Monday, February 10, 2020

Import Calendar ke dalam Google Calendar dari Lotus Notes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni nak bagi tutorial macam mana korang nak export calendar IBM Notes ( Dikenali sebagai HCL Notes sekarang) . Dah share pun di facebook bagi yang follow tu. Tapi 2 post . So hari ni mak rangkumkan saja bagi senang dan senang untuk mak rujuk lain kali. Semoga menjadi ladang pahala mak kat sana. In Sya Allah. 

Cara untuk export calendar dari Notes calendar




1. To export all entries in your Notes calendar, click FileExport.

ATAU

To export only some entries, click Calendar entries or Grouped entries to the left of the calendar, select the entries to export, and then click FileExport.

2. In the Save as type field, select Calendar File (.ics)

3.Choose where on your computer to save the file.

4. Click Export.

** Specify whether to export only selected entries or all entries from the calendar.

Cara untuk import Notes calendar ke dalam Google Calendar



1. Open Google Calendar.
2. In the top right, click Settings ⚙️ Settings.
3. Click Import & Export.
4. Click Select file from your computer and select the file you exported. The file should end in "ics".
5. Choose which calendar to add the imported events to. By default, events will be imported into your primary calendar.
6. Click Import.

Rupanya IBM Notes tidak boleh export data dalam kalendar yang ada repeating Entry Type Meetings, All day events dan Anniversaries.Bila import dalam google calendar data tak masuk semua. Solutionnya, kena download satu app ni nama dia Thunderbird. Ikuti langkah-langkah kat gambar. 





Jangan lupa install pulak. Sampai esok tak siap macam tu.

Masukkan nama korang, email address gmail dan password. Then teruskan. Klik Ok ke next je lepas tu.


Dah berjaya login tu. Klik ikon kalendar yang saya bulat merah tu.


Klik kanan pada ruang kosong bawah tulisan kalendar tu dan pilih New Calendar.


Pilih On My Computer. Pilih Local


Namakan kalendar tu . Then tekan Next


Klik Finish


Klik pada Events and Tasks



Klik Import file calendar dari Lotus Notes yang korang dah download tu




Pilih kalendar yang korang create tadi . Data tu akan masuk dalam tu. 

Lepas dah confirm data tu masuk. Apa lagi. Export la. Tujuan export adalah sebab korang nak kena import balik dalam Google Calendar. 



Pilih Calendar mana yang korang nak export. Semestinya kalendar yang korang baru create tu la kan. huhuhu





Dah save file tu boleh follow step Cara untuk import Notes calendar ke dalam Google Calendar kat atas tu. 


Semoga bermanfaat !

Sebaik-baik Infaq Adalah Menafkahi KeluargaDaripada Thauban RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah." (Hadith riwayat Muslim: 994, at-Tirmizi : 1966, Ibnu Majah : 2760, Ahmad : 21346, 21372, 21416)


Sunday, January 26, 2020

Travel Berdua Lebih Baik

Dapat pergi travel dengan yang tersayang itu memang satu nikmat yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Setelah melayari satu fasa stress dengan kerja yang seperti tiada hari esok tu, ahjom kita pergi travel.Lain macam dia punya aura bercuti tu. Yelah dalam hidup ni kita kena seimbang semua benda. Ada masa kita bekerja, ada masa kita kena rest dan enjoy our life. Hidup ni bukan semata-mata untuk mencari duit je, malah ada ketika kita kena spend duit yang kita dah penat cari tu wisely. So, pergi bercuti dan tenangkan fikiran dengan harapan dah habis cuti nanti kita dapat bekerja dengan lebih baik. Kira holiday ni macam kita recharge diri kita lah.

Persoalan yang selalu juga orang tanya, berapa orang dalam satu group untuk kita travel? Bagi aku ni bergantung pada diri sendiri. Ada orang suka travel dengan group yang ramai sebab lebih meriah katanya. Ada juga orang yang suka travel solo, sebab dia rasa ia lebih memudahkan pergerakan dia nanti. Yelah tak payah fikir pasal orang lain, just kena manage diri dia sendiri je. Mudahkan. Kalau bagi aku, at least waktu travel tu biarlah ada sorang yang teman. So, kalau ada masalah ke apa senang untuk kita sebab kita tak sorang-sorang. Ada orang boleh bantu. Aku nak share sikit pasal travel berdua ni lebih baik sebenarnya daripada travel solo or group yang ramai. Sebenarnya tak semestinya berdua je, ia macam travel dalam kumpulan yang kecil around 2 ke 4 orang.
  • Memudahkan pergerakan

Ia tidak spesifik kepada mana-mana aktiviti. Sebenarnya travel berdua ni sangat membantu kita melancarkan perjalanan kita bermula dengan nak ke KLIA sampailah nak balik rumah nanti. Bila travel berdua ni aku prefer untuk guna KLIA Express untuk ke airport. Sebab ianya sangat-sangat user friendly. Selesa, cepat dan mudah. KLIA Express booking ni boleh buat guna Traveloka. Hal ini kerananya harga yang lebih murah berbanding beli direct di kaunter. Kalau travel berdua ni guna KLIA Express bagi pendapat peribadi aku, kosnya lebih murah. Sekiranya korang tak nak guna KLIA Express ni, korang boleh tengok airport coach online deals lain yang ada dekat Traveloka tu. Kalau dah sampai tempat yang korang bercuti tu pun, kalau nak bergerak pun lebih mudah terutama untuk tempat yang boleh guna public transport. Kita tak perlu fikir untuk sewa kereta yang muatannya lebih besar.

  • Memudahkan perancangan perjalanan

Ingat satu benda, lagi sikit ahli group travel kita lagi senang nak manage. Sebab tu sampai ada yang suka pergi travel secara solo. Hal ini kerana kita tak payah fikir ragam orang yang berbeza-beza. Lagi-lagi kalau dapat yang selalu tidak sependapat dengan kita. Apabila kita travel berdua je, apa yang kita kena fikir ragam kita dan ragam partner kita je. So, carilah partner yang senang untuk kita berkomunikasi. Orang yang senang dibawa berbincang. Bukan yang jenis, bila tak dengar pendapat dia jer mula nak sentap. Kita pun jangan terlalu keras kepala, bincang dan pertimbangkan bersama cadangan partner kita tu. Yelah manalah tahu cadangan partner kita tu lebih mudah dan seronok untuk dipraktikkan. Selain itu, dengan travel berdua ni perjalanan kita lebih fleksible. Sekiranya tengah-tengah trip tu kita nak ubah plan pun tak complicated. Kalau ada tempat yang tiba-tiba kita tak nak pergi pun tak ada masalah. Senang nak handle.





Ada orang suka travel berdua, ada orang tak. Tips dia mudah je, cari partner yang serasi dengan kita. Orang yang sekepala dengan kita. Janganlah pergi travel dengan orang yang tak sebulu dengan kita, memang sure lah percutian tu akan jadi the worst travel ever. Kalau tak pernah cuba travel berdua, cuba sekali. Pasti korang akan rasa seronok. Dan rasa perjalanan kita lebih teratur dan mudah untuk dihandle. Jangan takut untuk cuba. Kalau rasa tak boleh, lepas tu tak payah dah travel berdua gituuu.


Friday, December 20, 2019

Baby Shower & Birthday Treats @ The Chicken Rice Shop iCity Central , Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ni beberapa minggu lepas ni. Baru ada kelapangan nak update. Maklumlah baru balik bercuti tak ingat dunia kat kampung. Ad pun dah selamat melahirkan bayi lelaki semalam kat Hospital Kuala Pilah. Ni kitorang keluar makan kononnya Baby Shower dan Birthday Rai & Ad. 



Apa-apa posing dulu


Terima kasih la adik Doktor Hospital Shah Alam yang tolong amikkan gambar makcik2. 
Rasanya Doktor Pelatih. Mula-mula ingat pekerja AEON. Sekali Hospital Shah Alam. hahaha 


Yang diraikan


Happy birthday !!


Happy Birthday Ad. Don’t ever change! Stay as amazing as you are, my friend!


Wherever your feet may take, whatever endeavor you lay hands on. It will always be successful. Happy birthday Rai !



Mak terasa nak makan mee wantan


Ni ziera punya apantah namanya. 


My all time favourite Pai Tee


Spring Rolls. Makanan yang lain tak sempat dah nak snap. Mak dah lapar. hahaha

Tunggu Ad cuti habis cuti bersalin untuk sambut birthday dia pulak team Pakatan Hari Jadi yang tertangguh. hehe. Dah nak hujung tahun. Sibuk dengan persedian sekolah anak-anak pulak. Korang dah habis ke berbelanja duit bonus tu? Sekelip mata je dah habis shopping baju sekolah anak-anak. huhuhu. 

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau pun tidak”.(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, November 26, 2019

Johan Kejohanan Bowling Geng Meja Bulat 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni baru berkesempatan nak update berkenaan sukan setahun sekali yang mak join. hahaha. Tahun lepas punya : http://www.elissmie.com/2018/12/fun-bowling-geng-meja-bulat-2018.html Tahun ni kena update jugak sebab kumpulan mak juara . Yang kelakar tu macam last year jugak, mak main satu game je . Second game partner yang main sebab baru tersedar diri baru melahirkan my Nawfa 3 bulan. hahaha. Tahun ni pulak tragedi jatuh longkang. Bola jatuh longkang tu biasa kan, ni tuan jatuh tergolek dalam longkang sampai terseliuh tangan. hahaha. Apa pun tak boleh buat. Biru jugak la tangan sampai hari ni. Tahun depan kita sambung main lagi kalau ada. hahaha. Kejohanan ni dibuat di Ole Ole Super Bowl, Seksyen 18, Shah Alam Jumaat lepas. 

Geng Meja Bulat ni sebenarnya geng makan-makan kat meja bulat. Sekarang meja bulat tu dah tak digunakan untuk makan-makan dah sebab dah berpindah cubicle. So yang tinggal hanyalah group whatsapp. 11 kumpulan yang join tournament kali ni. Mak kumpulan ke 6. Nama kumpulan mak, EER ( Kombinasi 3 nama, Eliss, Emilia dan Rosnah (Kak Ros). ) . Boleh sebut macam No 2  bahasa mandarin gituhh. hahaha .Main suka-suka untuk meningkatkan happiness index gitu . Yang mana rasa nak main beriya sangat join kejohanan lain la. Yang ni nak chill dan fun ajer. Eh. 



Gambar sebelum tergolek. hahaha


Kasut bowling saiz 4



Gambar sebelum kejohanan



Bab bergambar semua juara



Cari jelah perbezaan.
Ada 300 keping lagi gambar yang sama. hahahaha. Mak buh 2 keping je.



Selagi ada orang hala kamera . hahaha

Ahli kumpulan Mak, EER


Kumpulan Bunga Kembang Setaman


Kumpulan Omak Ekau ( No 2) 


Kumpulan Amboi Amboi Amboi


Kumpulan Bulat Bulat Golek


Kumpulan Catet Dulu


Kumpulan Lane Angels


Kumpulan Laser


Kumpulan Kepit Moms


Kumpulan SRS


Kumpulan The Tutus ( No 3) 


Jatuhan pin tertinggi , Hajar 


Jatuhan pin terendah, Sarah


Hadiah kemenangan milik mak


Pinjam gambar Emi. Yang mak tak guna lagi. Sayang. hahaha


Mak di tangga kesebelas individu. hahaha.Main setahun sekali je pun kan. hahaha


Ditangga pertama dengan jatuhan pin 683 mata. hahaha


Kumpulan mak menjadi Juara keseluruhan. Alhamdulillah :)


Sakit penghapus dosa. Alhamdulillah. Nasib kawen dengan first aider . 
My hubby balut bagi tak bengkak sangat. 


Dah ok dah hari ni. Tinggal lebam je

Terima kasih semua especially Puan Pengerusi, Kak Mai dan AJK yang terlibat termasuk semua sponsors hadiah . Penganjuran kejohanan yang gilang-gemilang sama macam tahun lepas. Keep it up ! Semoga bertemu lagi tahun hadapan !



Artikel penuh di https://bit.ly/2MoUvrV

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)