Wednesday, October 25, 2017

You Can't Turn That Into a House @ Astro FYI

Rancangan terbaru yang saya layan kat Astro FYI ni adalah You Can't Turn That Into a House. Saya baru sempat tengok 2 episod back to back hari Sabtu lepas. Rancangan ni macam biasa lah make over sesuatu yang kita rasa macam tak logik jadi sebuah rumah. 


Episod yang saya tengok tu adalah 2 bas buruk yang dicantumkan menjadi sebuah rumah lengkap dengan bilik tidur, ruang tamu, bilik air dan dapur. Kat luar rumah ada beranda yang boleh entertain orang sampai 20 orang katanya. Perghh.. Memang lawa lah tapi tak banyak gambar yang saya jumpa.




Beranda



Ruang makan dan dapur



Bilik tidur siap aircond lagi


Bilik air. Pintu bilik air tu memang pintu bas yang asal.



Ruang tamu. Tak nampak macam dalam bas dah kan?



Episod yang saya tengok yang kedua pulak dari Carnival Trailer. Trailer ni adalah dari turun temurun, kiranya dari family business dari tahun 1920 an tak silap. Dia nak jadikan guest house kat tepi rumah dia dan boleh bergerak sekali. So tema dalam trailer tu pun nak dikekalkan jadi konsep Carnival lah gitu.


Ruang tamu. Siap ada kereta langgar yang asal lagi yang dijadikan sofa. 


Menarik kan? 


Bilik tidur. Headboard katil tu dibuat dari tempat tiket jualan tiket masa carnival. 

Ruang bilik air


Ruang dapur. Siap ada mesin popcorn gitu. 


Full view ruang dapur


Lampu kat ruang tamu

Korang suka layan rancangan kat  Astro FYI?


Daripada Abu Umamah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu semua membaca al-Qur’an, sesungguhnya al-Qur’an itu akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya.”

Monday, October 23, 2017

Ke IKEA Cheras ke Kita ? | Santai Penyet @ My Town

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Akhirnya jejak kaki jugak kami ke IKEA Cheras. Jarang nak cuci cuci mata ni. Layankan ajer. My Long nak bawa budak berdua tu berjalan sebab dah lama tak jalan KL. Kat sebelah IKEA Cheras tu ada mall baru nama dia My Town. So 2 in 1 lah kaedahnya yer. 


Harus bergambar kat sini kan.


Dalam IKEA , mak cuci mata sepenuhnya. Tak ingat nak amik gambar. hahaha
Kena repeat lagi gamaknya. Tapi memang jenuh la habis satu IKEA kami tawaf.


Seketul je gambar dalam IKEA gambar budak berdua ni. Nama pun cuci mata kan. Ada la jugak 2 ketul barang berjaya dibeli. Frame gambar dan penyekat barang dalam laci tu.


IKEA dan My Town ni sebelah menyebelah je. Memang ada link. Kira macam bangunan yang sama pun yer jugak.


Mak tumpang selfie



Tengah hari kami lunch di Santai Penyet @ My Town.
B1-072 , My Town ( Rupanya Outlet Ayam Penyet AP)


my Nayla


Tengah menunggu pesanan . Penat gila dan lapar gila. hahaha


Ayam penyet


Ayam Bakar Penyet




Singgah kat sini menggamit kenangan kanak-kanak, Childhood @ My Town
B1-080 My Town

Kanak-kanak terkini pun nak makan makanan menggamit nostalgia mak bapak dan mak bapak sedara


Biskut yang kitorang beli . Nostalgia kan? 

Korang dah pernah sampai ke IKEA Cheras atau My Town ni?

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW sabdanya; “Binasalah hamba wang : dinar dan dirham, hamba pakaian, dengan segala macamnya yang menarik, jika diberi dia merasa gembira, dan jika tidak diberi maka dia tidak merasa gembira.”

(Riwayat al-Bukhari)

Friday, October 20, 2017

Ulang tahun perkahwinan ke 10 & Tombiruo : Penunggu Rimba

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah, 10 Oktober lepas genap 10 tahun usia perkahwinan kami. Terima kasih sayang untuk 10 tahun bersama jatuh dan bangun, tawa dan duka dalam melayari bahtera perkahwinan kita .Semoga kasih sayang dan cinta ini kerana Allah S.W.T. 

10 tahun lepas :) Rasanya gambar ni pertama kali saya tunjuk kat belog ni. Tema gambar ni peluk isteri masing-masing. hahaha. Masa ni adik saya solo lagi so dia peluk tiang kat tepi kot..hahaha



Kebetulan tahun ni anniversary kitorang jatuh hari sabtu, so pagi -pagi lagi dah janji dengan anak-anak nak bawa pergi jogging kat tasik. Maklumlah demi misi besar tahun depan. hahaha. So kena la aktif sikit kan. Semoga dipermudahkan urusan kami. Baby of 2018 maybe :p Doakan yer semoga ada rezeki anak lelaki, lama dah reserved nama  :) 


Saya dan my hubby pusing tasik ni dalam tiga pusingan. Sampai kat bahagian taman ni anak -anak dah nak berhenti berjalan. Kami paksa pusing lagi satu round baru dapat main. 

Bila dah second round tu saya dan hubby gilir-gilir lah pusing solo pulak. 


Lepas dah habis jogging apa lagi, kita makan dulu. hahaha


4 of us #tilljannah


Kitorang breakfast di Warung Kita , Bukit Raja
Pekena Nasi Lemak Ikan Tongkol


Belah malam pulak, anak-anak request makan KFC.


Seronok korang dapat makan KFC yer.

Ni kisah hari deepavali pulak. Anak-anak request nak tengok Tombiruo : Penunggu Rimba. Sebenarnya my hubby ajak tengok Bisik Pada Langit tapi tengok review kurang memberangsangkan so kami tengok Tombiruo : Penunggu Rimba. Nasib dah booking online awal-awal. Bercinta jugak nak kena beratur. Dah la nak beli popcorn pun panjang barisan kan. Tapi memang full house lah hall hari tu.

My Nayla yang first time tengok wayang . Setengah jam pertama makan popcorn dan tengok movie. Lepas tu tidur sampai dah nak habis movie. Sabar jer lah dik.

Kakak memang peminat drama melayu. Tak habis cakap sedih-sedih tengok  Tombiruo : Penunggu Rimba. 

Overall saya bagi 4/5 bintang. Kalau baca novel wajib kena tengok . Saya baca novel  Tombiruo : Penunggu Rimba kawan saya punya, Kak Yan masa degree dulu. haha. 

Jimat . RM 10 sahaja hari rabu tiket wayangnya . 

Daripada Muaz RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Firman Allah Taala (dalam Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganku akan mendapat minbar-minbar daripada cahaya yang diinginkan oleh para nabi dan syuhada ”.


(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih)

Tuesday, October 10, 2017

Katalog IKEA 2018 | Make Room For Life

Assalamualaikum dan Selamat Petang. Akhirnya sampai juga ke muka pintu rumah saya Katalog IKEA 2018 yang ditunggu. Mampu belek katalog je lah.Hahaha. Nama je duk sini, boleh bilang berapa kali pergi IKEA tu. Kita cuci mata kat katalog ajer lah yer. Rasanya sepanjang tinggal kat sini tak pernah lagi tak dapat katalog IKEA ni. Memang kawasan target customer IKEA agaknya perumahan kami ni. Selalu nampak lori IKEA kat sini. Yang tak dapat katalog IKEA 2018 versi hardcopy tu, boleh la cuci mata dengan versi online kat sini yer. Dah jangan sedih :)

Katalog IKEA 2018




Yang ni lagi hebat, siap hafal katalog IKEA 2018. Berbaloi bagi katalog kat dia :)

Jom lah kita tengok apa yang menarik kat dalam katalog IKEA 2018 kali ni yer. Tema kali ni 'Make Room For Life'



Ruang Makan. Lampu besar gedabak macam tu kat ruang makan, industrial look sangat nampak kan?


Ruang Tamu . Menarik pulak kalau buat stor macam kat belakang tu kat bilik belakang rumah kitorang yang tergendala tu. Siap ada tangga naik atas ke tempat stor. Menarik kan.


Dapur . Idaman kalau ada island kat dapur ni.


Bilik Tidur . Menarik pulak ada langsir belakang katil tu kan. Dah lama dah nak makeover bilik tidur kitorang tu. Tunggu my Nayla sub ke bilik My Nuha




Bilik Air . Bila ntah nak beli pokok letak kat bilik air tu. Menarik tengok ada tumbuhan segar.

 Antara produk baru di IKEA. Stylo pulak lampu meja tu.

 Simple je nampak sofa tu kan. Armchair tu pun nampak menarik.

Korang dah ada ke Katalog IKEA 2018 ?

Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW telah memberi satu khutbah yang belum pernah aku mendengar khutbah sepertinya sebelum ini, Nabi SAW bersabda, “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.” Katanya (yakni Anas) : lalu para sahabat Rasulullah menutup muka mereka  dan menangis teresak-esak.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Monday, October 09, 2017

Restoren Nasi Gegey,Seksyen 7, Shah Alam

Assalamualaikum dan Selamat Petang. Dah lunch ke? Kalau belum boleh la cuba lunch di Restoren Nasi Gegey ni. Tapi jangan pergi hari ni sebab tutup.haha. Cuba lagi esok.  Lokasi shop lot betul-betul sebelah Hospital Shah Alam tu. Ni kitorang lunch hari Jumaat lepas. Shop lot ni asalnya dulu adalah Restoren Big Brother yang telah menutup operasinya. Rasa sebelum ni Restoren Yati Ayam Percik atau sebelah yang sudah tak beroperasi jugak. 



Sebenarnya nak try western tapi katanya siap dalam masa 20 minit. Tak daya nak tunggu sebab dah lapar sangat . So kami pilih makan Nasi Gegey dan Nasi Kerabu Gegey . Sebenarnya Nasi Gegey ala-ala Nasi Kak Wok lah jugak. Ok la. Sedap jugak. Sambal pedas sket. Biasalah tak tahan pedas. hahaha. 


Macam Nasi Kak Wok jugak lah, makan dalam kertas !


Nasi Gegey RM 6.50
Nasi putih. ayam goreng, sambal belacan , kuah gulai dan keropok


Nasi Kerabu Ayam Percik RM 8
Nasi tak ada warna. Selalu makan yang berwarna kan. Ad kata ayam percik dia sedap dan lembut. 


Nak makan kena order dulu kat sini .Macam fast food kekdahnya.


Dekorasi kedai yang minimalis


Ada ruang permainan kalau mak nak makan dengan bertendang. Eh, bertenang. hahaha


Korang tau ke apa maksud Gegey tu? Gegey tu maksud dia bising :p
Cara nak sebut ge macam sebut (Tarian Gelek) so ge + gey



Air yang ekstrem pun ada kat sini. Tapi saya minum air kosong jer. Free flow lagi. haha
RM 14.90


Alamat :

Restoren Nasi Gegey, Shah Alam
No 12 & 14, Jln Plumbum N7/7, Seksyen 7, 40000 Shah Alam.
Waktu Operasi : 11 pagi 10 Malam 
ISNIN (Tutup)

Telefon :  013-8809896 

Maps :  https://goo.gl/maps/ULdZmPsaAQ72
Facebook : https://www.facebook.com/restorangegey/
Instagram : https://www.instagram.com/restorangegey/

* credit gambar tanpa watermark facebook Restoren Gegey

Sesungguhnya Allah Maha Lembut dan menyukai kelembutan dalam segala urusan.” (HR. Bukhari Muslim).


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)