Wednesday, November 18, 2020

Lunch @ Black Canyon I-City Central Shah Alam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entry throwback je lah hari ni sempena Pakatan Hari Jadi 2020 yang tertunda. Birthday yang pertama semestinya darling babe yang sulong,Ida.  Kali ni dia pilih makan di Black Canyon I-City Central Shah Alam . Jom lah makan makanan ala thai  kekdahnya. Lama dah duk makan korea , marilah kita makan nasi pulak. Kembali ke perut melayu. hahaha

Menu biasa la dipilih bersama dan kenyang bersama.  Bayar seorang. eh. hahaha. Tq Ida belanja kami makan sempena hari lahir tertunda. Bulan 4 lagi tu. Gambar makanan ada dalam video kat ig. Boleh la tengok kat ig saya under JJCM. hahaha. Malas kedaung ni nak upload blog balik. 


Trade mark pakatan hari jadi . Mesti kena bergambar depan kedai. 


Adoi la gemuk disitu. Norma baharu, semua ada mask. 


Bersama yang diraikan, Ida. 


Ida pergi mana ntah pulak. 


Senyum mak lebar sikit. Orang lain tak berubah tak apa lah. hahaha


Ad dan Kak Ema 


Semestinya ditunggu oleh pembaca blog elissmie.com gambar yang diambil oleh staf Black Canyon. hahahahahaha. Ada banyak gambar. Tapi ni je yang cun. Eh mana gambar dengan makanan.  Ada jugak. Entah hilang kat mana. Birthday yang saya punya tak sempat nak celebrate sebab PKPB pulak. Nak makan western lah. Tunggu ada orang yang janji nak belanja tak tahu bila. hahaha. 


Anyway,  Happy Belated Birthday Ida sekali lagi. 


Daripada Ka‘ab bin Malik RA katanya, “Aku melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jari, apabila selesai, Baginda menjilat jarinya.”
(Riwayat Muslim)

Friday, October 02, 2020

Lunch @ Secret Recipe, The Chicken Rice Guy & Cendol Pulut Laksa Utara Jitra Mai, Seksyen 7

Assalamualaikum. Ni bukan lunch sempena Pakatan Hari Jadi tapi Geng Bini Orang. Banyak kluster sahabat saya ni. hahaha. Tu belum masuk Geng Meja Bulat lagi tu. Jenuh nak buat majlis macam gini. hahaha. Kali ni meraikan birthday September babes iaitu saya dan Rai. Masa birthday saya , kitorang makan di Secret Recipe Seksyen 7 . Nak makan kek katanya tekak saya tu. hahaha. Terima kasih korang belanja mak makan . 


Geng Bini Orang


Beli 2 slices je kongsi2 . Tak boleh makan banyak-banyak kencing manis. hahaha. 


Ni saya punya 


Rai punya


Ziera punya. Yang Ad dan Kak Yat tak sempat nak snap dah. hahaha

Seterusnya birthday Rai, Rai ajak makan di  The Chicken Rice Guy, Seksyen 7 . Saya pernah tapau kat sini dulu tapi tak kena dengan selera pulak nasi ayamnya. Kali ni saya cuba Nasi Itik pulak. Ok , Nasi Itiknya lagi sedap dari Nasi Ayam. Peminat itik tegar namanya ni. Sekarang bini tokey Itik Telur. hahahaha . Tapi portionnya bagi saya agak kecil bagi yang berperut besar . Patut ada double Nasi Ayam / Itik dalam menunya. Yang tu sesuai la untuk berperut besar . 










Nasi Itik


Nasi Ayam


Wantan Goreng

 The Chicken Rice Guy 
Address: 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Lepas dah makan habis licin sepinggan, eh boleh pulak ke Cendol Pulut Laksa Utara Jitra Mai pulak. hahaha. Tak reti kenyang ke macam mana tak tahu lah. hahaha. Pekena Cendol Tapai Pulut dan Laksa pulak. Tapi kongsi makan je lah. Sebab dah penuh perut kan. hahaha. Tapi tak habis gosip lagi kan. Bergambar pulak kat sini. Gitulah berakhir celebration birthday Rai hari tu. hahaha.


Efek kurus disitu



Makan kerana terpaksa. hahaha



Cendol pulut. Tapai sebelah. hahaha



Sedap makan time panas-panas. 


Happy Birthday Rai once again !

Jumpa lagi di celebration hari lahir seterusnya Geng Bini Orang. 


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. apabila disajikan makanan kepadanya, beliau bertanya tentang makanan itu: "Apakah hadiah atau sedekah?" Jikalau dikatakan sedekah, beliau mengatakan kepada sahabat-sahabat: "Makanlah!" dan beliau tidak turut memakannya. Kalau dikatakan hadiah, beliau mengambil dengan tangannya, lalu beliau makan bersama-sama. Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1211.

Tuesday, September 22, 2020

Lunch @ Mr Dakgalbi Central i-City Shah Alam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entry throwback je lah hari ni sempena Pakatan Hari Jadi 2019 yang tertunda. Birthday yang terakhir of coz lah, darling babe yang bongsu, Ad. Kali ni dia pilih makan di Mr Dakgalbi ,I-City Central Shah Alam . Jom lah makan makanan korea kekdahnya. Sebelah kedai ni kedai Chicken Plus +, korang boleh order makanan kedai sebelah jugak sebenarnya sebab owner dua kedai ni sama. So nak banyak pilihan boleh makan kat sini. hahaha



Yang diraikan , Ad 


Yang meraikan, Datin Ema and me


Yang meraikan tanpa mask. Dah macam aksesori mask tu kan. 



Mestilah ada gambar berempat. Baru pakatan hari jadi namanya



Dah pegang sudip tu tak sabar nak makan la tu


Sebelum digaul mesra oleh chef 


Close up sket 


Tadda...Fried Rice with Cheese.  Separuh lagi bahan untuk hidangan seterusnya


Yang ni ramen pulak . Ramen with Cheese. 


Sidedish yang ada . Sayur2 dan kimchi. Alhamdulillah habis licin . Terima kasih Ad. Jumpa lagi untuk pakatan hari lahir seterusnya tahun 2020 pulak. Nak makan kemana pulak kita. 

Mr. Dakgalbi Central i-City Shah Alam
Address: L3-32, L3-33, Central i-City, No. 1, Persiaran Multimedia, Seksyen 7,
 Jalan Plumbum 7/102, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor


Daripada Ka‘ab bin Malik RA katanya, “Aku melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jari, apabila selesai, Baginda menjilat jarinya.”
(Riwayat Muslim)

Wednesday, June 24, 2020

Raya PKPB @ Jabatan Operasi ICT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah habis raya baru boleh update pasal raya @ ofiz. Tak sempat nak post awal-awal. Kita letak la sini sebagai kenangan. Harap tak ada dah la Raya PKPB ni.  Tahun ni ingat tak ada dah raya kat ofiz tapi sebab semua pun tak beraya sakan, so kita gembirakanlah hati sendiri. hahahaha

Menu tahun ni tak semeriah tahun lepas . Tahun lepas 20 menu kan. hahaha

Menu tahun ni : -

Kak Mai-  Asam Pedas Tetel & Keli Cekur
Kak Ina - Daging Dendeng
kak sal -Mee Kari 
Team saya  - nasi putih, air panas, air sejuk, telur dadar, lontong + sambal sotong, rendang ayam + rendang daging + Lemang + dessert 
Tetamu VVIP: Kak Mazni ( Puding Oreo) dengan ucapan bila nak bawa Laksa Johor pulak. Jumaat depan eh? hahaha


Kek dari Secret Recipe - Chocolate Odyssey



Puding Oreo Puan Mazni


Puding Milo Oreo 



Mee kari meletops. Resepi dah ada ni. Nanti boleh try . Letak sini la nanti boleh refer. Terima kasih Kak Sal. 

Resepi Mee Kari Meletops Puan Sal 

Bahan-bahan : 

Serai 2@3 batang ketuk
Halia seinci*
Bawang besar 2  ulas*
Ikan Bilis *
Bwg putih 5ulas *
Blender bahan bertanda *
Sebungkus rempah daging
Setengah bungkus rempah ikan 

Condiments: 
Syur tauge 
Sawi celur
Kacang panjang
Bwg grg 
Telur rebus

Cara-cara:  

Tumis bahan blender shingga naik bau. Bila dah garing masukkan rempah. Masakkan sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam. Bila mendidih masukkan sedikit santan dan fishcake, fishball dan tauhu kering. Masukkan perasa.  Sedia dihidangkan. 

 ✌️😋


Yang ni order dari @rozabakes . Boleh follow kat instagram yer. 


Brownies Walnuts with Chocolate Chips. Terima kasih kak Roza siap percuma Chocolate Chips lagi tu. 


Nasi putih dengan sambal ikan keli cekur dan asam pedas daging 


Mee kari pun makan jugak. Sedapnya. 


Ketupat nasi daun kelapa lagi hah. Memang terbaik la. 


Tak lengkap tanpa rendang kan. So ada Rendang daging 


Rendang ayam  pun tak ketinggalan. Terima kasih Isteri Abang Harmazi preparekan . 



Last but not least  Lemang Meru yang dibawakan khas oleh Anakperak.com . TQ zul tolong belikan. 



Ikut SOP yer. Sila jaga jarak 1M 



Tunjuk yang penjarakan sosial 


Yang tak penjarakan pun ada ni 



Maaf lah siap ada sticker kucing pulak kat sini. hahaha

Sampai bertemu lagi pada makan-makan akan datang. Hahaha. Maklumlah dah boleh berhimpun tak lebih 250 orang lepas 1 Julai kan. hehehe


Siapa orang yang bertakwa?  Surah Ali'Imran ayat 134: " iaitu orang yang menafkahkan (mendermakan) hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)