Thursday, March 07, 2024

Wet World Water Park , Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Cuti sekolah ni tak balik kampung sebab hujung tahun hari tu dah balik kampung hampir 2 minggu. So melepak kat rumah je lah anak-anak sepanjang cuti sekolah sebulan ni. Adalah sekali bawa main kolam rumah Ayah Long dan Mak Long diorang kat Sentul lepas habis exam hari tu . 




                                         Main kolam rumah Ayah Long dan Mak Long

Ni sebab dah janji nak pergi waterpark bawak lah jugak. Lagipun Nuha pun mengganti puasa last minute. Minggu lepas baru habis tu yang baru dapat bawak diorang pergi waterpark. Diorang pilih Wet World Water Park Shah Alam . Layankan ajer. Beli tiket dan semua dah tak sabar tunggu hari Sabtu. 



Beratur redeem tiket . Tiket dah beli awal-awal online tapi panjang juga beratur . Bila dah ramai tu baru diorang buka 2 kaunter untuk online. 


Dah beratur dapat lah gelang ni. Pakai sebelum masuk dan diorang periksa beg. 

Masuk je dalam Wet World Water Park Shah Alam tu memang penuh la umat manusia. Nak parking tadi satu hal. Mujur ternampak depan Wet World tu ada parking MBSA yang ada Pusat Kitar Semula tu. Nampak ada 3-4 buah kereta lain parking kat situ. So kami parking kat situ. 



Kitorang tak sewa pun cabana . Duduk je dekat kerusi yang diorang dah sediakan ni. Boleh lah nak duduk makan-makan dan letak beg. Even locker pun tak sewa. Tawakkal betul beg tak kena curi. haha. Handphone pun tinggal situ je. Alhamdulillah tak hilang. Lupa bawa casing yang kalis air tu. 


Satu-satunya gambar berempat kot. Wefie sudah. haha


Kitorang main kat beberapa tempat je . Ni kat Pirate Challenge



Yang ni lepas turun slide besar kat Whirlwind Escape


Ni kat Island of Treasures


Tengah sambut Nawfa main slide kat situ


Ni kat area Pirate Cove. Kat sini memang untuk kanak-kanak je 


Ada buaian kat belakang. My nawfa tu selamba sound Auntie yang duk kat buaian tu, nak main buaian. hahaha. Tak makan saman btol. 




Memang cuaca pun panas gila. Seronok lah semua berendam



Semua pun happy lah tapi tak puas hati changing room je dengan air yang bertakung dalam changing room tu. Kitorang balik macam tu je tak salin baju. Sabar jelah kan. 





atau apps Klook


Saya beli kat Klook so boleh guna dalam masa 6 bulan dari tarikh beli tapi kalau website dia boleh guna setahun dari tarikh beli . 


Harga Tiket Walk In

Dewasa (130cm dan keatas) RM37
Kanak - kanak (90cm - 130cm) RM32
Kanak-kanak (bawah 90cm) Free

*Tutup Hari Rabu kecuali cuti umum dan cuti sekolah






Tuesday, March 05, 2024

Majlis Khatam Al Quran Muslimat Anjuran Jabatan Infostruktur 2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, pada 23 Februari lepas telah berlangsung Majlis Khatam Al Quran Muslimat Anjuran Jabatan Infostruktur 2024. Kitorang mengaji bermula tahun 2019, 2024 baru nak khatam. hahaha . Better late than never kan. Lagipun baca pun seminggu sekali. Bila semua ada hal terpaksa cancel. Kami buat waktu lunch hour , pukul 1-2 petang. 

Melantik diri sendiri menjadi MC untuk Majlis Khatam Al Quran Muslimat Anjuran Jabatan Infostruktur 2024. Hahaha. Ada orang kata, mesti bersuara emas. Nak kata emas tak ada sangat, mungkin silver . haha. 


MC buat-buat busy sebelum majlis


In Action


Design banner by Mior . Photography by Arif. 


Door gift untuk peserta khatam


Team AJK bidang terjun


Sopan 


Tunjuk Yatt


Stress ke Yatt. Asam Pedas Kak Mai atas tudung. haha



Majlis bermula. Saya mulakan dengan bacaan Surah Ad Dhuha kemudian rakan-rakan yang lain. Penutup Ustazah bacakan doa. 


Bersama dengan Ustazah Pembimbing kami , Ustazah Afidah


Free style


Tunjuk Ustazah



Jambangan Orkid dari kami


Jambangan Orkid gubahan Kak Fid


Geng BOICT dengan Ustazah


Intan tadi tak ada,hehe



With Puan Pengarah



Tiga dara pingitan



Belog saya, ikut suka saya lah



Eh lagi satu. Tu gaya apa Yatt? hahaha



With Ustazah


Ziera pulak hilang


Love & mini love



Terima kasih Ustazah


Geng Bini orang. Missing Ad






Thursday, January 18, 2024

Sambutan Hari Lahir My Darling Husbaby & My Nayla 2024

Assalamualaikum. Hari ni kita kasi throwback lah .Sambutan birthday my hubby dan my Nayla untuk tahun 2024.  Selalu double celebration tapi tahun ni kita sambut birthday my hubby dulu, bagi special sikit lah. Sebenarnya isteri yang rasa nak makan kek 2 kali . Nampak tak agenda kat situ. kah kah kah. Kali ni beli kek kat The Bakers Cottage Bukit Raja , ada promo pulak kan. Pilihan isteri adalah kek Chocolate Cheese Mousse Cake . 


Kisah kelakar siap pinjam kalkulator  The Bakers Cottage nak kira umur suami. hahaha


With anak-anak dara and me kat dalam cermin


I love you sayang. Mestilah sayang, takkan tak sayang


Lentok jap. Bersemut tak? 


Pencinta kucing . New addition - Milky - Kucing jumpa dalam lubang tepi longkang besar
Bagi apa kat suami? Suami nak duit je. So kita bagi duit je lah. hahaha


Kita belanja suami Iced Hazelnut Latte . Bubur & Kopi Moka Cafe Slow Bar ni ada stall depan Petronas Batu Belah (NGV) . Buka biasa petang sampai malam. Bubur tak pernah try lagi. 




Seterusnya 

Birthday my Nayla pulak tapi sambut agak lewat sebab birthday dia jatuh hari Isnin ( 8hb)  dan hari exam pulak kan. hahaha. So kita sambut hari Sabtu. Kek beli kat Drasani cake hauz dan my Nayla yang pilih kek Oreo . Kek kat sini sedap dan harga pun berpatutan. Yang ni tak silap tak sampai pun RM40. Cukup la buat makan kami anak beranak je pun.



Birthday girl senyum lebar la sebab dapat bouquet flower. Ada ke dia ingat mak dia recycle kakak dia punya sebab mak dia banyak beli kertas sama. hahahahaha


Potong kek 


Dari atas



Family 💜


Saya dan anak-anak dara + bulus


Hasil kerastangan Ummi as usual. Chocolate Bouquet with Ipod




Masa weekend sebelum birthday dia tu , dia request nak makan Chicken Chop kat Polperro Steak House Seksyen 7 Shah Alam


Muka puas hati dapat makan Chicken Chop 


Bongsu pun nak makan Chicken Chop jugak


Kemain bongsu ni 


Kakak sama menu dengan Ummi Lamb Chop 



My hubby amikkan gambar


Selfie with my hubby. My hubby dah kenyang, so tak makan. Tu tolong potong Nuha punya. 


POLPERRO STEAK HOUSE SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Address: No 2, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
SAT - THURS : 12.00 PM - 11.00 PM
FRI : 4.00 PM - 12.00 AM







 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)