Thursday, September 01, 2016

Katalog IKEA 2017 | Wishlist tahun 2017

Assalamualaikum ! Hai September ! Korang dah dapat ke Katalog IKEA 2017 ? Biasa bulan September, mesti ada orang hantar Katalog IKEA kat depan rumah tapi tahun ni macam tak nampak bayang pun. Harap-harap balik petang ni, katalog ada kat depan rumah macam tahun-tahun sudah.  Tapi dah tak sabar nak baca boleh lah tengok kat sini  [ KATALOG IKEA MALAYSIA 2017] .



Yang tak suka tengok versi web boleh siap-siap download kat handphone kat Google Play Store

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ikea.catalogue.android

Apps Store - https://itunes.apple.com/MY/app/ikea-catalog/id386592716?mt=8

Jangan lupa tukar Settings ke Malaysia. Default dia United Kingdom. 

Wishlist tahun 2016 hari tu semua dah beli ke? Hahaha. Sekarang dah masuk tahun 2017. Yang mana tak sempat nak beli 2016 kita bawak ke tahun 2017 pulak yer. Katalog Tahun 2017 ni saya tengok banyak bermain dengan warna kelabu gelap. Mungkin warna yang in untuk tahun 2017 . Namun bagi saya, tu dah warna tahun 2011. Sebab memang tu warna saya cat semua bilik tidur rumah saya pada tahun 2011. hahaha . Sekarang dah bosan cuma tak tahu bila nak tukar warna lain. Layan dulu la gambar dari Katalog IKEA 2017 kat bawah ni. Ada 6 Kategori ,  Sleeping, Organising, Bathroom, Kitchen dan Relaxing. 


Berkenan kat tempat gantung kat belakang tu. 


Yang ni memang idaman kalbu dari tahun lepas, So ini wishlist tahun 2017 , ALGOT System ni lah untuk bilik belakang tu . 


Kabinet tu yang menarik tapi kecil sangat . Tapi yang besar mahal pulak. hahaha


Menarik pulak dinding bilik air dia..hehehe


Bila nak tukar sofa baru yer sayang. Sofa dari zaman baru kahwin lagi kat rumah tu. 


Yang ni dapat masa EGM kelab kat ofiz ni yang dah rasmi dibubarkan..Sobs


Yang ni pulak wishlist zaman bila tak ingat. Petang ni boleh pasang yer sayang. hahaha
Senang mak nak simpan tupperware dalam almari atas. Chewah..macam banyak..Kat bawah ni lah rupa kang kalau dah siap pasang..hehehe


BEKVÄM
Step stool, aspen
RM 59 


Korang dah tengok ke Katalog IKEA 2017 ? 


Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga”

(Hadith Riwayat Muslim)

Tuesday, August 30, 2016

Farewell Lunch @ INTEKMA Resort & Convention Centre : Malaysian Signature Dish Buffet Lunch

Farewell tengah hari tadi meraikan 2 orang ofiz mate saya yang sorang dah nak tamat perkhidmatan kontrak , Lina dan sorang lagi Zul ( Anakperak.com) yang akan menyambung pengajian peringkat ijazah sepenuh masa. Tahun 2020 baru habis belajar. Semoga korang berdua terus sukses dimana jua berada. 

Hari ni kitorang  lunch di INTEKMA Resort & Convention Centre , Malaysian Signature Dish Buffet Lunch  RM 42 nett per person. Buffet ni dari 12 - 2.30 Petang ( Isnin- Jumaat ) . Menu dia pelbagai jugak dari pilihan nasi putih dan lauk pauk , dessert , salad, ABC dan Mee Kari .



Nasi putih dan lauk pauk 

Salad bar dan buah-buahan. 


Siap ada budu dan cencaluk kau 


Pilihan kuih muih.. Dah nak habis baru teringat nak amik gambar.. Nampak nau lapar. hahaha


Boz tengah amik  nasi


Rai tengah amik kuih.. penuh lagi kuih masa ni.. kekeke

Gerai ABC dan aiskrim


Tepi tu Mee Kari.

Zul tengah bagi ucapan


Turn Lina pulak bagi ucapan.. Mamarazzi kat tepi


Bersama Lina yang diraikan... 

So bawah ni layan jer la gambar kami yer.. Gambar makanan tak sempat dah nak snap..














ABC jer sempat snap. hahaha.



Yang penting HALAL..


Korang pernah cuba buffet lunch di INTEKMA Resort & Convention Centre ? 


Website: www.intekmaresort.com.my
Hotline: +603 5522 5009/5000
Instagram: @intekmaresort
Twitter: @intekmarcc
Facebook: INTEKMA Resort & Convention Centre


Monday, August 29, 2016

Ken-Durian, Makan Sampai Pengsan Konon ! | Food Mega Festival 2016, Bulatan Bazarena Shah Alam

Hari Sabtu dan Ahad lepas ( 27 & 28 Ogos 2016) ada Food Mega Festival 2016 di Bulatan Bazarena Shah Alam. Bulatan Bazarena ni tapak Stadium Melawati, Seksyen 13 yang depan MSU . Kitorang pergi lepas maghrib sebab konon nak makan durian sampai pengsan ! Katanya 10 pagi - 10 malam kan. Bila sampai tu memang ramai lah umat manusia. Ada konsert sekali rupanya. 

 



Dalam flyers ni tak dinyatakan pulak ada masa nak makan durian sampai pengsan ni. Rupanya bila sampai kat tapak Ken-Durian, makan durian  tu cuma dari jam 3 petang - 5 petang. 2 jam jer makan durian??? Pengsan ke??? Tak sempat nak pengsan senah....huhuhu. Kecewa mak nak ! Kat mana lagi boleh makan durian sampai pengsan kat Shah Alam ni?



Masa saya sampai lampu Food Mega ni pun tak menyala dah. Baru pukul 8 kot. So tak bergambar lah kat situ. Katanya ada 500 menu yang lain. Tapi dah kecewa kan.. Pusing la sekejap, Long ajak makan kat lain.



 Sekali terpandang Pau Cendawan yang viral dulu tuh. Gembira tengok stall tu tak ada orang beratur pun. Rupanya dah habis. hahahaha. Padan muka. Pukul 8 malam dah sold out. hahaha


Mak Long dan Ayah Long Nuha beli air ni. Teh dan Bandung Soda. Saya try Bandung Soda ok jugak tapi Kak Long cakap Teh dia manis sangat. 


My Nuha beli marshmallow celup coklat ni. RM5 untuk 5 cucuk. 


My Nuha nak makan ayam golek jugak. So beli la kat dia jugak. Lepas tu kitorang pergi makan kat kedai . Makan nasi tomyam  lagi bagus. Kecewa tak dapat makan durian. hahaha



Lokasi Food Mega Festival 2016


Semua gambar kredit to : https://www.instagram.com/foodmegafestival/


Daripada Aishah RA katanya, “Rasulullah SAW menghadapi hidangan bersama enam orang sahabat Baginda, tiba-tiba datang seorang arab (badwi) lalu makan makanan tersebut dengan dua kali suapan sahaja. Lalu Baginda bersabda, “Sekiranya orang itu membaca Bismillah sebelum ia makan nescaya makanan itu mencukupi untuk semua (ada keberkatannya pada makanan tersebut).”

(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya hadith hasan sahih)

Friday, August 26, 2016

Baju Kurung Moden Jalur Gemilang Sempena Pertandingan Busana Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Minggu lepas , my Nuha balik sekolah dia cakap cikgu suruh dia masuk Pertandingan Busana Kemerdekaan sempena Hari Sambutan Kemerdekaan sekolah dia. Saya cakap kat dia , nuha tarik diri jer lah sebab berfikir susah pulak nak cekau kat mana baju dah last minute ni kan. Masa tu hari Jumaat dia cakap. Bila hari minggu, my hubby cakap jomlah pergi cari bendera buatkan baju untuk my Nuha. Nak cari bendera pun satu hal jugak. Bila pergi Tesco Setia Alam, bayang bendera pun tak nampak. Pergi Mr DIY yang tinggal cuma bendera display. Harga cuma RM 3.50 saja sekeping. Kalau sekeping macam tak cukup pulak buat baju. Lepas tu pergi cari pulak kat Giant Setia Alam. 

Alhamdulillah selambak ada kat situ dengan pelbagai saiz . Saya pun beli lah 2 helai bendera yang harga RM6 lebih. So kos untuk 2 helai : RM13 lah senang cerita. Lepas dah dapat bendera tu saya teringat ada jiran belakang rumah saya yang jahit baju , Kak Atie. Alhamdulillah , setelah dipujuk rayu, (hahaha) Kak Atie suruh datang rumah dia. Dia boleh jahitkan. Jiran tu dah la tengah banyak tempahan sekarang, nasib boleh jugak selit-selit. Hantar hari Ahad malam, Hari Rabu dah siap. Pantas sungguh dan hasilnya pun kemas. Saya suruh jahit baju jer asalnya, sekali dengan kain sekali dia berjaya siapkan.Alhamdulillah. Kos upah : RM 25 . Biasa dia kata RM 30 tapi diskaun sebab nak bagi sokongan untuk anak-anak katanya :) 

So total kos Baju Kurung Moden Jalur Gemilang = RM 38.00 . 



Inilah Baju Kurung Moden Jalur Gemilang my Nuha

Jom lah kita tengok dia posing malam tadi sebab hari ni tak sempat lah nak amik gambar sebab sekolah nya belah petang kan. Bab amik gambar bergaya serah jer kat dia ni. hahaha. Semoga berjaya anakandaku. Tak apa tak menang janji dah menang di hati Ummi dan Abah. Petang ni dia masuk dua acara lah, satu Busana Merdeka dan satu lagi Koir nyanyi lagu Sehati Sejiwa tak silap. Apa-apapun, selamat berjaya kakak..







Anak korang ada masuk apa-apa pertandingan sempena sambutan kemerdekaan kat sekolah ? 

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila ia berbicara ia dusta, apabila ia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”

Tuesday, August 23, 2016

Tateh Mom & Baby Boutique Setia Alam

Ni entry throwback. Baby yang saya belikan barang pun dah 3 bulan umurnya tapi sampai kesudah pun tak jumpa lagi sebab masa pergi melawat tu kebetulan diorang balik berpantang di kampung. Alahai. Sampai sekarang tak pergi lagi melawat balik.Cucu pertama sepupu saya di Klang. Macam jauh sangat rumahnya tapi hujung minggu ada ajer agendanya.


Pusing-pusing jumpa kedai ni. Tateh Mom & Baby Boutique Setia Alam.


Seronok ada banyak barang bayi dan keperluan untuk ibu mengandung dan menyusu juga. 


Tengok barang bayi memang teringin lagi tapi sabar lah dulu. hahaha. 


Dah pilih yang mana berkenan, kita bayarlah pulak. 

Saya pilih set baju baby yang ini. Pink, semestinya untuk anak perempuan. hehe


Antara barangan yang ada di situ.. 


Waktu operasi 9.30 Pagi - 9.30 Malam ( Dibuka setiap hari) 



CAWANGAN SETIA ALAM

No. 25-2-1 and 25-2-2,
Jalan Setia Prima U13/A, Setia Alam seksyen U13,
40170 Shah Alam, Selangor

03-33587399

E-Mail
butiktateh@gmail.com

Facebook:
www.facebook.com/ButikTateh

Instagram:
@butiktateh

Boleh juga beli barangan secara online : http://www.tateh.com.my/

Korang pernah beli barangan bayi di Tateh Mom & Baby Boutique Setia Alam ?


Daripada Muaz RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Firman Allah Taala (dalam Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganKu akan mendapat minbar-minbar daripada cahaya yang diinginkan oleh para nabi dan syuhada’ ”.

(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih) 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)