Tuesday, January 15, 2019

Homemade Wet Food Untuk Kucing British Short Hair

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni nak berkongsi makanan untuk kucing yang saya dapat dari join kelab kucing kat facebook. Banyak kelab sampai tak tahu yang mana satu sumber asalnya. Saya share kat sini lah sebab kalau nak buat lain kali ada rujukan dan rujukan buat korang yang ada pelihara kucing jugak. Tak semestinya baka British Short Hair tapi baka kucing lain jugak. Tapi resepi ni memang kena dengan selera dua baka British Short Hair  yang saya pelihara ni. Sebelum tu meh berkenalan dulu dengan dua ekor kucing kitorang ni.

Yang ni jantan. Namanya Mr Chiko

Yang ni betina. Namanya Ms Chibi

Wet Food Untuk Kucing British Short Hair

Bahan-bahan yang diperlukan :-

1) 1 KG Ikan Sardin 
2) 1 ikat bayam
3) 1 batang lobak merah 
4) 1 paket agar-agar tali

Cara-cara : -

1) Rebus semua bahan-bahan kecuali agar- agar dengan 1 liter air
2) Kisar semua bahan-bahan yang direbus sehingga halus
3) Di dalam periuk masukkan bahan kisar dan lebihan air rebusan bersama dengan agar-agar sehingga agar-agar hancur
4) Sejukkan di dalam bekas


Bahan-bahan yang diperlukan


Ikan dibuang perut . Saya suka beli ikan kat Checker yang frozen. Lebih murah dan berbaloi. 


Semua bahan-bahan yang direbus


Bahan-bahan setelah diblender. Nasib baik ada Blender Shake N Take. Kebetulan masa buat blender pulak rosak.


Setelah diblender sebelum dimasukkan agar-agar


Masukkan agar-agar dan renehkan sehingga agar-agar larut


Tadda..Sedang disejukkan . Dah keras boleh la makan. Bukan korang.Kucing korang. hahaha


Bila nak bagi makan ceduk je pakai sudu 


Kemain selera hah..Tak tengok kiri kanan dah

Amboi.. Berebut pulak. Dah bagi sorang satu bekas dah



Korang pernah buat Wet Food untuk kucing korang ? 


Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].


Thursday, January 10, 2019

Hadiah Hari Lahir ke 36 & Anniversary 11 Yang Tertunda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni baru nak cerita pasal hadiah hari lahir saya ke 36 dan Anniversary kami yang ke 11. Kiranya hadiah tertunda dari my hubby. Tak perlah tertunda sebab nilai pun puluhan ribu jugak. Kiranya counter balik hadiah superbike yang saya bagi dulu. Hutang pun tak habis lagi bayar oi. hahahaha

Semestinya warna merah idaman saya. Boleh teka tak agak-agak??


-
















-

























-








-



Taddaaa...

Ferrari Malaysia aka Honda Jazz wannabe

hahaha

MYVI 1.3 PREMIUM X

Tq my hubby .Much love and kissessssssss..Amboi..hahaha

No plate semestinya birthday saya ( 6 Sept ) dan birthday my hubby (2 Jan)












Hadiah birthday saya VS Hadiah birthday my hubby


Tengah pasang body kit pun fully sponsored by my hubby

Selamat berkhidmat kepada tuan baru Cik Vina. Terima kasih atas perkhidmatan yang cemerlang sepanjang 3 tahun ni.




Terima kasih juga kepada En Salleh yang memudahkan proses pembelian dan trade in Cik Vina. 2 minggu je booking terus dapat kereta. Rezeki memang tak salah alamat. Naik kerja dengan hadiah hari lahir lepas pantang gitu.Alhamdulillah. Dah first servive dah pun. hihihi


Saleh Idris
📞 019-360 0171
Click Link >>> Wasap.My/60193600171 <<
📠 03-3290 7113
SALEH IDRIS AGENCY
NEW & USED CAR SALES CONSULTANT
•PAKAR Jualan Kereta Baru&Terpakai.
•PAKAR Urusan Pinjaman Kenderaan.
•BLACKLIST Layak Memohon.(T&S)
•Bekerja Tanpa Dokumen.(T&S)
(Pengasuh Kanak2/Penjaja/ Dan Lain2)
•CCRIS PTPTN Layak Memohon.(T&S)
•KHIDMAT NASIHAT Percuma!!!
siagencyauto@gmail.com
www.facebook.com/peroduaprotonshowroom


Daripada Thauban RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah." (Hadith riwayat Muslim: 994, at-Tirmizi : 1966, Ibnu Majah : 2760, Ahmad : 21346, 21372, 21416)

Wednesday, January 09, 2019

Breakfast @ Restoren Eddiey Mokku Katering

Entry throwback je manjang sekarang ni. Sementara tengah rajin update blog kan. Kali ni JJCM@ elissmie ke restoren yang menyajikan hidangan terengganu asli. Memang kena dengan tekak saya sekeluarga especially my hubby. Selera high taste kan. Nak-nak makanan terengganu. Dia boleh tengok rupa je dah tahu sedap ke tidak. hahaha. Restoren  Restoren Eddiey Mokku Katering ni terletak di Batu Tiga berhampiran stesen Komuter Batu Tiga. Bersebelahan dengan Little Caliph Batu Tiga. 

Nasi Minyak VS Nasi Dagang

my Nawfa memberikan kerjasama untuk mak makan


My hubby makan nasi minyak tapau nasi dagang.Nasi dagang hampir nak sama dengan masakan my mil katanya

 Nuha dan ayam berpisah tiada.Nasi minyak for her

Nayla nak makan nasi dagang tapi nak ayam gulai

Antara menu yang ada kat situ :

Nasi dagang RM 6
Nasi minyak RM 6
Nasi lemak ikan aye RM 5
Laksam RM 5
Pulut ikan RM 4
Paung sambal RM 0. 50 Sebiji ( Saya panggil Kuih Bom)
Nasi berlauk ikan RM 5
Nasi berlauk ayam RM 5. 50

Yang saya tak try lagi Laksam  dan Nasi Berlauk. Yang lain memang dah try dan memang terbaik. Boleh bagi 5 bintang. Dah beberapa kali kami makan kat sini. Masakan memang konsisten. Tu memang selalu repeat. Anak-anak pun suka. Kalau tak makan kat situ mesti tapau . Dah makan kat situ pun siap tapau lagi. Ni dah jadi kedai port breakfast no 1 pilihan kitorang dah ni even jauh sikit dari rumah tapi berbaloi sedap dia. 





NO.43, Jalan Mutiara Subang 1, Taman Mutiara Subang, 47500 Subang Jaya, Selangor

Korang suka makanan Terenganu Asli yang mana?
#jjcmelissmie

Daripada Abdullah bin Mas'ud RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya tiyarah (firasat buruk) sebahagian daripada amalan syirik dan bukan daripada ajaran kami, akan tetapi Allah SWT akan menghilangkan tiyarah (firasat buruk) itu dengan bertawakal kepada-Nya." (Hadith riwayat at-Tirmizi, No: 1614, Abu Dawud, No: 3910, Ibnu Majah, No: 3538, Ahmad, No: 3504, 3957)

Monday, January 07, 2019

Lawatan ke Kilang Percetakan Al Quran @ Nasyrul Quran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah berpeluang menyertai lawatan ke Kilang Percetakan Al Quran kedua terbesar di dunia di Nasyrul Quran Putrajaya selepas Kilang Percetakan Raja Fahd di Madinah. Saya pergi dengan kelab ofiz saya. Hari tu masa dalam pantang , geng muslimah taman rumah saya pergi. Ingat tak ada peluang dah. Alhamdulillah boleh pergi jugak. Lepas ni boleh bawak suami dan anak-anak pulak. Masuk percuma je. Digalakkan pergi dalam kumpulan sebenarnya.

Kitorang gerak dari ofiz dalam pukul 10 pagi macam tu dengan bas. Kami dibenarkan masuk untuk slot pukul 11 pagi. Bila dah sampai kami dibawa ke dalam dewan untuk briefing tatacara lawatan dan dibahagikan kumpulan serta penerangan serba sedikit berkenaan Nasyrul Quran. Ada tayangan video berkenaan Nasyrul Quran. Sebenarnya ada banyak proses yang perlu dilakukan untuk mencetak Al Quran ni dan semestinya proses terakhir adalah percetakan Al Quran yang hanya terdapat di Nasyrul Quran.

Selepas dibahagikan kumpulan, kami dibawa oleh Ustaz yang bertugas untuk menerangkan dengan lebih terperinci proses percetakan Al Quran. Lepas tu last sekali kami dibawa ke kilang percetakan. Tapi boleh tengok dari atas jelah. Pernah dibuka tahun lepas sekali masa hari terbuka dan menerima kunjungan seramai 7 ribu orang kalau tak silap pada satu hari tu. Rugi tak pergi kan. Kompleks ini mampu mencetak 1 juta naskah setahun untuk kegunaan dalam negeri dan luar negera. Di kompleks ini mencetak Al Quran dengan mushaf malaysia dimana motif yang menghiasi Al Quran di ambil dari seni yang terdapat di Malaysia mengikut negeri. 


Dewan yang kami briefing tu. Ralit tengok hiasan dalam dewan. Yang ni nama-nama Allah .99 Nama Allah ada. Yang ni sebahagiannya.


Ustaz yang mengiringi kami dan menerangkan proses percetakan Al Quran dari mula hingga proses terakhir. 


     Ni contoh motif Terengganu punya. Yang lain tak sempat nak snap sebab bateri dah kong. huhuhu.


Menarik kan.. Teliti sungguh

Sebelum balik kami perlu menyerahkan borang wakaf di kaunter dan diberikan senaskah surah Yassin yang telah diwakafkan. Alhamdulillah . Yassin sekali dengan Al Kahfi dan surah pilihan. 


Terdapat banyak tabung yang disediakan jika berminat untuk berwakaf


Penerangan berkenaan percetakan Al Quran oleh staf Nasyrul Quran.


Kilang percetakan. Kredit Bai

Kilang percetakan. Kredit Bai

 Gambar sebelum berangkat


Selagi bas tak sampai posing dulu

 Posing sementara menunggu masuk kilang


Posing sementara menunggu masuk kilang 

Posing sementara menunggu masuk kilang 

Posing sementara menunggu masuk kilang 


Posing sementara menunggu masuk kilang 

 Yang penting beg pam tak tinggal. Gigih mengepam dalam bas 2 kali. Alhamdulillah rezeki my Nawfa.



Untuk permohonan lawatan, sila hubungi/whatsapp:
016-718 2741 (Cik Afiqah)

atau memohon di:
https://www.nasyrulquran.com/lawatan-Nasyrul-Quran

Daripada Aishah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Orang-orang yang boleh membaca al-Qur’an dengan lancar dan tajwid yang betul, mereka sama taraf dengan malaikat yang merupakan utusan Allah dan mereka sentiasa berbakti dan patuh kepadanya, sebaliknya bagi orang yang boleh membaca al-Qur’an tapi tidak lancar dan tajwidnya pula kurang baik akan memperolehi dua pahala”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, January 03, 2019

Selamat Tahun Baru 2019


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tak terlewat lagi nak mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca belog elissmie.com . Alhamdulillah masih lagi diberi keizinan dari Allah untuk terus meneruskan perjalanan kehidupan yang entah bila belum pasti. Selamat tinggal 2018 yang memberi 1001 kenangan manis buat kita semua. Semoga tahun 2019 menjanjikan lebih banyak kenangan terindah buat kita semua. 

Azam korang tahun ni apa yer? Ke carry forward je azam tahun-tahun lepas. hahaha. Tahun ni memang berazam nak kuruskan badan tapi nampak macam tak nampak sinar lagi ni. Tunggulah lengkap penyusuan 2 tahun . hahaha. So azam tahun ni nak menyusukan my nawfa sepenuhnya. Semoga Allah permudahkan jalan.

Terima kasih Allah hadirkan pengasuh my Nawfa yang baik yang boleh menjaga my Nawfa .  

My Nuha dah tahun 5 tahun ni. Masih lagi pengawas. My Nayla dah bersekolah tadika. Masih di tadika yang sama dari 4 tahun. Sekarang kiranya dah kakak senior tapi masih lagi macam nak menangis bila nak drop atau lambat pick up dari tadika. Sabar je la mak. Tahun depan harap tiada drama air mata bila naik tahun 1. Rasa kena cuti seminggu kot tahun depan. hahaha. Tahun ni cuti sehari je settlekan yuran my Nuha kat sekolah kebangsaan dan sekolah agama sambil-sambil luangkan masa dengan my hubby sempena birthdaynya.Nanti celebrate sekali dengan my Nayla lah. haha.Hadiah pun dah dapat tu. My Nayla masih tak dapat uniform sekolah sebab tahun ni tadika dia tukar warna uniform. Pakai je la baju biasa dulu . Katanya akhir bulan 1 baru dapat uniform.


Selamat bersekolah anak-anak. Semoga diberi kefahaman dalam pembelajaran dan mendapat ilmu yang bermanfaat . 

Daripada Fadhalah bin ‘Ubaid RA berkata; Nabi SAW mendengar seseorang berdoa dalam solatnya dan tidak mengucapkan selawat kepada Nabi SAW, kemudian Nabi SAW bersabda: "Orang ini telah tergesa-gesa." Kemudian Baginda SAW memanggilnya dan berkata kepadanya atau kepada orang lain: "Apabila salah seorang di antara kamu bersolat, maka hendaklah dia memulai (doanya) dengan memuji Allah SWT, kemudian berselawat kepada Nabi SAW, kemudian berdoa setelah itu dengan doa yang dia kehendaki." Abu ‘Isa berkata; hadith ini adalah hasan sahih. (Hadith riwayat At-Tirmizi, No: 3477, Abu Dawud, No: 1481, an-Nasaie, No: 1284, Ahmad, No: 22811).

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)