Thursday, July 25, 2013

Pengalaman pertama shopping di FashionValet , Percuma RM10

Syukur Alhamdulillah dapat jugak RM500 buat shopping raya kan.Tapi kerajaan negeri Selangor umum sebulan gaji lagi masyuk. Abah saya pesara kerajaan pulak dapat RM250. [ sumber ] .Jom shopping sekarang , dah gaji hari ni kan. Gara-gara iklan FashionValet yang duk menari-nari kat blog Kak Yan | Blog Supermak ni buat saya geram nak klik dan terbeli pulak kasut untuk my Nayla sebab memang tengah cari kasut prewalking untuk dia. Hari tu pergi GM , tengok harga paling murah pun RM30 sebelum tawar kan, mungkin dalam RM20-RM25 boleh dapat kan tapi jenama Mothercare lah. Yang saya beli ni jenama Babygomore.



Inilah iklannya. Spoil your little one ! Sesuai sangat . Free delivery lagi !



 Memang cepat prosesnya. Saya register dengan fb ajer kemudian dapat notification kat email yang register dah berjaya . Dan yang paling best dapat RM10 upon register tau . Klik kat sini laju-laju yer untuk register. 



Boleh bayar guna kad kredit , online banking dan cash on delivery. Tapi hubby nak kena terima so saya bayar siap-siap. Lepas beli baru bagitau. hehehe

Cuma untuk yang takut tengok mesin timbang ajer bolah klik sini


Lepas tu dapat point pulak kalau buat pembelian. Saja suh datang beli lagi ni .
Setiap RM100 dapat 100 point = RM1. So dapat lah 17 point ;p  Boleh guna untuk pembelian akan datang.

 

Tengok kat website Babygomore sendiri dia buat sales RM19 tak termasuk pos lagi. Tapi saya dapat RM17 sahaja dan best part penghantaran percuma lagi tu. Betul-betul jimat ! Tetiba teringat rancangan EXTREME Cheapskates kat astro 707 (TLC). hehehe :p

Korang pernah shopping di FashionValet ?


p/s:

Ini lah padah kalau duduk ajer mengadap komputer 8 am - 5 pm

Updated : Memang efisyen, dah terima terus petang tu tapi saya dapat dua parcel yang sama. Aduhai..Dah email diorang tanya nak buat macam mana tapi still tak der feedback. Bagi free jer laa kat saya kan ;p 
 

Wednesday, July 24, 2013

Eyriqazz yang mengidam, saya yang dapat makan | Mee Rebus Terengganu untuk sahur

Hari tu terbaca entry Eyriqazz yang dia rindu nak makan Mee Rebus Terengganu mak dia di kampung untuk berbuka .Saya pun jadi terliur sama. Tapi saya ni jenis berbuka dengan nasi, so saya cadang nak buat Mee Rebus Terengganu [Resepi disini] untuk bersahur. Hari yang ditunggu telah tiba. Malam tu saya prepare bahan-bahan untuk buat stok ayam dan tumis terus bahan-bahan yang ada.Cuma tak masukkan mee ajer sebab saya prepare sebelum tidur. So masa sahur just masukkan mee dan panaskan serta masukkan telur sebagai tambahan.  


 Bahan-bahan yang simple ajer.


Tadda..Siap. Jangan terliur pulak yer. Kalau terliur , buat lah menu yang ringkas ni untuk sahur.
Saya memang suka perah sedikit limau dan kalau ada cili kicap ker lada jeruk ker memang terangkat habis la. Hubby pulak suka tuang sos cili dalam mee rebus dan dipatah-patahkan keropok keping. Alamak sendiri taip sendiri terliur ni acaner ?

Macam mana anak korang ubah hidup anda. Hantar cerita dan sini dan menang hadiah RM12K  

Korang suka makan apa time bersahur ? Jangan lupa cuba mee rebus terengganu yer :)



Ni Puding Roti Karamel [resepi sini] yang saya buat minggu lepas. Saya sorang ajer makan so saya makan ulang-ulang. Tak perlu beli kat pasar ramadhan yang saya tengok slice RM2- RM2.50. Tidak berbaloi lah !

p/s:

Ini segmen Jom Masak @ elissmie.com



Tuesday, July 23, 2013

Bergambar dengan Aaron Aziz @ Jakel Seksyen 7 Shah Alam dan borong sakan di GM Klang

Tajuk entry macam beritma gitu kan. Ini semua poyo :p Settle sudah shopping raya kami untuk tahun 2013 ni. Tak der lah susah nak cari baju macam tahun lepas . Tinggal kasut raya ajer belum beli untuk my Nuha dan Nayla. Raya ni sebenarnya persiapan lebih kepada anak-anak.Cukup lah sepasang baju kurung untuk saya dan baju melayu untuk hubby. Hari seterusnya pakai ajer yang mana ada kan. Sunat berpakaian yang paling baik untuk hari raya pertama ajer bukan 30 hari :p 


Akhirnya my hubby ajak ke Jakel untuk beli baju melayu Aaron Aziz petang sabtu lepas. Dan tak sangka dapat jumpa Aaron Aziz sekali lagi. Kali ni dah tak segan dah bergambar sebabnya hari tu kan dah menyesal tak  sudah tak bergambar dengan Aaron Aziz kan. So inilah gambar saya bersama Aaron Aziz.

 Scroll down plz


 -






  -





  -




  -




 -




 -







Masukkan effect suspen disini :p






Patung Aaron Aziz jer pun. Bersepah dalam Jakel. hiks :p Jangan marah-marah puasa yer. hiks 
p/s: Sebenarnya. Hari Ahad tu memang ada Aaron Aziz tau datang kat Jakel. Rugi mak nyah pergi hari sabtu. hahaha

Yang cutting Aaron aziz ni tak der label Aaron Aziz

Kat situ baju melayu dari serendah RM 89 hingga RM 200++
Percuma sampin bernilai RM39
 Yang ni my hubby punya siap ada tulisan kat kotak dan kolar tertulis Aaron Aziz gitu :p

 Closed up sket. Hubby cakap dia nak cabut label ni letak kat dada.
Baru orang tahu pakai baju melayu Aaron katanya. kah kah kah 


Esoknya kami meneruskan misi mencari baju raya untuk saya dan anak-anak pulak. Kami pilih GM Klang sebagai lokasi shopping sebab nak beli baju basahan untuk my Nuha sekali. Tapi sebab pergi lewat rasa tak puas shopping . Nak kena datang lagi sekali. Plz sayang ;p Rayuan di blog :p

Ini lah baju hari raya kitorang tapi tudung tu rasa macam serabut pulak dengan baju saya tu. Nak kena pi beli tudung baru kah? hehehe. My Nuha dan Nayla dapat betul-betul sedondon .Suka sangat :) Mula-mula ingat nak beli kan dia peplum kurung tu tapi tak der saiz utuk my Nayla. Yang ni baju kurung Lycra. 

Rompers, topi dan black dress untuk my Nayla 


 Yang ni untuk my Nuha. Borong tshirt polo dress tu 3 helai dan satu dress zara kids.


Korang dah buat persiapan untuk hari raya ? 


p/s : 

Shopping-shopping jugak tapi masih ada orang kat malaysia ni yang tak makan tau

Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah untuk fakir miskin Kudat Sabah
Bank in kepada : Tuan Haji Md Idris Haji Abdullah  Maybank Berhad 164 098 445 317
Ustaz ni adalah Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM. Dia kata kalau boleh derma RM100 sebab itu jumlah yang dia nak bagi setiap keluarga ( 100 keluarga semuanya) tapi kalau RM1 pun dia terima jer..
email beliau sekiranya sudah memasukkan wang dan cakap untuk tujuan apa ( Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah ) mewakilkan beliau. email  : idris962@salam.uitm.edu.my

Friday, July 19, 2013

Jom dapatkan Photo Magnet Sempena Hari Raya nanti

Puasa pun tak habis lagi kan dah sebut-sebut pasal raya . Dah siap ker semua persiapan raya tu semua ? Saya mungkin hujung minggu ni atau minggu depan baru nak pergi shopping. Korang ingat tak pasal personalized fridge magnet yang saya buat hari tu ? Kalau korang nak buat jugak, ni nak tunjuk kat mana korang boleh buat tempahan photo magnet tu dengan kos yang lebih berbaloi.


Rugi kalau tak buat kan. Gambar ni kalau duk terperap ajer dalam album atau paling teruk dalam pendrive, hardisk ker tu tak guna .Ni disamping mencantikkan peti ais, boleh tengok kenangan waktu hari raya gitu. Photo magnet ni menggunakan kertas gambar serta magnet yang berkualiti tinggi,tahan lasak serta kalis air korang tau !

Saiz photo magnet 10 x 7 cm 

2 KEPING - RM 7 Sekeping 
4 & KEATAS = RM 5 Sekeping
12 & KEATAS = RM 4.50 Sekeping


Jom kita tengok contoh photo magnet kat bawah ni :- 


 Masa raya nanti korang amik la gambar cun-cun dan order terus photo magnet ni kan.


 Design boleh buat sendiri atau diorang yang buatkan untuk kita.


Sebenarnya bukan sahaja untuk hari raya nanti, untuk hari apa pun boleh tau contohnya hari guru ni. 

Nak buat untuk majlis hari jadi pun boleh jugak ni sebagai cenderahati kan. Unik gitu :)
Ni nak raya, korang boleh jadikan sebagai kad raya jugak kan :) Kiranya kad raya versi photo magnet , so orang tak akan buang kad tu kan :) Boleh buat tampal peti ais. Jangan lupa hantar kat saya satu tau :)


 Ni saya punya photo magnet , korang jangan dengki yer. 
[ kalau nak design sendiri boleh guna idea saya - klik sini ]


Dapatkan photo magnet anda sekarang  !Tak perlu tunggu lagi !
 
 Boleh berhubung terus dengan Jue yer :)


SMS or Whatsapp  :  019-2880276 / 019-3618652
http://gallery-annafauzie.blogspot.com/
email : loveannajueanna@gmail.com





Kot-kot lain kali korang nak beli photo magnet ni dan pelbagai lagi produk lain seperti personal photo calendar, woodern clock dan sebagainya , dan nak lebih mudah, korang boleh klik pada banner disidebar seperti kat atas ni jugak :)


* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here? 
p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 50 setahun disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu review yang bernilai RM100 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.

Thursday, July 18, 2013

Baju raya tahun ini, tema peach . Korang pulak?

Tahun lepas tema kami anak beranak adalah turquoise .Tahun ni selepas ditimbang tara, mesyuarat memutuskan untuk memilih warna tema peach sebagai warna tema raya 2013. Tahun ni saya nak pakai kurung biasa ajer kot dan nak nak plain ajer.



Yang ni mahal sangat harganya RM 400 tapi kalau beli direct dari Jakel rasanya boleh murah sket kan . 




Tapi peplum warna peach pun cantik-cantik jugak kan tapi untuk saya rasanya kurang sesuai lah ;p


credit to here


Untuk anak-anak saya nak cari yang berbunga sket . Tak mo la plain plain untuk lebih ceria kan. Kalau boleh adik dan kakak nak sedondon kan . Alahai mesti sweet kan :)

credit to here



Untuk my hubby lak,  Sayang , jom kita beli baju melayu aaron aziz ni. hahaha. Tengok kat banner jakel tu katanya harga serendah RM89.00 dan percuma sampin songket tapi tengok sampin yang Aaron Aziz pakai tu rasanya ribu-ribu harganya tengok kat jakel hari tu :p yang percuma sampin songket tu tak tahu la yang mana kan.

credit to here

Korang dah shopping ker untuk hari raya ?


p/s:

Shopping-shopping jugak tapi masih ada orang kat malaysia ni yang tak makan tau

Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah untuk fakir miskin Kudat Sabah
Bank in kepada : Tuan Haji Md Idris Haji Abdullah  Maybank Berhad 164 098 445 317
Ustaz ni adalah Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM. Dia kata kalau boleh derma RM100 sebab itu jumlah yang dia nak bagi setiap keluarga ( 100 keluarga semuanya) tapi kalau RM1 pun dia terima jer..
email beliau sekiranya sudah memasukkan wang dan cakap untuk tujuan apa ( Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah ) mewakilkan beliau. email  : idris962@salam.uitm.edu.my

Macam mana anak korang boleh ubah korang, cerita kat sini dan menang hadiah :) #DrypersMY

Wednesday, July 17, 2013

Zakat fitrah , Agar-agar santan kopi dan Kurma Amina

Tahun ni , pertama kali my hubby bayar zakat fitrah untuk 4 orang pulak. Semoga amalan kami diterima Allah sepanjang Ramadhan ni. Amin. Korang dah bayar ker?


Bagi negeri Selangor, kadar zakat fitrah RM7.00 . Kadar fidyah RM1.80



 Bagi negeri lain, boleh la rujuk sini.


Buat warga UiTM Shah Alam, boleh la membayarnya di kaunter zakat yang dibuka diatas.
Bukan setakat zakat fitrah tapi zakat harta ( zakat simpanan, zakat kwps, zakat emas, zakat perak), bayaran fidyah dan sumbangan sedekah. 


 
Agar-agar santan kopi { Resepi disini }
Ni juadah saya buat untuk berbuka kelmarin. Semalam ada lagi balance tapi yang dalam loyang punya. 



Kurma pilihan sebelum berbuka yang my hubby beli. Kurma Amina keluaran Yusuf Taiyoob.

  p/s: 




Tuesday, July 16, 2013

Pengalaman potong rambut anak-anak di Hair Salon

Ini pengalaman kali pertama bawak anak-anak potong rambut di Salon. Kali pertama diorang potong rambut adalah pada majlis cukur jambul diorang ajer. My Nuha lah beriya sangat nak potong rambut pendek sebab tengok rambut saya pendek hari tu.


Kali ni kami pergi kat Seksyen 7 iaitu Ain Salon. Kat situ banyak rupanya salon gunting rambut tapi Ain Salon ajer yang beroperasi setiap hari. So kami terjah ke situ.

Deko dalam kedai. Simple ajer dan menarik.

Rambut Nuha tengah cuci sebab berminyak pakai minyak zaitun.

Adik punya turn memang hazab. Sepanjang2 gunting rambut nangis meraung mungkin trauma kena cucuk. Nasib baik tak demam.


Menangis macam nak terkeluar anak tekak gitu :p
Memang mencabar keimanan nasib baik adik ni sabar :p

 Dah ready nak kena potong. Adik tu siap cakap sayang nak potong rambut Nuha sebab rambut Nuha wawwy gitu kat belakang kan.. Tengok saya kat belakang tu, terpaksa berdiri pulak

Tengok kat belakang.Duduk pulak kat sofa untuk guntingkan rambut dia. Last-last dia tertido. Baru aman adik tu nak guntingkan.

Kenangan sebelum kena potong rambut wawwy dia tu :p Bila kering hazab macam Hantu kak Limah

Muka my Nuha masam ajer sepanjang2 sessi gunting rambut tu padahal hari2 zikir kat telinga bila nak gi gunting rambut sampai naik fenen kepala mak. hahaha. stress ;p

 

Dah siap..My Nayla punya tak siap-siap lagi kat belakang tu.

Bye-bye rambut  panjang

New image my Nuha :)


Perasan habis siap suh panggil dia Mia Sara. Rupanya dia request nak potong macam mia kat adik tu :p

Yang kelakar masa lepas mandi menangis sebab rambut dah tak jadi macam Mia sebab masih belum kering. Esoknya nak gi sekolah, siap tak nak mandi basuh rambut lagi. hahaha.Sabar jerr la..Kena marah kat mak, baru cepat2 masuk bilik air mandi balik.



My Nayla New image. hahaha. Kelakar habis muka dia. Tak kisah la janji dapat potong sebab rambut dia dah jadi caca merba lepas cukur jambul hari tu. hahaha. My hubby cakap macam Abu Bakar Ellah. Saya cakap Temenggung Jugah :p hahahaha
My cute little Temenggung Jugah .


Dah muka macam laki pulak :p

Total Burst : RM18 sahaja. RM10 my Nuha & RM 8 my Nayla

Korang pernah potong rambut anak -anak di Hair Salon ? 




AIN SALON,
AINIS BEAUTY & HAIR DRESSING
YG 17,BLOK F,TINGKAT BAWAH,
 JALAN PLUMBUM Y7/Y SEKSYEN 7 , 
40400 Shah Alam, Malaysia 
Tel : 017-315 0864
Waktu Operasi : Isnin hingga Ahad (10.30 pagi - 10 malam


Barang elektrik baru untuk raya dari Sony, klik laju-laju.  


Monday, July 15, 2013

Pemenang Teka Cek Nuffnang dan Fridge Magnet Langkawi



Ini jumlahnya. Pencapaian tertinggi setakat ni atau sebenarnya tak perasan nak cash out.hehehe. Tak banyak mana pun tapi bersyukur jugak tampung yang mana kurang kan.

RM 200.22

Pemenang yang paling tepat dengan tekaan RM200.


{ MamaSue }


p/s :

Sue, nanti saya balik raya terengganu, saya cari FM dari Terengganu yer sebabnya Sue ni adalah rakan seofiz kan. Tak kan nak bagi FM UiTM ;p



FM langkawi Long bagi time dia pi Langkawi 2 minggu lepas. Tq :)
 Bertambah koleksi FM langkawi kepada 3 :) 



Bulan ramadhan ni JJCM @ elissmie.com dihentikan seketika yer . Kita bawak masuk segmen baru iaitu satu hari satu gadget di dapur @ elissmie :p 


Hari ni nak tayang mould atau acuan agar-agar yang saya ada. Bentuk bintang dan cengkerang beli kat Checkers Shah Alam. 
Murah harganya cuma RM2.50 untuk sepuluh acuan setiap satu :) 
Petang ni nak buat lagi sekali Agar-agar santan rasanya...Beli kat pasar ramadhan RM 2 5 ketul cinonet ajer.Alahai...



Friday, July 12, 2013

Cek Nuffnang ke 12 , Kadar bayaran parking DEMC dan Koleksi Terbaru FM

Hari Jumaat dah hari ni. Kejap pulak masa berlalu sebab 2 hari tak duk dalam ofiz kekdahnya gitu kan. Hari ni entry random ajer. Hari ni nak tayang cek Nuffnang yang saya terima bulan lepas. Harus diabadikan dalam blog kan sebagai pencapaian yang tidak seberapa dan berkongsi rezeki gitu.




Ni lah ceknya. Seperti biasa terbuka kepada follower elissmie atau pun G + follower sahaja ( klik ajer Join This Site atau Add to circle kat sidebar yer bagi yang belum dan ingin meneka yer ) . Siapa yang berjaya meneka dengan tepat akan menerima satu Fridge Magnet tapi tak tahu lagi Fridge Magnet apa , mungkin UiTM lah kot. Hint : Amaun kali ni lebih sket ajer dari biasa-biasa . Bagi yang pernah meneka mesti tahu amaun saya berapa jer pun kan . Berapa banyak tekaan pun boleh tapi sekali komen sekali tekaan ajer. Bila dah ada yang berjaya meneka dengan tepat tetapi ramai pulak yang betul mr random akan pilihkan pemenang. Tekaan ditutup sebelum 12.00 tengah malam 14/ 7/ 2013.

Kalau pergi DEMC memang saya parking kat dalam sebab kat luar tu biasanya penuh dan berlumpur sebab depan DEMC ada bangunan dalam pembinaan.

 Ini kadar bayaran yang dikenakan untuk rujukan korang kalau kesana. Harap-harap pergi melawat ajer jangan masuk hospital yer :) *Klik untuk pembesaran berganda


 Ini koleksi FM yang terbaru . Personalized FM yang saya tempah hari tu. Dah selamat sampai dan sangat berpuas hati. Yeay !


Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA untuk HARI RAYA nanti , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam sambil-sambil tunggu waktu berbuka tu . [ klik laju-laju]


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)