandar Setia Alam, 
Sekysen U13, 
40170 Shah Alam, Selangor

Korang pernah masuk MR D.I.Y ?


Ok..Ni nak umumkan pemenang FM UiTM iaitu Nad Mama ZN :)
Boleh bagi alamat dan no hp to elissmie [at ] gmail [dot] com
Jawapannnya : RM10 sahaja :)

Bagi yang tak berjaya, lain kali kita main teka-teka lagi yer :) 

Friday, June 06, 2014

Beg jualan amal ,Oat Chocolate Choco dan UiTM Fridge Magnet Giveaway !!

Assalamualaikum. Salam Jumaat, penghulu segala hari . Sekejap ajer sekarang ni seminggu ke seminggu. Minggu ni ada jualan kat bawah ofiz saya ni atau PPP ( Pesta Perabis Pitis). Ada satu tu jualan amal oleh pelajar UiTM. Diorang dapat barang-barang sponsor, so diorang jual balik untuk kutipan amal. Bagus juga idea mereka ni kan. Saya turut bagi sokongan atas inisiatif mereka. 


Inilah barangan yang ada dalam beg amal diorang. 9 barang semuanya iaitu majalah Anjung Seri, Jelita , Deodorant Syahirah, 2 pek Sabun Top, Perapi rambut Safi Shayla ( nanti saya review produk ni yer ) , Cip Ubi Kayu , InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu, dan sabun mandi. 

Cuba teka berapa harga beg jualan amal ini ? 

Pemenang akan menerima , satu Fridge Magnet UiTM . Korang boleh teka banyak kali tapi cuma tekaan yang tepat dan betul paling awal akan menerima FM ini ( seorang pemenang sahaja) . Jika tiada jawapan tepat, jawapan hampir tepat yang paling awal akan menerima FM ini. Undian di tutup pada hari Isnin ( 9 .6) sebelum jam 1.00 tengah hari ! Selamat meneka you'ollss !! - TELAH DITUTUP. DAH ADA PEMENANG :)



FM UiTM untuk dimenangi..UiTM Sentiasa Dihatiku ...

p/s: 



Ini pulak kegilaan terbaru my hubby, anak-anak and me :) Oat Chocolate Choco ni hubby yang belikan . My hubby beli kat BHP Petrol RM16.Padahal orang jual RM11-RM12. Punyalah tak masuk akal harganya...Sebelum ni saya tak pernah cuba pun. Rupanya sedap jugak. Agak-agak boleh tak turun kolestrol saya ni ? hehehe. 


Jom dapatkan barangan tupperware disini, boleh beli kat sini yer :)
Nak jalan hujung minggu dengan kereta berkilat, jom cuci kereta di Tip Top Services Auto Spa @ Seksyen 7, Shah Alam ok !


Wednesday, June 04, 2014

Hari terakhir di UiTM Shah Alam , Farewell @ Kenny Rogers Roasters, AEON Bukit Raja

Bukan saya hari terakhir. Tapi ofiz mate, Sabariah yang berhenti kerja untuk memikul sepenuhnya menjadi suri rumah tangga setelah 10 tahun bekerja di UiTM. Bak kata boz saya, saya tidak mampu. Saya pun rasanya tak mampu jugak boz. Bukan calang-calang orang mampu jadi suri rumahtangga sepenuh masa ni. Tabik spring kat Sabariah :) Hai buat apa tu ? Happy anniversary anyway, semoga bahagia till jannah :)



At Kenny Rogers Roasters, we want you to be healthy kekdahnya :p

All time favourite punya pilihan , 1/4 chicken dan 3 side dish dapat percuma muffin

trademark :p


Ni pilihan saya. Jemput makan :) 

#selfie lah sangat

'
With yang diraikan....Sabariah . Yang lain tak nak berhenti kan ? lalariksss

Antara yang hadir memeriahkan suasana :)

Ruang makan dalam KRR yang selesa

Berposing kat luar pulak. Terima kasih staf KRR yang amikkan gambar kami

Sempat lagi :p

Ni pulak hari terakhir Sabariah di UiTM...

Punch yang terakhir di UiTM. Sayonara !! Hari raya jangan lupa ajak pi rumah terbuka..Dekat jer pun PJ tu kan..hehehe

Korang ada cita-cita nak jadi suri rumah tangga ? atau sura rumah tangga ?  

p/s: 

Saya pun teringin jugak tapi keadaan masih tidak mengizinkan...


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)