Wednesday, July 27, 2016

Hotel E - Red & JJCM Bandar Perda, Pulau Pinang

Kami sampai di Bandar Perda lebih kurang pukul 2 lebih. Percutian yang tak dirancang macam ni lah. Gamble jer terjah hotel untuk bermalam. Kat area Bandar Perda kebanyakan hotel budget jer la. Sesuai lah nak tidur semalam jer pun. Ada jugak homestay tapi memang kami cari memang dekat dengan KPJ Penang Specialist Hospital  . Hotel E - Red Bandar Perda lebih kurang 5 minit sahaja dengan  KPJ Penang Specialist Hospital ni. 


Check in dulu. 


Harus selfie depan kaunter pendaftaran



RM 100 untuk deposit. 


Check in pukul 2.00 pm dan checkout pukul 12.00 pm. Late checkout kalu, RM30 kasi bayar 


Harga bilik . Kami amik yang stardard twin bed room RM 106 sebab hujung minggu.
Tu jer pun bilik yang ada.



 Ini lah rupa Stardard Twin Bed Room



My Nuha dan my Nayla posing dalam bilik Mak Long Ayah Long diorang



Kemain sorang-sorang excited , janji dapat tidur hotel.



Toilet selesa . Sebelah tu shower.


Bantal tambahan, almari yang besar dan hair dryer . Ada safety box dan fridge dan tea maker


Ada aircond, free wifi dan tv lcd

 

Hotel E - Red Bandar Perda waktu malam . Siang lupa nak amik gambar. hehe .
Overall, hotel yang selesa dan servis check in dan check out pun cepat .


Kira strategik jugak tempat kitorang bermalam ni sebab berdekatan dengan banyak tempat makan.


Kitorang lunch di Restaurant Qasar Hadramawt




Pekena Lamb Kabsyah RM36 untuk sekilogram 


Setakat setalam macam ni confirm licin. Sebab sebelum tu makan mee udang jer kan. hehehe


  Restaurant Qasar Hadramawt
No. 9, Ground Floor, De' Rendezous, Jalan Perda Selatan, 
Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
+60 4-537 2673



 Lepas lunch, pergi melawat abang saya, Ngah . Tujuan asal kitorang ke Penang kan.
KPJ Penang Specialist Hospital kira-kira 5 minit dari hotel kami menginap. 



My Ngah masa nak pergi fisio


Pembedahan memasukkan plat hari jumaat lepas berjalan lancar


Alhamdulillah dah beransur pulih. 


Alhamdulillah , dah boleh balik rumah semalam. Terima kasih yang mendoakan  kesembuhan abang saya :) 


Sempat lagi foot massage kat KPJ Penang Specialist Hospital ni. 


Mak pun nak cuba jugak..hahaha


Belah malam pulak kami dinner di Bangkok Station. Restoren dengan konsep makanan ala thai . Menu pun sedap dan servis pun pantas. Makan siap dalam aircond lagi ni hah..Maklumlah VIP Room. 


Gambar makanan tak sempat nak snap dah ..tinggal gambar orang jer la..hehe. Sepupu saya, Safraa dan suami pun join kami dinner malam tu.


Bangkok Station
18, Lorong Perda Utama 11, Bandar Baru Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu Perniagaan :
Mon - Thu: 12 am – Midnight
Fri - Sat: 12 am – 01 AM
Sun: 05 pm – 01 am
Tel : 60 4-548 4247
http://www.bkkstation.com/
https://www.instagram.com/bangkok_station/
https://www.facebook.com/bangkokstationpenang

Keesokan harinya, selepas checkout dalam pukul 11, kitorang melawat Ngah lagi sekali sebelum pulang.



Sebelum pulang, tinggal jejak dulu di KPJ Penang Specialist Hospital 



Masih deko mood hari raya kat hospital ni :)

Tengah hari, kitorang lunch dulu sebelum berangkat pulang di Route 69 . Makanan pun berkonsep barat dan melayu. Kami makan nasi jugak macam biasa. Biasa kedai macam ni buka malam jer kalau kat kl ni. Jarang ada masakan panas tengah hari kan. Lauk tengah hari dah siap-siap masak jer. Tapi kat sini kita order .Masakan pun sedap dan cepat sampai  . 


Route 69 Cafe
2 & 4, Lorong Perda Utama 11, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
route69cafe.com
60 4-530 1959

Berakhir sudah percutian hujung minggu kami di Bandar Perda, Pulau Pinang. Next kemana pulak destinasi cuti kita yer sayang ? hehehe


Daripada Abu Dzar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Janganlah engkau anggap remeh apa-apa amalan yang baik walaupun kebaikan itu dengan sekadar menunjukkan muka yang manis semasa bertemu dengan saudaramu.”

(Hadith Riwayat Muslim)


Tuesday, July 26, 2016

Restoran Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang , Perak

Entry pemanas minggu ini. Jom kita JJCM @ elissmie ke Perak. Sebenarnya, percutian yang tak dirancang sebab abang saya yang kedua tu kena operate kaki yang patah sebab kena langgar masa nak pergi kerja. Alang-alang dah pergi melawat kan, kita bercuti hujung minggu lah sekali. Lagipun tahun ni tak bercuti kemana-mana lagi. Tunggu nak pi Cameron Highlands macam sampai sudah tak sampai. Nampak signboard Cameron Highlands lap air liur sudah . hahaha. Exaggerate sangat  !!!

 

Ini mastermind yang bawa kami ke Restoren Mak Jah untuk pekena Mee Udang yang famous tu kan.


Muka selepas amik order. haha


Ops.. Beg baru nak bergambar. hahaha



Haruslah muka empunya blog yang sebesar talam ni nak enterframe dengan handbag baru dari Zalora . hahaha

Mula-mula pekena cucur udang dengan kuah kacang. Sedap tapi tekak mak tak in dengan kuah kacang. Kalau ada sos pencicah made from terengganu, heaven tekak ni. RM5 sepinggan. Yang ni dari stall Pak Uteh Cucur Udang. 


Cucur sotong pulak. Kalau orang KL dia sebut sotong celup tepung ni.Hakikatnya jemput sotong lah kan. RM5 sepinggan. 


Dah sampai Mee Udang Mak Jah, haruslah cuba makan Mee Udang. Udang amik kau selambak, sampai kena selak baru jumpa mee . Udang besar dalam 5 ekor . Yang ni RM 13.00 sepinggan. Mee Udang Special .


Close up sket,.  Bahan lain cuma kubis dan daun bawang serta cili. Tak pedas , manis perasa udang gitu lah. Mungkin tak kena dengan selera saya. Mungkin kalau tambah masam sket baru kena selera. Tapi udang memang fresh habaq hang. Eh, fresh tau mengkome..ekeke.. ate Perok..


Parking ada disediakan kat area sini. Kat sini pun ada stall lain yang boleh korang cuba sebenarnya. Mak Su Laksa Special Banjir Udang dan Ayam goreng Rangup. 


Ruang makan yang banyak. Kami datang dalam pukul 12 tengah hari so tak ramai orang lagi. 
Makan pun bertenang-tenang ajer. Dah makan moh le kita beransur ke Pulau Pinang ke lokasi yang dituju.


Haruslah bergambar depan Restoren Mee Udang Mak Jah sebelum pulang.


Korang pernah makan Mee Udang Mak Jah ? 


Mee Udang Mak Jah
Kg. Menteri
Kuala Sepetang
Taiping
Tel : 05-898-1400 / 012-293-1101 / 017-469-5026
Waktu Perniagaan : 11 pagi - 10 malam
Tutup Rabu

Daripada Anas RA katanya, seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata : Sesungguhnya aku hendak pergi musafir wahai Rasulullah, berilah nasihat sebagai bekalanku, Baginda pun bersabda, “Semoga Allah memberi kekuatan iman kepadamu”. Lelaki itu berkata lagi, “Tambahkanlah doa untukku lagi” lalu Baginda bersabda “Mudah-mudahan Allah memberi keampunan kepadamu” lelaki tersebut berkata lagi, “Tambahkanlah lagi doa untukku” Baginda bersabda lagi, “Semoga Allah memberi kemudahan kepadamu dan kamu mendapat kebaikan di mana sahaja kamu berada.” (Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi, katanya hadith hasan)

Monday, July 18, 2016

Riang Ria Raya Aidilfitri 2016

Mood raya tak habis lagi ke? haha. Orang dah habis update pasal raya kan, tapi mak terhegeh-hegeh baru nak update. Layankan ajer lah. Perjalanan balik ke Paka, Terengganu lebih kurang 4 jam sahaja tapi balik sini 8 jam. Amik kau..Dengan cirit birit pulak tu. Memang seksa. Seminggu cirit birit time kat kampung. So raya memang tak pergi mana-mana dan berulang alik dari umah my ma ke rumah my mil ajer. Tahun ni beraya di rumah my MIL dulu . As usual, masih merasa lagi nasi dagang ibu mentuaku . Alhamdulillah. Bila ntah nak belajar. kah kah kah. Layankan gambar raya dulu yer. 

Mula-mula setting handphone untuk kami posing anak beranak sebab tak da sapa datang lagi kan. 
 

Ni letak handphone atas meja. Tu pasal ada alas meja. haha

Sekali anak buah my hubby datang, terus jadi mangsa keadaan. Dapatlah gambar berempat. 

Tapi silau pulak kat belakang. 

Trademark setiap tahun, mesti bergambar dekat tangga. 

Gambar berdua haruslah ada..Feeling2 romantika de amour. 

My Nuha
 
My Nayla yang tak reti duk diam. 

Adik dan Kakak

Bergambar dengan sepupu kesayangan my Nuha dan my Nayla , Kakak Nina. Seronok lah tu Kak Nina bagi duit raya. Sekejap jer masa berlalu. Dah dapat duit raya dari anak-anak buah pulak. 

With my SIL in law, Angah .Mak Nina. 


Boleh lagi posing berdua sebab tadi gambar tak puas hati. 


Kemain mak ayah posing feeling romantika de amour tapi anak kat sebelah menangis meraung sebab jelez. Siapa lagi kalau bukan my Nayla. hahaha. Tragedi pagi raya nama dia. 

Tengok tu muka budak baru lepas nangis..hahaha


Kenapa adik nangis? Ini kan Umi adik. Tu bukan suami Umi. Adik Suami Umi. kah kah kah kah

#teamrayaterengganu

On the way ke rumah my Ma pulak selepas dah solat raya dan makan  kat rumah my MIL


Diorang dah siap posing dah kat rumah my Ma #teamkoko #teamrayaterengganu


 #teamkoko #teamrayaterengganu


Ni pulak #teamrayajohor #teammerah


Ni pulak #teamrayakedah #teamhijau


Gambar bersama my ma dan my Abah. Tak ingat nak bergambar masa raya pertama. hahaha



Ni pulak baju raya untuk raya kedua. Pilihan masing-masing. 

Kemain posing tak nak kalah dua beradik ni. 

Layankan ajer budak susah nak bergambar. 



Tokki with the cucus.. 2 cucu beraya kat johor tahun ni . 



Hari terakhir di kampung, semestinya lepak tepi pantai. 

 Masa ni my hubby pergi reunion dengan kawan-kawan sekolah dia kat tepi tu jer. 

My nayla dan my Nuha sibuk main pasir ajer. Mak melayan perasaan lah. 



Kasut raya kami. Masa ni kasut my Nayla tak beli lagi. Beli kat Terengganu. Sampai sudah dia bantai pakai atas rumah jer kasut tu. Sabar jer lah mak nak..


Kasut raya tahun ni adalah pilihan my hubby. Pandai pilih yang mahal. hahaha. Tq lalings. 


Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah memberi rahmat kepada orang yang bermurah hati ketika berjual beli dan ketika meminta haknya”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari)


Friday, July 15, 2016

Memohon Sumbangan Terapi Anak Autism

Email yang saya terima hari ini. Mohon dipanjangkan untuk membantu anak-anak ini mendapatkan rawatan. Semoga dipermudahkan jalan untuk Puan Norlaila dalam menjaga anak-anak Autism beliau.
Sumbangan kewangan boleh disalurkan ke : 

Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) NORLAILA MAT TAHIR  0511529000111162
atau hubungi ibu Iman-Pn laila 011-2645 1058. 



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya, Puan NORLAILA MAT TAHIR adalah merupakan seorang pensyarah di UiTM Kampus Dungun. Saya mempunyai 2 orang anak OKU penghidap Autism dan Hiperaktif berusia 13 dan 10 tahun. Abang (Muhammad Tajul Iman) merupakan severe Autism  dan adik (Muhammad Aidil Irfan) merupakan penghidap mild Autism. Blog kami http://imanspecialboy.blogspot.com

Tajul Iman terpaksa diberikan ubat penenang (Retailin dan Risperidone) sejak 4 tahun dahulu bagi mengawal masalah tingkahlaku dan keaktifannya, namun sehingga kini masalah tingkahlaku beliau masih belum dpt diatasi sepenuhnya. Beliau masih sentiasa bermain air liurnya hingga bau hanyir tubuh dan pakaiannya sudah jadi biasa buat kami semua di rumah. Beliau masih suka mengoyakkan baju dan seluarnya, cadar katil, sofa serta merosakkan peralatan elektrik di rumah. Ini semua adalah contoh maslah tingkahlaku yang perlu diatasi dengan kadar segera.

Keadaan hidup kami sekeluarga juga makin mencabar dengan fenomena windscreen kereta dan sliding door pecah selang 3-4 bulan, skrin Telivisyen diketuk sehingga hilang gambar sehingga kami terpaksa akur dengan kejadian kerosakan TV 2-3 kali setahun. Mesin basuh kami baru sahaja dirosakkan oleh Tajul Iman pada minggu pertama Ramadhan. Semua ini sedikit sebanyak mengganggu kesihatan emosi dan komitmen saya sebagai wanita bekerja dan pada masa yang sama sedang meneruskan pengajian di peringkat Phd.

Anak ini juga jarang tidur malam. Kalau dia tidur pun, paling awal jam 4 pg setiap hari. Ini menjejaskan kesihatan saya sebagai seorang ibu berusia 45 tahun. Justeru Doktor Pakar menasihatkan saya agar anak ini menjalani terapi tingkahlaku sekerap mungkin krn dikhuatiri keadaanya akan bertambah serius jika ubahsuai tingkahlaku (Behavior Modification) tidak dilakukan dgn konsisten. Dengan adanya terapi yang konsisten, dengan izin Allah mungkin masalah tingkahlakunya akan dapat ditangani dengan baik dan saya sebagai penjaga pun akan dapat mengatasi masalah stress dan boleh mencapai kesimbangan antara kerjaya dan rumahtangga di samping dapat menamatkan pengajian di peringkat Phd yang sudah berlarutan selama hampir 10 tahun.

Seorang lagi anak saya, Irfan yang berusia 10 tahun pula tidak separah abangnya dari segi tingkahlaku, dia tidak mengamuk atau tantrum, namun sehingga sekarang dia masih belum faham bahawa dia harus mencuci punggungnya apabila selesai ke tandas. Justeru pihak saya memerlukan kos terapi yang agak besar untuk kedua2 anak ini kerana kedua2nya masih belum mampu menguruskan diri. Irfan masih belum kenal ABCD hingga sekarang ini, apa lagi mengira dan membaca. Justeru sumbangan kalian mungkin dapat memberikan peluang kpd anak2 ini utk mendapatkan pendidikan khas berkonsepkan “home tuition” yang ditawarkan oleh guru2 pendidikan khas.

Ini ujian buat saya bilamana anak ini dikenalpasti menghidap Autism parah selepas 2 bulan saya mendaftar sebagai calon Phd di UKM Bangi lama dahulu. Perjalanan Phd saya amat sukar, selepas beberapa kejadian termasuklah yang terbesar dimana kesemua borang soalselidik,  alat radas serta laptop saya musnah dalam kebakaran selepas saya selesai mengumpul data pada November 2007. Pengumpulan data semula hanya berjaya ditamatkan pada Mac 2009.  Walau bagaimanapun ujian yang bertimpa-timpa yg saya lalui banyak mengganggu kelicinan proses pengajian sehinggalah saya akur dgn penulisan tesis yang terbengkalai dan data yang telah obsolete kerana masih gagal menamatkan penulisan sehingga sekarang. Namun saya masih belum berputus asa dan masih ingin meneruskan pengajian walau dengan apa cara pun. Alang2 saya akan dikehendaki membayar balik ke UiTM dgn jumlah yg agak besar juga, saya akan teruskan semampu boleh. Saya yakin ada hikmah di sebalik semua ujian ini.

Saya terdorong memohon sumbangan ini kerana mendapati keadaan kesihatan anak saya Tajul Iman yang semakin merosot kebelakangan ini. Tujuan saya memohon sumbangan ialah untuk  memastikan anak saya dapat menjalani terapi ubahsuai tingkahlakunya secara konsisten. Ini kerana saya merasakan agak kurang mampu membiayai yuran terapi yang agakm mahal (minima RM100 per sesi selama sejam)

Saya terdorong mengirimkan e mail ini kpd anda semua yang mungkin berpotensi memanjangkan e mail ini melalui facebook, Instangram mahupun whatsapp anda semua yang mugkin akan membantu saya menjalani ujian mencabar ini dan memberikan harapan besar untuk kemandirian hidup anak saya Tajul Iman setelah ketiadaan saya dan suami nanti. Saya ada membaca blog tertentu dari luar negara dan dilaman facebook, ada insan2 berhati mulia di luar sana yang sanggup membiayai terapi ubahsuai tingkahlaku anak saya dengan memberikan sumbangan secara bulanan.

Saya yang masih di Gred DM45 sangat2 tidak mampu untuk membiayai terapi anak ini sendiri. Kadar terendah yg saya temui di Dungun adalah agak tinggi. Paling murah utk Behaivoral Modification Therapy utk anak Autism ialah RM100 sejam. Terapi yang saya dapatkan di Hospital Dungun sebanyak sebulan sekali di Unit Rawatan Fisioterapi rasanya tidak memberikan kesan yang signifikan terhadap masalah tingkahlaku anak ini. Terapi tingkahlaku yang lebih kerap saya harapkan dapat membantu anak ini untuk mengawal tngkahlakunya.

Bersama e mail ini saya sertakan name card yang saya design bagi memohon sumbangan bagi saya menangani masalah tingkahlaku anak istimewa penghidap Autism parah saya iaitu Muhammad Tajul Iman. Saya tidak menyalahkan anak ini sebagai faktor kegagalan saya dalam meneruskan pengajian dan berkerjaya, namun keadaan kesihatannya yang agak meruncing boleh mempengaruhi kelicinan proses pengajian dan pekerjaan saya.




Minta kawan2 mendoakan kesihatan, kesejahteraan dan kesabaran saya dalam melalui ujian ini. Sumbangan anda semua, hanya Allah jualah yang akan mampu membalasnya.
Sekian Terima kasih.
NORLAILA MAT TAHIR
No hp : 011-26451058



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)