Friday, June 14, 2013

Barangan tupperware idaman hati saya kini boleh dibeli dalam talian

Kalau dah namanya perempuan kan, bila dah meningkat usia tu keperluan lebih kepada barangan anak-anak dan barangan rumah. Salah satunya adalah tupperware. Siapa minat barangan tupperware angkat tangan ? Mesti ramai duk angkat tangan tu, ok turun.Sebelum beli barangan tupperware ni, baca dulu katalog dan korang kena tahu kegunaan setiap tupperware sebelum membuat pembelian. Sebab setiap tupperware ada fungsinya tersendiri tau. Nanti jangan salahkan tupperware jika makanan korang masuk angin atau makanan tumpah dalam beg pulak yer. Yang best pasal tupperware sebab lifetime warranty tu. Katalog tupperware 13-May hingga 29 June boleh tengok kat sini.

Tupperware jenis one touch seal ni yang paling saya suka sebab ianya kedap udara.Biasanya susu tepung anak-anak saya letak dalam yang jenis ni.Saya punya bukan polka dot comel macam ni tapi plain ajer.Harus buat koleksi yang ni nanti :)


Tupperware jenis ni memang kegunaan dalam peti ais.Elok sangat buat simpan bahan basah gitu kan.Dah tu nampak pulak apa benda yang kita simpan tu tak perlu nak buka setiap tupperware yang kita simpan. Tak ke leceh. Saya lah  tuh..hahahaha. Maklumlah guna bekas aiskrim ajer buat simpan stok bahan basah. hahaha. Nasib baik mak saya ada bagi 3 ketul jenis ni:)

Kalau nak ajar anak makan sendiri, elok sangat beli set ni. Teruja sket anak nak makan tu kan :)

 Bagi yang ada microvawe kat ofiz tu, bawak ajer leftover dinner malam tadi buat lunch , dan guna tupperware ni. Syok habes... ( Boz request microwave satu ;p)

Dah suka tu, nak jadi pengedar tupperware pun boleh tau :) 
Boleh menjana pendapatan.


Yang ni produk yang paling saya terliur sekali. Apa lagi kalau bukan Rice Dispenser. Dah la skang keluar warna hijau pulak ! Alahai menariknya...Yang bestnya siap dapat FREE Buddy Box & exclusive purchase beverage buddy .Kempen ni bermula 17 Jun hingga 30 Jun 2013 . Yang bestnya Ninie cakap boleh bayar booking sebanyak RM50 sahaja dan membuat pembayaran penuh masa gaji .Harga ahli  RM216 sahaja.

Dapatkan tupperware idaman hati tu sekarang  !Tak perlu tunggu lagi !
 Boleh berhubung terus dengan Nini yer :)

PM or Whatsapp Ninie at 0123007313!


Kot-kot lain kali korang nak beli barangan tupperware ni , dan nak lebih mudah, korang boleh klik pada banner disidebar seperti kat atas ni jugak :)
* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) 
 Advertise here? 

p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu review yang bernilai RM20 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.

Thursday, June 13, 2013

Buat kek coklat sendiri sempena Hari Bapa

Hari Bapa kat Malaysia ni pada Ahad ketiga bulan Jun tapi saya dan family sambut bulan kedua. Sama pulak dengan negara  Austria, Belgium dan Ecuador. hehehe. Sebenarnya my Nuha yang nak makan kek, so sekali harung la sambut hari bapa :p
Jom tengok kek coklat  yang saya buat sempena sambutan kecil-kecilan tu .

Kek coklat ni saya cuma kukus selama 50 minit atas api sederhana

Yang ni dah ditopping dengan coklat cair dan taburan chocolate rice

My Nuha dah tak sabar nak makan


 Saya guna Tepung Pracampuran Kek Coklat Segera D'Rosni untuk buat kek coklat ni. 
Aci kan ? Yang penting ikhlas dari hati..hehehehe

Dapur makeover percuma, klik sini  

Follow ajer step belakang ni. Tapi kena ada tambahan  susu manis, marjerin, chocolate rice dan telur . Topping pun disediakan. Boleh beli lenkali ni. RM 10++ tak silap saya satu pek ni.

Nuha dah get ready nak potong . Dia cakap birthday dia..hehehe..sabar jer la.

Nayla pun nak tumpang sekaki 

Gambar kami berempat :)

Dah boleh makan. Suka sangat lah tu...


Selamat Hari Bapa Sayang. Terima kasih kerana jadi abah yang baik untuk anak-anak kita. Terima kasih tolong jaga anak-anak bila eliss dah tak menang tangan .Terima kasih untuk segalanya :*


Korang ada buat sambutan hari Bapa?


Selamat Hari Bapa juga buat Abah dan Ayah Mertuaku :) 
Buat Ayah Mertuaku, Selamat Menunaikan Umrah.

Wednesday, June 12, 2013

Strawberry Blast, Cool Blast @ Seksyen 7 , Shah Alam

Pernah try Coolblog yang Heliza Helmi dutanya tu ? Saya pernah try sekali kot. Tapi yang ni Cool Blast. Tapi yang ni kawan my hubby punya so sebagai kawan-kawan haruslah support kan  :) Tak silap ada 5 cawangan yang dah dibuka antaranya di Bandar Baru Enstek,  Puchong dan Kuantan.Tapi warga Shah Alam, boleh la berkunjung ke Seksyen 7 untuk mencubanya yer :)


Kedai ni berdekatan dengan kedai Hadiahku.Belakang klinik Ajwa.

Apa-apa pun posing dulu

Tuan belog tumpang posing. Masa ni Nayla baru lepas cucuk dan tertidur .

Pintu kaunter pun nak snap :p

Menarik wallpaper kat dalam kedai tu

Jom like fb CoolBlast

Nuha tengah tunggu order sampai

Ini topping yang ada
* Jelly : Mango/Strawberry/Choc
* Juicy ball/Color Jelly/Pearl
* Choc Chips/Crunch/Oreo

Macam-macam flavour boleh dipilih samada Fruity , Chocolate ,Latte dan pelbagai lagi .

Harga minuman CoolBlast ni dari RM3

Boleh request nak kurang manis ker lebih manis kan :)

Order in progress :)

Yang ni mesin penutup dia. Kagum ;p

Papan tanda senang korang nak camkan :) Berkongsi dengan pasar mini kedai ni.

My Nayla dah bangun

My Nuha ada ajer aksinya..


Cool blast memerlukan pekerja untuk bekerja sebagai tetap atau 'part time' di outlet Cool Blast Seksyen 7, Shah Alam. Jika berminat sila PM( fb  CoolBlast)  atau call 0193494035 /  0182341755


Ok,order dah siap.
Cappucino Blast my hubby punya .
Chocolate Blast ( Topping Choc Chips ) untuk my Nuha dan
Strawbery Blast Topping Juicy Ball untuk saya :)

Pernah try minum di Cool Blast?

Nak tak tiket Kidzania percuma, klik sini


Tuesday, June 11, 2013

Suntikan Imunisasi 5 bulan @ Klinik Ajwa , Seksyen 7 Shah Alam

Alhamdulillah, hari ni my Nayla dah berusia 5 bulan 3 hari. Macam sekejap ajer raksasa kenit kami ni membesar. Tapi tak besar mana kalau nak dibandingkan dengan my Nuha dulu-dulu :) Biasanya saya memang ambil suntikan imunisasi untuk anak-anak pada waktu malam dan nasib baik ada klinik panel yang beroperasi 24 jam. Salah satunya adalah Klinik Ajwa ni.Malam tu kami dapat nombor pertama dan cepatlah dapat masuk bilik doktor.


 
Ruang yang selesa untuk menunggu sebelum dapatkan rawatan. Rasa nak baring-baring ajer kat sofa empuk tu.

Disambut oleh doktor yang peramah , Dr Zarina tak silap. My Nayla pulak beri kerjasama malam tu.
 
Duk diam ajer masa timbang berat badan. Eh, terselak pulak bajunya..hehehe

Berat terkini 5.3kg 

 Doktor tengah cucuk imunisasi 5 bulan . Relax ajer tak menangis anak dara yang sorang ni. My Nuha tak puas hati katanya tak dengar pun adik nangis. hehehe.Mungkin terkejut flash kamera atau doktor yang hati-hati yang cucuk dia :)

 Rupanya kat sini pun boleh buat  3D/4D Scan RM 180.


Alhamdulillah, my Nayla ok ajer lepas kena cucuk dan tak demam.


Kos suntikan imunisasi  5 bulan tak keluar lagi di sistem .(akan update kemudian )  Yang ni untuk suntikan imunisasi masa Nayla berusia 2 bulan dan 3 bulan di Klinik Anis, Seksyen 2 Shah Alam ( juga beroperasi 24 jam) .Doktor akan bagi paracetamol sekali untuk standby kot-kot demam.

*UPDATED : Kos Suntikan Imunisasi 5 bulan = RM160.00

Tiket Kidzania percuma, klik sini





Jadual imunisasi, berbeza sket dengan my Nuha dulu - credit sumber


Korang selalu dapatkan suntikan imunisasi anak-anak di mana?


KLINIK AJWA 
Alamat :  NO 20, JALAN KRISTAL J7/J
PERSIARAN BESTARI, SEKSYEN 7
40000 SELANGOR
Phone 03-5510 6258
Operating Hours :  Open 24 Hours

Monday, June 10, 2013

Breakfast @ Lontong Klang, Seksyen 7 Shah Alam

Pembuka minggu di elissmie.com dengan episod JJCM . Ok kan ? Jarang nak JJCM waktu breakfast ni tapi ni kejadian minggu lepas, pergi dengan Niza The Kancil Biru(psstt tapi dah naik Preve putih skang, kena tukar nama ini belog saya tu :p ) dan Kak Ema.Minggu sebelum tu dah pergi dengan Kak Ema dan Ad.So gambar combine dua-dua lah yer.Lontong Klang ni cawangan asal kat Klang. Masih ada kat situ kak ema cakap.Lokasinya di Emporium Klang berdekatan dengan Pasar Jawa.Tu pasal nama dia Lontong Klang.


Kedai yang di Shah Alam ni  sederet dengan Restoren Hakeem lama.
Masuk kot Shell sebelum Unisel tuh.

Lontong dia simple. Yang ni biasa punya. Kuah lodeh, telur rebus, bergedil, tempe goreng, kelapa goreng, nasi himpit dan sambal sotong. Sambal sotong tu buat pelengkap rasa lontong tu. Sotong pulak lembut ajer :)

Yang ni saya order dengan tambahan kelapa. Lebih kick sebab kuah jadi makin pekat.
Nak tambah apa lebih pun boleh, cakap ajer . Konsep kedai ni layan diri. Amik terus makanan kat situ dan duduk lah mana-mana ruang kosong.

Harga lontong kat situ.Nasi lemak tu guna sambal sotong tadi, tapi belum cuba lagi. 
Lain kali boleh cuba.


Korang suka makan lontong ?


Lontong Klang
Waktu perniagaan:
 Isnin - Khamis: 7.30am - 3.00pm
Jumaat: 7.30am - 12.30pm
 Sabtu & Ahad: 7.30am - 3.00pm
 Tutup setiap Isnin minggu ketiga
Alamat: 20, Jalan Zikron E/7E, Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Telefon: +6017-6182039 / +6012-2756007

Friday, June 07, 2013

Macam mana nak letak watermak pada gambar sekaligus ?

Hari ni entry tutorial. Korang perasan tak semua gambar dalam belog saya ni ada watermark. Dulu saya pernah offer watermark percuma tapi skang tak sempat dah nak buat. Bagi yang nak guna watermark tu boleh rujuk kat sini tapi ni nak tunjuk cara nak letak watermark pada gambar sekaligus iaitu satu batch terus. Mula-mula download dulu freeware apps ni dulu Photoscape.



1) Dah siap download tu , buka freeware ni dah pilih Batch Editor seperti dibawah yang anak panah merah tu.




2) Pilih folder yang memuatkan gambar-gambar korang yang nak letak watermark.



3) Lepas tu , tarik gambar tu masuk kat ruangan tengah tu yang ada tulisan Drop your photo here. Tadda...semua gambar dah diletakkan kat tengah.


4)Tengok kat bahagian tengah tu jer. Ada tab Home ,Filter dan Object belah kanan tu.Pilih tab Object dan tick pada Photo1 dan pilih watermark yang korang dah ada, Kalau guna photo klik kat pensil warna kuning sebelah kanan tu dia akan keluar option utk korang setkan opacity gambar tu. Biasa ada orang buat watermark dia jadi blur ajer so korang gerakkan ke kiri bahagian opacity tu. Kalau nak terang mcm biasa 255 la opacity nya.

* Kalau tak ada gambar watermark pilih ajer Text1 dan masukkan nama belog korang atau apa-apa yang korang nak letak pada gambar lah.



4) Dah masuk part yang magis ni, korang nampak anak panah yang saya buat tu. Kalau korang letak kat tengah2 gambar watermark tu rasanya semua gambar watermark masuk frame, boleh buat sekali harung ajer tick pada anak panah merah ( Convert All ) tapi kalau ada gambar yang korang nak letak tu kat tepi kat pilih anak panah biru ( Convert current photo) . Tapi ni kan tutorial nak letak watermark sekaligus so pilihlah anak panah merah. Sekelip mata ajer semua photo anda sudah diwatermark ! Dan yang best tu, kalau korang pilih frame kat tab Home tu, semua gambar ada frame yang sama. Mudah sangat :p Tak perlu photoshop bagai lah.


Korang guna software apa untuk letak watermark pada gambar kat belog korang ?

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]  


My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef
 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)