Thursday, August 08, 2019

Review Cooler Bag @ Beg Pam Jenama Gabag

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, dah nak masuk setahun perjalanan penyusuan untuk my Nawfa. Alhamdulillah Allah masih cukupkan susu untuk my Nawfa walau tak banyak tapi tetap ada. #roadtodegree

Hari ni nak berkongsi beg pam yang saya baru beli menggantikan beg pam lama yang telah berkhidmat selama 10 bulan. Sebenarnya memang dah lama koyak tapi mak kan cheapskate so boleh jahit lagi sampai dah lunyai teruk baru tukar. Dalam group fb kat bf group duk citer pasal beg gabag yang tahan lama katanya terus mak usha kat kedai dan online shop. Harga dalam RM103 tapi bila tengok satu seller kat Shoppee ni dia jual RM 90. Terus berbunga rasa hati. Rupanya barang dari Indonesia . So mak dengan bertabah menunggu. 


https://shopee.com.my/product/13477146/2247943587

9 hari menunggu dan akhirnya. Tadda..



Gabag Lavender yang menjadi idaman hati. Ada 4 pilihan corak untuk Small Pop Series ni. Siap percuma 2 icebag gabag . 
Capacity : up to 6 bottles of 150ml + 2 GabaG Ice Gel Pack. Ada 2 compartment. Atas dan bawah. 
Ada satu poket depan ( Saya simpan wayar USB charger pump)

2 poket sisi ni boleh letak penutup botol

Bawa beg baru untuk pertama kali pergi ofiz dengan hati berbunga riang

Besar ruang atasnya



Bahagian atas letak motor pam dan corong pam


Yang ni saya letak atas bawah ice pack gabag. Memang tahan during working hours. Katanya ups to 16 hours tahan tapi belum cuba sampai lama tu. Paling lama pun sampai pukul 6 which is 12 hours. Memang sejuk tahan elok. 



Ni guna 1 Ice pack gabag. Ni pun rasa dah mencukupi tak perlu dua. Kalau dua kena letak bawah satu dan atas botol satu baru muat. Terlalu sejuk bagi saya sampai sejuk pam kat ruang atas. So saya biasa guna satu Icepack.




Nak senang guna je ice brick ni. Ngam.

Biasa pagi-pagi saya letak 3 botol kosong. 

Tangan kecik sibuk nak packing sekali. Pagi pukul 6 lebih dah preparekan beg pump. 


Dan tambah aksesori pam. 


Rajin bangun pagi-pagi time mak mengepam. Asal mak bangun dia bangun.

Duck face or busyuk face. hehehe


Terima kasih beg pam yang berkhidmat selama 10 bulan

Masih gigih lagi mengepam dimana jua berada. huhuhu. Demi kelangsungan susu untuk My Nawfa. 
Yang ni event last week, Run For Nature. Lepas pam kita sambung lari. Macam nak pengsan. haha. Nasib baik sempat sampai ke garisan penamat. hahaha


"Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan." Aaminn.


Selit sekali sambutan hari lahir yang ke 11 untuk my Nuha. 


Mak beli kek 5 slice je kat Secret Recipe. Ni pun makan sepotong dua beradik pun dah cukup. 
Sebab lepas makan nasi baru celebrate birthdaynya.


Suka la dia kalau ada elemen surprise tu. Mak sorok kek dalam peti dan sudah makan baru bawa kek keluar. 


Nawfa pun makan gak kek secalit . hehe. Belum masanya dik. haha



Terima kasih Doktor yang membawakan my Nuha dengan izinNya kedunia 11 tahun lalu secara caesarian .  

"Ya Allah, jadikanlah anakku, Nur Nuha Humayra Mohd Hizaami anak yang solehah yang menjadi penyejuk dimata dan hati aku dan suami . Semoga menjadi anak yang boleh berbakti untuk agama dan dibawah tali Allah sentiasa. Kau peliharakanlah akhlak dan kehormatannnya" Aaminn.



Friday, July 26, 2019

Jamuan Raya Bahagian Operasi ICT & Infrastruktur ICT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ada lagi tak sempat update pasal jamuan raya. Mungkin lepas ni dah tak ada dah jamuan raya macam ni dah. Opss. Konon nak tingkatkan Happiness Index. Yang macam ni lah tingkatkan Happiness Index. Dari deko , pilih juadah, rewang siap.Bukannya sampai tak buat kerja hakiki. Helok je kerja siap. Bukannya selalu ada jamuan raya pun kannnn. Gituh. Apa masalah kau pun aku tak tahu la sebenarnya. Masalah hati mungkin. hahaha

Ok lah. Done luahan perasaan. hahaha. Berbalik kepada Jamuan raya bahagian untuk ofiz. Unit saya order Nasi Dagang segantang [RM 300]. Semestinya dari kedai favourite kitorang. Eddiey Mokku Katering . [Review boleh baca kat sini] . Dekorasi pulak ada lah sikit-sikit mengindahkan suasana. Menu ada 20 jenis gitu. Maklumlah bergabung dua jabatan. Layan gambar jer lah.


Unit saya. Sorang tak ada. 


Boz cakap tahun depan tak yah nak beranak-beranak nak  pergi family day . hahaha


Geng Bini Orang gitu






Designer baju raya saya, Datin Vivy wannabe, Rai. hahaha

Kak Ema dan Kak Ani dijemput jugak

Tambahan Ella , Rai dan Kak Zah


Ni ha yang cuti beranak tu. Hari sama pergi melawat . hahaha


Gambar sebelum kejadian


Buat dari bahan terpakai je menunya


Siap merewang buat dadih hari sebelumnya

Bacaan Yassin sebelum majlis

Satay dan Nasi Himpit. Satay dia besar dan juicy.Sedap sangat . 

Nasi Dagang. Menggiurkan bukan?


Mee Hoon Hailam

Dessert 

Ni pun by unit kitorang, Tomyam Seafood Viral gitu. 

Yang ni by Chef Kak Mai

Nasi Dagang yang kami order tu

Close up sket. Jauh ni amik. Sejam perjalanan ok. 


Air by suami Chef Mai

Dah kenapa tidur pulak si Ad tu


Ok dah bangun. hahahaha



Yang ni selit sekali la. Ni jabatan Rai punya majlis


Bergambar bersama dekorasi 


Mini Love

Just 3 of Us

Sekian update untuk hari raya. hahaha. Dah nak masuk raya haji pulak baru habis update. hihi

Nota kaki : hari ni ada kendurian pulak . Opss



Thursday, July 18, 2019

Servis dapur atau beli dapur baru lagi berbaloi?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni nak cerita pasal dapur #elissmiekitchen lah kiranya. Dapur saya ( 2 tungku) tu start awal tahun ni tungku sebelahnya dah pecah. Punya banyak memasak tu kan. hahaha. So satu dapur tak boleh guna. Tapi mampu je bertahan. Sampai bulan puasa pun bertahan lagi lah. Lepas tu terjumpa la servis dapur kat facebook. Mak aih. Sekali dia quotation untuk servis dan betulkan tungku harga dia boleh beli 2 dapur baru. 

Burner base 1 unit RM 120 ( Harga Elba Service Centre RM 80)
Burner ring 1 unit RM 65 ( Harga Elba Service Centre RM 45)

Satu set rm 185 x2  RM 370
Upah beli                   RM  80
 Upah pasang            RM 150
Jumlah                      RM 600

Harga sparepart pun lebih kurang harga dapur baru. So saya mula menjalankan misi mencari dapur baru untuk #elissmiekitchen . Alhamdulillah. Setelah call centre Elba  untuk recommendation saiz yang sama untuk dapur lama dia recommend semestinya dapur yang terbaru model EGH-G8592G(BK). 

Call Centre Elba - 0362798888 (Sales)



Sekali bila search dekat Shoppee, harga tak mampu milik lah pulak. So tengok lagi model yang lain, cari harga yang lebih masuk akal.


Dah dapat spec kan, so saya search Model lain jenama Elba jugak jumpa Model ni. 
EGH-G8522G(BK). Ok la RM315 total termasuk shipping. Habis budget fullface , bak kat my hubby. hahaha. Nanti birthday ok. 


Tak sabar nak guna dapur baru. Setelah 2 hari my hubby peram, akhirnya hujung minggu hari tu dia pasang. Semudah ABC. Angkat , masuk dalam lubang dan pasang hos je. 

Dapur lama. Terima kasih kerana berjasa kepada kami since 2011. Entry masa baru pasang tu. 
Model lama saya Elba EGH-8802X
Dimension (mm): 780(L) X 450(D)
Built In Dimension (mm): 703(L) X 403(D)

Tungku sebelah dah pecah yang sebelah ni dah senget tunggu masa nak pecah gak


Dapur baru saya. Dimension berbeza sikit tapi masih fit dapur lama
Dimension (mm): 760(L) X 450(D)
Built In Dimension (mm): 703(L) X 403(D)
Semoga dapat berkhidmat dengan lebih lama kepada kami yer

So jawapan kepada soalan saya tu, beli dapur baru lagi berbaloi dari servis dapur. Mungkin boleh servis sendiri. Even call Elba Call Centre harga sparepart yang saya dapat pun lagi murah dari yang diquote tu #elissmiekitchen



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)