Monday, July 15, 2013

Pemenang Teka Cek Nuffnang dan Fridge Magnet Langkawi



Ini jumlahnya. Pencapaian tertinggi setakat ni atau sebenarnya tak perasan nak cash out.hehehe. Tak banyak mana pun tapi bersyukur jugak tampung yang mana kurang kan.

RM 200.22

Pemenang yang paling tepat dengan tekaan RM200.


{ MamaSue }


p/s :

Sue, nanti saya balik raya terengganu, saya cari FM dari Terengganu yer sebabnya Sue ni adalah rakan seofiz kan. Tak kan nak bagi FM UiTM ;p



FM langkawi Long bagi time dia pi Langkawi 2 minggu lepas. Tq :)
 Bertambah koleksi FM langkawi kepada 3 :) 



Bulan ramadhan ni JJCM @ elissmie.com dihentikan seketika yer . Kita bawak masuk segmen baru iaitu satu hari satu gadget di dapur @ elissmie :p 


Hari ni nak tayang mould atau acuan agar-agar yang saya ada. Bentuk bintang dan cengkerang beli kat Checkers Shah Alam. 
Murah harganya cuma RM2.50 untuk sepuluh acuan setiap satu :) 
Petang ni nak buat lagi sekali Agar-agar santan rasanya...Beli kat pasar ramadhan RM 2 5 ketul cinonet ajer.Alahai...



Friday, July 12, 2013

Cek Nuffnang ke 12 , Kadar bayaran parking DEMC dan Koleksi Terbaru FM

Hari Jumaat dah hari ni. Kejap pulak masa berlalu sebab 2 hari tak duk dalam ofiz kekdahnya gitu kan. Hari ni entry random ajer. Hari ni nak tayang cek Nuffnang yang saya terima bulan lepas. Harus diabadikan dalam blog kan sebagai pencapaian yang tidak seberapa dan berkongsi rezeki gitu.




Ni lah ceknya. Seperti biasa terbuka kepada follower elissmie atau pun G + follower sahaja ( klik ajer Join This Site atau Add to circle kat sidebar yer bagi yang belum dan ingin meneka yer ) . Siapa yang berjaya meneka dengan tepat akan menerima satu Fridge Magnet tapi tak tahu lagi Fridge Magnet apa , mungkin UiTM lah kot. Hint : Amaun kali ni lebih sket ajer dari biasa-biasa . Bagi yang pernah meneka mesti tahu amaun saya berapa jer pun kan . Berapa banyak tekaan pun boleh tapi sekali komen sekali tekaan ajer. Bila dah ada yang berjaya meneka dengan tepat tetapi ramai pulak yang betul mr random akan pilihkan pemenang. Tekaan ditutup sebelum 12.00 tengah malam 14/ 7/ 2013.

Kalau pergi DEMC memang saya parking kat dalam sebab kat luar tu biasanya penuh dan berlumpur sebab depan DEMC ada bangunan dalam pembinaan.

 Ini kadar bayaran yang dikenakan untuk rujukan korang kalau kesana. Harap-harap pergi melawat ajer jangan masuk hospital yer :) *Klik untuk pembesaran berganda


 Ini koleksi FM yang terbaru . Personalized FM yang saya tempah hari tu. Dah selamat sampai dan sangat berpuas hati. Yeay !


Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA untuk HARI RAYA nanti , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam sambil-sambil tunggu waktu berbuka tu . [ klik laju-laju]


Thursday, July 11, 2013

Suntikan Imunisasi 6 Bulan & Solid Food Nayla yang pertama

Selamat Berpuasa semua ! Semalam terpaksa EL sebab my Nayla kena campak pulak. Habis merah bintik-bintik satu badan.Risau jugak takut denggi. Doktor pun risau so buat ujian darah bacaan platlet ok.Doktor cakap demam viral ajer. Syukur Alhamdulillah.

Hari Sabtu lepas sekali lagi ke Klinik Ajwa, Seksyen 7 untuk mengambil suntikan imunisasi untuk 6 bulan. Masa tu badan dia dah dedar-dedar tapi bila check suhu, tak demam pun. So doktor teruskan untuk timbang dan cucuk.Cucuk kali ni dengan doktor lelaki yang muda lagi.

Harus posing dengan mangsa keadaan dulu :)

My Nuha pun join sekali posing, tadi dia yang snap.

Steady lagi masa timbang even masih ni dia dah start cranky.


Berat tak sampai 6 kilogram lagi. Cuma 5.6 kilogram sahaja. 
Ok la, ada pertambahan berat sebanyak 0.3 kilogram :p


Tengok nurse terus muka cuak dan lepas tu menangis sebelum cucuk. Saya terpaksa amik dan tenangkan kejap then doktor sambung tugas. 




Terpaksa saya yang pegang lepas tu sebab dia dah kenal orang.
Sorry tak nampak muka doktor lelaki yang muda tu :p keh keh keh
Bulan-bulan puasa harus kurangkan kontroversi.

 

Ala siannya...Lepas saya amik tu terus diam ajer sebenarnya. Lebih takut doktor itu dari jarum :p

Terima kasih doktor bertugas 1 :)


My hubby punya kerja la ni. Ni motor doktor yang bertugas 1 tadi :p


Bila My Nayla dah nak masuk ajer 6 bulan, saya terus beli satu blender baru untuk My Nayla. Beli blender tambahan ajer pun RM30 kat Giant.Nasib baik jenama pensonic memang ada jual bekas dia ajer. Tak mampu nak beli Baby Bullet kekdahnya. Dan beli bekas kecil-kecil tu sebab tak jumpa ice tray yang ada penutup. Mangkuk dan sudu pun harus beli baru. Mode teruja.

Solid food chart [sumber sini ] untuk my Nayla awal-awal lagi dah lekat kat peti ais. Semangat sangat.


Hari pertama saya buat puree epal . Resepi semua dah tahu kan. Saya cuma rebus dengan sedikit air dan blend sampai halus. Siap rasa ok .Sedap sangat. hahaha. Eh bulan puasa tak der orang terliur dengan makanan bayi kan ? Ker ada? hahahaha

Konon nak buat 4 days rules tapi epal fiji ni macam masam sket so esoknya saya buat puree pear.

Pear yang jadi puree hari keduanya.


Dah ready untuk difrozenkan.

Kalau tak dapat balik beraya, boleh send mohon maaf kat sini dan menang hadiah :)
 Tinggal 2 pear dan 3 epal fiji lagi dalam stok.
Frozen puree seeloknya disimpan paling maksimum 3 bulan . Tapi boleh simpan sampai 6 bulan.[ baca sini]

Ni kali pertama suap epal yang dirasmikan oleh My Nuha. Moga2 dia suka makan macam kakak dia .

Muka tak der perasaan. Sedap ker tak, tak tahulah :p

Dia tak berapa suka sebab mungkin masam sket , lepas tu saya masukkan susu baru laju sket makan.


Ni puree pear pulak.

Yang ni memang dia suka makan. Ni gambar kali kedua dah sebenarnya dia makan pear ni dan memang dia suka. Setiap bekas tu saya letak dalam 6 sudu ajer pureenya dan tinggal sket jer tak abes :p

Sayang, semoga membesar dengan sihat dan cergas yer :)

Sekarang dah kenal orang , bergolek berpusing dan merata-rata dan tengah bekerja keras angkat dada dan montot , harap-harap lepas ni merangkak. Kalau ikut sejarah my Nuha tak merangkak, terus duduk dan bangun. hehehe.

p/s: 

Sorry terpanjang entry hari ni sebab balas dendam 2 kali minggu ni tak update belog ;p



Tuesday, July 09, 2013

2 produk pertahanan diri yang kaum wanita perlu ada

Hari ni hati tertinggal dirumah. Memang ikut hati nak EL mengenangkan puteri kecil demam pulak gara-gara suntikan imunisasi 6 bulan. Suntikan imunisasi 5 bulan tak demam tapi suntikan 6 bulan pulak yang demam. Alahai.Hari ni dah beransur baik dan ceria seperti biasa dan harap-harapnya demam pergilah jauh-jauh....Semalam terpaksa tinggalkan dia sebab jadi trainer sistem dan mengajar dengan hati entah dimana-mana.


 Ummi, no camera plz :p



Hari tu masa pergi beli barang kat Giant Seksyen 7 Shah Alam, terpandang 2 produk pertahanan diri yang saya rasa bagus untuk dikongsikan terutama untuk kaum wanita yang langsung tiada asas pertahanan diri ataupun yang jenis selalu keluar kemana-mana bersendirian. Saya pun tiada asas pertahanan diri . Dulu masa kat matrik sempat belajar asas ajer dalam silat iaitu silat olahraga. hehehe

Produk pertama adalah pepper spray atau spray lada hitam. Buat pedih mata orang yang cuba nak buat apa-apa kat kita la kan .



 Tapi harganya mak aih RM39.99. Senang cerita RM40 lah.
Lada hitam berkilo-kilo boleh beli agaknya ni :p

 Produk kedua adalah alarm key.

 Yang ni pulak berharga RM29.99 atau RM30 lah senang ceritakan.

 Korang pernah tahu pasal produk pertahanan diri yang lain dipasaran ?

p/s:

Kenapa harga produk-produk ni mahal yer ? Mungkin sebab tiada persaingan gamaknya kan tapi nyawa kita memang tidak boleh dibeli kan, mungkin berbaloi untuk dimiliki.


Thursday, July 04, 2013

Ikan Bakar dalam Pemanggang Tefal

Semalam terpaksa bercuti sebab my Nuha demam pulak tiba-tiba. Mungkin sebab jatuh tersembam depan pintu hari sebelum tu. Demam terkejut agaknya. Hari ni dah ok sket. Bukan saja-saja nak EL. Kita pun tak mahu anak sakit-sakit kan.


Ni sebenarnya nak test power Rempah Ikan Bakar yang saya beli untuk buat stok ramadhan yang bakal menjelma minggu depan. Biasa bulan puasa, memang boleh dikatakan mesti beli ikan bakar buat berbuka.Hari tu Long beli rempah ni dan kami rasa memang menepati piawaian tekak kitorang. So balik terengganu hari tu terus beli 5 bekas buat stok ramadhan.

RM 5 satu bekas ni. Kat situ tulis boleh buat sambal nasi lemak kalau suka. 
Rasa dia ada iras-iras resepi rempah Ikan Bakar yang saya dapat dari tokey Ikan Bakar kat Paka

 Tempat kami beli rempah tu  . Bahulu Seri Geliga, Kuala Kemaman. No telefon ada kat situ kalau nak . Kalau biasa ke Kuala Kemaman, lepas simpang tiga kalau masuk kot Masjid Geliga tu, amik belah kiri, jalan terus sampai jumpa macam hutan ke semak gitu, kedai ni kat belah kanan :p 

Saja buat bakar ala portugis gitu, letak bendi :p  Saya tak der pemanggang ajaib :p 
Pemanggang tefal yang banyak berbudi :) 

Kalau ikan besar ni, rempah tadi tu boleh guna 3 ekor ikan.

Ok siap ! Dah boleh makan. Licin la seekor ni 3 beranak makan  :p
 Makan pulak dengan nasi panas-panas.


Korang dah ready ker nak berpuasa ?



Tuesday, July 02, 2013

Ukuran Kain Untuk Cadar Saiz Katil King

Hari tu jalan-jalan cuci mata ngan Ad kat Jakel Seksyen 7 Shah Alam. Konon-konon nak survey baju raya.Tengok tak berkenan sangat pun maklumlah masa tu belum gaji. hahaha. Tengok tak der perasaan jer la jawabnya. Then masuk lak kat ruangan cadar ni. Saya ni memang suka cadar-cadar yang cantik-cantik ni. Biasa beli jenis Akemi dan beli time offer ajer. Rupanya kat Jakel boleh tempah cadar untuk dijahit.


Ini ukuran kain yang diperlukan untuk cadar saiz king ajer.
Sebenarnya, tak der ukuran untuk saiz queen kat situ, kalau tak mesti saya snap.

Kain-kain kat sini RM16.90 semeter. Kalau nak buat cadar king fitted 2 bantal 4.5 meter = RM 76.05 . Kalau upah jahit lagi tak tahu lah berapa yer . Biasa saya beli dalam RM 70-80 jugak cadar king ni. Time offer dapatlah dalam RM50 ++.

Geram-geram tengok kain cadar belah sini pulak.


Close up sket. Saya memang suka yang belang-belang atau bunga-bunga pastel gitu.

Mak aih. Terpitam kejap. RM22.90 semeter. 
Kalau nak buat cadar king fitted 2 bantal 4.5 meter = RM 103.05 tak termasuk upah .

Tak reti jahit, beli ajer yang dah siap ni ada sales. RM 69.00

Yang ni lagi murah RM 49.00 ajer

Macam-macam ada.

Close up sket cadar yang saya berkenan. Bila nak pergi balik ntah.


Korang pernah buat cadar sendiri ? 


 p/s:

Saya dah pandai jahit tepi cadar, kalau nak hampar bodoh-bodoh macam tu boleh dah :p


Monday, July 01, 2013

Tiada lagi bil air percuma ?

Jangan buat spekulasi pulak. Kerajaan Negeri Selangor masih lagi memberikan air percuma 20m3 kepada penduduknya yang menggunakan meter individu . Tapi ni bil air rumah saya yang mana sudah melebihi penggunaan 20m3 sejak ada pertambahan ahli keluarga baru ni.



RM 1.25 ajer pun :p hihihi larikss..


Korang dapat bil air percuma ? 



Memang betul lah,barangan tupperware adalah lifetime warranty. 
Penutup asal warna biru telah terkoyak dan diganti baru oleh pihak tupperware.


Friday, June 28, 2013

Tak sangka mudah untuk muflis kan ?

Selalu kita dengar orang muflis ni kan. Tak sangka sebab hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan pun kita boleh jadi muflis.Paling mengejutkan, setiap tahun angka orang yang muflis atau bankrap ni makin meningkat. Korang boleh baca Infografik kat bawah ni ada berkaitan dengan fakta realiti kemuflisan di Malaysia.

Kemuflisan

Courtesy of: iMoney.my
Korang ada pengalaman berkaitan muflis ? Mohon share untuk kebaikan bersama .


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)