Thursday, June 06, 2013

Parking percuma @ Setia Alam City Mall , FM Sabah, Pelapik Gelas dan Payment Advice

Tapi kena pergi pada hari bekerja dan 3 jam pertama sahaja :)

Nak Fujifilm Instamix Camera percuma, klik sini 
 My Nuha kat autopay machine @ P2

Terima kasih Kak Long menambah koleksi FM Sabah ( Setakat ni ada 5 FM sabah dalam koleksi ) .My Nuha terlanggar FM dari Jakarta kelmarin sampai hancur berkecai sebab jenis yang seramik gitu. Hubby tak gam balik lagi.Dia cuak sambil cakap Ummi janganlah marah . huhuhuhu. Bertabahlah wahai eliss. Senyum , tak perlu kata apa-apa..hahaha


Ni ole-ole yang lain dari Sabah jugak dari my Long & Kak Long.

Ni pelapik gelas kak ema bagi yang dia dapat kat event IBM - Technology Conference & Expo 2013 @ One World Hotel. Dah 2 tahun tak pergi :p Bosan asyik dpt goodies yang sama. hehehe



 Payment advice sudah diterima. Cepatlah cek sampai ke tangan. hehehe

p/s:

Entry random@elissmie.com hari ni.


Wednesday, June 05, 2013

Bilik terhad nak buat store , boleh guna idea ni :)

Lama dah tak ada segmen deko @ elissmie.com kan . Sebenarnya, saya dan hubby nak convert bilik tetamu kami yang kat belakang tu sebagai bilik stor tapi bukan nak guna keseluruhan bilik lah kan. Katil tu masih maintain la kat situ. Tetamu datang bukan guna almari bagai kan. Memadai lah ada ruangan untuk sidai pakaian dan ada cermin nak bersiap.Penyelesaiannya, kami nak buat built in Floor to Ceiling Shelving .Jom tengok deko yang menarik untuk idea ni.


 Yang ni design yang paling saya suka  dan kalau boleh nak susun-susun bakul atau kotak macam kat bawah ni kat ruanganrak-rak ni.

Kena carik bakul-bakul atau kotak storage yang comel gini kan baru nampak menarik.

Boleh ker bercakap dengan TV ?Boleh, klik sini 

 Yang ni memang cun jugak tapi ruangan rak dia kecik-kecik. Saya ada banyak barang nak di storekan ni :p


 Yang ni pun menarik. Slot dia ada yang besar dan kecik. Praktikal jugak.

Yang ni pun menarik. Rak tu dia ada macam sliding macam wardrobe bilik tidur utama saya.

Kalau memang nak buat rak buku ajer memang boleh buat rak tu dengan slot-slot kecik macam ni.

Yang ni simple tapi ruang tak digunakan sepenuhnya. Rugi space tu. hehehe

Korang rasa yang mana paling menarik ?


pic credit to  

http://holzmaninteriors.com/2012/10/22/maximize-bedroom-storage/ 
http://pinterest.com/meghankhan/ideas-for-girls-room/
http://wovenhome.blogspot.com/2012/04/design-shuffle_278.html
http://blog.custommade.com/2011/02/built-in-wall-units-ideas-for-a-more-organized-home/
http://www.sensusushi.com/category/teen-room-designs/

Tuesday, June 04, 2013

Harga Mesin Pengukur Tekanan Darah Digital @ Guardian, Centre Point Damansara

Skang ni tengah survey-survey mesin pengukur tekanan darah digital buat diri sendiri. Kalau ada orang nak kasi hadiah harijadi dialu-alukan. hahaha. Sebenarnya doktor yang mencadangkan saya punya mesin pengukur tekanan darah ini untuk memantau tekanan darah sendiri sebab jumpa doktor 3 bulan sekali jer. So kalau rasa lain macam, boleh check dan datang rujuk doktor.Nasib seorang pengidap penyakit darah tinggi gini lah yer :p

Hari tu masa kursus kat Damansara masuk dalam Guardian  yang terletak dalam Centre Point tu masa rehat dan survey harga mesin ni. Tapi tak tahu lah harga ni masih valid atau tidak. Rasanya hari tu ada sales kat guardian.Jom kita tengok harga mesin -mesin yang saya dah snap ni.



Yang ni jenama Microlife. Belah kiri Model BP 3AQ1-1P ( 3 tahun guarantee)  RM 319.Yang ni masa tu tak der less. 

Yang belah kanan Model BP 3BR1-1 ( 3 tahun guarantee) RM139. Harga asal RM175.00

Yang ni jenama OMRON  Model HEM 7211 RM 349.00. Harga asal RM499.00 


Yang ni jenama OMRON jugak,  Model HEM 7200 RM279.00. Harga asal RM399.00

Yang ni jenama OMRON jugak,  Model HEM 7111 RM167.00. Harga asal RM239.00

P/s:

Saya pernah periksa tekanan darah tinggi sendiri dirumah jenis Omron yang Long saya punya tapi tak tahu lak model yang mana. Memang mudah nak guna. Mungkin saya pilih yang ni lah kot .Murah dan nampak sama dengan saya pernah guna tu.

Korang ada mesin pengukur tekanan darah digital di rumah ?

Guardian @ Centre Point Bandar Utama 2
Lot G102B & G103, Ground Floor,
Centre Point Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya,
Selangor Tel No: 03-7726 6450
Fax No: 03-7726 6450
Operating Hour: 9:30 hrs - 22:30 hrs
Website: https://www.guardian.com.my/promotion
 

Monday, June 03, 2013

Birthday treat @ The Manhattan FISH MARKET , Setia Alam City Mall

Hari sabtu lepas, JJCM @ elissmie.com edisi special sket sebabnya nak belanja Kak Long sempena birthdaynya yang ke ehem-ehem. hahaha. Selamat hari lahir Kak Long , semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta bahagia dunia akhirat. Amin

 
  The Manhattan FISH MARKET , Setia Alam City Mall

Tayang gambar berempat dulu. Gambar pertama kot :p


Kak Long, the birthday girl & Long


 My Nayla yang tak beri kerjasama langsung malam tu. Asyik nak berdukung, terpaksa la saya dan hubby bergilir-gilir makan.


My Nuha posing depan signage  @ The Manhattan FISH MARKET , Setia Alam City Mall

Tayang buku menu dulu


Pengumpul tisu katakan. Nanti nak masukkan dalam segmen terbaru @ elissmie.com iaitu
koleksi tisu


Pilihan spaghetti yang ada

 Nak abang waiter buat aksi bakar depan mata, boleh cuba menu ni :)


Yang ni menu jenis poached baked

 Pilihan minuman yang ada.

 Officially the best seafood in town katanya :p


Jom tengok apa yang kami order malam tu...

Garlic Herb Mussels RM14.90 . Yang ni kongsi makan. Starter .

 Tu dia mai dah...Aksi bakar depan mata :p

 Menu ni lah yang waiter tu bakar tadi. Yang ni saya kongsi dengan Long dan Nuha. Portion dia besar, boleh makan 3-4 orang jugak ni. Overall memang sedap lah. Siap ada nasi tu my Nuha asyik tambah-tambah, kena tekak dia.
Seafood Platter RM 53.90

 
Ni hubby punya. Spicy baked fish. 
Tak spicy mana hubby cakap tapi ok la, ada jugak sambal belacan :p
RM17.90
 
Ni Kak Long punya, Grill Dory RM 17.50

Tiramisu. Kak Long saya suka tapi bagi saya biasa-biasa ajer :p
RM 6.90

Nuha semestinya aiskrim, cookie sundae RM 3.90

Iced lemon tea @ RM 5.90

RM 174.60
Total bil ( Inclusive of 16% service charge & govt tax)

Overall, makanannya sedap dan servisnya cepat. Boleh la datang lagi untuk special occasion :)

Menu apa yang korang suka makan @ The Manhattan FISH MARKET ?

The Manhattan FISH MARKET, Setia City Mall
UG-32,
Setia City Mall, No. 7, Persiaran Setia Dagang, 
Bandar Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam,
Selangor.
Phone:03-3358 2481
Facebook: The Manhattan FISH MARKET
Twitter: @MFMMalaysia
Webiste : http://www.manhattanfishmarket.com

Sunday, June 02, 2013

Jualan Murah Medela Freestyle Breastpump 2013

Sekarang ni rasanya, semua barang ada dijual secara online. Bagi kaum ibu yang tengah sarat mengandung tu, nak menjenguk shopping complex macam dah tak sesuai kan. So untuk memudahkan korang beli barangan bayi atau pun masih mencari-cari breastpump idaman hati tu, korang boleh terjah QBABYSHOPPE sekarang !!


Buat pengetahuan korang , skang ni  QBABYSHOPPE ada buat jualan murah untuk Medela Freestyle Breastpump siap dengan warranty lagi tau ! Kalau kat tempat lain belum tentu dapat harga yang ditawarkan seperti kat bawah ni. Jom terjah !


Apa yang korang akan dapat ?

• Compact pump with digital display and timer
• Attractive tote bag
• 4 pcs 5oz BPA-free breastmilk bottles
• 1pc wide base nipple and travel cap
 • 2 pc 24 mm PersonalFit breastshields
 • 2 pc 27 mm PersonalFit breastshields
 • Removable cooler bag
• Contoured ice pack
• Hands-free kit and mobility accessories
• Power cord  charger
• Rechargable lithium-ion battery
 **CONTACT US FOR ONE YEAR WARRANTY** 
 **FREE GIFT!!!! 3 PCS BPA FREE MILK STORAGE BOTTLES WHILE STOCK LAST!! 

Bukan setakat breastpump saja yang tengah sales skang ni, banyak lagi barangan yang lain tau. Jom kita terjah sambil cuci-cuci mata. Gaji pun dah masuk kan. Apa tunggu lagi ! Tak kena bayar pun kalau cuci mata kan, kalau berkenan boleh terus add to cart dan buat pembayaran. Mudah sangat kan :)


Korang yang berminat ,boleh la buat pembelian segera . Sebarang pertanyaan boleh la berhubung terus dengan pemilik QBABYSHOPPE seperti kat bawah ni :-

Address:
QBaby Shoppe
No 7, JalanPlatinum 7/45A,
Seksyen 7,
40000, Shah Alam,
Selangor
Telephone:
+6012 382 6141

Contact form : klik sini


Kot-kot lain kali korang nak beli breast pum ni atau barangan bayi yang lain , dan nak lebih mudah, korang boleh klik pada banner disidebar seperti kat atas ni jugak :)

* This is sticky note entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here?   

p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu review yang bernilai RM20 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.

Friday, May 31, 2013

Lunch Mee Goreng Mamak @ Pak Li Kopitiam

Episod JJCM @ elissmie.com hari ni, lunch kat sekitar Shah Alam jer lah yer. Sebenarnya ni tak ingat dah minggu mana, keluar berdua dengan Ad hari Jumaat pergi lunch. Biasalah jumaat mesti nak merayap jer kerjanya. Hari ni Ad half day pulak, terpaksa la melepak kat ofiz ajer.Kalau rajin, tapau makan kat ofiz, kalau malas makan biskut ajer cicah milo :p


 Hari ni kita terjah Pak Li Kopitiam, Seksyen 7 Shah Alam.

 72 no meja.

Deko yang simple. Memang betul-betul kopitiam :)

Buku menu

 
Antara menu yang ada.

 Order mee goreng mamak ajer. Tapi rasa tak mamak sangat.
Mee Mamak RM5.50.

Ad order Nasi Ayam Lemon. ( Kredit website Pak Li Kopitiam) RM5.50 jugak.
Tapi tak sama macam gambar. Ayam dia macam ayam fillet tu dan nasi dia sedap jugak . Boleh laa terima.



Order air soya cincau

Korang suka tak makan mee goreng mamak ? 


Pak Li Kopitiam | the kopitiam that is ..... always good! 
Cawangan Sekyen 7 Shah Alam
42, Jalan Kristal K7/7
Sekyen 7, 40000 Shah Alam
Tel +603-55113608

Driving directions, click here!


Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)