Monday, February 13, 2017

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015

Biarlah cerita basi tapi nak jugak cerita kat blog untuk kenang-kenangan. Mungkin Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pertama dan terakhir dalam hidup kot. hahaha. Lepas ni tak tau la macam mana. Kot dah tak ada APC. Yer la semua nak kena potong bajet. Alhamdulillah, tahun 2015 menjadi kenangan kerana pertama kali mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang setelah 8 tahun berkhidmat di UiTM. Sebelum ni tak ada pulak terfikir nak dapat APC tapi sebab tahun 2015 tahun special sket sebab dipinjamkan untuk buat sistem untuk syarikat international selama 3 bulan . Projek pulak tamat ikut dateline.  Padahal yang banyak buatnya Zul [AnakPerak.Com] . Tumpang glemer jer lebih. hahaha

Kat UiTM ni pelik sket. Kalau kau APC tahun 2015, sambutannya dibuat tahun 2016,  akhir tahun pulak tu . Tu pasal cerita basi ni tak lah basi sangat sebab sambutan bulan Disember 2016 hari tu ni. Pengajuran pulak sekali dengan Bulan Inovasi 2016. Kiranya event tempelan ajer lah kami ni. Jimat kos gitu. Penganjuran tahun ni oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. Siap ada fashion show oleh alumni UiTM antaranya Rizman Ruzaini .Yang lain mak tak kenal.  Tapi fesyen ntah apa-apa ntah. hahaha. Mati lah mak kena kecam tak in.



Gambar cilok kat fb Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka



Dapat RM 1000 hujung tahun. Boleh la beli emas segram, yang lain tampung untuk persediaan anak sekolah 2017 . huhuhu. Konon nak beli oven dan mixer. Harap tahun 2016 dapat APC lagi..hahahaha
harapan sangat ;p


Dulu-dulu APC menu lunch..Skang hi tea jer pun.. Syukurlah...Tahun sebelum tu bihun goreng. Kitorang ok jugak la, Mee Goreng Mamak, Ayam goreng, murtabak dan kuih muih. Tahun ni menu apa lah pulak yer . haha


Kertas bawak naik atas pentas untuk dapatkan sijil belakang pentas pulak

Gambar atas pentas tak ada pulak kan. Amik APC dengan boz baru UiTM , yang tandatangan surat kat atas tu laa..Selain dapat sijil, ada gambar siap frame. Dalam bag ada goodies bag siap majalah wanita. 


So kita berposing kat bawah jer la dengan penerima APC yang lain


 Ditempatkan dengan satu pejabat so tak segan nak mentekedarah dan berswafoto berkumpulan


Ok last swafoto berkumpulan :p 

Korang rasa penting tak Anugerah Perkhidmatan Cemerlang?Cer komen sket .. 



Hari ni saya berbesar hati nak buat  keychain giveaways . Dah lama simpan ni. Masa pergi Marina Cove Resort Lumut dulu . Mudah ajer, korang komen dekat entry >> [ Pilihan Hotel Yang Terbaik Di Langkawi ] dan komen yang terbest saya akan pilih sebagai pemenang . 

Tarikh tamat 23 Febuari 2017 


"Maka terhadap anak yatim, janganlah engkau bersikap kasar dan kepada peminta-peminta,
janganlah engkau membentak-bentak."  (ad-Dhuha: 9-10)

Friday, February 10, 2017

Restoran Windmill @AEON Mall Shah Alam

Banyak lagi entry tertunda ni. Kita bagi laluan untuk entry berbayar dulu yer. Hahaha. Hari ni nak cerita pasal JJCM @ elissmie yang tertunda sempena pakatan hari lahir 2016.  Kat mana dah kita? Birthday Faidah di Seoul Garden. Ok last hari tu, birthday saya di NY Steak Shack   dan yang seterusnya untuk birthday Kak Ema di AEON Shah Alam juga. Pilihan tempat kali ini adalah di Restoren Windmill . Ni pertama kali makan di Restoren Windmill di AEON Shah Alam. Tapi dah beberapa kali di Plaza Shah Alam. 


Ahli pakatan hari lahir macam biasa :) 


Yang diraikan, Datin Ema :) 


First time lupa nak amik gambar makanan ni. hahaha.Korang zoom sendiri jer la. Agaknya sebab semua tengah lapar ke macam mana tak tahu lah. hahaha. Yang pasti kami semua pekena western hari tu . Menu semua sama jer. Grilled Lamb Chop . Terima kasih Kak Ema belanja kami yer :) 



Pinjam gambar Mama Tisya yer . Kat Windmill ni selain makanan ala western, ala thai pun ada jugak tau . 

Restoran Windmill 
Lot G-21, Ground Floor, 
AEON Mall Shah Alam, 
Seksyen 13, 
40100 Shah Alam
Waktu Perniagaan : 10 Pagi - 10 Malam
Dibuka setiap hari 

Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami, isteri isteri
kami dan keturunan kami menjadi cahaya mata - menggembirakan hati - dan jadikanlah kami pemimpin
bagi orang-orang yang bertaqwa (al-Furqan: 74)

Wednesday, February 08, 2017

Renew Insurans Kereta Secara Online Lebih Menjimatkan

Ni nak cerita pasal renew insurans kereta secara online untuk jimatkan 10% . Yer 10% bukan sedikit yer kawan-kawan. Masa lepas abes ijazah dulu, saya kerja sambilan sebagai kerani insurans kat agensi Takaful Ikhlas. Masa tu lah tahu, agen akan dapat 10 %. Lepas tu , boz saya bagi saya 5% kalau saya buat insurans dengan dia sampai lah saya dah berhenti kerja. Sekarang ni , Takaful Ikhlas dah boleh buat online. So dapatlah penjimatan 10 % tu. 


http://www.eikhlas.com.my/

Klik kat Get A Quote tu dan klik Renewal Certificate atau New Certificate ( First time )


Tengok tu dapat jimat RM 81 


Tapi kalau malas jugak, korang boleh berkunjung ke Agen Insurans terdekat dengan korang : 

Untuk Pertanyaan Quotation Boleh Whatsapp : 019-211 9641 (Azian) 

Hadraa Resources
No 1, Kedai MPK, Persiaran Hamzah Alang,
Meru, 42200 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Blog : http://hadraa.blogspot.my


Perkhidmatan yang disediakan: 

Agen Insurans bagi syarikat Insurans yang berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) iaitu Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Commerce Takaful Berhad dan Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad.


Monday, February 06, 2017

Pilihan Hotel Yang Terbaik Di Langkawi


Cuti sekolah dah nak dekat kan? Sebulan jer lagi. Korang dah rancang ke nak bercuti kat mana cuti sekolah nanti? Kat mana yer tempat yang best untuk dilawati? Hurm, jangan serabutkan minda korang, sebenarnya ada banyak tempat pelancongan yang menarik untuk kita kunjungi antaranya adalah Langkawi. Sebenarnya banyak tempat yang menarik untuk dilawati kat Langkawi . Langkawi memang terkenal dengan pelbagai tempat peranginan yang cantik dan menarik malah mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Bagi yang kaki shopping tu memang sesuai lah pergi Langkawi yang merupakan kawasan ‘duty free’ dan boleh la borong minyak wangi dan coklat. Antara tempat bersejarah di Langkawi pula adalah Makam Mahsuri dan Beras Terbakar.Bagi yang sukakan aktiviti lasak, aktiviti ber’sky dive’ antara aktiviti yang korang tidak boleh lepaskan peluang untuk mencubanya di Langkawi. Korang akan dibawa ke 10,000 kaki di atas langit biru Langkawi dan mendarat di Tanjung Rhu. Macam mana, ada berani? Sebelum itu, tidak sah rasanya percutian tanpa menginap dikawasan tersebut, betul tak? Jadi, kalau korang plan nak booking hotel murah di Langkawi , korang boleh dapatkan maklumat kat traveloka, agar korang dapat cari hotel yang terbaik untuk korang menginap. Antara hotel kat Langkawi yang terbaik adalah:

Hotel Asia Langkawi




Korang nak menginap di Langkawi tapi bajet kecil ? Jangan risau, terdapat pelbagai hotel bajet di Langkawi. Hotel Asia Langkawi ni antara hotel bajet Langkawi yang best dan mementingkan keselesaan buat pengunjungnya. Apa yang best lagi ialah, hotel ni terletak berdekatan dengan tempat untuk membeli-belah dan pasar malam, jadi korang boleh la pergi shopping dengan berjalan kaki sahaja. Jangan lupa juga untuk mencuba makanan yang menarik di Langkawi . Dah bercuti haruslah JJCM sekali kan. Kalau menginap di sini, mudah untuk mencari makanan kerana terdapat pelbagai restoren dan kafe seperti Artisan Pizza. Walaupun Hotel Asia ni merupakan hotel bajet, tetapi kemudahan seperti Wifi tetap disediakan buat pengunjung. Bukan itu sahaja, biliknya juga bersih serta dekat dengan jeti Langkawi. Senang cerita, memang berbaloilah menginap di hotel ni, sebab dapat berjimat dan juga bercuti, walaupun dengan bajet yang kecil.

Dayang Bay Serviced Apartment & Resort


Jika anda plan datang bercuti bersama dengan family, di sini adalah tempatnya. Sebabnya Dayang Bay Serviced Apartment And Resort ni memang menyediakan apartment yang luas bagi anda yang ingin berkunjung ke Langkawi bersama keluarga. Bukan sahaja apartment yang besar, bahkan swimming pool yang tersedia juga sangat luas .Yang bestnya swimming pool ada yang dikhaskan untuk kaum hawa dan kanak-kanak. Apartment di Dayang Bay ni juga mempunyai ruang dapur dan complete pantry untuk keluarga yang menginap. Pemandangan dari arah balkoni apartment ini juga sangat menarik, kerana ianya berlatar belakangkan swimming pool dan juga bayu laut yang menyegarkan.

Ombak Villa


Ombak Villa Langkawi terletak hanya 3 km atau kira-kira 5 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Mahsuri Pusat Pameran Antarabangsa. Apa yang menariknya disini mereka menawarkan pemandangan yang luar biasa dari Laut Andaman dan Gunung Mat Chinchang. Villa ini juga menggabungkan konsep seni bina Melayu tradisional dengan reka bentuk dalaman moden kontemporari, ianya menyerlahkan lagi keunikan Ombak Villa ni. Bukan itu sahaja, pengunjung boleh memilih sama ada untuk tinggal di Suite Ombak, Seroja Suite atau Villa Seri Kasturi. Yang paling penting ianya sangat la luas, bahkan setiap villa mempunyai beranda peribadi yang menghadap ke Laut Andaman. Antara fasiliti lain yang disediakan buat pengunjung seperti swimming pool, gym, bilik mesyuarat dan dewan bankuet. Pelbagai aktiviti darat dan laut boleh diuruskan mengikut permintaan pengunjung. Semua dalam satu, resort antarabangsa yang terulung ini menawarkan percutian yang tenang dan pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan.

Terdapat pelbagai lagi tempat penginapan yang menarik untuk dikunjungi di Langkawi dan kesemua Langkawi Hotel mempunyai keunikannya yang tersendiri.Jadi, saya berharap korang dapat bercuti di Langkawi dan mencipta kenangan terindah di sana bersama yang tersayang ! Macam mana? Boleh la merancang percutian dari sekarang dan sempat lagi ni kalau nak menabung kalau masih tidak cukup bajet kan. Pastikan Langkawi sebagai salah satu destinasi percutian anda tau ! Selamat bercuti !


Friday, February 03, 2017

Cermin Mata Wakaf RM37.00 Big Optic Group

Ni cerita lama gila ni baru nak cerita kat blog. Maklumlah baru merasa free sket jejak 2-3 bulan hidup tak boleh balik awal. hahaha. Matilah mak nak. Kisah tahun lepas ni dalam bulan September , ada syarikat Big Optic Group katanya diorang dari Sabah ada buat promosi menjual cermin mata waqaf katanya dengan harga RM 37 dan terhad kepada kanta biasa sahaja bukan bifocal  alah yang dua power tu rabun jauh dan rabun dekat tu biasanya orang tua-tua pakai tuh. So beratur lah sekali dengan students sesak-sesak nak buat spek harga bajet kan. Kebetulan sangat masa tu spek saya hilang. Sampai sekarang tak jumpa-jumpa. hahaha . Sorang-sorang kemain 2-3 spek sorang. Saya beli satu jer pun. Saya memang tak reti gilir-gilir spek ni. 



Ni lah promonya.. Memang tak menang tangan lah diorang melayan sepanjang berkampung kat tepi kafe ofiz saya ni. Sampai tak sempat nak berhenti makan sebab sepanjang masa ada orang duk beratur. Saya pun kena beratur hampir sejam gak. Masa tu padahal tak ramai tahu lagi. 


Pilihan bingkai yang ada. 


Pilihan saya tak pink mestilah purple. UiTM dihatiku sangat. hahaha

Jom kita tengok transformasi spek mataku untuk kenangan




Spek ni lah yang hilang tanpa pesan tu..huhuhu
Ada satu lagi spek tak didokumentasi kan.. hahaha. 


Spek 2016

Amacam ok tak spek RM 37 ni ? Ok la bah kalau kau ! Chewah cakap sabah sebab orang sabah buat katanya. 


Big Optic Group
No 7 Jalan Setiawangsa, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur
Hotline Customer Service : 016 837 3103 / 016 232 7195




Friday, January 27, 2017

Kos DIY Chiffon Instant Shawl Dua Muka

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hari ni nak cerita kisah tudung. Lepas kenal Chiffon Instant Shawl Dua Muka , saya memang terus jatuh hati sebab tak perlu pakai pin sebab saya alergik. Dulu peminat bawal kan. Ingat tak berpaling padah la dari tudung bawal [koleksi tudung bawal]. Tahun lepas, saya pernah buat sekali instant shawl dua muka . Tapi tak terpergi-pergi kedai kain. Hari ni kebetulan lunch di Wong Solo, singgah la cuci mata dan poket kat Jakel. Masa pertama kali saya buat sendiri Chiffon Instant Shawl Dua Muka  saya beli kain di Nagoya dan jahit di Roshni , Seksyen 7. Masa tu beli kain 1 1/2 meter RM 12. Tapi tak banyak pilihan kain kat Nagoya. 

Hari ni bila pergi Jakel, macam-macam jenis dan gred kain yang ada untuk kain Chiffon. Bila belek-belek terpandang yang di lelong RM 5 semeter jer. Kat situ memang ada banyak kain tapi tak tahu la yang mana satu gred dia sebab memang clearance sales katanya bercampur kain yang mahal dan yang murah. Pandai-pandai la pilih. Terus mak sambar 2 warna kain. Baru RM 15 untuk 2 helai 1 1/2 meter. Untuk Chiffon Instant Shawl Dua Muka , kain yang diperlukan adalah 1 1/2 meter tapi sebab bidang 60' korang akan dapat 2 helai tudung warna yang sama. Saya tak kisah ada tudung yang sama 2 helai . hahaha. Janji jimat !  


Yang ni tudung buat sebelum ni. Kos untuk double loop masa saya pertama kali buat RM 6. 
Harga kain = RM 6
Upah jahit double loop = RM 6 
Kos sehelai tudung ni adalah RM 12


Yang ni panas-panas keluar dari oven. Sebenarnya hijau tapi sebab cahaya jadi biru pulak. 
Untuk 1 1/2 meter labuh dia macam ni . Kalau nak labuh lagi buat 2 meter. 
Hari ni saya suh jahit satu bawah dagu jer . 

Harga kain = RM 3.75
Upah jahit bawah dagu = RM 5 
Kos sehelai tudung ni = RM 8.75 


RM 8.50 semeter


RM 10. 50 semeter


Jualan runtuh baru RM 5 semeter


2 helai yang berjaya dirembat , hijau dan kelabu. Jangan betulkan skrin komputer anda. Memang susah nak jadi peniaga tudung kalau kamera tak hebat ni. hahaha

Harga untuk 2 helai kain RM 15 boleh dapat 4 helai tudung 


Tempat saya jahit tudung di Kedai Jahit Juzanim  D- 7 , Roshni Baazar @ Seksyen 7 

Pelbagai perkhidmatan disediakan
 

2 gadis remaja yang jahitkan tudung saya hari ni. Mak dia cuti hari ni katanya .
 Terima kasih yer dik :) 

Korang suka pakai tudung dua muka ?

Hendaklah mereka labuhkan tudung sehingga ke paras dada dan jangan memperlihatkan perhiasannya..” (Surah An-Nur, 31)

Wednesday, January 25, 2017

Nasi Kerabu Sotong Besar di Restoren Nasi Kukus Sotong Besar , Klang

Korang dah makan tengah hari ke? Dah petang pun kan. Ni kiranya entry tertunda. Dah lama dah ni rasanya tahun lepas lagi. JJCM @ elissmie kali ni pekena makanan selera pantai timur. Rasanya dah ramai penggemar makanan selera pantai timur. Maklumlah orang pantai timur ni suka berniaga , rasanya setiap negeri pun ada jual makanan dengan selera pantai timur. Kali ni kita cuba makan di Restoren Nasi Kukus Sotong Besar. Selain Nasi Kukus, Nasi Kerabu dan masakan panas yang lain pun ada. Harus cuba Nasi Kerabu Sotong Besar. Kambing bakar pun ada.



Portion nasi memang sesuai untuk yang berdiet. Tapi tak boleh makan malam dah la. haha
Rasa boleh tahan tapi kalau buat tumis budu lagi syok ni . 

Nasi Kerabu biasa RM 3.50 



Digandingkan dengan Sotong Celup Tepung . Tepung dia macam ayam gunting tu. Sotong Celup Tepung yang bukan cekodok sotong yang biasa dihidangkan di kedai Tomyam sekitar Shah Alam dan Klang tu yer. 

RM 11.50 


Ni repeat pulak untuk menu minum petang weekend lepas . 
Makan Sotong Celup Tepung ajer. Kalau kat terengganu sekarang sekor sotong celup tepung dah cecah RM15 seekor. 


Tengah tunggu makanan


Tak sabar nak makan


My hubby yang ajak minum petang kat sini sebab teringat Sotong Celup Tepung masa mula-mula makan hari tu


Berebut-rebut lah makan. Kebetulan datang lepas hujan pulak. Memang rasa lapar. Sampai tak cukup 2 pinggan sotong. hahaha


Nyumm.. makan dulu yer.. Jemput tengok 


Total burst minum petang


Map : Klik untuk pembesaran berganda


Restoren Nasi Kukus Sotong Besar
2 Jalan Harmoni 2A/Ku3
Kristal Klang Commercial Centre
42100 Kapar, Selangor
Malaysia

Masa Operasi :
12.00tghari - 11.00mlm

No Tel :
03-3358 8255

Web :
https://www.facebook.com/nasikukussotongbesar

"Dan apa saja kebaikan yang engkau sekalian kerjakan, maka sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui." (al-Baqarah: 215)

Monday, January 23, 2017

Sudahkah korang berikrar untuk Kempen Bebas Plastik ?

Korang dah tahu ke pasal Kempen Bebas Plastik kepada penduduk Selangor? Kalau tak tahu boleh baca maklumat kat bawah ni dan jangan lupa untuk sokong Kempen Bebas Plastik ni. Boleh klik sini untuk sokong kempen ini :  http://www.bebasplastik.my/ Saya setuju 100%  . So untuk merealisasikan kempen ini dan tak nak dikenakan caj 20 ¢ setiap kali shopping, siap-siap letak beg barang dalam kereta yer.  


Jimat RM2 rasanya ni sebab kalau pergi Checker tak sah kalau tak ada 10 plastik keatas. Kalau kat Pasar Borong Matahari, Klang Utama siap diletakkan kotak depan tu untuk kita guna. Bagi saya lagi bagus tak perlu sediakan langsung plastik tu. Bila dah tak ada pilihan, automatik kita pun memang selalu beringat nak bawa beg barang setiap kali nak keluar beli barang. Sebab mentaliti kita, alah 20 ¢ sahaja ! Selamatkan bumi dan sayangi penyu ( mentang-mentang orang terengganu #jangankecamsaya) #eh :p 
Tahukah anda, 71% penduduk Selangor mahu mengurangkan penggunaan beg plastik dan polistirena? Bermula tahun baru 2017, Negeri Selangor akan bebas beg plastik dan polistirena sepanjang minggu! Sertai kempen ini bersama 20,000 penduduk Selangor dengan menandatangani ikrar untuk hidup tanpa plastik dan polistirena pakaibuang!
Adalah dimaklumkan bahawa, Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan Kempen Bebas Beg Plastik dan Polistirena mulai 1 Januari 2017. Penguatkuasaan ini akan diadakan setiap hari di semua premis perniagaan di seluruh Negeri Selangor.
Pelaksanaannya adalah seperti berikut:
  1. Beg plastik pakai buang (disposable/single use) tidak akan dibekalkan kepada pengguna secara percuma.
  2. Bayaran akan dikenakan bagi setiap beg plastik yang ingin digunakan oleh pengguna.
  3. Penggunaan bekas makanan dan peralatan daripadapolistirena akan dihentikan.

Undang- undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah disemak semula bagi menyokong dasar ini dan peniaga harus bersetuju untuk mengamalkan bebas plastik dan polistirena apabila memperbaharui lesen perniagaan. Peniaga juga akan dibekalkan dengan bahan visual bagi membangkitkan kesedaran orang awam terhadap Kempen #BebasPlastik.






Sudahkah korang berikrar untuk Kempen Bebas Plastik ? 

Kalau belum tak apa, janji dah mulakan untuk Bebas Plastik :) Actions speak louder than words , kata  Atok Mat Dan ;p



Dari Aghar bin Yasar al-Muzani r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah pengampunan daripadaNya, kerana sesungguhnya saya ini bertaubat dalam sehari seratus kali." (Riwayat Muslim)


Monday, January 16, 2017

Baju Pengawas antara Kelengkapan Persekolahan 2017

Baru nak cerita pasal persekolahan anak tahun 2017. Nasib la, atleast boleh la buat guidelines untuk korang yang ada anak yang bakal dilantik jadi pengawas tahun 2018 pulak kan. Tahun 2017, my Nuha dilantik menjadi pengawas sekolah kebangsaan. Saya dulu darjah 4 dilantik jadi pengawas sekolah jugak. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. Ciri-ciri pemimpin tu ada. hahaha. Mati la mak nak, kena kecam #jangankecamsaya.My hubby pun pengawas sekolah jugak. Kan bias pulak kalau tak tulis. Tapi sekolah saya dulu baju pengawas tak ada lah hebat macam sekarang siap kena pakai vest dan tie bagai. Siap mak kena google lah cara nak ikat tie tu. hahaha. So mak dah expert dah. 

Saya guna cara ni . Simple dan mudah. Buat kat tangan jer.10 saat jer siap.  Video ini memang awesome. 

Saya beli kelengkapan baju pengawas kat Hari hari jer. Baju sekolah agama tahun ni siap-siap beli kat Pasaraya Bintang kat Terengganu masa cuti sekolah hari tu. Nak beli baju pengawas kat Terengganu takut tak sama pulak kuningnya dengan baju pengawas kat sini. Kalau kat Terengganu, baju pengawas warna biru bukan kuning.  Untuk my Nuha masa dapat surat lantikan pengawas tu, cikgu dan siap tulis keperluan untuk baju pengawas iaitu :

1. Kain biru susun belakang
2. Kemeja warna kuning air
3. Tudung warna kuning air

So tak ada la mak menggagau kan nak beli baju macam mana. Mula-mula kitorang terjah Hari hari lah kan. Alhamdulillah ada baju sekolah kemeja warna kuning. Tapi saiz pulak tak ada. My Nuha dah la naik badan dia sekarang ni. Ada sehelai saja saiz dia. Saya pergi Pusat Pakaian Hari hari Seksyen 18 , Shah Alam. So try la cari kat kedai kat area tu termasuk Mydin Seksyen 18. Memang tak ada yang jual baju kemeja sekolah warna kuning. So kami call Pusat Pakaian Hari hari yang lain. Masa tu kat Shah Alam, so try la call Taman Sri Muda tapi tak ada jugak saiz my Nuha . Then telefon Klang ada. So kami terjah kat Klang pulak. Dapat lah beli baju My Nuha. Baju saiz tu memang padan tapi tangan pulak labuh. Kain pun sama. Terpaksa hantar jahit pulak. 

Harga Baju Pengawas Pusat Pakaian Hari hari

1. Kain biru susun belakang  RM 35.90 Alteration Roshni @ Shah Alam RM10 
2. Kemeja warna kuning air  RM23.90  Alteration Roshni @ Shah Alam RM5

Tudung warna kuning pulak beli kat kedai dalam Giant Klang (RM 12)  dan tepi Giant Seksyen 18 (RM13)  

Vest RM 30 ,tali leher RM 8 , badge pengawas RM8 kena beli dengan sekolah 

Total 1 pasang baju pengawas , 1 helai tudung, vest dan tali leher  : RM 125.80

Ni jenama yang biasa-biasa sahaja untuk sepasang .  Kalau pilih yang branded tak tahu lah yer. Alhamdulillah mampu menyediakan 3 pasang baju pengawas untuk my Nuha. Harap baju mampu bertahan lah sampai tahun depan. hahaha


Balik sekolah baru boleh snap gambar. Gembira boleh jadi pengawas. 

Gambar minggu kedua persekolahan

Tahun ni saya dah hantar my Nayla ke tadika . Dah masuk minggu ketiga, masih lagi menangis. Bila tanya kenapa menangis, dia cakap sebab nak Ummi . Aduhai. Lagi satu sebab mengantuk katanya. Sabar jer la . Tapi adik nangis sekejap ajer. haha. Macam-macam ragam, tak boleh tanya banyak-banyak nanti kena marah. Tanya nama cikgu, hari pertama dia cakap cikgu gemuk dan cikgu kurus. Habislah kalau cikgu dapat tahu. Hari kedua tanya dia kata, nama cikgu dia , cikgu jer. hahaha. Pening mak nak. Apapun Ummi doakan anak-anak Ummi diberi kefahaman untuk menerima pelajaran dan mendapat ilmu yang bermanfaat. Aaminn...

Korang ada anak yang dilantik menjadi pengawas tahun ni ? Kat mana korang shopping baju sekolah anak-anak untuk sessi persekolahan 2017 ? 




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)