Monday, February 01, 2016

Farewell Sempena Pertukaran Tempat Bertugas, JPS, Infotech dalam kenangan

Sekali lagi, berlaku perstrukturan semula untuk ofiz saya .Kali ni bukan setakat rombakan pada struktur organisasi malahan nama pejabat pun dah bertukar. Banyak yang kena pindah dan terpaksa pindah. Banyak yang berduka dari suka dan macam-macam lagi la yang tak tercerita. Wah dah macam seloka pula :p

Semuanya kerana sekeping surat yang sudah lama kami tunggu ni. Dah penat dengar gossip dan rumours akhirnya, menjadi nyata. hahahaha. Saya masih di jabatan sama tapi bertukar nama pejabat dan jabatan serta skop kerja. Mungkin dah tak buat programming menggunakan Cold Fusion tapi still Domino Developer dan kena jaga email sekali . Mungkin Allah dah aturkan yang terbaik buat saya. Semoga dipermudahkan. Redha redha redha.. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin. Diketuai oleh Naim untuk kali terakhir yang mana telah berpindah ke UiTM Sg Buloh. Tak boleh dah kacau Naim tengokkan coding. hahaha

Dan haruslah makan-makan. Terima kasih kepada sponsors makanan :) Sempat amik gambar makanan time breakfast jer, lunch dah tak sempat dah. 

Kuih talam suji 

Strawberry brownies

Talam favourite, talam cendol

kek secret recipe dan karipap

Nasi lemak 

Majlis meraikan sekali 4 orang staf kontrak yang akan ditamatkan perkhidmatan di UiTM. Semoga berjaya ditempat baru :)

Asma 

Azam

Ain 

Wina

 Acara seterusnya adalah bertukar-tukar hadiah untuk semua sempena pertukaran tempat bertugas. 


Hadiah yang ready untuk bertukar tangan . Masing-masing beli hadiah dan buat cabutan sesama kami. 
Macam bantuan banjir katanya - Anak Perak

Rai gembira dengan bantalnya 

Zul dengan hadiahnya 

Kak Ila dengan cadarnya 

Ramai-ramai dengan hadiah masing-masing

Mak menang motor..eh :)

Saya baru sempat menyelit untuk posing ramai-ramai

Lagi bertambah bilangan yang gembira dengan hadiah masing-masing 

Mak menang periuk nak...Nampak nau kuat makan

Periuk yang saya terima...terima kasih penyumbang periuk . Hafis katanya kan. Diorang ni main rahsia-rahsia pulak.

 Sayonara, JPS, Infotech... Welcome Unit Lotus, Bahagian Pembangunan & Pengurusan Sistem,  Jabatan Pengurusan Projek IT,Pejabat Infostruktur


Adab Ketika Masuk ke Rumah Orang Lain
Daripada Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Meminta izin untuk masuk ke rumah orang lain hendaklah dilakukan sebanyak tiga kali. Jika kamu diberi keizinan maka masuklah dan jika kamu telah lakukan yang demikian, tetapi tidak ada jawapan maka hendaklah kamu balik.”

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Friday, January 22, 2016

Macam mana nak tebus point Astro Circle ?

Korang pengguna Astro ? Kalau yer, boleh la meneruskan pembacaan tapi kalau tak langgan Astro boleh la tambah pengetahuan kot nak langgan Astro lepas ni. Hari ni nak tunjuk macam mana nak tebus point Astro Circle tu. Rugi kalau korang tak tebus dah penat-penat bayar bil tu Astro tu kan yang-hujan-tak-boleh-tengok-tv-tu.

Mula-mula masuk website Astro Circle: http://astrocircle.astro.com.my/ . Bagi yang tak pernah daftar, daftar dulu . 



Macam mana nak dapat point Astro Circle ? Sebenarnya bergantung dengan pakej apa yang korang amik dan berapa lama korang dah jadi pelanggan astro.



Dah login, korang klik kat katalog penebusan . Pilih hadiah mengikut mata ganjaran yang korang ada 


Sekarang saya ada 220 mata. Sebenarnya dah tebus hari tu sekali. 
Ada pelbagai pilihan hadiah yang korang boleh tebus .


Kategori alat tulis

Kategori Aksesori

Hari tu saya tebus Pencil case Sofea The First ni --> 1200 point tak silap . Dah sampai . Hampir sebulan juga dari tarikh penebusan. 

Hey, check out MilkADeal Cashback.Register sekarang dan dapat bonus cashback terus dalam akaun anda RM5 !! Dapat RM10 dah boleh cashout pulak tu !!

Bukan itu sahaja , korang pun boleh print voucher yang ditawarkan kat situ.


Tapi voucher Legoland tu macam dah tamat tempoh jer. Kalau tak dapat diskaun 35% untuk tiket masuk .

Korang dah pernah buat penebusan point Astro Circle? 

"Malu itu Semuanya Baik"
Daripada Imran bin Husain RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Malu itu hanya menghasilkan kebaikan.” Atau Junjungan bersabda : “Malu itu semuanya baik.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat Muslim juga menyatakan sifat malu itu akibatnya adalah baik, dan katanya lagi Rasulullah SAW bersabda, “Malu itu keseluruhannya adalah baik.

Thursday, January 21, 2016

Kedai Nasi JJ (Kak Wok) Seksyen 24 & Restoren Ayam Penyet-AP , Seksyen 7

Hari tu kita cuba, Nasi Kak Wok Seksyen 7. Kali ni kita pekena Nasi Kak Wok kat Kedai Nasi JJ,Seksyen 24. Rupanya dua owner yang berbeza. Yang ni sama owner dengan cawangan TTDI Jaya punya. Kak Yatt lah yang bawa kami makan dan belanja kat sini. Terima kasih Kak Yatt. Dah 3 kali dah makan Nasi Kak Wok Kedai Nasi JJ ni. 2 kali pergi dengan my hubby dan anak-anak. 

Sampai-sampai nak kena beratur lah pulak. Maklumlah waktu lunch. Tapi hari minggu pun beratur jugak padahal masa hari minggu datang pukul 11 pagi .
Walaupun panjang tapi sekejap ajer dah sampai giliran. Macam terbang-terbang diorang membungkus nasi tu. hahaha

Ruang makan . Konsep layan diri. Order air siap-siap. 

Sebelum makan , bayar dulu 

Ni lah nasi kak wok. Menu kat  nasi kak wok cuma satu jer , nasi putih + gulai ayam + ayam goreng + sambal belacan . RM5 sebungkus. Tambah nasi RM1.50

Zira dan nasi kukus. hehehe. Gambar sendiri dan gambar Ad tak terambil dah.

Tukang belanja. Terima kasih sekali lagi 


Kedai Nasi JJ
No 17 , Jalan Kangkung Puteri 24/7, 
Seksyen 24, Selangor
Ayah Teh ( 012-264 1234)

Waktu operasi : 
Hari biasa 8.30pg-5.00pm
Hari minggu n Cuti Umum 8.30pg-3.00pm

Instagram: https://www.instagram.com/kedai_nasi_jj_ttdi/
Facebook : https://www.facebook.com/Kedai-Nasi-JJ-749642401720935/


Hey, check out MilkADeal Cashback.Register sekarang dan dapat bonus cashback terus dalam akaun anda RM5 !!

JJCM@ elissmie.com seterusnya. Kali ni kita makan nasi ayam penyet pulak kat  Restoren Ayam Penyet-AP , Seksyen 7 . Orang belanja, kita ikutkan saja. Ikut anak tekak, ayam penyet yang paling saya suka haruslah Wong Solo. Walau tak tahan pedas, tapi sambalnya memang sedap dan sup ekor dia pun lembut jer. 

Tukang belanja. Terima kasih Alif

Tukang makan orang belanja lah kan. 

Saya pilih air Green Apple (RM5.50)


Semua order Ayam Penyet AP lah kan. Kat sini, lauk dan nasi kira asing. 
Nasi putih RM 2.20  dan Ayam Penyet RM 10.50
 Kalau amik set individu RM13.90 ( Ayam Penyet AP/ Nasi Putih / Teh O @ Teh O Ais) 

 Restoren Ayam Penyet-AP , Seksyen 7 
No 3G,Jalan Plumbum P7/P
Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
03-55104339, 018-578 0700

Waktu operasi : 

Isnin-Ahad:
11:00 am - 11:00 pm

Website: www.ayampenyet-ap.com
Facebook : https://www.facebook.com/AyamPenyetAPI/


Mana yang korang suka Nasi Kak Wok atau Nasi Ayam Penyet ?
p/s:

Saya suka kalau orang belanja..hehehe

Daripada Abdullah bin Amru RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”.

My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef

Wednesday, January 20, 2016

Pakaian renang dan peralatan renang @ Inzurina Enterprise, Pusat Akuatik Seksyen 13, Shah Alam

Minggu lepas, hari Sabtu kitorang pergi beli baju renang baru untuk my Nuha. Maklumlah, masa kelas renang pertama, baju dia asyik tertarik ajer sebab dah tak berapa nak muat. hahaha. Tapi berbaloi sungguh beli baju renang tu sebab beli masa dia umur 4 tahun kot baju tu jenama Ogival.



Inilah kedainya. Kami datang beli kat sini sebab masa datang belajar berenang minggu pertama hari tu dapat tahu dapat diskaun 10% kalau beli pakaian renang dan peralatan renang kalau belajar berenang under mana-mana kelab renang kat Pusat Akuatik Seksyen 13, Shah Alam tu. 


Yang penting tarikh kelas renang masih valid lagi la. Bukan yang belajar sahaja dapat diskaun, semua ahli keluarga pun dapat merasa diskaun tu. 


Terdapat pelbagai pilihan baju renang untuk dewasa dan kanak-kanak dari pelbagai jenama termasuk Ogival , Speedo, Madwave dan  Nelson. 

Baju renang muslimah pun turut dijual 


Goggle dari umur 3 tahun hingga dewasa dan optical goggle from power range of -1.00 to -8.00
dan kickboard pun ada dijual. Untuk goggle rupanya bukan boleh beli main hentam jer. Kalau tak sesuai nanti masuk air dalam mata. Diorang bantu kita untuk pilih yang sesuai. My Nuha boleh muat pulak goggle untuk dewasa. Terkejut diorang. huhuhu


Swimming cap kanak-kanak dan  dewasa (dari silicone, comfortable wear dan racing ) dan pelampung pun ada 


Dah habis pilih boleh la buat pembayaran yer

Total Burst : RM 145.55 . Beli goggle dan baju renang . 


Melaram dengan baju renang baru. Tak ada warna pink. Biru pun boleh la yer.Jenama Ogival menjadi pilihan hati kami sekali lagi. 


Kelas renang dengan Cikgu Akram dengan baju renang baru 


Yang si kecik ni sampai sekarang tak berjaya masuk kolam lagi. Ni tiba-tiba dia request nak main kolam, elok-elok tukar baju renang dia cakap tak nak pulak masuk kolam. Sabar jer lah nak. Fobia tertelan air laut kat pulau kat Sabah hari tu masih ada lagi. 

 Inzurina Enterprise
Pusat Akuatik Darul Ehsan (Next to Tesco Shah Alam and Carlton Hotel) 

Waktu perniagaan: 
Isnin TUTUP
Selas- Jumaat: 9:00  pagi - 9:00 malam
Sabtu & Ahad : 8:30 pagi - 8:30 malam
Facebook: https://www.facebook.com/Inzurina-Enterprise-001364884-M-269819886370791

Phone: 013-2072276 / 03-55232528


Biasa korang beli kat mana pakaian renang dan peralatan renang ? 


Daripada Abu Juhaifah Wahab bin Abdullah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Aku tidak makan sambil bersandar.”
 (Hadith Riwayat al-Bukhari)



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)