Friday, June 29, 2018

Team Raya Terengganu 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Masih mood hari raya kan? Tak mula pergi lagi open house minggu ni kan. So kita update kisah hari raya tahun ni 2018. Macam biasa lah kan, mesti la raya Terengganu. Tahun ni giliran beraya di rumah mentua saya. Tak ada beza mana pun sebab lepas tu beraya di rumah ma abah saya jugak. .Bertolak ke Terengganu hari Selasa . Alhamdulillah tak jammed, 4 jam sahaja dah sampai sebab tak berhenti . Perjalanan balik hari Sabtu tu jammed sikit masa kat Genting. Ada anak sepupu my hubby tumpang, so mak banyak membuta di belakang tak perlu jadi co pilot macam biasa. hahaha

Alhamdulillah, masih merasa nasi dagang sedap lagi tahun ni. Tahun ni nasi dagang import dari rumah My Sil. Mak mentua just buatkan kuah nasi dagang je. Saya tukang rasa kuah nasi dagang dan kuah sate je kat rumah mentua. hahaha.Tahun ni tak buat tapai. Kat rumah ma saya, ada abang Ngah dan adik saya. Abang Long beraya kedah tahun ni. Malam raya saya dan suami bakar satey. 100 cucuk jugak.Baru terasa suasana raya. 


On the way ke Masjid Paka di pagi raya. 

Tahun ni baju tema caca merba sebab my Nayla tak nak warna lain bila dah test baju tu. My Nuha pulak dah berkenan baju tu dan warna macam adik tak ada. So redha je la. Saya memang pakai apa yang ada je . Beli tudung je. My hubby pun repeat baju lama je.Maklumlah tak puasa sebulan , raya pun malas. huhuhu 

Gambar dengan family mentua 

#teamrayarumahmentua

Ma dan Abah terchinta

Family Ngah #teamhijau

Family adik saya #teamcacamerba jugak ni. haha

#teamrayakedah

Harus amik gambar dengan my hubby macam biasa. 

Me @ 27 weeks masa ni

Gambar satu keluarga. 

Tengok my Nayla tu ada je peel dia.In sya Allah, tahun depan beraya berlima pulak :)

My Nuha dan My Nayla. 


Jangan lupa untuk berpuasa enam pulak yer :) Selamat menjalani ibadah puasa bagi yang berpuasa enam yer. 

Monday, April 23, 2018

Pengalaman Percutian di A' Famosa Resort, Melaka

Korang ada merancang untuk percutian dalam masa terdekat? Asal nak bercuti je mesti kita serabut nak fikir nak bercuti kat mana, berapa banyak nak kena budget dan kat mana nak menginap. Apa nak susah-susah, dalam Malaysia ni banyak lagi tempat yang boleh dilawati untuk percutian. Salah satunya adalah Melaka. Kalau ke Melaka, saya memang cadangkan untuk menginap di A’Famosa Resort. Korang boleh book a famosa resort package online .Mudah sangat cuma dihujung jari. 

Terdapat pelbagai pilihan tempat penginapan yang menarik yang boleh di pilih di A’Famosa Resort seperti berikut : 

Resort Hotel
Condotel dan Apartment
Villa 
Villa Suite



Apa yang menarik  di A Famosa Resort ? Ada 3 tarikan utama yang menarik di A’Famosa Resort iaitu Water Theme Park, Safari Wonderland dan Old West.

A'Famosa Water Theme Park



Yang paling seronok dan dinantikan oleh anak-anak saya semestinya di  A'Famosa Water Theme Park. Maklumlah ianya merupakan Taman Tema Air Terbesar di Malaysia kan. Masa pergi dulu memang antara acara utama sempena Hari Keluarga syarikat my hubby bertempat di A'Famosa Water Theme Park. Banyak tempat yang menarik dalam Water Theme Park yang mesti dicuba. Mesti kena cuba semua taman tema  yang ada untuk merasai setiap kelainan taman tema yang ada seperti berikut :

Arabian Village  - Taman tema yang dilengkapi gelungsur bertemakan Arabian

Kid Adventure Pools – Taman tema sesuai untuk kanak-kanak yang dilengkapi gelungsur mini, gelungsur air dan air pancuran.

Sandy Beach – Taman tema yang dilengkapi dengan pasir pantai bagi berada di persisiran pantai

Family Raft – Bergelungsur menggunakan pelampung ‘raft’ bersama keluarga tentu menyeronokkan

Wave pool – Taman tema berombak apabila siren dibunyikan

Lazy River – Rasakan pengalaman menyelusuri seluruh taman tema dengan pelampung

Big Ice Cream- Salah satu Ice Cream tertinggi dan terpanjang di Asia Tenggara dengan ketinggian 20.8 meter, diameter diameter terluas 18.3 meter dan panjang keseluruhan Ice Cream adalah betul-betul 108 meter

Wa Ha Ha – Rasakan pengalaman seakan-akan efek tsunami menggunakan pelampung

Hula Hula – Gelungsur yang semestinya mencetuskan ‘adrenaline rush’ bagi korang

Inner Tube – Terdapat 2 gelungsur tertutup yang membawa anda ke dalam kegelapan dan anda tidak akan tahu kemana korang akan dibawa, dan korang tak akan nampak sehingga korang sampai ke penghujung.

High Speed Ride – Meluncur dari gelungsur setinggi 7 tingkat tentunya memberikan kelainan dan cabaran kepada anda

A'Famosa Safari Wonderland



Bagi korang yang ada anak-anak yang cintakan haiwan dan binatang peliharaan, A'Famosa Safari Wonderland memang tidak mengecewakan. Anak-anak korang tentu seronok sebab bukan sahaja dapat melihat pelbagai jenis haiwan yang ada disini. Bahkan diorang boleh merasakan pengalaman memberi makan kepada haiwan yang ada.

Antara tarikan yang ada di A'Famosa Safari Wonderland adalah : -

Safari Adventure – Dengan menaiki trak yang disediakan korang akan merasai pengalaman secara dekat mendekati kehidupan binatang liar seperti harimau , unta, zirafah dan pelbagai jenis binatang liar lain yang dilepas bebas.

Walk Thru Area  - Kawasan landskap yang dihias indah untuk korang meneroka melihat pelbagai jenis haiwan seperti flamingo, merak dan lain lain. Kat sini juga korang boleh memberi makan kepada arnab , kuda padi dan sebagainya.

Farm House – Kawasan ternakan pelbagai arnab dan ayam.  Yang best, korang dan anak-anak korang diberi peluang mendekati anak-anak ayam.

Multi Animal Fun Time – Saksikan persembahan pelbagai haiwan seperti beruang, burung hantu , kucing dan pelbagai jenis lagi.

Elephant Encounters – Saksikan kelincahan aksi si gajah membuat persembahan

Color of the Bird – Saksikan persembahan burung seperti kakak tua, helang dan gagak

Monkey Island – Perjalanan ke Pulau Monyet tentunya memberikan kelainan selain dapat melihat dengan lebih dekat haiwan diberi makan secara dekat di tengah-tengah tasik

Reptile House – Disini korang akan melihat pelbagai sepsis reptilia dan amfibia yang pelbagai saiz, warna dan jenis.

A Famosa Old West

Di kawasan Old West ini seakan-akan korang berada di perkampungan Cowboy. Antara yang menarik di sini adalah :

Red Indian Show 

Fireworks 

Carnival

Fun Fair 

4D Theatre 

Children Theme Park

Macam mana dengan pengalaman saya di A’Famosa Resort ni? Mesti korang pun dah tak sabar nak bercuti bersama keluarga di sini kan? Apa tunggu lain, bertindaklah sekarang. Semoga mendapat kenangan indah dan pengalaman yang menarik disini. Selamat Bercuti !

Thursday, March 29, 2018

Review Philips Steam Iron Perfectcare Performer GC8755

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni saya nak review satu produk yang saya baru guna iaitu Philips Steam Iron Perfectcare Performer GC8755. Rasanya produk ni idaman setiap wanita nak memudahkan kerja-kerja gosok baju. Saya beli secara kutu. So bulan-bulan pejam mata je lah bayar. Dari tahun lepas lagi dah start. Sebenarnya bayar untuk model lama, tapi dah rezeki kan dapat yang model baru dengan harga lama. Untung sangat mak nak. Terima kasih lah Zaila. Semoga Allah memberi rezeki yang berlipat kali ganda.

Excited sangat nak unboxing kan. Tak mampu nak unboxing Sephora. hahaha. Ops


Sebelum unboxing iron tu, unboxing papan seterika dulu.Besar gedabak . Nasib muat papan tu naik Cik Vina. Tapi lalu atas kepala anak-anak lah. 


Perkara pertama untuk buat adalah isi air kat tank dia ni. Pastikan air bertapis katanya. Tank dia 1.8 L. Masa menggosok pun boleh tambah air. Tank ni boleh cabut (detach) . Cara nak pasang pun mudah je, masukkan kat bahagian depan dulu, lepas tu tolak je sampai bunyi klik. 


Dah pasang plug segala, tekan je butang tengah tu. Nanti akan ada bunyi tit tit  ( lebih kurang 2 minit lepas tekan)  menandakan dah boleh mula iron.


Nanti dia akan menyala biru tu. Lepas tu tak reti-reti nak iron. Kalau first time dia macam lambat sikit keluar wap tu sepenuhnya. Tapi lepas tu ok lah.



Masa menggosok memang kena tekan sentiasa bawah pemegang tu kalau tak tak keluar wap tu. Tapi kalau ada kawasan yang berkedut melampau, tekan 2 kali kat bahagian bawah pemegang tu. Fungsi tu pun sekejap ajer dan lampu tu akan berkelip-kelip . Bila lepas dah bertukar balik kepada biasa.


Fungsi turbo pun ada. Yang saya perasan wap dia lagi besar dan air jadi cepat habis la. Untuk fungsi turbo korang tekan dalam 2 saat kat butang On tu sampai dia jadi menyala warna putih ni. Nak kembali pada fungsi biasa tekan balik kat On tu . Mudah jer . Kat tepi butang tu ada butang decalc .


Dalam iron ni siap ada bekas yang disediakan untuk fungsi decalc ni. 


Seelok-eloknya dilakukan seminggu sekali untuk menjaga fungsi iron ni. Untuk decal tekan lama je butang decal kat tepi butang On tu. Fungsi ni amik masa 2-3 minit sahaja. Jaga-jaga air panas lepas dah decal tu yer.

Review saya yang baru 3 kali guna iron ni, iron ni memang sangat memudahkan kerja-kerja menggosok dan yang paling best tidak terbakar baju mak nak. Dah lost count dah baju saya yang terbakar sebelum ni. Ada yang boleh mak alter , mak pakai. Yang mana tak boleh terpaksa la jadi kain buruk. Tapi dengan Philips Steam Iron Perfectcare Performer GC8755, katakan tidak kepada baju terbakar. Ayat minta kecam nampak. Gosok sekali je kat atas sampai ke bawah tak perlu gosok. Kalau tudung sekolah my Nuha jenis yang 2 lapis tu sampai mak stress la masa awal tahun hari tu. Ni kalau gosok hari-hari mak boleh senyum je.Mau tidak, selama ni sejam , sekarang tak sampai 30 minit dah siap semua baju sekolah anak ( 10 pasang baju sekolah dan 6 pasang tudung ) .Perghh.. Berlagak betul rasa ayat ni. Saya bagi 5 bintang untuk Philips Steam Iron Perfectcare Performer GC8755. 

Tak terliur ke korang ? 



Kalau tak faham jugak apa yang saya tulis korang boleh la video kat atas ni. Terima kasih pada yang buat video ni. Video ni saya dapat dari Zaila. 


Untuk pembelian : 

 Boleh Contact Zaila yer untuk pembelian tapi tak dapat lah harga lama.  Boleh risik-risik dengan Zaila untuk harga baru samada pembelian tunai atau kutu .Klik je link ni www.wasap.my/60129706828


Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Demi tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, kamu tidak akan masuk Syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dikatakan beriman dengan sempurna sehinggalah kamu berkasih sayang. Sukakah kamu jika aku tunjukkan sesuatu apabila kamu melakukannya nescaya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah ucapan salam di kalangan kamu.”
(Riwayat Muslim


Thursday, March 22, 2018

Cara tuntut bayaran hibah Takaful Ikhlas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Minggu lepas saya ada terima emel dari Takaful Ikhlas berkenaan perlu membuat tuntutan hibah untuk Sijil Takaful Am yang bertarikh luput pada atau sebelum 31 Mac 2016 . Sebelum ni memang renew insurans kereta guna Takaful Ikhlas. Tak pernah pulak tahu boleh buat tuntutan . Ingat dapat scam emel,  terus pergi website Takaful Ikhlas. Memang sah ada. Terus download borang dan suruh my hubby tandatangan. Mudah sangat . Dah la ada pelbagai cara boleh submit borang tu. Mesti lah saya pilih cara paling mudah. Emel je. Scan borang dan emelkan kat diorang. 5 hari lepas tu saya dah dapat feedback melalui emel. Jumlah yang saya dapat hampir RM200. Siapa nak bagi kan. Ada 5 polisi yang terlibat. Satu polisi average dalam RM 20 - RM 50. Siapa nak bagi kan. Alhamdulillah.

Hibah adalah pemberian yang dibuat atas budi bicara daripada pihak Takaful IKHLAS di mana kadar yang diagihkan setiap tahun bergantung kepada jumlah yang diisytiharkan oleh pihak Takaful IKHLAS. Pihak Takaful IKHLAS hanya mengagihkan Hibah yang berjumlah RM10 ke atas kepada peserta yang layak, sekiranya tiada sebarang tuntutan difailkan dalam tempoh perlindungan kepada semua peserta produk Takaful Am.

Download borang, klik sini

Borang yang lengkap bertandatangan boleh dihantar menggunakan salah satu kaedah berikut

1) Melalui Pos: 

Jabatan Pengurusan Perhubungan Pelanggan,
Takaful Ikhlas Berhad,
Tingkat 2, IKHLAS Point,
Menara 11A, Avenue 5,
Bangsar South, No. 8, Jalan Kerinchi
59200, Kuala Lumpur.

2) Serahan Tangan: Mana-mana Pejabat Cawangan Takaful IKHLAS

3) Faks / Fax: 03-27118580

Attn: Hibah/CRM Department

(Untuk mengelakkan duplikasi, jangan hantar borang asal sekiranya anda telah faks kepada kami) /

4) Melalui E-mel / E-mail: crm@takaful-ikhlas.com.my

Butiran Pemegang Akaun Bank / Details of Bank Account Holder

Korang pernah buat tuntutan bayaran hibah? 

Daripada Samurah bin Jundab RA bahawasanya nabi SAW bersabda : Sebahagian daripada penghuni neraka akan dijilat api neraka hingga ke tumit, sebahagiannya hingga ke lutut, sebahagiannya hingga ke pinggang dan sebahagiannya pula hingga ke tulang leher.(Riwayat Muslim)


Friday, March 16, 2018

Lunch @ BBQ Chicken , Seksyen 7 , Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mengakhiri minggu ni dengan entry JJCM. JJCM @ elissmie antara entry yang paling banyak peminat di elissmie.com. 

Ni JJCM berapa minggu entah . Tapi yang pasti hari Jumaat lah. Rasa macam tiap-tiap hari Jumaat keluar makan sekarang ni. Lepas makan balik ofiz. Kalau time gaji, panjang la sikit langkah. Tak ada la lepas makan balik ofiz terus. hahaha. Kali ni Ziera dan Ad nak cuba rasa makanan korean pulak. So layan je lah. Sebenarnya agak ragu-ragu nak try , takut tak boleh terima kat tekak kan. Sushi sampai sekarang pun tak boleh telan. 


 Sebelum makan wajib posing dulu. Tuan tanah kedaung dengan Ziera


Ad dan Yatt


Ni Ad punya Chicken Mayo Dol Sob Bap RM 16.90


 Ni Ziera punya. Bulgogi Beef Korean Rice Ball with Hot hot Chicken RM 26.90



Ni saya punya. Bulgogi Beef Korean Rice Ball RM 17.90



Ni Yatt punya. Charbroiled Galbi Chicken and Shrimp Fried Rice RM 16.90


Korean Rice Ball Meal. Boleh pilih nak jenis mana, nak ala carte, grilled atau fried. 


11 Jenis Ayam yang boleh dipilih dari menu

Starters pun ada

Dinner set RM 23.10

Lunch Set siap Soup dan Air RM 16.90


Antara menu lain yang boleh dipilih

Overall , rasa 3 bintang, suasana 3 bintang, servis 3 bintang

Korang pernah cuba makanan korea? In ke tidak dengan tekak? Bagi saya boleh la. Boleh la telan. Mungkin tak suka seaweed pada nasi tu. Mungkin lepas ni boleh cuba menu lain pulak. 

Alamat : 

29 Jalan Plumbum R7/r, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor 40000

Waktu perniagaan: 

Daily: 11:00 - 22:30

Telefon : 

+60 55238081 

http://bbqchicken.com.my/
https://www.facebook.com/pg/bbq.chic.sek7/
https://instagram.com/bbqchickenmalaysia/

 Korang pergi mana cuti sekolah ni? Kami anak beranak duk rumah jer lah. Nasib la my Nuha ada lawatan ke Kidzania dengan sekolah dia, harap dia enjoy la sebab tak jadi nak balik kampung. huhuhu. 

Selamat balik kampung bagi yang balik kampung dan selamat bercuti bagi yang bercuti 

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2956)


Thursday, March 15, 2018

Kehamilan 14 Minggu, BSP dan Insulin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, minggu ni minggu ke 14 kehamilan saya yang keempat dan mungkin kali terakhir. In sya Allah. Pada minggu ke 13 , bacaan gula saya tinggi selepas MGTT iaitu 10 . Saya dirujuk kepada pakar dietician. Selepas 2 minggu bacaan BSP saya diambil. setelah ikut diet yang dianjurkan bacaan gula puasa BSP saya tetap tinggi iaitu melebihi 5.3. Dah la 2 minggu berturut-turut. Bacaan untuk HbA1c pun 6.4 dimana sudah border line. Maka terpaksalah saya diberi suntikan insulin untuk tidak merisikokan kandungan saya. Dah la berat turun 3KG gara-gara diet. Harap baby baik-baik sahaja. Lagi 2 minggu kena buat BSP lagi sekali dan scan baby. Last scan hari tu masa 12 minggu, Alhamdulillah baby dalam keadaan baik dan membesar mengikut carta. 

Setiap malam ni lah rutin saya. Jadi doktor sendiri. Nasib jarum insulin ni halus je dalam 4mm je macam tu. Tak rasa apa pun. Teringat dekat Makcik Fatimah.  Apa khabar dia sekarang. Sekarang dah sama macam Makcik Fatimah kena belajar cucuk insulin. 


Jarum untuk suntikan insulin yang dibekalkan oleh pihak klinik

Bacaan gula puasa selepas suntikan insulin . Terima kasih Rai bagi pinjam Glucometer ni
Sekali je kena buat dekat klinik untuk first time. Kali kedua dan ketiga buat kat rumah jer


Bacaan BSP kena ambil 4 kali . Pukul 8 pagi ( sebelum tu malam sebelum tu puasa sebelum pukul 10 malam) , lepas makan pukul 8 tu terus puasa , Pukul 10 ambil bacaan, makan tengah hari dalam pukul 12 dan terus puasa, pukul 2 ambil bacaan dan last sekali makan petang pukul 6 petang dan terus puasa , pukul 8 ambil bacaan.

Gula puasa <5.3 dan yang lain < 6.8 

Tempat yang boleh cucuk insulin. Tapi bahagian perut paling cepat kadar penyerapan insulin dan lebih seragam berbanding tempat lain.Bila dah cucuk kat perut memang kena cucuk kat perut jer la tak boleh kat bahagian lain pulak


Teknik Suntikan Insulin 

A) Penyediaan Pen

Buka penutup dan pusingkan pen. Masukkan rod piston dengan menekannya sehingga ke dalam.
Masukkan kartrij insulin ke dalam pemegang kartrij. Bahagian kartrij yang berwarna dimasukkan dahulu.
Tutup semula pen dengan memusingkan dengan ketat. Jikalau kandungan insulin anda adalah jenis yang keruh, katrij perlu digoncangkan dahulu sebelum guna (sila rujuk TIPS).

B) Periksa Aliran Insulin (Priming)

Gunakan jarum yang baru untuk setiap suntikan. Tanggalkan pelindung jarum dan masukkan jarum pada bahagian kartrij insulin yang berwarna. Buka penutup ‘luar’ dan simpan. Buka penutup ‘dalam’ dan buangkan.
Tarik butang dos and dial insulin sebanyak 2 unit.
Pegang pen secara menegak dan ketuk pen perlahan-lahan beberapa kali supaya gelembung udara naik ke atas kartrij insulin. Tekan butang dos sepenuhnya sehingga angka ‘0’. Titisan insulin sepatutnya kelihatan di hujung jarum. Jika tidak, ulangi langkah 4-6 sehingga titisan insulin kelihatan.

C) Memilih Dos

Tarik butang dos dan pusing sehingga mendapat dos insulin yang dipreskrib oleh doktor anda.
Butang dos boleh dipusing ke depan atau ke belakang semula jika terdial dos yang salah. Insulin hanya akan dikeluarkan apabila butang ditekan.

D) Menyuntik Dos

Tolak jarum ke dalam badan secara perlahannya. Tekan butang dos sehingga menunjukkan angka ‘0’. Biarkan jarum di bawah kulit selama 10 saat sekurang-kurangnya untuk semua dos insulin masuk ke dalam badan. Tarik keluar jarum selepas habis suntikan.

Penyimpanan Insulin

Stok insulin yang tidak digunakan harus disimpan dalam peti sejuk.
Insulin pen yang sedang digunakan disimpan di suhu bilik.
Insulin yang tidak disimpan dalam peti sejuk akan luput selepas 1 bulan.
Simpan di tempat yang jauh daripada sinaran matahari.
Jangan simpan insulin di dalam kereta.
Tanggalkan jarum selepas setiap suntikan.

Kesan Sampingan

Insulin boleh menyebabkan hipoglisemia (paras gula rendah dalam darah). Hipoglisemia berlaku apabila tahap gula lebih rendah dari 4.0 mmol/L. Tanda-tanda hipoglisemia adalah seperti menggeletar, berpeluh dingin, pening, lapar, gelisah dan berdebar-debar. Hipoglisemia boleh berlaku apabila:

Tidak makan selepas suntikan insulin atau makan terlalu sikit
Senaman berlebihan
Dos insulin yang terlalu tinggi
Masalah buah pinggang
Jika anda mengalami sebarang tanda hipoglisemia, ambil makanan/minuman bergula seperti 1 sudu besar madu, ¾ cawan jus, 3 sudu kecil gula dengan segeranya.

Sentiasa bawa bersama anda snek yang bergula seperti gula manis untuk menangani symptom hipoglisemia.

credit : http://www.myhealth.gov.my/teknik-suntikan/

Korang pernah ada pengalaman kena cucuk Insulin dan prosedur BSP?


Daripada Abu Zar RA beliau berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan ikutilah setiap (amalan) kejahatan dengan (amalan) kebaikan yang dapat menghapuskannya serta berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik." Hadith semakna juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah.  Abu Isa berkata; Ini adalah hadith hasan sahih.
(Hadith riwayat at-Tirmizi, No.Hadith : 1987)

Thursday, March 08, 2018

Homestay Pantai Balok @ Hamed Homestay , Kuantan Pahang

Dah masuk bulan cuti sekolah ni ? Korang ada book mana-mana tempat percutian ke ? Ni hah nak promo satu homestay di Pantai Balok , Kuantan, Pahang. Nama Homestay Pantai Balok @ Hamed Homestay . Ni homestay ayah sahabat saya, Linda masa sama-sama belajar masa degree dulu. Keselesaan adalah dijamin bagi setiap tetamu jika menginap di homestay ini. Jalan kaki pun boleh sampai ke kawasan pantai ni sebab cuma 100 meter je jarak ke Pantai Balok. Best tak best ni. Jom kita tengok kemudahan yang ditawarkan oleh Homestay Pantai Balok @ Hamed Homestay .





Kemudahan yang disediakan:

1. Keperluan tempat tidur
* 3 bilik tidur dan 2 bilik air
* 3 bilik berhawa dingin
* 4 katil queen size / kelamin.
* 1 mesin basuh
* bantal, selimut, sejadah, penyidai tuala, hanger, kipas, iron.

 2. Keperluan dapur

* Dapur gas 2 tuku
* Peti Sejuk
* Meja Makan
* Peralatan asas termasuk cerek elektrik
* jug air, cawan, gelas, sudu, pinggan

3. Keperluan ruang tamu 

* ruang tamu yang selesa dengan set perabot jati
* ruang menonton television
* television
* kipas
* Astro


Blog: http://hamedmddin.blogspot.com/

Maklumat Homestay :

Alamat homestay :

No 140, Lorong 11,
Balok Maju,
26100 Kuantan,
Pahang.


Lokasi Homestay: 

1. 15 minit ke bandar Kuantan.
2. 100 meter ke Pantai Peranginan Balok.
3. 100 meter ke De Rhu Beach Resort & 5 mnit ke Swiss Garden Resort & Spa.
4. 500 meter ke 7Eleven,KFC, Pasar Balok, Pasaraya Eng Hong, Jaya Gading.
5. 500 meter ke Stesen Minyak Petronas Balok- Kemudahan mesin ATM
6. 5 minit ke Pantai Peranginan Batu Hitam
7. 10 minit ke Kawasan Perindustrian Gebeng
8. 20 minit ke Pantai Cherating.
9. 30 minit ke Gambang Water Park.
10. 5 km dari ILP Gebeng.
11. 5 km dari kawasan perindustrian Gebeng.
12. 5 km dari  TLDM Tanjong Gelang.
13. 8 km dari Maritim Kuantan.
14. 5 km dari Pelabuhan Kuantan. 

Kadar Sewaan :

RM 160 sehari
Harga masih boleh dirunding.

Check in: 2.00 pm
Check out: 12.00 pm

Tempahan boleh melalui En Hamed 013 955 2115 @ Puan Razemi 016 980 1954

Daripada Abi Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Talib RA katanya : Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW : "Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada sesuatu yang tidak meragukanmu kerana kebenaran/kejujuran itu ketenangan dan sifat dusta itu mendatangkan keraguan.
(Hadith Sahih riwayat At-Tirmizi, No.Hadith : 2518)

Friday, March 02, 2018

Pendaftaran Kemasukan Tahun 1 2019 & 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Korang ada anak Tahun 1 2019 & 2020? Pemohonan penempatan murid Tahun 1 ke sekolah rendah bagi tahun 2019 dan 2020 dah dibuka bermula semalam . 



Pendaftaran secara online dari 01.03.2018 hingga 31.03.2018

Lahir 02.01.2012 hingga 01.01.2013 sesi 2019
Lahir 02.01.2013 hingga 01.01.2014 sesi 2020

https://public.moe.gov.my

Awal lagi saya klik rupanya pukul 10 baru buka semalam. Terus register my Nayla. My Nayla tahun 2020 baru masuk tahun 1. Saya pilih sekolah yang sama dengan my Nuha jer. Senang. Nanti bila my Nayla Tahun 1, my Nuha dah Tahun 6 nak amik UPSR. Sekejap pula rasanya.

Untuk kali pertama, korang klik DAFTAR MASUK 


Untuk daftar kena masukkan maklumat kat atas. 

Antara maklumat yang diperlukan adalah maklumat ibu bapa dan maklumat imunisasi. Nasib ada tulis kat blog. Hahaha

 
Rekod imunisasi my Nayla


Boleh rujuk jadual kalau tak faham

Pastikan membuat pengesahan 2 minggu lepas tarikh mohon ke sekolah yang dimohon dengan membawa dokumen diatas

* Updated - Dah pergi sekolah yang dimohon. Dokumen yang tertinggal - Sampul surat beralamat sendiri dengan setem RM 1 dan salinan kad imunisasi. Bulan September 2019 kena datang sekali lagi untuk pengesahan



Bila dah hantar permohonan boleh klik Semak Permohonan.


Jangan lupa cetak Surat Permohonan Sekolah dan Surat Persetujuan Kesihatan

Korang ada anak Tahun 1 Tahun 2019 atau 2020 ? 


Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Biarkanlah aku dengan apa yang aku tinggalkan kepada kamu semua. Sesungguhnya telah binasa orang yang sebelum kamu tidak lain kerana banyak persoalan dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka. Maka apabila aku melarang kamu daripada sesuatu urusan, jauhilah ia dan apabila aku memerintahkan kamu dengan suatu urusan, lakukanlah sekadar yang termampu."
(Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 7288)

Wednesday, February 28, 2018

Kehamilan 12 Minggu & Pengalaman Pemeriksaan di Klinik dan Hospital Kerajaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, minggu ni adalah minggu terakhir saya dalam trimester pertama kehamilan. Minggu depan dah masuk trimester kedua kehamilan. Bagi yang follow saya di instagram , mungkin dah ramai yang tahu. Walaupun tidak post secara direct tapi kalau baca #(hastag) dah boleh agak dah la. 

Alhamdulillah, masa scan pertama sudah nampak kantung. Maklumlah pengalaman mendewasakan. Risau ectopic berulang. Masa tu baru 5 minggu. Scan pertama di Klinik Ajwa. Dan repeat scan masa 10 minggu di Hospital Shah Alam , sudah nampak janin dan detak jantung. Satu perasaan yang melegakan.In sya Allah, saya akan melahirkan pada September ni.Anak yang terakhir nak ikut bulan birthday Ummi dia nampaknya.Jimat kos boleh sambut sekali macam my Nayla dan my hubby. My Nuha dah lahir masa anniversary percintaan kitorang kan. So adil la kat situ. Kali ni merasa morning sickness tapi Alhamdulillah dalam 3 minggu sahaja. Sekarang dah ok.

Kali pertama buat buku pink. Merasalah checkup di klinik kerajaan. Sebab nak merasa juga perkhidmatan hospital kerajaan menggunakan kelayakan yang ada kan. Selama ni tak ada hospital kerajaan di Shah Alam , so dah ada ni kita guna sebaiknya. Memang nampak la perbezaannya. Dulu bila refer ke hospital pakar, terus dapat jumpa pakar, tapi di pakar kerajaan, bila refer, kena dapatkan appointment dulu. Untuk jumpa pakar, kakitangan kerajaan percuma jer. Alhamdulillah. Tapi kena tunggu tarikh appointment jer lah. 

Bila tak dapat jumpa doktor pakar, klinik pakar suruh saya buat buku pink di klinik kesihatan yang berdekatan. Saya terus ke klinik Seksyen 7. Klinik yang paling dekat dengan ofiz.Nasib baik diterima. Pada mulanya memang tak nak terima sebab alamat rumah diluar kawasan tapi nampak kesian agaknya muka saya ni. Sekarang macam rumah kedua pulak klinik Seksyen 7 tu. Parking satu hal jugak. Sekarang saya parking di Hospital Shah Alam. Menapak lah jugak. Perut masih kecil gagah lah lagi. Dah besar nanti rasanya kena pergi dengan Uber lah nampaknya.

Seharian kat klinik baru dapat buat buku pink sebab saya silap daftar kat kaunter klinik biasa. Dah dah klinik ibu mengandung tutup pukul 12 dan buka balik pukul 2. Tapi sebab nak buka jugak, memang mak redha menunggu lama pun. Pukul 4.50 petang kot baru selesai semua . Saya sampai kat klinik dalam 10.30 pagi sebab pergi Hospital pakar Shah Alam dulu. Buku pink tu kena buat 2 salinan, nak kena tulis sejarah mengandung semua, checkup, konsultasi dengan nurse dan doktor. Saya dapat sticker hijau sebab kandungan saya kandungan berisiko. Saya memang dah ada darah tinggi. So doktor tukarkan ubat darah tinggi saya kepada Methyldopa. Dah la kena makan 3 kali sehari. Alhamdulillah serasi dengan ubat ni , tekanan darah lagi cantik dari sebelum mengandung.Tapi yang tak tahan efek dia mengantuk. 

Masa checkup rutin darah tinggi dulu, bacaan gula saya border line (6.9). So kat klinik kerajaan kena minum air gula masa 6 minggu hari tu. Sekali result keluar bacaan 10. Terus kena buat appintment jumpa dietician dan buat BSP. Nanti lah cerita pasal ni. So far result ok tapi kena repeat sekali lagi Ahad ni. Harap-harap ok la. Makan pun ala-ala diet la ni. Sedikit tapi kerap.  Konsep suku-suku-separuh gitu. Masa tak mengandung melantak banyak tak hengat. Berat pun dah naik ni. Tapi sebab dah obese masa mengandung ni berat maksimum yang boleh saya naik cumalah 9KG. huhuhu. So pandai-pandai la jaga makan. Sampai sini dulu lah coretan kehamilan setakat minggu ni. Doakan saya dipermudahkan proses kehamilan hingga bersalin nanti. Saya pun mendoakan kesejahteraan kalian yang mendoakan saya. 



Kontroversi UPT ni sebab lepas sejam baru double line. Ingatkan negatif tapi tubuh rasa memang positif sebab dah lewat seminggu. 

Korang pernah buat pemeriksaan mengandung di klinik kerajaan?


Daripada Amru bin Syu'aib daripada ayahnya daripada datuknya, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perintahkanlah anak-anak kamu untuk melaksanakan solat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun. Apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya serta pisahkanlah tempat tidur mereka." (Berkata an-Nawawi, hadith hassan sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang hassan. No. Hadith : 495).


Thursday, February 22, 2018

Pengalaman Pertama Menggunakan GrabCar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . Biasalah si jakun ni, bila dah terdesak terpaksa lah guna teknologi yang ada. Hari tu my hubby drop dekat klinik sebab saya ada appointment. Tapi my hubby rushing nak pergi ofiz dia. Terpaksa lah mak memikir alternatif nak balik ofiz. Standard klinik kerajaan, lepas 2 jam baru boleh balik. Kalau my hubby tunggu mau hangen kus kus satu badan. Lariksss..Tak per lah yang, demi anak you, ai redha je la. 

Mula-mula ingat nak cari teksi kat depan tu , hari tu Zul ada demo aplikasi Uber tapi saya dah uninstall, teringat Long cakap GrabCar lagi murah. Terus install GrabCar. Proses pendaftaran pun mudah, masukkan nombor telefon dan code akan di sent kat handphone korang. Dah boleh guna aplikasi tu. 

 Untuk yang first time, korang boleh download App GrabCar tuh kat sini ( Klik) .  Dapatlah diskaun RM3. Bila dah log in tu, Masukkan pick up point dan drop point . Kalau ada promo code boleh masukkan kat ruangan Promo. Kalau tak nak guna Cash, klik kat Cash tu boleh pilih pilihan lain Credit Card atau Debit Card. 

Dah keluar harga siap-siap kat situ. Saya tengok harga pun berubah-ubah mengikut masa. Bila dah confirm, tekan Book. Nanti bila dah ada driver yang accept, kita akan nampak profile pemandu tersebut dan kereta tersebut dalam perjalanan menuju ke lokasi pick up kita. Mudah kan. So boleh terus tunggu siap-siap. Bila dah sampai pun akan keluar pop up pemandu kita dah sampai. Bila dah sampai ke destinasi pun akan keluar pop up untuk kita ratingkan pemandu tersebut. Bagi ***** tanda terima kasih kita kepada pemandu tersebut jika perjalanan selamat sampai dan memuaskan. 


Jika resit korang boleh claim, tak perlu risau, korang akan menerima resit melalui emel yang kita daftarkan untuk aplikasi grab tu. Ni resit saya hari tu. Terima kasih Mr Lim.  

Korang pernah ada pengalaman menggunakan GrabCar?


Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)

Monday, February 19, 2018

Perbandingan Harga Insurans Motor Etiqa Insurance dan Takaful Ikhlas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Korang dah mula kerja balik ke? Nampaknya saya masih menjadi penunggu ofiz hari ni. Pulun kerja sorang-sorang hari ni lepas ni boleh relaks.Memandangkan insurans dan roadtax cik Vina kita dah nak expired makanya marilah kita renew sebelum duit habis sebelum waktunya. Hari ni nak buat perbandingan insurans motor antara Etiqa Insurance dan Takaful Ikhlas. Malas nak compare yang lain.Kalau korang jumpa yang lagi murah bagitau lah. Next year boleh tukar lain pulak. Yang penting nak yang dihujung jari je la. Roadtax boleh sambung kat pejabat pos kat bawah ofiz ni jer.Jimat dari guna myEG. Selalu Ad yang guna Etiqa ni. Ternyata memang murah berbanding Takaful Ikhlas. Selamat tinggal Takaful Ikhlas. Hampir 12 tahun menggunakan Insuran Motor Takaful Ikhlas . 




Etiqa Insurance walaupun sum insured RM 34,000 namun kena bayar RM 689.50. Premium lagi rendah dari takaful ikhlas

Untuk dapatkan quotation Etiqa : https://www.etiqa.com.my/getonline/SMinsuranceQQ1



Yang ni Takaful Ikhlas. Saya tersilap generate balik(NCD 0%) tapi nak tengok beza tang windscreen tu ( RM 385.06) padahal insured RM 1500  . Tadi saya generate dengan NCD 55% , kena bayar RM787.83 . Premium pun lagi tinggi walaupun cover lagi murah dari Etiqa. RM32,000 tapi premium RM1123.05.

Untuk dapatkan quotation Takaful Ikhlas - https://w7.financial-link.com.my/PremiumLink2/login.jsp?compcode=A1

Beza antara Takaful Ikhlas dan Etiqa Insuran
=
RM 98.33

Zaman gawat ni kan, selagi boleh jimat kita jimat.

Itu saja perkongsian untuk hari ni. Insurans katanya berubah-ubah naik dan turun macam harga emas gamaknya . Mungkin esok lusa, berbeza pulak. So perkongsian ini adalah valid untuk hari ini sahaja. So kalau nak renew insurans tu comparekan dulu harga. Kalau malas nak buat online, boleh pergi pejabat pos, kat pejabat pos pun korang boleh request nak yang paling murah. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Korang selalu guna Insurans Motor apa? 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan memasuki syurga melainkan mereka yang enggan, "Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, lantas siapakah yang enggan?" Nabi SAW menjawab: "Sesiapa yang taat kepadaku akan memasuki syurga dan sesiapa yang mengingkariku bererti dia enggan masuk syurga."
(Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith :7280)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)