Wednesday, May 22, 2013

American Fried Rice @ Black Canyon ,Centre Point Damansara

Hari ni JJCM @ elissmie.com bawak korang lunch di Black Canyon, Centre Point Damansara. Sebenarnya ni lunch masa training kat Damansara hari tu. Hari tu tekak rasa nak makan nasi, so saya order American Fried Rice. Amerikaaa sangat kan . Ad pulak order Tom Yum Kuey Teow.

Ayam goreng dia lembut dan juicy. Nasi goreng kosong ajer tapi cukup rasa  macam nasi tomato pun ada rasa dia dan nasib baik ada pelengkap telur mata, sosej, turkey ham dan sayuran .


Ice Lime Juice

Ni set penjimatan yang ada. RM12.90 ++

Ruang makan yang selesa  . Servis pun ok .

 Partner lunch , Ad

Total : RM15++ ( Ada kupon so, kena top up RM5++ ajer)


Korang pernah cuba makan di Black Canyon ?

  
Black Canyon
Lot G-3 & 4, Ground Floor, Centrepoint Bandar Utama,
 No. 3, Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya, 
47800 Bandar Utama,Selangor
Contact    03 7726 4328 Fax: 03 7727 4329

My Nuha | Aku Bukan Chef

Tuesday, May 21, 2013

Hadiah Hari Ibu Yang Tertunda

Kami tak sambut pun hari ibu tapi. Sekadar hadiah menggantikan beg lama yang dah buruk. Alasan beli beg baru gitu .Kebetulan ada sales kat The Store, terus apply member card untuk penjimatan berganda.hahaha. Jom tayang handbag baru. Jenama kegemaran my bonda, Rucini.

Terima kasih my dear hubby , saya cinta awak dunia akhirat
Beg warna yahudi mabuk kata dia...sabar jer la :p
 Harga dia nak sama harga beg kat fb belakang [ Amanda Shoppink]  tapi tak puas hati kalau tak boleh rasa ramas-ramas beg sebelum beli.


Kad Hari Ibu dan sekuntum bunga ros , my Nuha buat kat sekolah.Terharu..sobss
Terima kasih cikgu, susah-susah :)



Terima kasih my dear Nuha :* , Ummi sayang awak dunia dan akhirat

Yang kecik yang sibuk meniarap tengah-tengah malam dan minta bantuan bila tak boleh berbalik balik :p My Nayla, sayang awak dunia dan akhirat jugak !
Sudah 4 bulan 2 minggu :)

Korang ada dapat hadiah sempena hari ibu ?


My Nuha | Aku Bukan Chef

Monday, May 20, 2013

Hadiah comel-comel @ Hadiah Ku ,Seksyen 7 Shah Alam

Dulu kedai ni nama dia lain. Sekarang dah tukar jadi Hadiahku. Selalu pergi sini beli barang comel-comel dengan harga yang berpatutan :) Skang lagi banyak barangan comel dan menarik boleh dapat kat sini. Ingat nak beli hadiah hari guru untuk cikgu my Nuha kat sini hari tu tapi sebab busy berulang alik Shah Alam -Damansara last week, terlupa nak pergi. Beli kat Giant Setia Alam jer hari tu hadiah untuk cikgu-cikgunya. Harap sudilah terima yer cikgu :) Terima kasih mendidik dan mengajar anak dara saya tu.

Ini lah kedainya...

 Macam-macam ada..
 Beg sekolah, alat tulis, sepit rambut , cekak rambut , tabung duit, teddy bear, frame gambar,
 mug , lanyard, key chain, sticker dan banyak lagi la hadiah yang comel-comel...

Jam dinding pun ada..


Ini hasil rembatan saya hari tu...


Korang suka masuk gift shop tak  ?



No. 21, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7,
40000, Shah Alam, Selangor. 
Tel 03-5523 1218. 


My Nuha | Aku Bukan Chef

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru , Cikgu Eliss

Entry nostalgia hari ni. Masa tengah belajar kat UiTM Dungun dulu, saya pernah jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) masa cuti semester. Dapat lah duit poket sket kan sebab sebulan jugak jadi cikgu. Tak silap sehari dapat RM27 macam tu. Kebetulan pertengahan masa kerja tu  hari guru. So merasalah sambutan hari guru kat sekolah dan dapat hadiah dari murid-murid tahun 2 yang saya ajar tu sebab saya guru kelas. Darjah 4 pun ada saya ajar, ada jugak yang bagi.Seronok jugak dapat banyak hadiah walaupun kecil tapi besar nilainya bagi saya. Terharu pun ada sobss...Skang kalau jumpa dengan murid-murid saya dulu, ada yang still panggil saya cikgu :) Dah ting 5 diorang skang ni dan dah ada yang masuk universiti.
 
p/s:
 
Tapi lepas pengalaman jadi cikgu ni, saya terus tak minat nak jadi cikgu yang mana itulah cita-cita pertama saya. hahaha. Tapi kerja saya skang yang mana merupakan cita-cita saya jugak pulak dipengaruhi oleh cikgu saya jugak sebenarnya , Cikgu Zainab :) Guru komputer saya di MRYT-MRA Dungun dulu. Terima kasih cikgu !
 
 
 
Apapun, SELAMAT HARI GURU kepada semua guru saya :)Terima kasih untuk segalanya....
 
Korang pernah jadi cikgu ?


Day 4 @ Iverson, Centre Point Damansara - Programming in Visual Basic with Microsoft® Visual Studio® 2010

Tips of the day : Useful websites for programmer
MSDN

My Nuha | Aku Bukan Chef

Wednesday, May 15, 2013

Kuning siyyor bak kata Ustaz Azhar :)


Jom belajar cakap terengganu. Kuning Siyyor = Kuning sangat !!


Motor kesayangan Abah saya :)

Less words @ elissmie iols :p

p/s;

Day 3 @ Iverson, Centre Point Damansara - Programming in Visual Basic with Microsoft® Visual Studio® 2010

Tips of the day : Useful websites for programmer

Codeproject.com

&

Codeplex.com


My Nuha | Aku Bukan Chef


Tuesday, May 14, 2013

Bersiaran dari Damansara Centre Point, Aaron Aziz jumpa tak?

Ad harap boleh jumpa Aaron Aziz macam hari tu :p Tapi nan hado :p

 

Skang tengah kursus Programming in Visual Basic with Microsoft® Visual Studio® 2010 @ Iverson dari Isnin sampai Jumaat.

Niza, kalau ko ada lagi di Shah Alam, confirm ko pun sama kena kursus kat sini seminggu :p




My Nuha | Aku Bukan Chef

Friday, May 10, 2013

Ditimpa palang smart tag , Ulangtahun perkenalan ke 10 dan Koleksi FM terkini

Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat :) Hari ni, pagi-pagi lagi dah trauma. Palang smart tag yang tak berapa nak smart tu menimpa atas cermin kereta. Padahal dah bunyi tet dan terpapar amaun pada skrin tepi tu.Kalau tak bayar memang munasabah la kan. Geram btol. Ni palang yang sama kami lalu hari tu. Hari tu dia naik separuh ajer, nasib baik lepas lalu. Kejadian berlaku di Tol Sg Rasau lorong smart tag kedua kiri dari arah Klang .Sila berhati-hati kawan-kawan. Bila lah tol ni nak dihapuskan ni.Ops.

Korang pernah kena timpa palang smart tag tak ?

 Hari ni genap 10 tahun perkenalan saya dan my hubby :) Selamat Ulangtahun perkenalan kita sayang. Semoga cinta kita terus utuh sampai ke syurga , amin :)


Ni maybe hadiah my hubby buat diri sendiri :p
 

Ni FM terkini yang saya dapat dari MamaTisya sebab main teka-teka kat blog dia :)
FM Melaka gitu :) FM Korea satu !! hahaha

Ni FM hubby beli kat Kemaman hari tu :) Tq dear.
Bukan hadiah ulangtahun perkenalan kan?


Koleksi terkini :) phewittt...


My Nayla dah 4 bulan 2 hari. Sekejap ajer masa berlalu, dia pun dah berisi :) Beza btol masa baru lahir dulu :) Dan pada PRU 13 hari tu dah tunjuk skill meniarap :) Tapi tak tersnap pulak momen tu :p  My Nuha dulu 3 bulan dah boleh meniarap [ entry ini ]



Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  
Hantar ke 39111[klik]
 
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]

Thursday, May 09, 2013

Pengalaman pertama mengundi guna dakwat tidak kekal, eh :p

Dakwat kekal sebenarnya kan. Mungkin lepas ni SPR kena tukar ajer nama sebagai tidak kekal. Senang. Tak payah gaduh-gaduh kan :p Pengalaman pertama, haruslah mengujakan. Tapi malam sebelum mengundi tu my Nayla tido pukul 4 pagi, semangat nak keluar mengundi awal terkubur begitu saja.

 Last-last pukul 1 tengah hari baru gerak ke pusat mengundi dari rumah MIL. Dengan panas terik sambil dukung Nayla sementara hubby cari parking, ada sorang akak ni payungkan saya. Dia kesian nengok saya dan Nayla terus bawak ke tempat mengundi. Tak sempat nak posing dalam kelas mengundi :p Mujur saluran saya tak de orang. Terus dapat masuk. Lega. Akak tu tolong pegangkan Nayla. Terima kasih la akak, semoga Allah balas jasa akak. Lupa tanya nama.


Sudah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.Masuk ni dah 3 kali mengundi. Pertama kali masa berusia 21 tahun , masih bergelar mahasiswa then masa mengandungkan My Nuha dan terkini dah melahirkan my Nayla :) Dekat kertas undi sepatutnya SPR tak perlu tulis no siri kan ? Dia tulis jer kat kertas undi saya tu, saya padam balik dengan pen :p Janganlah dikira sebagai undi rosak. Balik dari rumah mak saya barulah hubby pulak mengundi. Bagus jugak lewat-lewat ni, sebab petang-petang dah tak der orang dan tak perlu beratur panjang.

Tips PRU 14 : Pergilah mengundi lewat petang tapi sebelum jam 5 yer :) 



My hubby and me :)

 Peace !!
 

 Korang dah kali ke berapa mengundi ? 


My Nuha | Aku Bukan Chef

Sunday, May 05, 2013

Beli online tudung Nur Kasih dan Kain Cotton Satin Border Lace ?

Lama dah tak cuci mata tengok tudung dan kain pasang online ni kan ? Maklumlah dah gaji ni kan, macam-macam duk aim dalam kepala ni . Biasalah kaum hawa namanya. Kaum adam duk senyap-senyap kat tepi tiang belah kanan tu, penuhkan duit dalam bank yer senang cerita masukkan ajer duit dalam bank yang ada online banking isterituuuu :)

Ok, sebelum melalut lebih kelaut, meh nak tayang koleksi tudung dan ada antaranya adalah tudung yang tersohor dari koleksi Nur Kasih dan kain pasang cotton satin border lace dari Koleksi Cinta Raff . Untuk pengetahuan korang semua, sekarang mereka tengah buat sales sampai hari raya tau !! Sebelum tu, jemput like dulu pada page facebook mereka ni kat sini yer [ KLIK SINI ]

Antara koleksi tudung Koleksi Cinta Raff :- 






Tak boleh tayang banyak-banyak , nanti rambang mata pulak kan :) Seterusnya, koleksi kain cotton satin border lace. Kalau korang nak tahu, kain ni boleh beli asing-asing atau sepasang. Samada korang nak kain cotton satin saja ker, atau kain lace saja jer .Semuanya bergantung kepada pilihan masing-masing.Wah, dah boleh beli dan tempah jahit untuk raya ni :) Tak lama sangat dah kan ?Harap-harap dah ganti puasa ;p

 

 KAIN COTTON SATIN + BORDER LACE

KAIN COTTON SATIN : 3.5 METER (BIDANG 60)
BORDER LACE : 1 METER (2 SIDE)

Cotton satin RM65 + free postage
Border lace RM35 + free postage

COMBO cotton satin+border lace RM90 free postage

Korang yang berminat untuk membuat pembelian, boleh berhubung terus dengan diorang guna HP/ email atau gunakan butang MESSAGE untuk sebarang pertanyaan atau membuat pesanan ok !

HP : 019-308 1825
Email : koleksicintaraff@gmail.com


Jangan lupa LIKE page Koleksi Cinta Raff yer :)


Korang suka tak beli  tudung atau kain pasang secara  online ?

* This is sticky note entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here?  

Friday, May 03, 2013

Siapa minat barangan Hello Kitty ?

Buka-buka email hari ni, tengok MyDeal ada jual barangan Hello Kitty. Teruja nak klik sebab saya dulu memang peminat barangan Hello Kitty. Ada lagi barang-barang Hello Kitty yang ada kat kampung tu macam musix box, lampu tidur, beg duit , patung dan baju pun ada.Nostalgianya :)

Korang pernah ada barangan Hello Kitty tak ?

Jom tengok barang MyDeal bertemakan Hello Kitty yang memikat hati ni :)


Table Mirror RM299

Tak der ker orang nak beli Galaxy S3 Mini ni untuk saya di hari ibu nanti :p


Bread Toaster RM 139


Table Light RM 39.90




Food Container RM 49.90


Toilet Seat Cover pun ada :p RM 59.90. Siapa nak potty training gegirl tu boleh la beli.

Barangan bertemakan Hello Kitty yang lain, korang boleh tengok sini :)

p/s :

Tak sabar nak balik mengundi esok. Doakan kami selamat pergi dan sampai. Rabu baru masuk kerja balik ..yeeehaaa !!! Ya Allah berikanlah Malaysia sebuah negara yang aman dan pemimpin yang menjalankan hukum mu atas muka bumi ini...

Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  
Hantar ke 39111[klik]
 
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]

My Nuha | Aku Bukan Chef

Thursday, May 02, 2013

Dah tengok ke Iron Man 3 ? Semak Daftar Pemilih ?

Semangat nak tengok Iron Man 3 ni sebab malam tadi tengok marathon Iron Man dan Iron Man 3 kat channel DisneyXD . hahaha .Sayang , jom kita gi dating berdua bila balik terengganu nanti  tengok wayang kat Mesra Mall Kerteh konon-konon sempena sambutan hari ibu lah :) Tak sabar pulak nak balik kampung sempena PRU 13 ni nak pangkah mak cik memon :p





Korang dah tengok ke Iron Man 3  ? 
Trailer klik sini

Homedec @KLCC 1 - 4 Mei ini ! 20K Daily Giveaway kauuu !




Jangan lupa semak daftar pemilih :)
Klik sini 
 
p/s:

Ini kali ketiga nak mengundi , harap dapat keistimewaan tak yah beratur panjang
sebab nak bawak my Nayla. hahahaha. keji :p Dulu mengundi masa mengandungkan Nuha , dapat cepat jugak...

My Nuha | Aku Bukan Chef

Wednesday, May 01, 2013

Beli majalah keluarga percuma Maggi Magic Meals




Bab-bab percuma memang pantang. Dah beranak dua, majalah keluarga lebih sinonim kot. Dulu masa anak pertama, selalu beli majalah pa & ma tapi bila 2-3 bulan beli ni rasa macam artikel tu pernah baca pulak.hahaha





Dapatkan sekarang ! Keluaran Mei 2013 untuk dapatkan percuma Maggi Magic Meals  :)

Ayam Kicap Berempah, nanti dah cuba saya tayang ok !


p/s:

Edisi Less Words @ elissmie.com


Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja seantero dunia :) 




 
 
My Nuha | Aku Bukan Chef

Tuesday, April 30, 2013

Jeruk Madu Pak Ali dan hadiah barangan comel Daiso

Ni iklan tidak berbayar.  Korang dah pernah try Jeruk Madu Pak Ali tak ? Kalau tak pernah , boleh terus contact Niza The Kancil Biru untuk urusan pembelian. Yang best pasal jeruk ini adalah dia guna gula pasir, air tapis dan dimasak didih 100 °C dan cuka epal. Jeruk ni tak sama dengan jeruk penang yang korang biasa makan tu yang boleh buat batuk-batuk perit-perit tekak tu tau. Air jeruk dia pun boleh minum sebagai jus wehh...



Ini saya punya jeruk :) Jeruk campuran dan jeruk salak

Terima kasih Niza :)


Korang dah pernah try Jeruk Madu Pak Ali tak ?
 

Jom menayang hadiah giveaway yang diterima dari  Asmah, http://mystrawberi.blogspot.com

Kotak polka dot , lunch box dan cucuk buah tu :)

 Testing cucuk buah pir :p Tu jer buah yang ada stok dalam peti. hahaha


Terima kasih yer Asmah :)



Monday, April 29, 2013

Pencarian Kasut Kedua, Kasut Pengawas dan FM Bandung

Akhirnya pencarian kasut kedua berakhir di Plaza Alam Sentral. Nak cari kasut yang harga kurang RM150,  sekali semua kedai tengah buat sales. Kasut yang harga RM100 pun boleh dapat RM50. Tension pun ada. hahahaha. Berlagak ! Last- last tadak pilihan , saya pilih jer la kasut yang ni.

Macam kasut pengawas kan ? Belasah jer lah.Nostalgianya :)
Saya pernah jadi pengawas sekolah masa sekolah rendah dan sekolah menengah.


Korang pernah jadi pengawas sekolah ?


Ni ole-ole dari Bandung yang Ngah saya bagi, baru balik bercuti dengan family dia kat sana.

Request FM siap-siap dari Bandung :)


Koleksi terkini FM saya :) yeehaa...


My Nuha | Aku Bukan Chef

Friday, April 26, 2013

Yang best sekali , programmer pun boleh claim kasut :p

Ini kesinambungan entry semalam lah. Walaupun menjalankan tugas-tugas pengkeranian sebagai salah satu tugas, kami pun diberi peruntukan untuk shopping kasut sebanyak RM300 dan baju uniform 3 pasang. hahahaha .Syarat untuk kasut adalah kasut hitam dan bertutup serta tidak melebihi RM150 sepasang ( kalau lebih tambah duit sendiri kalau kurang rugi duit :p )

Makanya, hari ini adalah misi mencari kasut. Pencarian kasut di AEON Bukit Raja , ada sales 15% sempena hari ibu .Yang bukan ibu pun  boleh menikmati sales ini. Oh tersilap info, rupanya bulan member, bukan hari ibu sampai 1 April.Satu ajer kasut yang berkenan dijumpai dengan bajet yang terover sedikit...



Pelbagai pilihan kasut menarik yang ada tapi memang tak der lah yang ngam-ngam RM150. Terlebih atau terkurang. Pilihlah sendiri ;p




Tayang-tayang kaki dulu . Terima kasih kepada model kaki tidak berbayar :p
Kasut saya yang berkenan tu yang berkilat ada riben tu tapi tinggal yang display ajer dan loose sket :((



So saya pilih yang ini. Ini kasut saya, comel bukan ?



 Korang boleh claim kasut ? hahahaha . Berlagak ! #aptb




Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  
Hantar ke 39111[klik]
 
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)