Friday, July 12, 2019

Jamuan Raya PPII

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Biar raya dah habis tapi kenangan harus ada. Gituhhhh. Hahaha. Mana tahu nak buat deko-deko tahun ke depan senang. Macam lah deko sangat kan. Tahun ni jadi AJK untuk Jamuan Raya PPII. Booth yang saya incharge Booth Pasembor. Order Rojak Karim je sebenarnya. Sebelum event bermula, ada tazkirah. So sempat lah kami transfer Rojak Karim tu ke dalam mangkuk. Tinggal tuang kuah je. Mudahkan kerja kami dan tak ada la nak kena beratur panjang gitu. Bijak kan team mak? hahaha



Team asal 3 orang je , saya , Yani dan Intan tapi bila hari kejadian jadi ramai. hahaha



Posing sementara menanti Rojak Karim sampai



Mini love pulak



Dah kenapa ada spek sorang tu. hahaha



Yang dah ada spek tadi tak keluar pulak 😀



Selfie pulak
Runcing dagu mak nak. Tq Oppo. hahaha



Rojak sebelum kami hidang




Tengok gambar terliur balik. Rojak Karim ni dulu Kak Ema yang mula-mula bawa kami pergi makan

Yang hujung-hujung tak dapat dah telur


Rojak  dah sedia untuk disantap


Siap sedia berbaris rojaknya


Antara yang terawal datang ke Booth kami


Nik  , Ros dan Ella..gituhh


Booth Nasi Ayam


Booth Lemang dan ketupat. Siap masak sendiri diorang ni


Booth Satay. Panas-panas bakar kat situ


Booth Kambing Golek. Ada ker sekor je. Memang tak cukup lah. hahaha

Nasib jugak sempat merasa. Lepas tu merasa lagi di meja VIP. hahaha

Semoga jumpa lagi tahun depan untuk pejabat kami dengan lebih seekor kambing yer Prof . hahahaha.


Sila rujuk sumber asal : https://bit.ly/2N1De8L

Friday, July 05, 2019

Lunch @ Dubuyo , Central Mall i City

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah lunch ke belum? Hari ni kitorang pergi lunch sempena Pakatan Hari Jadi untuk Ida. Tempat makan yang dipilih hari ni adalah makanan korea iaitu di Dubuyo, Central Mall i City. Senang nak pergi sebab dekat sket kan. Pertama kali untuk Kak Ema. Dia jadi grab driver kami hari ni. hahaha. Terima kasih Kak Ema bawa kami pergi makan pakej siap hantar anak Ad, pergi sekolah lagi.hahaha

Jom lah tengok apa yang kami order harini. Boleh telan ke tidak ni? Dah banyak kali cuba makanan korean, kebiasaannya boleh la telan sebab jenis suka sayur-sayur kan. Bila la nak terbuka hati lagi nak makan sushi. Sebelum makan haruslah kita posing dulu yer . 


Birthday girl , Ida


Bukan birthday girl . Tudung senget dont care

Kak Ema ajak bergambar dekat tiang warna warni dalam Dubuyo ni. 

Cantik jugak tiang ni. hahaha


Kita kasi chance Datin Ema posing 


Mini love 💗


Dengan makanan pulak

Jom tengok makanan pulak. Ni buku menu. hahaha


Pilihan makanan yang ada. Ada yang set dan ada ala carte


Lagi pilihan makanan yang ada

Pilihan air yang ada. Tak banyak pilihan air


Ini Ida punya. Sekali sampai terkejut sampai 6 ketul ayamnya. Ayam dia rasa macam ayam percik sebab macam ada serai gitu. Yang ni Set Kimchi Gogi Chicken RM 18.35


Mak dengan Ad makan menu sama je. Kami makan Set Bibimbap Beef RM 23



Portion Nasi memang banyak tapi beef dia sikit je. Kenyang sebab brown rice je ni.hahaha. Apapun boleh telan. Licin mak telan



Tak tersnap menu Kak Ema. Japchae ke haper. Macam Noodle Glass dalam kuah santan dengan seafood. Not bad rasa dia. Dubuyo ni kat Level 3.


Lepas makan posing lagi 


Cantik payung-payungnya kan


Payung kraf dari Thailand 🌂
 

Posing sampai lebam gitu


Dah habis posing . Jom balik , dah kenyang kan. hahaha


Last sekali, Happy Belated Birthday Ida. Semoga tercapai semua yang diidamkan. Aamin...
Terima kasih belanja kami semua hari ini :)


TABAYYUN DALAM PENERIMAAN DAN PENYAMPAIAN BERITA

Rujuk Sumber Asal: http://bit.ly/TabayyunBerita
Album Infografik: http://bit.ly/albumphf

Wednesday, July 03, 2019

Majlis Akikah Nur Nawfa Haniyya dan Dhia Sofea

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Letak sini buat kenangan Akikah anak bongsu Nur Nawfa Haniyya dan anak buah perempuan yang kedua, Dhia Sofea , anak Ngah saya . Alhamdulillah bertambah lagi bilangan kaum perempuan dalam keluarga kami. Buat sekali je senang. Tak sampai seminggu beza usia dua sepupu ni. 

Agak kelam kabut juga majlisnya sebab hari raya ketiga kan. Dah la dengan air yang ada tak ada macam tu tapi akhirnya berjalan lancar jugak. Malam tu, my ma dah siapkan bahan tumisan tinggal esoknya masukkan kambing, santan dan perasa je. Sampai 3 pagi tu. Terima kasih my Ma. Tak terbalas jasanya. Saya sampai pukul 2 pagi je tahan matanya. Tu pun sebab my Nawfa terjaga. Dah tidurkan dia, dengan saya sekali hanyut. Ada jugak jiran yang datang membantu pagi tu. Menu kami simple je hari tu . Gulai Kambing, acar jelantah, sambal belacan dan ikan kering. Gambar langsung tak tersnap. Kambing seekor dalam RM800 ++ .  So dua ekor kambing akikah hari tu.


My hubby,  a head chef  of the day. hahaha

Assistant chef of the day, Ngah. 


Mak prepare sticker sendiri je dan tampal kat goodies bag. 
Dalam goodies bag ada tasbih, buka doa syifa , pulut kuning dan telur rebus. Semua prepare last minute. Gambar goodies bag pun tak terambil . 


Mak dan Nawfa


Majlis dimulakan dengan selawat oleh orang masjid. Kebetulan lepas jumaat so ramai pulak yang datang. Mak amik video sekali nak tekan save tertekan cancel. Mak is stress. huhuhu


Yang part paling lucu, my hubby tak sampai rumah masa majlis bermula sebab dia pergi cari ais . Mak dah kelam kabut dah ni. My Nawfa memang tak nak kat orang lain kecuali kitorang ni.


 Sekali bila majlis nak start, my Abah dukung my Nawfa bawa keliling orang masjid masa selawat tu. Nasib la dia ni suka dengar zikir-zikir dan selawat, boleh je dia diam sepanjang my Abah buat round orang masjid untuk usap-usap kepala dia sebab dua orang ni dah bercukur masa 7 hari so tak de la cukur time akikah ni sambil my Nuha bagikan bunga rampai. Yang ni pun tak sempat amik gambar.


Elok dah habis pusing terus nampak mak nak nanges. hahaha

Nur Nawfa Haniyya dan Dhia Sofea

Dipegang oleh Kakak dan Abang Sulong 


Majlis diakhiri dengan doa selamat . Aamin Ya Rabbal Alamin


Jemput makan semua :)

Terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Akikah secara langsung atau tidak langsung :)


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)