Friday, August 23, 2013

Fiesta Raya Melayu Nusantara UiTM 2013 best ke?

*Awas. banyak gambar . Hari ni lambat sket bersiaran sebab baru ajer sudah majlis Fiesta Raya UiTM 2013 bertemakan Melayu Nusantara gitu. Maka ramailah hang-hang tuah dan para hulubalang turun padang hari ni beserta raja-raja melayu mencemar duli di padang kawad UiTM tu.Tak ketinggalan permaisuri, inang-inang dan dayang-dayang istana. gundik istana tak kelihatan pulak.hehehe



Tahun ni jadi AJK Dekorasi pulak kan, so turun lah padang sehari sebelum. Siap anyam daun kelapa lagi dengan Ad jadikan tikar untuk hiasan.


Hasil keras tangan saya dan Ad. Kemas kan ? hahahaha. Puji diri sendiri nampak

Ni geng-geng dekorasi. 

Hari ni cuaca pulak tak mengizinkan so plan dekorasi asal terpaksa diubah sebab keadaan jalan yang dah basah. Patutnya hampar tikar buluh dan ada sudut dekorasi barangan lama kat situ dan makan bersila.Tak perlah, yang penting semangat berpasukan tu yang best tengok.Semua pakai baju ikut tema dan lelaki siap bertanjak.

 

Inilah booth kitorang 

 Kain batik ku in action :p


Sini ada lagi kain batik. Tapi kain batik lepas...Ingat mati...ingat mati... hehehe


Close up sket part barangan antik tu. Lesung batu ku pun ada..


Kak Ema tengah deko barangan antik yang ada.


Hasil keras tangan tu setelah didirikan

Preparation untuk bungkuskan nasi beriani untuk staf kitorang

 
 Haruslah join sekali :)

 Ini yang deko untuk meja utama


Bukan senang nak tengok hulubalang melayu nak susun makanan siap galas beg laptop ni. hahaha


Dan hulubalang melayu cedok lauk , ketua hulubalang kat tepi tengah memantau tu.. hehehe


Para hulubalang tengah santap daa..Spot AnakPerak kat situ ;p Candid ni

Para hulubalang ofiz saya

 Para permaisuri... Tak nak kalah..yang mana rembat kain songket sampin suami tu kira permaisuri la. Inang yang selubung kain batik....larikkkkkssss


Tan Sri tak sempat melawat booth kitorang padahal saya nampak tadi kat tepi tu ada lagi. So tak der la gambar boz besar tahun ni. Ni Dato' Abdullah yang sampaikan hamper buat semua booth yang ada.


Aktiviti wajib haruslah amik no cabutan bertuah terlebih dahulu. Tahun lepas balik awal terlepas hadiah cabutan. Rugi. Tahun ni..haraammm..satu pun tak dapat :p


Hadiah nya hamper..100 ++ gitu. Tak bernasib baik

 Bergambar di pentas utama dengan grand prize. Dapat gambar jer lah. Mesin basuh, peti sejuk dan tv 42 inci.Tiga-tiga dapat kat kaum lelaki. hairan..hehehe

Hadiah hari lahir saya tahun ni ke ? Sony Xperia Z Ultra.

 Jom la tengok booth-booth fakulti dan jabatan lain pulak yer. Saya snap yang mana nampak menarik dan best jer. Dan tak sangka kebanyakan yang saya amik menang hadiah dekorasi tu. Boleh jadi juri jugak saya ni.hahaha



Fakulti Senibina , Perancangan dan Ukur - menang tempat pertama dekorasi booth. 

 

Fakulti pendidikan - menang tempat kedua dekorasi booth.


Fakulti apa ntah ni memang tempat ketiga. Siap ada penari depan booth.


Yang ni hotel UiTM. Beratur panjang tu sebab ada kambing golek tapi sebab darah tinggi buat tak pandang jer. hahaha

 

 Fakulti Sains Komputer dan Matematik  - menang tempat kelima dekorasi booth.


Booth ni siap ada sarang burung tempua 

 Ni Booth Polis Bantuan UiTM


Booth ni siap ada vespa dua bijik. 

 Tumpang bergambar. Kena pulak baju biru vespa biru kan..


Booth ni siap ada pelamin lagi. Pelamin anganku musnah. 

 Fakulti Kejuruteraan Kimia



INQKA. Putu Bambo World memang terbaik lah.

 Ad dan Niz


Ni booth mana ntah tadi. Akok kelantan panas-panas , sedap dan gebu

Booth ni siap ada gamelan segala

 Ni Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi. Mesin kisar beras tu yang mahal tu.


Tak sempat merasa otak-otak . barisan panjang pulak


Dengan classmate degree dulu, Kak Parizah



Outfit of the day, bukan baju raya.

 Selamat berhujung minggu ! Dan pergi open house !

Korang dapat banyak tak jemputan open house weekend ni ?

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM/MISKIN KLANG
CIMB 120 40000 76 5101

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA untuk HARI RAYA nanti , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]

Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam sambil-sambil tunggu waktu berbuka tu . [ klik laju-laju

Thursday, August 22, 2013

Siapa obses dengan make up?

My Nuha salah sorangnya. Memang suka melaram dengan make up. Ummi dia ni dulu-dulu rajin jugak touch up muka tapi sejak bersalinkan dia, nak calit lipstik pun jarang sangat. hahaha.


Kakak- kakar ipar saya memang rajin makeup kan my Nuha termasuk my Ma. My Nuha memang seronok lah kalau boleh pakai make up. Dia nak guna lipstik saya, saya cakap nanti mulut jadi senget ( pernah nampak orang mulut senget kat hospital mungkin kena strok). Saya takutkan dia cakap kalau pakai lipstik Ummi nanti mulut senget macam tu. Selamat sudah lipstik ku tak disentuhnya. Masa kecik-kecik dulu selalu korek lipstik. hahaha

Adik ipar saya pulak beautician elianto dulu. So memang melaramlah my Nuha hari raya hari tu adik ipar saya makeup kan. Even masa majlis bertandang rumah saya dulu pun, dia make up sendiri ajer. jimat budget kan.  

** Tips dari adik ipar saya : Kalau mata bengkak nak pergi kerja, pakai eyeshadow warna gelap-gelap untuk tak nak bagi obvious bengkak mata tu :p


Ni eyeshadow adik ipar saya tu. Yang kosong tu dah berjaya dikorek oleh anak buah saya, Mohd Riykael Naim :)

Bila ditutup macam beg duit gitu.


My Nuha melaram dengan baju korean yang dibeli dengan Anje dan di make up oleh adik ipar saya tu.
 


Korang obses tak dengan make up ?


 p/s:

Takziah buat seluruh keluarga mangsa kemalangan maut Genting Highlands. Al-Fatihah buat yang beragama Islam.Baru bercadang nak ke Cameron Highlands.Tapi maut itu pasti kan.Tersepak batu pun boleh mati. 

Wednesday, August 21, 2013

Mengimbas nostalgia, bawa anak-anak melawat sekolah

Entry nostalgianya @ elissmie hari ni.Lepas hari raya pertama tak tahu nak buat apa dah, so ajak hubby bergambar ke sekolah-sekolah yang pernah saya belajar di kampung bagi semangat kat anak-anak untuk belajar especially my nuha yang selalu cakap tak nak sekolah kebangsaan sebab takut dengan guru besar dan tak mahu besar. Sabar jer lah.So bila dia tengok Ummi dia pergi sekolah kebangsaan ok ajer, mesti dia nak sekolah nanti.



Ni sekolah kebangsaan saya. Sekolah kat sini dari darjah 1 hingga darjah 6. Terima kasih buat semua guru yang mengajar saya dari tahun 1989 sehingga 1994. Jasamu dikenang. Yang saya masih ingat Cikgu Aminah, Sir Ravi Doraivello, Ustazah Nordini,Cikgu Hajar, Cikgu Pauzai, Cikgu Masnawi, Cikgu Alias, Cikgu Zaid, Sir Helmi, Teacher Salina. Ada yang pernah jumpa lagi dan pernah mengajar sekali masa cuti semester. hahaha.
 

Teringat masa hari pertama sekolah kat sini. Datang awal gila dengan Abang Ngah saya. Masa tu Abah saya pengawal keselamatan sekolah ni.Harus datang buka pagar sekolah. hehehe.Masa tu manja sket, breakfast tunggu abang belikan. Dia masa tu ketua pengawas. Tapi bila satu hari tu, dia tak boleh keluar kelas, saya tunggu jugak dia untuk belikan breakfast sekali masuk kelas pun lambat. Lepas tu serik dah, dan pergi kantin beli makanan sendiri dah.



Ni pulak sekolah masa tingkatan 4 dan 5.Kat sini pun banyak jugak nostalgia.  Terima kasih buat semua guru yang mengajar saya dari tahun 1998 sehingga 1999. Jasamu dikenang. Yang saya masih ingat  Ustazah Siti Sara,Cikgu Norlida, isteri cikgu Mat Salleh tu nama apa eh. Suami ingat isteri lak tak ingat. hahaha.Alamak hilang ingatan. Muka ingat tapi nama tak berapa nak ingat.  


Bila masuk sekolah ni, Abah memang pengawal keselamatan sekolah ni. Masa sekolah rendah dulu tak silap kontrak ajer. Tapi yang ni jawatan tetap sampai lah Abah pencen kat sekolah ni.

Korang pernah melawat balik sekolah lama korang ? Atau join reunion ?


 

Monday, August 19, 2013

Sewa nebulizer dan pengalaman neb sendiri dirumah

Hari ni baru masuk ofiz. Lemau btol nak masuk kerja sebab hampir 2 minggu bercuti kekdahnya. Tapi 4 hari terakhir bukan bercuti tapi lebih kepada menjadi nurse. hahaha. Anak-anak sakit adalah kifarah dosa-dosa ibu bapa kan? So, mak redha jer lah. 

In medicine, a nebulizer[1] (or nebuliser)[2] is a drug delivery device used to administer medication in the form of a mist inhaled into the lungs. - credit to source


Lepas jumpa paed kat DEMC dia suggest untuk warded kan my Nayla atau pinjam mesin nebulizer sebab my Nayla kena neb setiap 3 jam untuk cairkan kahak dia sebab banyak sangat berkahak. So saya ambil keputusan pinjam jer la mesin nebulizer. Yang ni insuran tak cover. So kena bayar sendiri.


Kos sewaan mesin nebulizer ni RM 40 sehari. So RM 80 untuk dua hari.


Ni lah rupa mesin tu. Masa amik neb tak sempat nak snap sebab susah nak kena handle sorang-sorang kan. Tapi paling syok neb dia masa pukul 1 pagi dan 4 pagi sebab dia tak bangun pun so boleh la neb dia lama-lama sampai habis ubat . Kalau tak 10 minit lah paling lama. Ubat tu 15 minit baru habis. Mesin ni asap dia tak sebanyak mesin yang kat hospital tu pasal kena habiskan ubat tu baru bagus .



Berguna jugak papan hitam ni untuk buat catatan waktu neb untuk nuha dan inhaler untuk my Nuha.
 
My Nuha guna inhaler yang diattach dengan AeroChamber ni setiap 4 jam sekali sebab dia pun ada sket batuk . Since dia eczema doc cakap dia adalah batuk athma jugak. Lepas follow up selepas 2 hari, dua-dua dah semakin ok. Boleh stop neb dan continue makan ubat jer. Hari ni rasa lega sket nak hantar diorang ke taska dan pengasuh.



Jom la layan gambar my Nayla yang dah menginjak ke usia 7 bulan. Sekejap ajer masa berlalu kan.


Sempat timbang berat masa jumpa paed hari tu.  Tangan tu tengah gwiyomi ke dik ? hehehe

Berat Terkini 6.2 kilogram

 Bila ntah nak merangkak ni.

 Bila angkat badan gelongsor ke belakang. Mak mentua cakap, merangkak udang. huhuhu

Senyuman buat semua orang cair...


Tapi tak semua orang boleh amik dia walaupun dia senyum manja..Lama-lama bila kenal baru nak orang.

Paling suka stereng kereta

 Korang pernah ada pengalaman sewa mesin nebulizer dan buat sendiri dirumah? 



Friday, August 16, 2013

Raya 2013 , pertama kali beraya berempat

Hari ni masih lagi terpaksa bercuti continue jadi nurse dirumah.Kalau tak dah masuk ward sebab nayla kena amik neb setiap 3 jam. Nasib baik boleh pinjam mesin nebulizer tu.Lenkali cerita yer pasal ni. Ni nak cerita pasal hari raya aidilfitri 2013 yang tertangguh :p Semua dah masuk kerja ker? Saya Isnin ni lah gamaknya . Patut semalam dah masuk kerja. Maafkan daku boz.

Jom la layan gambar raya 2013 yang officially berempat :)


My two little princess :) Sedondon dua beradik . 

 My Nuha tayang inai , kazennya yang lukis.


My Nayla yang pagi-pagi kena paksa bangun mandi. hehehe


Kami. Cantik kan view kat belakang tu. Rumah arwah nenek saudara hubby. Ni kat rumah mertua.

 Turn saya pulak pegang my Nayla :)



With my princess :)


Gambar wajib ada, harus lah gambar berdua dengan my hubby :) Tahun ni hubby seluk poket sendiri, saya seluk poket atas jer la pulak..banyak duit raya tu ..hehehe. Eh Sayang, sampin percuma tak pakai  ? :p

Hari keempat raya baru cukup family saya. So dah tak der baju raya :p 


The cucu-cucu :) Tahun depan bertambah lagi seorang . Sekarang 3 - 2 :) Cukupkan 3-3 yer.


The anak-anak


The menantu-menantu . Hubby ai jer lah sorang sang kumbang..hahaha

The mertua :)


Macam mana raya korang, best tak ?Ada kena saman? hehehe

p/s: 

Abes cerita raya 2013. Ok, nak sambung tidur pulak. Ni bangun buatkan neb utk my Nayla jam 5.30 terus tak tidur2. hanyut pulak kepala ni. 


Thursday, August 08, 2013

E-Kad Raya buat pembaca elissmie , Hati-hati Memandu bagi yang memandu

E-Kad Raya 2013 buat semua pembaca tidak kira bising atau senyap ( silent reader)   :)
Saya mohon ribuan kemaafan sekiranya penulisan saya di blog ini ada terkasar bahasa samada sengaja atau tidak sengaja yang mengguris hati korang. World Peace !

Langsir dan kusyen untuk hari raya , klik sini




Persiapan terakhir dah siap. Kasut raya kami dah ready :)

Jom pulang berhari raya :) Hati-hati memandu yer bagi yang memandu :)

p/s:

Petang ni saya dan keluarga akan pulang ke kampung halaman di terengganu. Doakan keselamatan kami sekeluarga pergi dan balik berhari raya yer :) Jangan lupa isi borang balik kampung ni dan serahkan kepada balai polis berdekatan yer :)

Isaac Newton, Albert Einstein, Marie Curie, and Michael Faraday. Masih ingat ker nama-nama ni? Jom pergi Petrosains. Nak pergi klik jer sini

Sunday, August 04, 2013

Set Bersalin Shaklee yang terbaik buat ibu berpantang

Sekarang ni ramai ibu-ibu sudah mulai sedar tentang kepentingan mengambil produk yang selamat untuk ibu dan bayi. Dah ramai yang tahu nak pilih produk penjagaan diri dan supplement untuk menjaga kesihatan diri. Malah dalam proses berpantang pun ramai yang dah bertukar dari jamu dan herba kepada Set Bersalin Shaklee.  



Hari ni nak bercerita sikit tentang Set Bersalin Shaklee sebagai alternative sihat dan terbaik buat ibu berpantang selepas bersalin. Biasa dulu mak-mak kita kalau lepas bersalin mesti guna herba dan jamu semasa berpantang kan? Untuk kecutkan rahim, untuk buang darah kotor, untuk kembalikan seri wajah. 

Tapi tahu tak kita kenapa herba dan jamu? Sebab dalam herba dan jamu tu kaya dengan zat vitamin yang diperlukan untuk pemulihan ibu selepas bersalin. Tapi badan kita tak kenal jamu dan herba. Bila masuk dalam badan, system tubuh perlu digest dulu untuk keluarkan vitamin dan zat yang paling ringkas yang badan kita kenal, barulah meresap masuk dalam darah dan tubuh kita dapat manfaatnya. 

Tapi semasa berpantang, ibu perlukan zat dan vitamin tersebut dengan banyak dan segera untuk menyokong penyembuhan dan penyusuan susu ibu . Kalau tak cukup zat, maka penyembuhan lambat dan kadangkala ibu jadi stress dan susu badan pun terganggu. 

Sebab tu kita biasa dengar mak-mak yang susu lambat keluar, luka lambat baik, walaupun dah berpantang makan ikut petua segala. Kenapa agaknya? Sebab badan tak dapat cukup zat, dah la sakit, makan kena catu, pastu nak dapat zat dan vitamin pun jenuh badan kena kerja keras nak proses! 


Haa sekarang Nampak tak? Sebab tu bila Set Bersalin Shaklee mula digunakan oleh ibu-ibu berpantang di Malaysia, kita dapati banyak testimoni positif seperti sembuh cepat dari luka, susu banyak, baby tak kembung, badan cergas walau malam tak cukup tidur.


Kenapa? Sebab vitamin-vitamin yang dikombinasikan dalam Set Bersalin Shaklee ni benar-benar menepati apa yang diperlukan oleh ibu berpantang. Sebenarnya terlalu banyak manfaat dan kebaikan set bersalin Shaklee ni termasuklah untuk bantu penyusuan susu ibu dan kuruskan badan dalam pantang.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi berkenaan Set Bersalin Shaklee dan semua Produk Shaklee  berserta Harga Produk Shaklee, jemputlah ke blog Pengedar Shaklee di bawah ni. Kalau diorang dekat dengan tempat korang dan korang nak COD pun takde masalah. 


Pengedar Shaklee yang di senaraikan di bawah ni adalah dari group yang diketuai oleh seorang Kaunselor Laktasi / Breastfeeding Counselor dan juga seorang yang dah makan Shaklee sejak tahun 1997. Maksudnya dah 16 tahun makan Shaklee! Seluruh keluarga mereka dah 16 tahun bersama Shaklee so In shaa Allah mereka ni boleh dikatakan banyak ilmu dan pakar tentang Produk Shaklee . Ye la dah 16 tahun uolls, kalau universiti dah jadi profesor gitu ;) 

So kalau korang ada masalah penyusuan susu ibu, atau nak dapatkan Produk Shaklee, silakan contact mereka ini Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia ado dik Non. 

 1. Set Bersalin Shaklee dari Pengedar Shaklee Kuala Lumpur lokasi Ampang 

 2. Set Bersalin Shaklee dari Pengedar Shaklee Shah Alam dan Klang

3. Set Bersalin Shaklee  dari Pengedar Shaklee Setapak, Wangsa Maju dan sekitar

4. Set Bersalin Shaklee dari Pengedar Shaklee Pahang, Kuantan dan Jengka. Penang pun boleh.

5. Set Bersalin Shaklee dari Pengedar Shaklee Pahang, Terengganu dan Cheras Kuala Lumpur

Yang paling best dalam blog Shakleeyang ni ada dia bagi Panduan Memilih Set Bersalin

So korang sangat digalakkan jenguk blog di atas sebab sangat membantu dalam membuat pemilihan set bersalin. Terima kasih kerana sudi membaca. Selamat memanfaatkan hari-hari terakhir Ramadhan dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi. Salam sayang dari kami. 

* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here? 
p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah RM 3 disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu review yang bernilai RM20 secara PERCUMA.Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.



Friday, August 02, 2013

Pertama kali caesarean 5 tahun yang lalu dan 10 tahun menyintaimu

Hari ni entry jiwang sket . Dedikasi untuk cinta hati saya dan benih cinta yang pertama. Hari ni genap usia my Nuha 5 tahun. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Dan hari ni jugaklah saya dan my hubby melafazkan kata cinta untuk kali pertama.* Blushing


Sayangku Mohd Hizaami, aku akan terus menyintaimu kerana Allah . Semoga kasih sayang antara kita akan berkekalan sampai ke syurga. Bila dapat naik lagi kuda merahmu sebagai hadiah dating anniversary yang ke 10 ini ? ;p Atau sekurang-kurangnya percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands . hahahahaha. Sebut banyak kali dengan harapan bawak la tu dan ayat itu terus bergema dan mengganggu tidurmu :p hahaha


Untuk my Nur Nuha Humayra, semoga menjadi anak yang solehah ( bukan kawan awak tu ) maksud Ummi anak yang selalu dengar kata Ummi dan Abah. Menjadi penyejuk hati Ummi dan Abah. Walaupun awak dah ada adik, kasih sayang Ummi kat awak tak pernah berubah walau seinci. Geram ajer yang ada bila awak kadang-kadang menduga keimanan Ummi. Tapi Ummi tetap anggap awak masih baby Ummi untuk selamanya.Bila Ummi marah, awak pandai pujuk Ummi balik walaupun esok buat lagi perkara sama.Ummi dan Abah sayang awak sampai bila-bila dan harap awak akan dapat jaga adik-adik ( kalau ada rezeki satu lagi) baik-baik . Ummi dan Abah tak kisah awak nak jadi apa, sekejap nak jadi cikgu, jadi doktor, jadi chef ( selalu tengok masterchef sangat :p) dan kadang-kadang nak jadi kanak-kanak ajer tak nak jadi besar sebab takut kena kawen :p Cuma satu ajer pesan Ummi, semoga jadi anak yang berguna untuk masyarakat dan agama. In sha Allah. 

Hari Pertama Dilahirkan


Sambutan Hari Lahir Pertama 2008

Sambutan Hari Lahir Kedua 2010



Tiada sambutan Hari Lahir Ketiga. Masa 2011 ni tak sempat buat sebab tahun tu Ummi berpantang lepas raya sebab ectopic pregnancy. Konon nak buat lepas raya sekali open house.Tapi tak jadi.So ganti tahun 2012 siap tripple celebration lagi :)

Sambut bertiga dulu.2012

Sambutan Hari Lahir Keempat cum open house 2012

Sambutan Hari Lahir Keempat di Taska 2012



Persiapan Hari Lahir Kelima di Taska 2013 malam tadi.




 p/s:

Jap lagi nak pergi cari selipar hari raya. Harap jumpa la yang berkenan.

Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah untuk fakir miskin Kudat Sabah
Bank in kepada : Tuan Haji Md Idris Haji Abdullah  Maybank Berhad 164 098 445 317
Ustaz ni adalah Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM. Dia kata kalau boleh derma RM100 sebab itu jumlah yang dia nak bagi setiap keluarga ( 100 keluarga semuanya) tapi kalau RM1 pun dia terima jer..
email beliau sekiranya sudah memasukkan wang dan cakap untuk tujuan apa ( Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah ) mewakilkan beliau. email  : idris962@salam.uitm.edu.my

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA untuk HARI RAYA nanti , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]

Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam sambil-sambil tunggu waktu berbuka tu . [ klik laju-laju

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)