Tuesday, December 17, 2013

Pengalaman sekolah berasrama penuh, best ker ?

Ini entry nostalgia. Kembali ke tahun 1997-1999. Sekolah berasrama penuh. Sekolah saya dalam nostalgia.Dulunya dikenali sebagai MRYT-MARA Dungun. Lepas tu tak silap tukar nama jadi MRSM-YT Dungun. Tapi dah pupus sekolah saya tuh dan diganti dengan sekolah tahfiz Dungun tak silap.


Best ke bersekolah di asrama penuh ? Saya ni homesick sebenarnya. Masa tingkatan 1 tu rasa tak suka sangat sebab terpaksa berpisah dengan my ma dan abah kan. Hari-hari melekap kat public phone telefon my ma. Mengadu makan tak sedap. Ada satu menu tu nasi,  telur masak  kurma dan ikan masin tak silap. Siap meleleh air mata cerita kat my ma. Public phone menjadi saksi.Weekend jer my ma dan my abah datang bawak macam-macam. Dah la bukan boleh balik tiap-tiap minggu macam sekolah biasa kan. 

Tapi alah bisa tegal biasa kan. Bila dah lama-lama tu, kawan-kawan makin mesra .So tak balik pun tak der hal dah lepas tu. Boleh pergi outing kat bandar koboi Dungun.Skang dah banyak beza bandar Dungun. Masa tu masuk A&W dah kira hebat.Yang ada pasaraya Salwa dan Ju Jaya .KFC rasa macam tak ada lagi time tu. Pizza Hut apatah lagi.Banyak aktiviti yang best-best yang ada kat sekolah . Macam-macam minggu ada. Minggu Sains lah, minggu Bahasa lah, dikir barat, nasyid dan macam-macam lagi lah. Saya selalu join sayembara puisi. Rindu jugak nak berpuisi macam dulu-dulu. Kami ni first batch sekolah kami. Bila junior masuk, lagi meriah sekolah dan siap ada ragging junior lagi.Opss. Biasalah kot yang mana tak respect the seniors memang cari penyakit lah kan.Paling tak suka time prep. Suka tidur dari belajar ginilah. hahaha. Terima kasih cikgu-cikgu yang mengajar saya dari form 1 hingga form 3 disekolah ini. Kepada kawan-kawan, bila nak buat reunion balik dengan anak-anak .?


Jom layan gambar-gambar lama yang saya amik dari group whatsApp kelas saya. Terima kasih Nani dan Syail untuk perkongsian memori daun pisang ini :)

 Sebelah saya tu Maria dan tudung hitam tu Norini , entry sebelumnya disini. 
Masa ni form 3 tak silap dengan Teacher Linda. Saya jumpa balik dengan dia jadi lecturer TATI (skang TATIUC)
 WhatsApp dan fb menemukan kami kembali. Thanks to technology :)
 Hubby tegur saya kalau saya mesti amik gambar kepala terteleng. Trademark dari dulu rupanya. Yang best diasrama, solat mesti berjemaah. Sempat lagi nak pergi solat berposing ;p
Tembamnya pipi saya :p

Korang ada pengalaman bersekolah di sekolah berasrama penuh?



Monday, December 16, 2013

Prosperity Burger McDonald's dan The Wizard of Oz

Jumaat lepas cakap kat my hubby tak nak makan nasi. Hari tu dah ternampak iklan prosperity burger kat TV.So hari yang dinanti dah tiba . Maklumlah my hubby ni peminat tegar prosperity burger yang setahun sekali tu. Mula-mula pergi ke McDonald's Klang Sentral tapi ramai gila orang so kitorang ke McDonald's Petron, Seksyen 7 yang sekali dengan McCafe tuh.



My Nuha pulak dah lama dah duk berkenan kat Hello Kitty tu. So dapatlah satu ! The Wizard of Oz. Singa eh? Korang cakap jer nak Hello Kitty mana, kalau ada stok dapatlah apa yang korang nak. my Nuha nak yang frog prince tu tapi dah habis. Patutnya yang Singing Bone tu kan skang ni. Tapi hitam bebenor maknya tak suka :p Ni mak ke anak yang collect ni ? hahaha


Chicken Prosperity Burger for me and Beef Prosperity Burger for my beloved hubby. Total burst RM60++


closed up my burger

Tukang belanja :p tq sayang :* 

My Nayla makan twister fries dan bun ajer..Kesian :p


 Suka buat muka macam tu skang :p Fesyen apa ntah !

Kemain lagi my Nuha makan burger McChicken dia !
My cheeky Nayla and me
Happy little customer dengan Hello Kitty idaman  siap bawak pergi tadika hari ni nak show off lerr tewww :)

Korang dah makan ke prosperity burger tu dan dah ada ker koleksi Hello Kitty fairy tales ? 

Friday, December 13, 2013

Set pinggan mangkuk pulak dah....

Inilah perempuan. Hari tu terjebak dengan tupperware. Ni nak terjebak dengan pinggan mangkuk pulak dah. Kat ofiz saya ni siap ada kutu pinggan mangkuk tau..makcik makcik sangat tau...lalalarikss....


Ni yang saya berkenan dan telah dipersetujui oleh my hubby..lalalala...Cantik dak??Cantik kan ??Macam comel jer :p Kalau nak cuci-cuci mata korang boleh like fb Dapur Mama dan PM laju-laju yang mana berkenan :)

Korang dah terjebak ker dengan set pinggan mangkuk ? 


Alamak berkenan pulak kat spice jar ni. Ok next month :p 

p/s:

Set pinggan mangkuk saya ni saya beli untuk majlis-majlis special jer kot contohnya majlis sambut menantu, majlis makan beradab dan majlis cukur jambul cucu saya . Makanya lama lagi la boleh pakai kan..hahahaha . Larikssss....

Beli tupperware dan tupperware harga lelong : klik sini laju-laju
Basuh kereta hari minggu di Tip Top Services Auto Spa@ Seksyen 7, Shah Alam klik sini laju-laju


Thursday, December 12, 2013

Bil Cukai Taksiran 1/2014 MPK , Durian dan Durian Crepe

Entry rojak hari ni. Semalam cuti terus wordless se wordless nya .Korang dah terima ker Bil Cukai Taksiran 1/2014 MPK ( Majlis Perbandaran Klang) ? Saya dah bayar pun. Bayar lambat-lambatkan kena tambah RM20 pulak kan. So bayar cepat-cepat sebelum 28/2/2014 . So kena bayar RM270.80. Jangan tertunggak pulak. Kang pengsan nak membayarnya macam saya baru-baru ni.Bil baru ni dah nama my hubby.


Saya bayar melalui Bank Islam secara online. Bil cukai taksiran 1/2014 yang baru ni ada no akaun baru dan lama. Bila call bahagian cukai taksiran katanya ada sesetengah bank dah accept no akaun harta yang baru tapi bank islam belum lagi. So bagi yang membuat pembayaran online melalui bank islam boleh guna no akaun harta yang lama. Nak boleh ke menjawab pertanyaan saya ni, line saya dipass dari satu bahagian ke satu bahagian. Call yang no bebas cukai tu lagi tak membantu, no yang salah dibaginya. Ofiz mana-mana ntah bukan MPK. Sabar jer lah. 

Jadual kempen bayaran cukai taksiran pun dah keluar ni kat portal mpk :http://www.mpklang.gov.my . Semoga bila bayar cukai ni berbaloi untuk baiki jalan-jalan berlubang dan lampu jalan yang tak menyala tu. Hari tu dah terbang dekat RM500 sebab tukar tayar dan baiki rim yang bengkok sebab langgar lubang...


Skang ni dah musim durian kan ? Kat area rumah saya dah naik gerai-gerai durian. Lalu tepi jalan pun bau durian masuk dalam kereta. Harus menggoda kan ? 

Ni sabtu lepas. Hubby balik dari kerja bawak balik durian. Yang ni musang king. Berapa ulas jer sebiji durian. Isi tebal dan kuning. 

Yang ni D24 dan musang king makan sekali ngan my Nuha pulak si hantu durian. Rupanya my Nayla pun sama. Suka makan durian jugak.


Durian crepe. Sinonim sangat dengan musim durian kan. Rindu pada Durian Crepe Irma. Apa khabar di London? Yang ni beli dengan ofiz mate RM10.


Tuesday, December 10, 2013

Koleksi tupperware terbaru, tao mei dan Poskad Dari Taiwan

Pembelian tupperware bulan ni tak tunjuk lagi kan. Hahaha.Mak dah terpengaruh. Tupperware bulan depan ( gaji minggu depan ) pun dah book. Mati kalau my hubby baca.hahaha.Akhirnya , bekas bawang jenama tupperware idaman hari tu sudah ada dalam tangan dan harga memang baik punya. Terima kasih wan.Hari tu masa balik kampung sekejap sempat cerita dengan my Ma pasal tupperware. Sekali dia pun berkenan jugak bekas bawang tu. So satu saya bagi my Ma lah. Satu saya guna untuk diri sendiri. 3 jenis bawang ( bawang merah, bawang holland dan bawang putih)  dengan 1 kilogram setiap satu muat dalam bekas tu. Memang berbaloi-baloi sangat.



Terus pindahkan tempat bawang jauh dari dapur gas. Kedudukan asal bekas bawang tepi dapur gas.


Ni bekas bawang yang telah berkhidmat sepanjang 6 tahun dengan tulus dan ikhlas. Bekas hantaran saya sebenarnya ni tau untuk pihak lelaki. Tapi dah cakap siap-siap, bekas hantaran nak balik. Ada satu bagi my ma, kak long dan yang selebihnya saya simpan. Nak buat apa pun tak tahulah. #Nostalgianya. 


Alang-alang cerita pasal dapur kan. Cerita sekali pasal sayur yang baru 2 kali saya makan ni. Selalu pandang ajer dekat Checker tu tapi hari tu terpengaruh dengan blog mana ntah dia kata sedap sayur ni. Tau mei dia tulis kat situ. Ala-ala tauge jugak rasanya tapi yang ni tak hazab sebab tak perlu buang kepala tauge. 

 Saya masak pun masak macam tauge masak kicap taruk telur.terbaik la.

Wanted to get a BRAVIA TV for the longest time? Get one for cheaper at the #Sony #SALEbration until 31/12!


Ini poskad dari blogger yang saya jumpa masa blogwalking. Saya aim Fridge Magnet taiwan sebenarnya :p Dapat poskad hand painted pun ok lah jugak. Terima kasih :) Saya lupa pulak link blog tu. Nanti saya update balik yer.

Bersama karya my Nuha sebelah sisi peti sejuk. Lepas ni nak take over kawasan ni buat tampal FM mak pulak bila ruang depan dah penuh..hehehehe 


My miracle baby sudah menginjak ke usia 11 bulan 2 hari. Achievement terbaru suka makan durian dan sudah pandai guna touch screen . Hairan sebab tak pernah ajar.Mula-mula ingat kebetulan tapi beberapa kali bagi smartphone saya jari dia automatik tunjuk dengan jari telunjuk tu....sabar jerr laa...


Monday, December 09, 2013

Kos baiki charger slot Android tablet rosak @ Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Weekend hari tu, pergi baiki Android tablet my Nuha yang rosak. Charger slot dia jer yang patah. Bila tanya kos baiki charger slot tablet tu, tuan kedai tu cakap RM30 . So kami setuju baiki dan dalam masa setengah jam dia cakap siap. Tapi lebih setengah jam jugak lah sebab dia cakap tak jumpa sparepart sebab jenis yang charger bulat untuk tablet tu dah susah nak dapat. Maklumlah tablet sekarang charger semua jenis yang slot macam samsung kan. Lepas dah siap, tuan kedai tu try masukkan charger tapi tablet my Nuha asyik restart pulak. So dia assume tablet my Nuha tu dah rosak. Bila tanya berapa dia cakap cincai boncai. Last-last dia kata bagi upah servis RM10 sahaja.


Balik rumah my hubby try masukkan charger dan tunggu lama sket dan on tablet tu.Rupanya ok lagi. Save duit my hubby , kalau tidak kena belikan tablet baru untuk my Nuha. Sebenarnya, my hubby sebelum charger slot tu rosak dia dah jatuhkan tablet tu sampai retak skrin nya tapi boleh lagi buat main. Malam tadi, my Nuha pulak terhempas ke lantai. Makin parah pulak retaknya. Bulan depan nampak gayanya kena pergi tukar skrin laptop tu pulak. Ada siapa tahu kos untuk baiki skrin tablet tu ? Kalau try google kos dalam RM100 lebih keatas dan paling mahal RM200. Hurm...



Ni kedai yang kitorang baiki tablet tu. Ban Loong Telecomunication Service & Repair @ level 3 , Plaza Alam Sentral. Kedai dia berhampiran eskalator untuk turun ke tingkat bawah.

My Nuha ingat nak pergi beli tablet baru :p

Korang pernah baiki charger slot tablet yang rosak ? 



Ummi bila nak beli yang ini tanya my Nuha ? Sambil duduk-duduk tu tengok jugak tablet kat situ. Yang Ni Samsung Galaxy Tab 3 Kids. Sebenarnya casing dia jer for kid, yang isi badan dia tu Samsung Galaxy Tab 3 yang biasa tu lah. Tengok kat Lazada dalam RM690 - RM720. 

Bila nak balik, keluar dari Plaza Alam Sentral dapat surat saman parking . Alahai, tragedi sama berulang kembali ni . Tak serik-serik betul. Melayang RM100 macam ni saja . Akhir tahun, tengah-tengah malam pun dapat saman parking. Sabar jer lah yer padahal tidak menggangu lalulintas pun. Yerlah, nak bagi bonus untuk kakitangan awam nanti kan malam-malam pun saman orang :p



Friday, December 06, 2013

Pengalaman banjir , jom pakat bantu mereka

Saya memang tiada sangat pengalaman banjir. Sebab rumah my ma dan Abah tu atas bukit dan memang tak naik air. Harap-harapnya macam tu lah kan. Rumah mak mentua pulak memang selalu banjir tapi sekarang ni sejak diorang pasang kalvet kat depan jalan tu , Alhamdulillah dah tak naik air sangat lah.Tapi tak pernah la sampai kena pindah bagai. Rumah arwah wo ( nenek) kat kuala terengganu dulu pernah gak banjir tapi sebab dua tingkat so barang-barang pindah naik atas jer la.Masa kecik-kecik rasa seronok jer dapat main air. #‎prayforfloodvictims‬

Keadaan di Kemaman amat kritikal. Seluruh Kemaman bagaikan lautan.
Bekalan elektrik, air, makanan terputus. Bantuan yang sampai amat terhad.
Mohon bantuan cepat tiba di Kemaman - Luahan hati sahabat blogger di Kemaman, Lya


Alangkah bagusnya kerajaan jepun dan thailand dalam membantu mangsa yang terlibat dalam bencana alam. 
Tak perlah kerajaan tak boleh membantu, moga dari rakyat untuk rakyat ada bantuan.  #‎prayforfloodvictims‬

Jom pakat beri bantuan. Bertindak sekarang !!!






Keadaan sekitar Kemaman dari facebook bomba dan penyelamat. Semoga semua mangsa bertabah dalam menempuh ujian ini. Cakap memang senang kan. Yang kena memang perit. 






Thursday, December 05, 2013

Main layang-layang di Pantai Batu Burok ,Terengganu & Pemenang FM Terengganu

Selepas habis waktu melawat di hospital hari tu, kitorang berjalan kaki ke Pantai Batu Burok kat belakang Hospital Sultanah Nur Zahirah tu. Kat situ memang ada orang jual layang-layang. Kebetulan langit cerah hari tu. So boleh la bagi my Nuha main layang-layang. Dah lama sangat dah dia nak main layang-layang. Pernah beli kat dia dulu tapi masa tu tak ada angin kat kampung saya, so tak naik sangat layang-layang dia. hehehe

Nostalgianya tengok Pantai Batu Burok ni. Dulu masa balik kampung kat rumah arwah Tokki dan Wo kat Ladang mesti pergi pantai ni.Pernah selipar saya hilang masa main pantai kat sini. Hamik kau kaki ayam la balik rumah :p



Minum air kelapa dulu


Beriya btol dia minum. Maklumlah dulu dekat-dekat bersalin boleh kata hari-hari minum air kelapa dalam perut kan dik  :p


Syok lepak tepi pantai, angin sepoi-sepoi bahasa gitu.

 Hospital seberang jalan tu jer


Layang-layang kat sini dijual RM5 - RM7 siap akak tu pasangkan tali tasi lagi dan test run :p

RM4 for KFC AND drinks too?! Awesome lah! #SoGood 


My Nuha dan Kak Aisyah, kalau jumpa tak boleh berenggang. Ni anak bongsu kakak ipar saya yang sakit tu. Darjah 5


Banyak kan layang-layang kat sini. Kat hujung pun ada lagi


Yang besar sket ni RM7. My Nuha nak yang gambar princess. Melayang RM7

 Sementara menanti akak tu pasang tali pada layang-layang my Nuha


Dah terbang tapi my Nuha ni tak pandai sangat nak main, dia bagi kak Aisyah dia pegang

 Sedap tengok langit cerah tapi skang selalu hujan 


Main sekejap ajer diorang sebab dah nak balik rumah dah


Ni abang-abang Aisyah tadi. Aisyah sorang jer perempuan.

Ok lah.Hari yang dinanti-nanti untuk pencarian pemenang  FM dari Terengganu.Yang komen semua boleh peluang la even tak cukup syarat...tettttt :p lalalarikss....Jeng-jeng...


-





-





-





-



-




Ini pemenang FM Terengganu yang bertuah. Tq Mr Random :) 

5. Nad MamaZN
4.Ms Haslina
6.Ibu Amani

Sila emailkan nama, alamat dan no telefon kepada elissmie [ at] gmail [dot ] com untuk tujuan penghantaran fridge magnet yang dimenangi :)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)