Friday, August 16, 2013

Raya 2013 , pertama kali beraya berempat

Hari ni masih lagi terpaksa bercuti continue jadi nurse dirumah.Kalau tak dah masuk ward sebab nayla kena amik neb setiap 3 jam. Nasib baik boleh pinjam mesin nebulizer tu.Lenkali cerita yer pasal ni. Ni nak cerita pasal hari raya aidilfitri 2013 yang tertangguh :p Semua dah masuk kerja ker? Saya Isnin ni lah gamaknya . Patut semalam dah masuk kerja. Maafkan daku boz.

Jom la layan gambar raya 2013 yang officially berempat :)


My two little princess :) Sedondon dua beradik . 

 My Nuha tayang inai , kazennya yang lukis.


My Nayla yang pagi-pagi kena paksa bangun mandi. hehehe


Kami. Cantik kan view kat belakang tu. Rumah arwah nenek saudara hubby. Ni kat rumah mertua.

 Turn saya pulak pegang my Nayla :)



With my princess :)


Gambar wajib ada, harus lah gambar berdua dengan my hubby :) Tahun ni hubby seluk poket sendiri, saya seluk poket atas jer la pulak..banyak duit raya tu ..hehehe. Eh Sayang, sampin percuma tak pakai  ? :p

Hari keempat raya baru cukup family saya. So dah tak der baju raya :p 


The cucu-cucu :) Tahun depan bertambah lagi seorang . Sekarang 3 - 2 :) Cukupkan 3-3 yer.


The anak-anak


The menantu-menantu . Hubby ai jer lah sorang sang kumbang..hahaha

The mertua :)


Macam mana raya korang, best tak ?Ada kena saman? hehehe

p/s: 

Abes cerita raya 2013. Ok, nak sambung tidur pulak. Ni bangun buatkan neb utk my Nayla jam 5.30 terus tak tidur2. hanyut pulak kepala ni. 


Thursday, August 08, 2013

E-Kad Raya buat pembaca elissmie , Hati-hati Memandu bagi yang memandu

E-Kad Raya 2013 buat semua pembaca tidak kira bising atau senyap ( silent reader)   :)
Saya mohon ribuan kemaafan sekiranya penulisan saya di blog ini ada terkasar bahasa samada sengaja atau tidak sengaja yang mengguris hati korang. World Peace !

Langsir dan kusyen untuk hari raya , klik sini




Persiapan terakhir dah siap. Kasut raya kami dah ready :)

Jom pulang berhari raya :) Hati-hati memandu yer bagi yang memandu :)

p/s:

Petang ni saya dan keluarga akan pulang ke kampung halaman di terengganu. Doakan keselamatan kami sekeluarga pergi dan balik berhari raya yer :) Jangan lupa isi borang balik kampung ni dan serahkan kepada balai polis berdekatan yer :)

Isaac Newton, Albert Einstein, Marie Curie, and Michael Faraday. Masih ingat ker nama-nama ni? Jom pergi Petrosains. Nak pergi klik jer sini

Sunday, August 04, 2013

Set Bersalin Shaklee yang terbaik buat ibu berpantang

Sekarang ni ramai ibu-ibu sudah mulai sedar tentang kepentingan mengambil produk yang selamat untuk ibu dan bayi. Dah ramai yang tahu nak pilih produk penjagaan diri dan supplement untuk menjaga kesihatan diri. Malah dalam proses berpantang pun ramai yang dah bertukar dari jamu dan herba kepada Set Bersalin Shaklee.  



Hari ni nak bercerita sikit tentang Set Bersalin Shaklee sebagai alternative sihat dan terbaik buat ibu berpantang selepas bersalin. Biasa dulu mak-mak kita kalau lepas bersalin mesti guna herba dan jamu semasa berpantang kan? Untuk kecutkan rahim, untuk buang darah kotor, untuk kembalikan seri wajah. 

Tapi tahu tak kita kenapa herba dan jamu? Sebab dalam herba dan jamu tu kaya dengan zat vitamin yang diperlukan untuk pemulihan ibu selepas bersalin. Tapi badan kita tak kenal jamu dan herba. Bila masuk dalam badan, system tubuh perlu digest dulu untuk keluarkan vitamin dan zat yang paling ringkas yang badan kita kenal, barulah meresap masuk dalam darah dan tubuh kita dapat manfaatnya. 

Tapi semasa berpantang, ibu perlukan zat dan vitamin tersebut dengan banyak dan segera untuk menyokong penyembuhan dan penyusuan susu ibu . Kalau tak cukup zat, maka penyembuhan lambat dan kadangkala ibu jadi stress dan susu badan pun terganggu. 

Sebab tu kita biasa dengar mak-mak yang susu lambat keluar, luka lambat baik, walaupun dah berpantang makan ikut petua segala. Kenapa agaknya? Sebab badan tak dapat cukup zat, dah la sakit, makan kena catu, pastu nak dapat zat dan vitamin pun jenuh badan kena kerja keras nak proses! 


Haa sekarang Nampak tak? Sebab tu bila Set Bersalin Shaklee mula digunakan oleh ibu-ibu berpantang di Malaysia, kita dapati banyak testimoni positif seperti sembuh cepat dari luka, susu banyak, baby tak kembung, badan cergas walau malam tak cukup tidur.


Kenapa? Sebab vitamin-vitamin yang dikombinasikan dalam Set Bersalin Shaklee ni benar-benar menepati apa yang diperlukan oleh ibu berpantang. Sebenarnya terlalu banyak manfaat dan kebaikan set bersalin Shaklee ni termasuklah untuk bantu penyusuan susu ibu dan kuruskan badan dalam pantang.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi berkenaan Set Bersalin Shaklee dan semua Produk Shaklee  berserta Harga Produk Shaklee, jemputlah ke blog Pengedar Shaklee di bawah ni. Kalau diorang dekat dengan tempat korang dan korang nak COD pun takde masalah. 


Pengedar Shaklee yang di senaraikan di bawah ni adalah dari group yang diketuai oleh seorang Kaunselor Laktasi / Breastfeeding Counselor dan juga seorang yang dah makan Shaklee sejak tahun 1997. Maksudnya dah 16 tahun makan Shaklee! Seluruh keluarga mereka dah 16 tahun bersama Shaklee so In shaa Allah mereka ni boleh dikatakan banyak ilmu dan pakar tentang Produk Shaklee . Ye la dah 16 tahun uolls, kalau universiti dah jadi profesor gitu ;) 

So kalau korang ada masalah penyusuan susu ibu, atau nak dapatkan Produk Shaklee, silakan contact mereka ini Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia ado dik Non. 

 1. Set Bersalin Shaklee dari Pengedar Shaklee Kuala Lumpur lokasi Ampang 

 2. Set Bersalin Shaklee dari Pengedar Shaklee Shah Alam dan Klang

3. Set Bersalin Shaklee  dari Pengedar Shaklee Setapak, Wangsa Maju dan sekitar

4. Set Bersalin Shaklee dari Pengedar Shaklee Pahang, Kuantan dan Jengka. Penang pun boleh.

5. Set Bersalin Shaklee dari Pengedar Shaklee Pahang, Terengganu dan Cheras Kuala Lumpur

Yang paling best dalam blog Shakleeyang ni ada dia bagi Panduan Memilih Set Bersalin

So korang sangat digalakkan jenguk blog di atas sebab sangat membantu dalam membuat pemilihan set bersalin. Terima kasih kerana sudi membaca. Selamat memanfaatkan hari-hari terakhir Ramadhan dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi. Salam sayang dari kami. 

* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here? 
p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah RM 3 disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu review yang bernilai RM20 secara PERCUMA.Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.



Friday, August 02, 2013

Pertama kali caesarean 5 tahun yang lalu dan 10 tahun menyintaimu

Hari ni entry jiwang sket . Dedikasi untuk cinta hati saya dan benih cinta yang pertama. Hari ni genap usia my Nuha 5 tahun. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Dan hari ni jugaklah saya dan my hubby melafazkan kata cinta untuk kali pertama.* Blushing


Sayangku Mohd Hizaami, aku akan terus menyintaimu kerana Allah . Semoga kasih sayang antara kita akan berkekalan sampai ke syurga. Bila dapat naik lagi kuda merahmu sebagai hadiah dating anniversary yang ke 10 ini ? ;p Atau sekurang-kurangnya percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands . hahahahaha. Sebut banyak kali dengan harapan bawak la tu dan ayat itu terus bergema dan mengganggu tidurmu :p hahaha


Untuk my Nur Nuha Humayra, semoga menjadi anak yang solehah ( bukan kawan awak tu ) maksud Ummi anak yang selalu dengar kata Ummi dan Abah. Menjadi penyejuk hati Ummi dan Abah. Walaupun awak dah ada adik, kasih sayang Ummi kat awak tak pernah berubah walau seinci. Geram ajer yang ada bila awak kadang-kadang menduga keimanan Ummi. Tapi Ummi tetap anggap awak masih baby Ummi untuk selamanya.Bila Ummi marah, awak pandai pujuk Ummi balik walaupun esok buat lagi perkara sama.Ummi dan Abah sayang awak sampai bila-bila dan harap awak akan dapat jaga adik-adik ( kalau ada rezeki satu lagi) baik-baik . Ummi dan Abah tak kisah awak nak jadi apa, sekejap nak jadi cikgu, jadi doktor, jadi chef ( selalu tengok masterchef sangat :p) dan kadang-kadang nak jadi kanak-kanak ajer tak nak jadi besar sebab takut kena kawen :p Cuma satu ajer pesan Ummi, semoga jadi anak yang berguna untuk masyarakat dan agama. In sha Allah. 

Hari Pertama Dilahirkan


Sambutan Hari Lahir Pertama 2008

Sambutan Hari Lahir Kedua 2010



Tiada sambutan Hari Lahir Ketiga. Masa 2011 ni tak sempat buat sebab tahun tu Ummi berpantang lepas raya sebab ectopic pregnancy. Konon nak buat lepas raya sekali open house.Tapi tak jadi.So ganti tahun 2012 siap tripple celebration lagi :)

Sambut bertiga dulu.2012

Sambutan Hari Lahir Keempat cum open house 2012

Sambutan Hari Lahir Keempat di Taska 2012



Persiapan Hari Lahir Kelima di Taska 2013 malam tadi.




 p/s:

Jap lagi nak pergi cari selipar hari raya. Harap jumpa la yang berkenan.

Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah untuk fakir miskin Kudat Sabah
Bank in kepada : Tuan Haji Md Idris Haji Abdullah  Maybank Berhad 164 098 445 317
Ustaz ni adalah Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM. Dia kata kalau boleh derma RM100 sebab itu jumlah yang dia nak bagi setiap keluarga ( 100 keluarga semuanya) tapi kalau RM1 pun dia terima jer..
email beliau sekiranya sudah memasukkan wang dan cakap untuk tujuan apa ( Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah ) mewakilkan beliau. email  : idris962@salam.uitm.edu.my

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA untuk HARI RAYA nanti , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]

Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam sambil-sambil tunggu waktu berbuka tu . [ klik laju-laju

Thursday, August 01, 2013

Bunga api nostalgia masa kanak-kanak dan Poskad Raya serta Fridge Magnet dari Australia

Lama dah tak der segmen nostalgianya@elissmie kan. Kalau nostalgia pasal makanan berbuka makhrukh pulak kan. Yang tu sambung JJCM lepas rayalah. Ni saya duk teringat masa kecik-kecik dulu, lepas jer berbuka mesti sibuk nak main bunga api.Biasa Abah akan bagi saya dan adik dalam 5 batang setiap malam. Kira cukuplah untuk main selama sebulan tu kot.hahaha. Lepas dah habis main bunga api, mesti bakar kemuncup. hahaha.Janji dapat main api. Adik aku dengan semut-semut dia bakar.Nasib baik belum mumayyiz lagi masa tu. Nostalgia sungguh dua beradik main bunga api. 



Sekarang ni giliran my hubby pulak buat tu kat my Nuha. Hari-hari tak sure pulak berapa batang bunga api dia bagi sebab saya pantau dari jauh ajer. Lepas tu balance bunga api dia sorok kat dalam bilik. hehehe. Mak saya dulu dia letak atas almari tinggi. Memang tak boleh nak ambik lah kan. 

Ini la bunga api yang saya main masa kecik-kecik tu.

Ni stok untuk my Nuha main.Kat situ ada mercun pop dan jenis besi. Yang lain-lain memang tak bagi main la.Bahaya kan. Especially mercun bola yang mana banyak kes yang meletup tu termasuk cucu jiran saya yang hilang 3 batang jari tak silap. Keluar newspaper masa tu. Masa tu saya ada  kat rumah. Betul-betul hari pertama puasa.




Lagi setahun dua my Nayla boleh join sama.Buat masa sekarang bagi kakak dulu :p

Korang masa kanak-kanak selalu tak main bunga api  ?



Semalam masuk ofiz tengok ada surat cinta atas meja. Rupanya poskad dari Australia dari Isabelle. Giveaway yang mana pun aku dah lupa. Tapi yang paling seronok....



Mestilah FM matawang Australia . Kalau boleh tukar, memang pergi Adelaide tu Is :) Terima kasih Is. Dah setahun sejak hari last day aku jumpa kau[ entry ini ] ..Sekejap ajer..

Wednesday, July 31, 2013

Jom Isi Borang Balik Kampung PDRM, Kad Raya Pertama dan Sampul Duit Raya Yakult

Terbaca di FB kawasan perumahan saya berkenaan dengan Borang Balik Kampung oleh PDRM. Ianya adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk orang ramai yang akan meninggalkan rumah sempena cuti Hari Raya Aidilfitri ini bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan dan rondaan ke kawasan perumahan korang. 



Korang boleh layari Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia (www.rmp.gov.my) dan klik pada banner Borang Maklumat Balik Kampung untuk muat turun borang. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada anggota di balai polis yang berhampiran. MUAT TURUN BORANG BALIK KAMPUNG DISINI. 


Bila korang balik beraya  ? 

p/s:

Saya mungkin isnin malam kot atau pun selasa pagi :p



Ini kad raya pertama untuk tahun ni tapi tahun ni just dapat versi digital ajer. Sama dengan sampul raya design nya. Design kad raya lama boleh tengok disini, disini , disini , mana ntah lagi :p Oh, dah 6 tahun terima kad raya dari VC UiTM  p/s; Kad ni special sket sebab saya yang hantarkan bagi pihak VC UiTM kepada seluruh staff beragama Islam di seluruh UiTM. 3 jam baru agent untuk run untuk hantar email ni stop ;P


 Ni pulak dari Auntie Yakult yang tiap-tiap minggu datang rumah bekalkan yakult untuk kami. Terima kasih Auntie.



Tuesday, July 30, 2013

Koleksi Sampul Duit Raya 2013 dan ice tray

Setakat ni dah ada 5 jenis sampul duit hari raya yang dapat untuk tahun ni. Ada antaranya hasil belian persiapan raya untuk tahun ini . Tapi tahun ni tak tukar pun lagi duit raya.Ada lagi ker erk?  Kita pakai duit lama jer lah yer. hehehe.



Inilah koleksi sampul duit hari raya untuk tahun ni. Tahun lepas ada lagi balance beserta duit. Apsal tak ramai budak datang beraya rumah mak saya tahun lepas yer ?Mungkin budak-budak skang dah kaya kot :p 

Ni tiap tahun gerenti dapat punya dari ofiz saya. UiTM dihatiku :p


Ni hasil pembelian di FashionValet hari tu. Diorang still tak email apa nak buat dengan satu lagi parcel tu. Kasi free jer la kat saya :p


Ni supplier ofiz hubby rasaya, hypershoes.


Yang ni hubby beli sandal dia, al-ikhsan. 

Yang ni beli baju melayu aaron aziz kat jakel hari tu...



Syoknya kalau dapat sampul hari raya dari Hush puppies ni. Nak kena beli kasut raya jenama ni agaknya..lalalala


Korang ada banyak dapat sampul duit raya tahun ni ?


Ni ice tray dapat dari rakan blogger , Nad :) Terima kasih sangat. 


Sedia untuk buat puree carrot untuk my Nayla :) 

Tadda...Sedap...Tapi my Nayla suka kalau blend sekali dengan bubur nasi. Sama macam kakaknya my Nuha suka makan bubur nasi. hehehe


Jom beraya dengan kereta baru. klik sini untuk pandu uji .

Monday, July 29, 2013

Pertama kali berbuka di luar Ramadhan ini | Hotel Concorde Shah Alam

Memang mencabar rasanya berbuka di luar dengan anak kecil ni. Tahun ni ingat berbuka di rumah ajer sepanjang ramadhan tapi hubby dapat pulak jemputan berbuka puasa di Hotel Concorde, Shah Alam. So,moh ler kita kesana. Memang tak der gambar pun sebab tak menang tangan. Nak makan pun sempat tak sempat ajer.Solat macam biasa kat tingkat 3 tepi pool.Katanya siap ada imam untuk solat terawikh. Tapi saya balik terus lepas berbuka. My Nayla pun dah start crancky. Nasib baik sepanjang makan ok jer. Gilir-gilir pegang masa solat ajer sebab dia dah duk kat baby chair masa makan tapi tak leh lama-lama.


Overall rasa sedikit kecewa jugak dengan buffet kat situ sebab tak semeriah tahun-tahun sebelum ni. Tema dia kali ni The Best of Penang and Johor Ramadhan Buffet. Saya dan hubby makan nasi beriani dan kuih muih serta sate .Lauk pun tak banyak sangat pilihan.Ayam goreng kicap kot ( ni saya makan) , kari kepala ikan, kupang masak apa ntah, ketam ada tapi saya nak ambil tinggal kaki dia jer, udang masala dan daging macam masak kicap jugak kot - hitam semacam (hubby makan tapi hubby cakap dia sakit perut esoknya sebab rasa daging dia macam masam macam tu ) .Tiram pun tak der kali ni.  Dua pilihan nasi jer, Nasi beriani dan nasi putih yang ada.  My Nuha lak makan mee goreng ajer. Char kuey teow penang tak der pun :p Rugi btol bawak pergi hotel setakat makan mee goreng saya cakap kat dia .


Saya ni kalau pergi hotel paling teruja nak makan kat dessert table tuh la.Tapi pilihan dia memang tak sama dengan sebelum-sebelum ni. Dulu-dulu siap ada chocolate fountain lagi kan, pastu ada yang dalam cawan kecik-kecik comel tu puding dia, dan tart buah yang comel-comel. Tu semua takder. Chocolate tu dia letak jer situ dlm mangkuk, orang tak perasan pun saya rasa.Banyak kuih melayu jer.


Kambing saya tak merasa tahun ni sebab sejak ada darah tinggi ni dah kurang makan daging. Tu pun makan satu cucuk sate daging ajer. Raya ni tak tahu la macam mana. Dah la family saya memang buat sate daging ajer biasanya. huhuhu. Pasal Buffet Ramadhan 2013 Hotel Concorde Shah Alam, boleh baca kat entry kid kat sini. Tapi blog dia sekarang tengah maintenance. Mesti berwajah lebih menarik la lepas ni kan.

Hari sebelumnya saya berbuka sorang-sorang kat rumah sebab my hubby ada majlis berbuka puasa kat ofiz dia. Nasib baik ada dua peneman berbuka puasa saya. Saya masak simple-simple ajer sebab saya sorang ajer pun kan.


 Menu ni lagi sedap bagi saya dari berbuka di Hotel Concorde Shah Alam. hehehe. 
Ikan Percik , Acar timun, Budu dan Salad.


Korang pernah berbuka di luar ramadhan kali ni ?


Harga Buffet Ramadhan Hotel Concorde Shah Alam 2013 

Melting Pot Cafe
RM89.00++ per adult / RM44.50++ per child

Grand Ballroom
RM75.00++ per adult / RM37.50++ per child

Call 603-5512-2200 for reservations

Concorde Hotel Shah Alam
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +603 5512 2200 ext. 2440 / 2406
Fax: +603 5517 7188
Email: shah@concorde.net

Friday, July 26, 2013

Roti Jala Dalam Pemanggang Tefal

Selamat Menyambut Nuzul Al- Quran yer semua. Bagi yang tidak bercuti sila jangan jelez :) Ni kali kedua saya menjala roti jala. Kali ni tak guna kuali tefal yang non stick tu sebab yang tu kecik tapi guna pemanggang tefal . Durhaka gadget memasak nama dia. hehehe . Kali ni edisi satu hari satu gadget di dapur di elissmie nak tayang acuan untuk menjala.






Saya punya yang 5 muncung cuma RM1.50 tak silap. Beli di Tesco kot. Lupa lak.


 Saya guna resepi ini { terima kasih kak jee}  tapi telah dialter oleh saya lah sket sebab nak buat 5 keping jer utk rasa :) 


Roti Jala versi elissmie. 
Bahan-bahan :-

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan kotak
1/2 cawan air
1 biji telor
secubit garam
beberapa titis pewarna egg yellow

Cara-cara:-

Masukkan semua bahan dalam blender dan kita putar . Sedia untuk menjala. Tapi saya paling suka makan dengan serawa durian. nanges :((

p/s: Adunan yang saya guna cuma untuk 5 keping ajer. 2 keping makan berbuka, 3 makan sahur. hehehe



Tak sangka menjadi you. Menjadi sekian hal, yang penting sedap.


Garisan grill tefal tu yang tak menahan tu..Kalau lambat sket angkat dia garing dan rapuh pulak tapi still sedap. Biasa lah ada anak kecik ni, tetiba kat ruang tamu tengok anak menangis. hehehe
Rupanya kalau nak roti jala tu lawa, lipat yang licin berkilat tu kat depan. nanti nak buat lagi la. Semalam ngam-ngam gandum cukup secawan jer.hiks


Kombinasi untuk semalam adalah gulai ayam terengganu . Saja buat pekat-pekat baru sedap mencicah.

Ni untuk sahur pulak.

Korang pandai buat roti jala tak ?


Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah untuk fakir miskin Kudat Sabah
Bank in kepada : Tuan Haji Md Idris Haji Abdullah  Maybank Berhad 164 098 445 317
Ustaz ni adalah Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM. Dia kata kalau boleh derma RM100 sebab itu jumlah yang dia nak bagi setiap keluarga ( 100 keluarga semuanya) tapi kalau RM1 pun dia terima jer..
email beliau sekiranya sudah memasukkan wang dan cakap untuk tujuan apa ( Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah ) mewakilkan beliau. email  : idris962@salam.uitm.edu.my

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA untuk HARI RAYA nanti , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam sambil-sambil tunggu waktu berbuka tu . [ klik laju-laju]

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)