Friday, September 06, 2013

Wanita Paling Cantik Pada Usia 31 Tahun katanya

Lama nak tunggu publish entry ni. Tak silap saya baca artikel ni masa tu baru 28. hahaha. Gigih google .Akhirnya jumpa jugak artikel berkaitan Wanita Paling Cantik Pada Usia 31 tahun. Tapi definisi cantik tu luas skopnya. Bak kata seorang teman, tak kan lah hodoh sampai tak lalu nak makan kan ? :p

Kajian yang dilakukan di London mendapati wajah seorang wanita yang paling cantik akan lebih terserlah ketika dia berusia 31 tahun. Kajian ini juga mengatakan beberapa wanita dalam lingkungan usia awal 30-an kelihatan lebih menarik,bergaya dan berkeyakinan tinggi daripada wanita yang lebih muda.

Seramai 2,000 lelaki dan wanita terbabit dalam kajian ini.Hasil kajian itu mendapati kecantikan mempunyai kaitan dengan penampilan diri dan personaliti seseorang. 70% mengatakan kecantikan dinilai berdasarkan keyakinan, 67% memilih rupa paras yang cantik dan 47% memilih gaya seseorang.-Agensi



Hari ni genap usia saya 31 tahun. Tak sangka cepat masa berlalu. Dari seorang bayi, kanak-kanak, remaja , isteri orang dan tak sangka pada tahun ini sudah bergelar ibu kepada 2 princess :)

Jom la layan gambar-gambar minggu ni jamuan hari raya edisi last minute, jabatan saya, kelab jabatan saya dan jabatan kawan-kawan yang lain :)  

 Cantik tak kak ton ? lalalalarikss :p

Ni majlis jamuan raya jabatan saya , mengikut rumah sukan. Rumah kami dapat no 2. 

 
Rumah biru, no 3

Rumah Kuning, no 4


Dan ini rumah yang menang no 1, rumah Ad . 



Bersama geng rumah merah dan Kak Ray yang dah bersara memeriahkan suasana :)

 Geng rumah merah yang menjayakan deko kali ini :)


Ni jamuan di jabatan saya. Team kami order sate jer.


Ni jamuan jabatan pembangunan aplikasi. Siap ada nasi arab tu. Terbaik

 Eh, tak der lak gambar kat jabatan sendiri..ni hari yang sama


Siapa berusia 31 tahun tahun ni angkat tangan ?? 

Yang masih belum wish utk birthday saya . Sekali wish ajer. 1 FM London menanti untuk dimenangi untuk yang bertuah sebelum
 12.00 PM 10 September 2013 .



Jom dapatkan barangan tupperware disini, boleh beli kat sini yer :)
Nak jalan hujung minggu dengan kereta berkilat, jom cuci kereta di Tip Top Services Auto Spa @ Seksyen 7, Shah Alam ok !


Wednesday, September 04, 2013

Fakulti Senibina, Perancangan Dan Ukur , UiTM Shah Alam

 


Sedang membangunkan sistem untuk kegunaan mereka disini. Semoga memudahkan kerja mereka. 



Siapa pernah belajar atau pernah bekerja disini ?



p/s: 
Edisi Less Words @ Elissmie


Tuesday, September 03, 2013

Katalog IKEA 2014 , sumber idea dekorasi menarik

Lama dah tak de segmen deko @ elissmie.com ni kan ? Dah tengok Katalog IKEA 2014 ?  Kalau belum, sila la berbuat demikian. Dapatkan  IKEA Katalog 2014 disini ( klik )  ! #makespacebetter .Jom kita tengok idea dekorasi yang menarik dalam katalog IKEA 2014 ni. Saya pilih dekorasi yang paling saya rasa praktikal dari bilik tidur sampai ke ruang dapur semestinya untuk rumah saya jenis teres setingkat. 


Ini cover katalog IKEA 2014. Kalau ada sesiapa nak amikkan untuk saya, email la saya :p

 Idea dekorasi untuk bilik air yang sempit. Tak sangka,idea frame gambar yang post sebelum ini tu boleh cantikkan dan naikkan ruang bilik air dan tak rasa macam berada dalam bilik air pulak yer.



Bila dah ada dua anak perempuan, tak sabar nak tunggu dua-dua besar dan buatkan make over untuk bilik mereka. Idea ni pun menarik sangat. 


 Ini pulak dekorasi untuk ruang dapur yang terhad.  Semua dalam satu, makan kat situ dan boleh duduk-duduk disofa sementara menunggu ikan habis digoreng. Eh, berangan pulak :p


Ni ini pulak untuk ruangan stor atau tempat sidai baju. Nampak kemas pulak macam ni kan.



Saya suka la konsep bilik tidur ikea yang ni. One shelf two room konsep dia. Praktikal untuk rumah yang jenis open dan tak der partition bilik langsung macam rumah studio.


Rasa nak transform ruang tamu macam ni lah. Syok habis sebab dah tak der sofa dan sesuai betul untuk my Nayla bergolek-golek. Ala-ala konsep arabian jugak ni kan?

Yang mana korang rasa idea dekorasi yang paling menarik ? 

p/s:


Ok, kalau nak tengok lebih lagi. Korang tengok la sendiri yer. Dapatkan  IKEA Katalog 2014 disini ( klik ajer sini)  ! #makespacebetter .

Monday, September 02, 2013

Gula-gula udang sudah berubah packaging , nostalgia zaman kanak-kanak

Minggu ni dimulakan dengan edisi nostalgianya @ elissmie. Siapa pernah makan gula - gula udang ? Meh angkat keyboard tinggi- tinggi. Orang terengganu sebut coklat udang. My Nuha selalu betulkan saya, Ummi ni bukan coklat ni gula-gula. Udang tu brand pada gula-gula tu. Gula-gula ni manis dan ada gula perang kot dalamnya. Hari tu masa on the way balik ke Klang, singgah dulu di port biasa kami iaitu area Kuala Kemaman. Misinya mestilah untuk restock keropok keping.



 

Banyak kedai yang ada tapi kedai ni memang menjadi pilihan hati kami dari dulu lagi .Tak ada share ok .   Kedai Ali Bin Jusoh . Tel 09 -8686562


Hari tu ternampak gula-gula udang ni. Sudah berubah packaging rupanya. Yang ni tiada lagi napisan yang nipis kat dalam yang boleh dimakan tu tapi rasa gula-gula masih sama. 



packaging lama. Credit to sumber

** Eh, tadi yang angkat keyboard tu, turunkan..hahaha

Disini ada jual keropok lekor dan keropok goreng. Dulu-dulu pernah beli untuk kawan-kawan kat ofiz lepas tu malas dah . hahaha. Keropok lekor dia boleh tahan lah.


Dan kat sini pun ada jual satar jugak tapi sayang sebab hari tu makan 2 ketul ja tak silap lepas tu hubby saya pi panaskan dengan microvawe tapi tersilap setting terus jadi batu satar tu..hahaha. sabar jer la. Balik raya haji ni pulak baru dapat makan satar pulak. Maksud saya satar yang best :p

Gula-gula apa lagi yang mengimbau nostalgia kanak-kanak korang ?


Friday, August 30, 2013

Diaper bag untuk para ibu,stylo dan murah

Mana nak cari ? Kedekut btol kan? Hujung minggu biasanya handbag adalah tidak berguna buat diriku sebab hari tu beli yang kecil comel untuk bawa ke ofiz. Sekarang hujung minggu, mesti angkut beg yang dapat percuma dari kedai emas . Nasib baik tulisan kedai emas tu kat dalam dengan corak floral kat luar.Yang lecehnya sebab tiada partition kat dalam tu, main humban ajer. Nak cari barang pun susah. So saya nak yang jenis ada partition kat dalam, sesuai untuk barangan ibu (handphone, kunci kereta, bedak, lipstik) dan bayi ( lampin, baju, topi, botol susu dan lain-lain) . Tapi kalau tak menang tangan, hubby tolong angkutkan sama, so lagi elok pilih corak yang tidak terlalu feminin kan.


 Jom tengok hasil carian di google untuk pilihan diaper bag yang stylo untuk para ibu sekalian .


 credit to : here



 credit to : here

 credit to : here


credit to : here


 credit to : here



credit to : here


Kalau beg mahal sangat boleh beli partition bawah ni ajer dan sumbat pada mana-mana beg kan .

 credit to : here



Korang ada cadangan tak nak beli kat mana , diaper bag stylo dan murah ?  

p/s:
Hari ni lambat bersiaran sebab ada jamuan raya  - Jom Ceria Raya 2013 untuk Pejabat Pembangunan, Pejabat Teknologi Maklumat dan Pengurusan Fasiliti. Tak habis lagi raya ni :) Minggu depan ada lagi untuk bahagian jabatan dan ofiz pulak.


Jamuan raya lebih bergaya kalau dijamu dengan bekas dari tupperware ni, boleh beli kat sini yer :)
Nak jalan beraya dengan kereta berkilat, jom cuci kereta di Tip Top Services Auto Spa @ Seksyen 7, Shah Alam ok !


Thursday, August 29, 2013

Usaha kecil untuk support pejuang mesir dan kibar jalur gemilang

Terkesan dengan entry doktor blogger kita seperti disini, saya pun mengambil inisiatif sebagai usaha kecil untuk support pejuang mesir. Saya pun menyeru semua kawan-kawan yang masih belum tahu tentang kewujudan FB page Mesir Kini..LIKE page ini, dan baca dan hayati perkembangan terkini yang berlaku di Mesir dengan lebih telus.


Salah satu usaha kecil yang lain adalah logo R4BIA pada cover facebook dan header blog.  Dah masuk bulan kemerdekaan ni, sekali harung dengan semangat kibarkan jalur gemilang sekali kan.


Simbol  #R4BIA dipakai di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan menunjukkan tanda keprihatianan terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain itu, menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih peka mengenai krisis atau pergolakan di Mesir pada ketika ini.


  • Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
  • Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.
Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.


header blog terbaru elissmie.com


cover terbaru facebook elissmie



Wallpaper PC saya



Support #R4BIA


Program kibar jalur gemilang di UiTM (link) jumaat ini..

Boleh baca entry blogger yang lain berkaitan hari kemerdekaan seperti Cara sambut hari Merdeka ,
Nyanyian Lagu Negaraku Sebelum Tayangan Filem Di Pawagam : Pandangan Aku  dan
Merdeka Merdeka @ MaTiC  .

Jom sama-sama support pejuang mesir dan kibar jalur gemilang




Wednesday, August 28, 2013

Tersalah terjemah, tersalah ejaan, bukan hanya di negara China sahaja

Ingatkan kat negara china ajer ada banyak jumpa sign yang tersalah terjemah ni. Kalau tersalah ejaan tu biasalah kan tapi kalau sampai lari maksud memang tak boleh nak tolerate jugak nak-nak kalau ejaan tu ada maksud lain pulak.



Pembinaan ni kat  NKVE menuju Damansara.  Keselamatan Kami Tidak Berubah diterjemah kepada Safety Our Unchanged Melody.  

Siapa safety manager project ni ? Bangla ka ?

Ni lak status facebook Berita Harian Online. Melecur dieja melacur...huhuhu. 



 Berita penuh boleh baca kat sini.

korang wanita ? nak mulakan bisnes? klik sini..wanita sahaja...  

FM untuk 2 rakan blogger yang bertuah, Nad dan Suraya :)

Korang selalu ke jumpa papan tanda yang tersalah terjemah dan ejaan ni ? 

another  edisi Less Words @ elissmie.com



Tuesday, August 27, 2013

Hampir 16 tahun tidak berjumpa, agak-agak boleh cam tak?

Ahad lepas memenuhi undangan majlis resepsi sahabat yang hampir 16 tahun tidak bersua. Last jumpa masa form 3 lah kan.Nostalgianya kan. Lepas tu terus tak jumpa-jumpa. Baru ni masa otw balik beraya terjumpa di R&R Temerloh. Memang dia dah tak cam lah saya yang sudah berbeza 3 kali ganda saiz ni. hahaha


Ni majlisnya. Bertempat di Dewan Seri Seroja, Putrajaya. Tahniah Norini & suami.
 
Gambar pengantin lelaki tak tersnap pulak. hehehe. Dia pun dah banyak berubah, dulu kurus melidi :p

Ni pulak Hidayah, dia pun dah banyak berubah. Dia pun last jumpa form 3 jugak.Anak dah 2 .
Ni maria, last jumpa masa degree then ajak dia masa majlis kawen saya dulu dulu. Dia skang makin slim, jelez mak. hehehe. Pun anak dah 2.


 

Sempat lagi posing sekitar dewan tu bersama anak-anak



Sekeping lagi, jangan muntah..hehehe



Ni pulak open house rumah Ad untuk geng-geng UiTM Dungun . Dari kiri tu Kartini, last jumpa masa dia beranakkan yang sulung. Skang jumpa dah nak masuk 3 , tengah pregnant. hahaha. Sebelah saya Ad, hari-hari jumpa kat ofiz dan sebelah tu Anis, pun jumpa masa dia lepas habis pantang yang sulung. Dia dah masuk 3. Yang no tiga tua sebulan jer dari my Nayla.Raa yang selim melim tu pun ada. Dia ni junior ku. Nasib baik dia tak diet hari tu kalau dak saja nak dengki makan sedap-sedap depan dia. hehehe. Tq Ad menjemput .

Minggu ni korang ada lagi ke jemputan open house ?

 p/s:

saya ada lagi 2 buah rumah..fuhhhh..

Susulan Hantar Borang Balik Kampung, polis datang ronda tak?





Masih ingat borang balik kampung yang perlu diisi sebelum balik beraya hari tu. Ok, polis datang ronda pada malam hari yang kitorang hantar borang sebelum pulang ke kampung hari tu.

Terima kasih kepada polis yang bertugas :) 



Dan jangan lupa baca doa setiap kali keluar rumah ni yer :) Hari tu dengar kat tv  , Ustaz Don cakap, dengan amal doa ni, dengan Izin Allah, rumah tak masuk pencuri, dan dalam perjalanan kita kemana-mana, tak terlibat dengan kemalangan. Moga jadi amalan kita semua yer :)


Bila keluar rumah, bacalah doa di atas. Kelebihannya, Allah akan hantar malaikat untuk jaga kita, jaga rumahtangga kita dan jaga keluarga kita. Ketika kita berpergian atau musafir, kita akan sentiasa dijaga oleh malaikat sampailah kita balik ke rumah kita.


Monday, August 26, 2013

Jubah dan Dress mampu milik dari Aafiya Collection

Tu keyword dia, mampu milik sangat. Ada butik online baru. Aafiya collection. Butik ni jual jubah dan dress murah-murah je tapi kualiti tip top. 


Apa lagi.Boleh la shopping untuk pergi open house. Maklumlah, raya kan sebulan. Takkan sepanjang raya nak pakai baju kurung je ken. Kena la beli jubah dress sekali. Atleast orang ajak pergi open house takde la bosan sangat asik baju kurung, baju kurung, baju kurung... Cekidaut sini. KLIK


 Chiffon Duo Layer Dress RM65.00 ada warna hijau dan biru.

Comfy Dress RM55.00 Ada color hitam dan grey


 Crystal Geometrical Dress RM55.00 ada warna biru, ungu dan pink  


Paisley Chiffon Jubah Dress RM59.00



Chiffon Jolly Blouse RM49.00 ada warna hijau dan pink


 Palazo pants - RM69


Jubah dari dubai pun ada. Kot-kot la nak pakai jubah di bulan syawal ni pun boleh. Yang abaya ni jenis kainnya korea crepe. Kain jenis tak nipis dan sejuk. Yang paling best tu saiznya sampai 4XL. Harga pun murah sajork .
 

RM95.00 SAHAJA! 

Yang bestnya jubah ni, ia sesuai untuk ibu yang breastfeed sebab ada zip kat depan. So, takder la para ibu azab seksa nak menyelak bagi anak menyusu. Anak korang menangis je terus sua, settle masalah.

Ada banyak lagi dress dan jubah, korang boleh cekidaut kat website diorang http://www.aafiyacollection.blogspot.com untuk info lanjut. Nak tanya pun boleh hantar je email kat aafiyacollection@gmail.com. 

Selamat menyopping!

Web : http://www.aafiyacollection.blogspot.com
Instagram : @aafiyacollection
FB: aafiya collection


* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here? 
p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes serendah RM 36 setahun disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM20 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)