Tuesday, December 10, 2013

Koleksi tupperware terbaru, tao mei dan Poskad Dari Taiwan

Pembelian tupperware bulan ni tak tunjuk lagi kan. Hahaha.Mak dah terpengaruh. Tupperware bulan depan ( gaji minggu depan ) pun dah book. Mati kalau my hubby baca.hahaha.Akhirnya , bekas bawang jenama tupperware idaman hari tu sudah ada dalam tangan dan harga memang baik punya. Terima kasih wan.Hari tu masa balik kampung sekejap sempat cerita dengan my Ma pasal tupperware. Sekali dia pun berkenan jugak bekas bawang tu. So satu saya bagi my Ma lah. Satu saya guna untuk diri sendiri. 3 jenis bawang ( bawang merah, bawang holland dan bawang putih)  dengan 1 kilogram setiap satu muat dalam bekas tu. Memang berbaloi-baloi sangat.



Terus pindahkan tempat bawang jauh dari dapur gas. Kedudukan asal bekas bawang tepi dapur gas.


Ni bekas bawang yang telah berkhidmat sepanjang 6 tahun dengan tulus dan ikhlas. Bekas hantaran saya sebenarnya ni tau untuk pihak lelaki. Tapi dah cakap siap-siap, bekas hantaran nak balik. Ada satu bagi my ma, kak long dan yang selebihnya saya simpan. Nak buat apa pun tak tahulah. #Nostalgianya. 


Alang-alang cerita pasal dapur kan. Cerita sekali pasal sayur yang baru 2 kali saya makan ni. Selalu pandang ajer dekat Checker tu tapi hari tu terpengaruh dengan blog mana ntah dia kata sedap sayur ni. Tau mei dia tulis kat situ. Ala-ala tauge jugak rasanya tapi yang ni tak hazab sebab tak perlu buang kepala tauge. 

 Saya masak pun masak macam tauge masak kicap taruk telur.terbaik la.

Wanted to get a BRAVIA TV for the longest time? Get one for cheaper at the #Sony #SALEbration until 31/12!


Ini poskad dari blogger yang saya jumpa masa blogwalking. Saya aim Fridge Magnet taiwan sebenarnya :p Dapat poskad hand painted pun ok lah jugak. Terima kasih :) Saya lupa pulak link blog tu. Nanti saya update balik yer.

Bersama karya my Nuha sebelah sisi peti sejuk. Lepas ni nak take over kawasan ni buat tampal FM mak pulak bila ruang depan dah penuh..hehehehe 


My miracle baby sudah menginjak ke usia 11 bulan 2 hari. Achievement terbaru suka makan durian dan sudah pandai guna touch screen . Hairan sebab tak pernah ajar.Mula-mula ingat kebetulan tapi beberapa kali bagi smartphone saya jari dia automatik tunjuk dengan jari telunjuk tu....sabar jerr laa...


Monday, December 09, 2013

Kos baiki charger slot Android tablet rosak @ Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Weekend hari tu, pergi baiki Android tablet my Nuha yang rosak. Charger slot dia jer yang patah. Bila tanya kos baiki charger slot tablet tu, tuan kedai tu cakap RM30 . So kami setuju baiki dan dalam masa setengah jam dia cakap siap. Tapi lebih setengah jam jugak lah sebab dia cakap tak jumpa sparepart sebab jenis yang charger bulat untuk tablet tu dah susah nak dapat. Maklumlah tablet sekarang charger semua jenis yang slot macam samsung kan. Lepas dah siap, tuan kedai tu try masukkan charger tapi tablet my Nuha asyik restart pulak. So dia assume tablet my Nuha tu dah rosak. Bila tanya berapa dia cakap cincai boncai. Last-last dia kata bagi upah servis RM10 sahaja.


Balik rumah my hubby try masukkan charger dan tunggu lama sket dan on tablet tu.Rupanya ok lagi. Save duit my hubby , kalau tidak kena belikan tablet baru untuk my Nuha. Sebenarnya, my hubby sebelum charger slot tu rosak dia dah jatuhkan tablet tu sampai retak skrin nya tapi boleh lagi buat main. Malam tadi, my Nuha pulak terhempas ke lantai. Makin parah pulak retaknya. Bulan depan nampak gayanya kena pergi tukar skrin laptop tu pulak. Ada siapa tahu kos untuk baiki skrin tablet tu ? Kalau try google kos dalam RM100 lebih keatas dan paling mahal RM200. Hurm...



Ni kedai yang kitorang baiki tablet tu. Ban Loong Telecomunication Service & Repair @ level 3 , Plaza Alam Sentral. Kedai dia berhampiran eskalator untuk turun ke tingkat bawah.

My Nuha ingat nak pergi beli tablet baru :p

Korang pernah baiki charger slot tablet yang rosak ? 



Ummi bila nak beli yang ini tanya my Nuha ? Sambil duduk-duduk tu tengok jugak tablet kat situ. Yang Ni Samsung Galaxy Tab 3 Kids. Sebenarnya casing dia jer for kid, yang isi badan dia tu Samsung Galaxy Tab 3 yang biasa tu lah. Tengok kat Lazada dalam RM690 - RM720. 

Bila nak balik, keluar dari Plaza Alam Sentral dapat surat saman parking . Alahai, tragedi sama berulang kembali ni . Tak serik-serik betul. Melayang RM100 macam ni saja . Akhir tahun, tengah-tengah malam pun dapat saman parking. Sabar jer lah yer padahal tidak menggangu lalulintas pun. Yerlah, nak bagi bonus untuk kakitangan awam nanti kan malam-malam pun saman orang :p



Friday, December 06, 2013

Pengalaman banjir , jom pakat bantu mereka

Saya memang tiada sangat pengalaman banjir. Sebab rumah my ma dan Abah tu atas bukit dan memang tak naik air. Harap-harapnya macam tu lah kan. Rumah mak mentua pulak memang selalu banjir tapi sekarang ni sejak diorang pasang kalvet kat depan jalan tu , Alhamdulillah dah tak naik air sangat lah.Tapi tak pernah la sampai kena pindah bagai. Rumah arwah wo ( nenek) kat kuala terengganu dulu pernah gak banjir tapi sebab dua tingkat so barang-barang pindah naik atas jer la.Masa kecik-kecik rasa seronok jer dapat main air. #‎prayforfloodvictims‬

Keadaan di Kemaman amat kritikal. Seluruh Kemaman bagaikan lautan.
Bekalan elektrik, air, makanan terputus. Bantuan yang sampai amat terhad.
Mohon bantuan cepat tiba di Kemaman - Luahan hati sahabat blogger di Kemaman, Lya


Alangkah bagusnya kerajaan jepun dan thailand dalam membantu mangsa yang terlibat dalam bencana alam. 
Tak perlah kerajaan tak boleh membantu, moga dari rakyat untuk rakyat ada bantuan.  #‎prayforfloodvictims‬

Jom pakat beri bantuan. Bertindak sekarang !!!






Keadaan sekitar Kemaman dari facebook bomba dan penyelamat. Semoga semua mangsa bertabah dalam menempuh ujian ini. Cakap memang senang kan. Yang kena memang perit. 






Thursday, December 05, 2013

Main layang-layang di Pantai Batu Burok ,Terengganu & Pemenang FM Terengganu

Selepas habis waktu melawat di hospital hari tu, kitorang berjalan kaki ke Pantai Batu Burok kat belakang Hospital Sultanah Nur Zahirah tu. Kat situ memang ada orang jual layang-layang. Kebetulan langit cerah hari tu. So boleh la bagi my Nuha main layang-layang. Dah lama sangat dah dia nak main layang-layang. Pernah beli kat dia dulu tapi masa tu tak ada angin kat kampung saya, so tak naik sangat layang-layang dia. hehehe

Nostalgianya tengok Pantai Batu Burok ni. Dulu masa balik kampung kat rumah arwah Tokki dan Wo kat Ladang mesti pergi pantai ni.Pernah selipar saya hilang masa main pantai kat sini. Hamik kau kaki ayam la balik rumah :p



Minum air kelapa dulu


Beriya btol dia minum. Maklumlah dulu dekat-dekat bersalin boleh kata hari-hari minum air kelapa dalam perut kan dik  :p


Syok lepak tepi pantai, angin sepoi-sepoi bahasa gitu.

 Hospital seberang jalan tu jer


Layang-layang kat sini dijual RM5 - RM7 siap akak tu pasangkan tali tasi lagi dan test run :p

RM4 for KFC AND drinks too?! Awesome lah! #SoGood 


My Nuha dan Kak Aisyah, kalau jumpa tak boleh berenggang. Ni anak bongsu kakak ipar saya yang sakit tu. Darjah 5


Banyak kan layang-layang kat sini. Kat hujung pun ada lagi


Yang besar sket ni RM7. My Nuha nak yang gambar princess. Melayang RM7

 Sementara menanti akak tu pasang tali pada layang-layang my Nuha


Dah terbang tapi my Nuha ni tak pandai sangat nak main, dia bagi kak Aisyah dia pegang

 Sedap tengok langit cerah tapi skang selalu hujan 


Main sekejap ajer diorang sebab dah nak balik rumah dah


Ni abang-abang Aisyah tadi. Aisyah sorang jer perempuan.

Ok lah.Hari yang dinanti-nanti untuk pencarian pemenang  FM dari Terengganu.Yang komen semua boleh peluang la even tak cukup syarat...tettttt :p lalalarikss....Jeng-jeng...


-





-





-





-



-




Ini pemenang FM Terengganu yang bertuah. Tq Mr Random :) 

5. Nad MamaZN
4.Ms Haslina
6.Ibu Amani

Sila emailkan nama, alamat dan no telefon kepada elissmie [ at] gmail [dot ] com untuk tujuan penghantaran fridge magnet yang dimenangi :)

Wednesday, December 04, 2013

Tukar Celcom Broadband ke PortaWifi Celcom , pandangan saya .

Dah bertahun-tahun saya adalah pengguna tegar Celcom Broadband dari 2008. Memang jarang ada masalah dan signal kat rumah saya pun memang selalu HSDPA. Balik kampung pun sama.Tapi yang tak bestnya tak boleh browsing dari smartphone especially nak Whatsapp. hahaha
Sebelum ni tahu jugak pasal Maxis yang MiFi [ baca sini ] tu tapi sebab dah pengguna Celcom Broadband tegar memang tak akan berpaling tadah lah. So last week, terus pergi Blue Cube, Plaza Alam Sentral. Promoter tunjuk plan seperti kat bawah ni. [baca sini  ] 

Celcom First DataBasicAdvancePro
Monthly CommitmentRM68RM98RM138
Data SpeedUp to 21 Mbps
Data Volume4GB6GB10GB
FREE Data VolumeN/A1GB (12 months)2GB (12 months)
Special RebateRM60
(RM10 x 6 months)
RM120
(RM10 x 12 months)
Upfront PaymentRM50 (RM5 x 10 months)
PortaWiFi ModemFREE
(including in-car charger + tri-pin charger)

Tengok-tengok terus setuju sebab yang pakej saya sekarang ni memang RM68/sebulan untuk 4GB dan speed tak sampai 21 Mbps. Kira ni untung berganda la. Sebab bukan sahaja boleh cucuk broadband kat laptop malah boleh guna kat smartphone saya jugak. So tak berebut nak guna internet dengan hubby di laptop.**Bagi pengguna celcom broadband jangan lupa isi borang terminate servis celcom broadband tu kat situ , kang pitam nak bayar dua bil :p 


PortaWifi ni pakej dia  3-Pin adapter , car adapter dan USB dongle. Kena bayar RM150 untuk pendaftaran tapi kontrak setahun dan tak boleh downgrade atau upgrade plan dalam masa setahun. Bil bulanan pertama tu mahal sket dalam RM80++ , tapi nanti dia akan tolak rebate dan last-last jadi RM68 jer la sebulan. 


Lepas register malam tu , dalam 2 jam aktif. Apa lagi terus layan korea malam tu. hahaha. Malam tu hubby pun online serentak dengan saya. Dan memang laju. Setakat saya guna selama beberapa hari ni, ada sehari jer tak laju tak silap hari Ahad pagi. Saya beli hari sabtu malam. Setakat ni memang berpuas hati lah.


Ada yang tanya saya kat mana saya layan korea. Dulu saya biasa layan di Maadu.com sekarang di Dramago.com pulak. Tapi kalau di smartphone korang boleh gi http://apps.animeplus.tv/ dan download apps #Dramania [ klik sini



Selamat jalan #Celcom Broadband yang banyak berjasa. 


Come to mommy #PortaWifi Celcom :p Yang kat dalam kereta tak try lagi. Tak cukup 4GB kan kalau guna lebih meluas. hahaha. So setakat ni guna kat rumah ajer lah. Kat ofiz guna free wifi jer la :p

Korang pernah guna portaWifi Celcom atau pun MiFi dan sewaktu dengannya ? What say you ? 




Tuesday, December 03, 2013

Masjid Terapung Terengganu dan Terengganu Fridge Magnet Giveaway

Assalamualaikum. Terima kasih kepada kalian yang sudi mendoakan kesembuhan kakak ipar saya . Alhamdulillah , beliau kini sudah stabil dan sudah dipindahkan ke wad biasa. Semalam tak kerja sebab ibu pengasuh my Nayla ada kenduri kahwin.So bermalas-malasan dengan anak-anak dirumah sahaja. Tapi tak relax sebab banyak kerja tertangguh hujung minggu.


Ni gambar kat depan Masjid Terapung Kuala Terengganu ataupun nama sebenar dia Masjid Tengku Tengah Zaharah . Masa ni berhenti solat lepas melawat kakak ipar my hubby di HSNZ. Esoknya bertolak balik ke sini. Sempat beli fridge magnet kat depan masjid terapung ni. Layan....


Cuaca cerah petang tu. Cantik kan ? 


 Cubaan beraksi seperti 'Uncle Gedek ' :p

 Boleh lah kan dari tak ada :p


Ni hubby tolong snapkan pulak. My Nuha pun pernah bergambar dengan saya disini  masa dia berusia setahun [ boleh tengok sini

Korang pernah sampai di Masjid Terapung ni ? 


Ni fridge magnet yang saya sempat beli untuk simpanan peribadi dan giveaway :)


Ni koleksi fridge magnet terkini saya setakat 3/12/ 13  :)

Terengganu Fridge Magnet Giveaway khas buat semua follower elissmie.com. Siapa yang belum menjadi follower boleh follow atau add to circle di sidebar. Terima kasih :)

Bawah ni adalah 3 Terengganu Fridge Magnet yang akan diberikan kepada 3 orang follower elissmie.com yang bertuah. Cuma komen 'Saya nak fridge magnet dari Terengganu' pada comment box
sebelum 12.00 tengah hari 4/12/2013. Jom komen sekarang !!


Always dreamed of going to Hawaii? #RedBullMY can get you there! Find out how here: http://my.sharings.cc/p/5Fsmu


My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef

Thursday, November 28, 2013

ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah , Kuala Terengganu


Mohon kalian semua pembaca elissmie.com mendoakan diberi kesembuhan buat kakak my hubby yang sedang dirawat di  ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah , Kuala Terengganu kerana penyakit kulit yang dialaminya. Doktor kulit cakap kes pertama disitu sebab kebiasaanya penyakit kulit ini menyerang mat salleh. Wallahualam.

Address: Hospital Sultanah Nur Zahirah Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Malaysia
Phone:+60 9-623 333

Monday, November 25, 2013

Gaji masih belum masuk , Fridge Magnet dari Kelantan dan Bahaya Fridge Magnet itu AUTA

Sungguh hangen hari ni sebab dikala semua sahabat sedang bergembira menikmati gaji tetiba gaji saya tak masuk lagi. Aduhai.Kehadapan staf Bank Islam yang bercuti tu silalah beramanah dengan amanah kerja yang diberikan. So hari ni yang mana gaji masuk melalui Bank Islam (UiTM sahaja :p ) silalah bertabah seperti saya.Nasib baik tak pergi cucuk lagi , baru tengok online. Kalau tak buat malu ajer traksaksi tidak berjaya .Ok lah, saya lebih kaya seribu dua dari orang yang gaji hari ni. Sebab mesti diorang tu tengah bayar hutang, licin sekelip mata. Positif sangat padahal macam nak menangis. Garlic Keeper Tupperware dah order ni .

Update : GAJI DAH MASUK !!! YAHOOO !


Tapi nasib baik hari ni ada pengubat duka, fridge magnet dari Kelantan.Terima kasih Ad. Bagi sahabat yang mencari fridge magnet di Kelantan boleh cari dekat Pasar Siti Khadijah. 

Hari tu dapat fakta ker auta tak tahu lah berkenaan dengan keburukan fridge magnet.Rasanya lama dah email tu diorang duk forward2 dari tahun 2010 tak silap saya.  Tapi saya bertawakkal kepada Allah . Yang pasti mati itu pasti. Sekali hari ni baca satu artikel http://www.hoax-slayer.com/122-12.shtml  So kawan-kawan marilah kita mengumpul semula fridge magnet di peti ais korang tanpa ragu-ragu :p


AUTA : Satu kajian dari Princeton University telah membuat penemuan yang menakutkan akibat dari kesan magnet yang dilekatkan pada pintu peti ais anda, boleh menyebabkan makanan yang anda makan mendapat kanser.

FAKTA : However, I could find no credible evidence whatsoever that confirms the claims in this warning message. There is no record of a study like the one described being conducted at Princeton University. I contacted Princeton University to enquiry about the supposed study and received the following reply from a university spokesperson: We appreciate you informing your readers that this e-mail is a hoax. In fact, despite extensive research, I could not find any record of such a study being conducted at any major university. To confirm, we are not aware of any such research affiliated with anyone at Princeton and unfortunately we do not know where or why this e-mail chain started.

Korang dah gaji ker ? Ada koleksi Fridge Magnet dari Kelantan ? 



Friday, November 22, 2013

Kegilaan terbaru ,mengumpul barangan Tupperware

Ini kegilaan terbaru yang mak-mak sangat saya rasa. Betullah orang kata, kalau dah start beli tupperware kegilaan mengumpul itu akan datang dan terus menghantui kita. hahaha. Dari arwah nenek lagi pakai tupperware kan, lepas tu my ma saya pun pakai tupperware. Ni dah berjangkit kat saya bila dah beli sendiri. Selalu rembat my ma punya .Kat bawah ni saya nak tunjuk tupperware yang saya beli untuk kegunaan sendiri. Ni katalog 1 Oktober - 9 November 2013. Katalog terbaru dah ada (11 November - 31 Disember 2013) . Boleh tengok kat sini laju-laju 



Mula-mula sekali saya beli yang Fridge Water Bottle 2.0 L ni. Masa tu ada sales beli 4 percuma 1. So saya kongsi dengan Ad beli. Saya 3 botol dan Ad 2 botol. Lepas tu ada ofiz mate nak jugak, so saya letgo satu kat dia. Tinggal 2 ketul dalam fridge saya warna hijau ni dan pink. Yang Eco bottle spring tu dah 1  advertiser bagi :) Terima kasih Wan :)


Lepas tu saya beli yang Large Square-A-Way. Masa tu wan tengah buat sales gila-gila dan harga luar biasa memang terus saya rembat. Sebelum tu dah ada satu warna hijau dapat hadiah pledge kat Tupperware's eco by Tupperware's website

Lepas tu saya beli set yang ini. Saya dah ada seketul my Ma bagi tapi warna putih biasa dan penutup biru. Tapi dah patah penutup tu, pihak tupperware ganti warna hitam. Boleh tengok kat sini. Cantik sangat :)
Yang ni kalau beli 2 set dapat lagi jimat so, saya kongsi dengan Ad jugak.Guna diskaun ahli Kak Yatt.Terima kasih Kak Yatt .Buat kawan-kawan ofiz, boleh jugak beli dengan Kak Yatt yer. 

Sekarang tengah aim set yang ini.  Mungkin 1 tupperware 1 bulan bakal dilancarkan. Sayang bersedia :p Semalam dah kena sound dengan my hubby, dah beli tupperware tu guna, bukan simpan. 

Ni katalog terbaru. Apsal warna dia cun sangat. Terjatuh cinta pulak dahhhh...help me....Tak der orang nak bagi hadiah hari lahir yang tertunda :p Ok next year, beli tupperware pun ok kan :p

 Aim yang ni dulu gaji bulan ni . Harap-harap ofiz mate saya tu masih ada stok untuk saya sampai gaji. Sila bertabah tupperware garlic keeper :p


Ini koleksi tupperware bercampur dengan tippuware saya dirumah.Yang ni yang baru beli tu, yang lama guna. Yang baru simpan dulu. Bukan simpan, tinggi lah sayang nak amik guna...lalalalalala . Simpan ni pun pakai tangga tahu :p Sajaaaa jer kan ..



Eh, apsal saya baru perasan yang my hubby ada drop komen ni kat salah satu entry tupperware saya dulu-dulu. Agak-agak valid tak digunakan komen ini untuk tahun 2013 yang bakal berakhir jugak ni ???Lalalalalala...hahahaha


Jom beli tupperware  : [ klik sini]


Basuh kereta hari minggu disini : [klik sini]

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)