Tuesday, February 16, 2016

Sepetang beriadah di Pantai Paka, Terengganu

Hari ni rasa lemau lagi badan walaupun dah rehat dari kerja seminggu lebih. Macam tak cukup pulak cutinya. Hahaha. Perjalanan balik ke Terengganu yang dah lama kami tak alami iaitu perjalanan yang panjang macamkan LPT belum siap lagi. 10 jam baru sampai di rumah my Ma. Bertolak pukul 11 pagi sampainya 9 malam. Dari tol gombak ke Bentong yang setengah jam boleh sampai tu sampai 4 jam. 4 jam tu kalau pecut memang dah sampai Paka. My hubby siap nak patah balik sebab pening dan muntah kereta tersengguk-sengguk bergerak.  hahaha. 


Aktiviti biasa bila balik Terengganu haruslah beriadah di Pantai Paka. Beriadah la sangat. hahaha. Sebelum tu haruslah pekena Air Jagung atau keropok lekor kat warung kat situ. Lepas tu layankan my Nuha nak main pasir . Sekarang ombak tengah besar. So memang buat dek jer la kat laut yer. hahaha. Katanya bila malam, ombak siap sampai ke jalan. My Nuha meraung-raung tak nak jejak kaki kat pasir pun sebab takut tengok ombak. hahaha. Boleh tengok gambar ombak jahat  kat IG saya. Follow sekali yer :)  https://www.instagram.com/p/BBhQ--zvj2g/?taken-by=elissmie

Hari ketiga baru berani jejak kaki ke pasir my Nayla tu

Budak suka main pasir, my Nuha

Tengok kemain ceria my Nayla tu. 2 hari sebelum boleh tengok kat sini https://www.instagram.com/p/BBkE7Zfvj0O/?taken-by=elissmie

Dah main pasir dah tak layan orang nak amik gambar dah 

Gambar kaki dihiasi siput kat tepi pantai pun boleh :p

Selain main pasir, diorang kutip kulit kerang kat pantai

Bila isi dalam bekas kaca ni nampak comel dan boleh dijadikan buah tangan pulak kan

Berbackground kat pasir pantai. Boleh jual ni? hehehe

Yang ni berbackgroundkan cengkerang di pasir pantai

My hubby pun tolong sama kutip kulit kerang yang menarik

Dia yang paling seronok nampak

Haruslah diakhiri oleh gambar kami suami isteri 

Cubaan menandukkan isteri. hahaha kantoi

Dah tanduk kan isteri tak pandang kamera pulak

Sabar jer lah kan..layankan jer

Punya kuat angin, baju pun terbang..hehehe



Dalam pukul 7 malam beransur pulang ke rumah my MIL. Tengok budak merajuk tak nak balik yang tak pandang kamera tu. hahaha


Adik? Ada aku kesah? hahahaha

Berilah Walau Sedikit Pun
Daripada Abu Hurairah (juga) katanya, sabda Rasulullah SAW, “Wahai perempuan-perempuan muslimat janganlah menghina seorang jiran kepada jiran tetangga yang lain, sekalipun (apa yang diberi itu) berupa kaki kambing”.


Korang dah pernah sampai ke Pantai Paka? 


Thursday, February 04, 2016

Harga Runtuh Jubah Amani , CalaQisya Shah Alam

Dah beberapa kali jugak pergi CalaQisya Shah Alam ni. Sebab memang aim nak beli kasut Orchid , CalaShoes tu tapi selalu warna yang nak tu tak ada. Yang saya minat warna pink atau purple gitu. Tapi pergi time tahu ada sales lah kan. RM50 jer pun sepasang. Kalau tak RM60. hahaha. Tu agaknya selalu tak ada warna idaman. 

Orchid idaman hati  - Credit https://www.instagram.com/thecalashoes/

Hari tu pergi lepas Aliff belanja makan Nasi Ayam Penyet AP kat sebelah CalaQisya dan kebetulan Zira dan Ad nak beli jubah, so masuk la dalam CalaQisya . Sekali amik kau, ada pulak sales Jubah Amani. Dah tiga-tiga beli jubah yang sama. RM50 jer pun. Harga asal RM159. Berbaloi baloi lah kan. Rugi pulak tak beli. Kira jubah yang paling murah la pernah beli setakat ni .Ingat dulu RM70 jubah Aqeela paling murah dah pernah beli kan. 



Saya amik saiz XL, ingat tak muat. Sekali try ok lah pulak.Biasa saiz baju 46-48. Kiranya cutting dia agak besar jugak la. Dan labuh sket kena alter lah. Saya tinggi 159cm.

Dah shopping haruslah bayar dulu kan

Bergambar dengan pintu masuk CalaQisya is a must :p

Semua pink kat sini termasuk pintu masuk. hehehe
Dah rasmi jubah baru ni masa Farewell untuk jabatan kitorang last week..hehehe. Tapi lupa nak amik gambar penuh. Nampak la sipi-sipi kan. Warna mint green gitu. 


Ni gambar model pakai . Cantik kan? Model pakai semua cantik..hahaha


Lagi satu gambar. Credit https://www.instagram.com/calaqisya/


Yang ni masih available kalau beli online, http://www.calaqisya.com/product_info.php?products_id=593

Korang dah pernah beli jubah di CalaQisya ? 


CalaQisya Shah Alam

7a Jalan Plumbum P7/P

Seksyen 7, 40000

Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi : 

Isnin- Sabtu : 9 pagi  - 6 petang

Tel :  03 55243987


Daripada an-Nawas bin Sam ‘an RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan yang bimbang dalam hati dan engkau tidak mahu perbuatan itu diketahui orang lain.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Wednesday, February 03, 2016

Shopping Kasut Kesihatan di MediFeet Shah Alam

Hari tu my auntie suggest kat my Ma untuk beli kasut jenama MediFeet .Kasut MediFeet ni kasut kesihatan yang direka dan dicadangkan bagi mereka yang menghidap artritis, bunion (bengkak di kaki), sakit lutut, sakit belakang, sakit tapak kaki, osteoporosis, sakit sendi dan diabetes.Katanya kasut MediFeet ni menggunakan material khas dikenali sebagai poron dalam setiap kasut yang dihasilkan untuk memberi keselesaan kepada si pemakai. Ini kerana poron dapat menyerap hentakan dan memudahkan pergerakan kaki dan secara tidak langsung menjaga kesihatan keseluruhannya akibat menanggung berat badan.  


Ada pelbagai koleksi yang boleh korang pilih kat sini samada lelaki atau perempuan.Dah kasut kesihatan kan mesti design tak berapa nak menarik dalam fikiran saya, tapi bila tengok ada banyak juga pilihan yang menarik.My hubby google dan ada cawangan kat Shah Alam. Hari Sabtu lepas, Kak long bawa kami kesini. Ni kira macam girls day out lah.My ma, kak Ngah , Kak Long , me and my Nayla. My Nuha tinggal kat rumah main dengan sepupu-sepupu dia.

 Opss candid, tengah ralit tengok kasut 

Haruslah tumpang posing

Antara koleksi yang menarik kat situ 

Yang ni pun menarik jugak 

Yang ni pun cantik jugak . Harga kasut dari RM100++ hingga RM 200++ bergantung kepada design dia. 

Yang ni untuk pesakit diabetes dan ada juga kasut nursing yang sesuai untuk yang memerlukan sepanjang masa berdiri dan berjalan

Sandal pun ada jugak 

Lagi pilihan sandal yang ada

Yang ni sandal lelaki 

Sekarang yang kat sni ada diskaun 35%  

Kasut pilihan my ma Wolkabout blue- RM 130.20

Yang ni kasut my Kak Long Comfeet Brown - RM 109.85


Kasut kedua my Kak Long -Fairlady Green   RM199

Saya berkenan yang ni. Mesti nak ada reben :p Yang ni Ballerina 

Mula-mula my ma berkenan yang ini

Yang ni yang Kak Long saya berkenan jugak tapi tak ada warna lain


Ruang dalam MediFeet Shah Alam. Boleh duduk sementara orang lain shopping.

Poster yang ada

Yang disarankan menggunakan kasut MediFeet

Bil my ma

Bil my Kak Long

My Ma terus pakai gitu. Kira hadiah hari lahir lah . Happy belated birthday to my dearest ma and sharing birthday date, Long, (26.1) Semoga sentiasa dibawah rahmat Allah dan kasih SayangNya selalu...

Kak Long borong 2 pasang. 


Medifeet Shah Alam
Waktu operasi :
Isnin-Ahad 10 pagi - 5 petang
Cuti Umum - Tutup

NO 1A, 2&3, BLOCK 1, GROUND FLOOR,
WORLDWIDE BUSINESS PARK,
JALAN TINJU 13/50, SECTION 13,
40675 SHAH ALAM,
SELANGOR, MALAYSIA
Tel : 603- 5513 3708 / 697
Fax : 603- 5513 3712

Facebook: https://www.facebook.com/MEDIFEET-HQ-917021005041669



Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya bahawa Abdullah bin Umar RA berkata : Adakah engkau pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang Rasulullah SAW melakukan sembahyang jumaat? Lalu Abu Burdah menjawab, “ya” aku pernah mendengar ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Masa yang paling mustajab itu ialah ketika bermulanya duduk imam di atas mimbar sehinggalah selesai sembahyang jumaat)). 
(Hadith Riwayat Muslim)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)