Tuesday, April 04, 2023

Fun Bowling Geng Meja Bulat 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Setelah lama, siaran tertunda untuk fun bowling, akhirnya 2023 Fun Bowling kembali untuk GMB. Bermula dengan seruan pengerusi, Kak Ros, seterusnya AJK yang dilantik secara adhoc. Bermula la planning mencari sponsor dan booking lane untuk menjayakan event kali ni . Paling happening berbanding 2 kali penganjuran sebelum ni. Chewah. Angkat bakul. hahaha. Saya lah tu salah sorang AJK bidan terjun. 

Perkenalkan barisan AJK Fun Bowling GMB 2023

You rock girlss....


Hadiah untuk kali ni ada yang ditaja dan dibeli . Saya dan Ad kali ni jadi AJK Hadiah. Syok pergi beli hadiah. Shopping duit orang memang best kan. haha


Hadiah utama , 1 - 3 Sponsored by Wan Rosni -  Tupperware Brands Ever Miracle Solution
Piala Pusingan dan Piala Pemain Terbaik dan Ratu Longkang dari penyumbang misteri


Hadiah lain : Kumpulan Paling Glamour, Kumpulan Senyap Sunyi ( Sponsored by Fid) dan Kumpulan Terjalak Sporting

Antara hadiah cabutan bertuah lain sumbangan Yanie,Kak Ros, Kak Mai dan Dilla. 


Bantal tu antara yang most wanted. haha

First bergambar dulu dengan towel muka doorgift yang ditempah sulam oleh En Faiz. Tq En Faiz. Kita punya je special sebab satu je tuala ni. hahaha. Sebab purple punya pasal. 
Banner design by En Mior dan printing by En Azril . Tq semua yang menjayakan Fun Bowling kali ni. 

Acah-acah nak settings bowling game je. Semua dah siap settings. 
Sebelum games, haruslah kita bergambar ramai-ramai dulu.


Perkenalkan kumpulan yang ada , 10 kumpulan kesemuanya dengan 30 pemain pro-tak-fesional . hahaha

Kumpulan DIY 
Kumpulan Strike Girl 
Kumpulan Bonda Vouge
Kumpulan Ewah Ewah Ewah
Kumpulan TMZ 
Kumpulan R2Y 
Kumpulan Sweet Silence
Kumpulan Peace 
Kumpulan SSF Premium Punya

Seterusnya, kumpulan yang paling cute, Ratu Cute. hahaha. Kumpulan saya lah. Haruslah banyak gambar. Kali ni bertiga dengan Ella dan Rai. 




Tema Black Pink gitu

Geng Bini Orang with Kak Mai
Geng Aras 6 la kot minus Rai. hahaha
Geng Bini Orang
Pengerusi GMB yang bersuara untuk bowling

Akhirnya, setelah 2 pusingan bowling. Kita tengok siapa yang menang . 

Jeng jeng jeng


Johan Kumpulan Ewah  Ewah Ewah yang membawa pulang tupperware kukus dan piala pusingan

Naib Johan Bonda Vouge 
Tempat Ketiga  SSF Premium Punya
Pemain terbaik - Fisha
Kategori Kumpulan Senyap Sunyi - Peace Amalia,Intan,Aisyah
Kategori Kumpulan Terlajak Sporting - Ratu Cute Eliss,Ela,Rai

Kategori Kumpulan Pakaian Paling Glamour -  DIY Yatie S,Ina,Dilla

Ratu Longkang tahun ni jatuh kepada Kak Mazni

Markah Kumpulan :

Tempat Pertama - Ewah Ewah Ewah (681) Yanie,Ad,Fisha
Tempat Ke 2 - Bonda Vouge (663) Razuna,Mai,Hajar
Tempat Ke 3 - SSF Premium Punya (621) Sal,Fid,Shariza
Tempat Ke 4 - Peace (619) Amalia,Intan,Aisyah
Tempat Ke 5 - Strike Girl (597) Ziera,Emy,Eza
Tempat Ke 6 - DIY (548) Yatie S,Ina,Dilla
Tempat Ke 7 - Sweet Silence (539) Kak Ros,Khalida,Et
Tempat Ke 8 - R2Y (528) Rosmawati,Ros Ayuni,Yatt
Tempat Ke 9 - Ratu Cute (484) Eliss,Ela,Rai
Tempat Ke 10 - TMZ (453) Teng,Mazni,Zah

Markah Individu : 

1. Fisha 309
2. Intan 287
3. Ros Ayuni 253
4. Razuna 240
5. Shariza 235
6. Emi 232
7. Hajar 222
8. Eza 214
9. Ina 214
10. Yanie 207
11. Amalia 202
12. Mai 201
13. Yatie S 200
14. Sal 198
15. Kak Ros 196
16. Et 193
17. Fid 188
18. Ela 182
19. Zah 179
20. Teng 173
21. Ad 165
22. Rai 160
23. Rosmawati 153
24. Ziera 151
25. Khalida 150
26. Eliss 142
27. Dilla 134
28. Aisyah 130
29. Yatt 122
30. Mazni 101


Hadiah cabutan bertuah kumpulan

Hadiah cabutan bertuah individu
Ratu cute dengan hadiah yang berjaya diraih

Semoga berjumpa untuk tahun seterusnya jika panjang umur. In Sya Allah

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)."

(Hadith riwayat al-Bukhari, No.hadith : 6446, Muslim, No.hadith : 1051, at-Tirmizi, No.hadith : 2373, Ibnu Majah, No.hadith : 4137 Ahmad, No.hadith : 7015, 7240) 

Sumber : http://myhadith.islam.gov.my/viewhadiths.php?id=776

Monday, April 03, 2023

Panduan Mengisi Borang Cukai Pendapatan e-BE for dummies



https://mytax.hasil.gov.my/

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dulu dah pernah buat panduan tapi dah out dated dan sistem pun dah tukar. So kita buat la manual baru untuk diri sendiri dan manfaat kepada orang lain. Setiap tahun menggagau nak isi. 

Kalau nak guna sistem ezHasil boleh rujuk manual yang dah diberikan :-

   https://mytax.hasil.gov.my/dashboard-content

Start tahun lepas, saya dah kena bayar cukai pendapatan tapi tipsnya tinggikan zakat pendapatan, terus tak kena bayar cukai. So masih setia isikan my hubby punya macam tahun-tahun sudah. Duit claim boleh kat isteri kan sayang. hahahaha. Lariks. 


Contoh Borang EC 2022




2) Nampak tak ruangan A pada borang EC tu, yang tu just masukkan amaun yang A kat atas tu kat borang e-BE. Jumlah penggajian tu isi 1 kalau memang kerja 1 company sahaja untuk tahun yang dinilai. B tu duit yang kita kena cukai. So dia akan appear siap-siap kat situ. Itu duit yang kita nak dapatkan balik. hahaha . Macam mana nak dapat balik? Boleh teruskan isi bahagian seterusnya. Kalau ada jumlah derma melalui potongan gaji letak kat D. Kena klik butang tu untuk masukkan amaun. 

3)Yang ni paling best nak isi. Kat borang pelepasan ni lah yang menentukan korang dapat rebet ke tidak. Boleh manfaatkan sepenuhnya yang ada. SSPN untung juga sebab sampai RM8000. Tapi bermula tahun depan, yang ni dah dimansuhkan. Adudu. Bagi yang ada anak boleh isi E dan masukkan jumlah anak yang company letak. Kalau tak ada isytihar, boleh la bincang dengan suami. Nak letak bilangan kat suami sahaja ke macam mana. Jumlah anak RM2000 untuk seorang anak. Makin banyak anak makin untung gitu kiranya :)  Dan yang masih belajar jer lah. Dah kerja tak boleh dah la.hehehe.

Rugi juga kalau tak amik insurans sebab sampai RM7000. Begitu juga insurans pendidikan dan perubatan RM3000.So kalau nak save amik dua-dua insurans. Zakat dan fitrah biasa dah ada dalam borang EC . Masukkan ajer kat situ.Amik C dari borang EC masukkan dalam borang e-BE. Yang zakat ni tak de limit so kalau korang ada sedeqah, wakaf ke apa biasa boleh dapat resit, simpan resit tu. Kena simpan 7 tahun tau resit-resit ni. 

Untuk hotel, tidak semua LHDN cover yer. Boleh buat semakan : https://www.motac.gov.my/semakan/hotel

Lepas ni kalau nak booking hotel, kena la pilih hotel yang LHDN cover. hahaha











4)Yang ni akan generate siap-siap bila dah isi maklumat sebelum ni.   XXXX  tu amaun yang korang kena cukai. So kalau ada rebat, akan ada la amaun kat situ . Kalau ada lebihan boleh belanja saya yer :) hehehe.  Dah settle boleh la simpan dan cetak pengesahan. Kalau ada bayaran kena buat bayaran  




Korang dah dapat ke rebat cukai pendapatan ? hahaha. Saya dah licin buat persiapan sekolah anak-anak. 

p/s: 

Tarikh hantar borang setiap 31 April setiap tahun :) Moga panduan ini berguna untuk tahun depan selagi diorang tak tukar sistem baru  lagi :)


Last Updare : 3/4/2023

“Bersedekahlah dan jangan berat memberikan agar Allah tidak memberi kamu dalam jumlah yang terhad; dan jangan menahan hartamu agar Allah tidak menahannya dari kamu. Bersedekahlah semampu kamu.”

(Bukhari & Muslim)

Tuesday, March 21, 2023

Must Have Android TV Box in Malaysia

We are all experiencing a period of profound technological change, and one development that is sweeping the globe is the use of android TV boxes. Your old television may become a smart TV with the help of this little gadget, greatly enhancing its functionality. In addition to watching local channels, you may access several streaming services like Netflix and Hulu by downloading applications. Which android tv box Malaysia is the best given the wide range of options available on the market? We have selected the most recent Must Have Android TV Boxes in Malaysia for our Best of Tech series, offering high-quality choices to match your lifestyle and price range.

 SVICloud 8P / 8S Android TVBox



This SVICloud 8P TV box is the most costly on the list. While the NVIDIA box is designed primarily for gaming, we believe the SVICloud 8P delivers better overall performance for a variety of uses, making it our top choice. If you want a high-end Android TV box for less than RM1000, it's something to think about.

The SVICloud 8P can perform everything effortlessly, from streaming 4K or 8K material (provided the app supports it) to taxing gaming chores. It is powered by an 8 core CPU and Mali-T720 GPU, paired with 4GB RAM and 64GB ROM. It uses the more effective and quick Android 10 operating system, which also features a new dark mode that can assist save battery life on Televisions with OLED panels and lessen eye strain. This feature was missing from Android versions before it.

This TV box gives free, non-subscription access to its Live TV app, which has a large variety of over 1000 live channels from 13 countries and includes a seven-day replay capability, in addition to only restricting users to using streaming services on the Google Play Store. This means that despite your hectic schedule, you won't have to worry about missing your favorite Live TV program.

 

T9 TV Android Box

Looking for a value-priced Android TV box? The T9 could be something to think about. It makes a nice first impression as an inexpensive, modern Android TV box with a simple plug-and-play configuration utilizing an additional HDMI connection. And that is only the start. 

Although there are three storage options available for the T9 Android TV box, we advise choosing the 4GB + 32GB model. It, together with the assistance of its quad-core ARM Cortex-A53 CPU, ought to eliminate any latency for users. The T9 has dual-band 5G WiFi and an Android 9.0 operating system, which aid in optimizing its 4K display. 

Although there are supposedly few adverts when streaming, finding your way around might be difficult. Customers have reported that learning how to switch between the remote control's default mode and mouse mode took some practice. Moreover, the remote may occasionally be unresponsive.

 

Xiaomi Mi TV Box S

The best possible 4K UHD watching experience is available with the Xiaomi Mi TV Box S. You can effortlessly turn on any movie and arrange your entertainment with voice control thanks to the built-in Google Assistant, which works in conjunction with the Android 8.1 operating system. 

The premium Dolby and DTS audio in this appliance allows you watching with the best three-dimensional surround sound outside of a theater. For rapid file transfers or connecting to hardware devices, Wi-Fi, Bluetooth, and USB connections are simple to make. Also, the installation just requires three simple steps, so you can start utilizing this TV box right away.

 

Nvidia Shield TV Pro


The NVIDIA SHIELD TV PRO is the only Android TV box you need if you want one that is designed with gaming in mind. NVIDIA has consistently led the pack when it comes to premium gaming products. They took the chance when demand for powerful gaming Android TV boxes increased.

With an NVIDIA Tegra X1+ CPU and Android 9.0 OS, there will never be any lags or sluggish visuals. It can also work with Google Assistant and Amazon Alexa and features a built-in 4K Chromecast.

Fortunately, the NVIDIA SHIELD TV PRO works with PS4 and XBOX One gaming controllers as well.

 

FengTV box Premium Best Entertaiment Media Android Box

If you're searching for a mid-range device for less than RM500, this FengTV Box is a fantastic option. Although it is not a flawless Android TV box, it does a few tasks superior to those performed by other TV boxes in the same price range. Support for H.265 decoding, which is better for video streaming and requires 50% less bandwidth than H.264, is one of its stronger points. As a result, it will consume less bandwidth while streaming 4K material than other models that still utilize the outdated H.264 decoder.

The maker of the FengTV Box also asserts that CDN technology is used, which is known to show movies and dramas more smoothly. Moreover, built-in Dolby AC3 and DTS Surround compatibility gives you the same audio output as if you were in a home theater, and it gets even better if you add a soundbar. Also, the dual WIFI band provides a stronger 5GHz line in addition to the 2.4GHz line, which helps speed up your WIFI internet connection. The user interface runs on the Android 10 operating system.


Thursday, February 23, 2023

Pertama Kali Wakil Ping Pong Rumah Hari Sukan Jabatan Infostruktur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nak kongsi kisah lucu tahun 2023. Kira tahun mencabar diri sendiri ke macam mana ni tak tahu la kan. Tak pernah dari sekolah ke, universiti ke masuk bertanding acara sukan. Kawan-kawan yang tahu, saya ni kaki bahasa. Sayembara puisi, bahas, wacana ,forum, nasyid tu makanan la masa zaman sekolah dulu. Kaki bangku la kiranya. haha. Alih-alih tahun ni , nama dipetik jadi wakil main ping pong pulak tu. Adui.Rasa nak buat-buat cirit birit je hari kejadian. hahaha. Praktis la seminggu main kat ofiz sebelum bertanding. Last pegang bet rasanya 30 tahun lepas. Dulu rumah saya ada meja ping pong, arwah Abah bawa balik cikgu sekolah bagi yang dah senget-senget tu dan Abah betulkan , boleh la kami main. Pernah la pegang bet tu. hahaha.Ok la . Jom la layan gambar hari kejadian. Cakap banyak pun tak guna kan. Saya dan Ad wakil Rumah Hitam untuk beregu wanita. 



Hari yang ditunggu-tunggu


Sedang beraksi


Gaya menang 


Satu-satunya kumpulan yang kami boleh beat. hahahaha. Diorang first time pegang pet hari kejadian. Kira kami senior seminggu . hahaha


With team biru beregu wanita


With team kuning beregu wanita



With team Merah dan kuning beregu wanita


Sempat lagi training


Para pengadil


Team rumah hitam. Posing sebelum beraksi


Team ping pong dan badminton


Team badminton rumah hitam


Geng main badminton kat ofiz. Semua level beginner kecuali kak mai, kak sal dan yanie je


Geng main badminton kat ofiz.


Geng main badminton kat ofiz.


Geng main badminton kat ofiz dan coach hebat , Yanie, Kak Mai dan Kak Sal


Team ping pong rumah hitam vs biru



Sedang tunggu keputusan 

11 Februari 2023 | Dewan Badminton HEP, UiTM Shah Alam

Keputusan Ping Pong :

Johan : KUNING
N. Johan : MERAH
Ke-3 : HITAM
Ke-4 : HIJAU
Ke-5 : BIRU

Keputusan Badminton :

Johan : MERAH 
N. Johan : KUNING 
Ke-3 : HITAM
Ke-4 : BIRU
Ke-5 : HIJAU



Menyumbang juga satu mata. hahaha. Dapat nombor 3 ping pong. Nanti medal dah siap kita tayang yer. hahahaha



Team Rumah Hitam


Team Rumah Kuning



Team Rumah Kuning




Team Rumah Merah


Team Rumah Biru.  



Sorry team rumah hijau tak ada gambar yang amik hadiah. haha





Gambar dah buat kompilasi kat reels kat IG. 


“Apabila salah seorang daripada kamu makan, janganlah dia menyapu tangannya melainkan setelah dia menjilatnya atau dijilat (tangan tersebut)”. Riwayat al-Bukhari (5456) dan Muslim (2031)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)