Wednesday, January 13, 2016

Churros dan Homemade Sosej Ayam

Rasanya minggu ni adalah minggu ketiga saya buat churros atas permintaan my hubby. Katanya tak jemu lagi tapi sedap. Hari ni saya nak kongsikan resepi Churros dan  Homemade Sosej Ayam yang saya dapatkan dari facebook. Alhamdulillah, resepi keduanya menjadi dan ikut selera tekak saya. 

Resepi Churros

Bahan-bahan:-

1 sudu mentega
1 cawan gandum
1 sudu gula
1 sudu esen vanila
1 biji telur dipukul sekejap dengan garfu
1cawan gula( dikisar halus untuk topping)


Cara-cara :-

1. Panaskan air di dalam kuali dan masukkan mentega dan gula.Apabila kedua bahan tersebut telah cair , tutupkan kuali.

2. Masukkan tepung gandum, esen vanila . Kacau hingga sebati dan masukkan telur yang telah dipukul kedalam adunan tadi. Kemudian bolehlah dimasukkan kedalam piping bag dengan nozzle bintang. Pipe atas dulang atau terus ke dalam kuali untuk digoreng. 

3. Goreng hingga keemasan. Taburkan gula atau cicahkan dengan coklat jika suka. 


Saya  beli Cream Squeezer ni kat Daiso RM5.30 
Tapi yang tak syoknya sebab bekas dia kecil dan saya terpaksa ulang banyak kali. Lepas ni kena beli jugak la piping bag tu. 


Tak pro macam saya,  pipe atas pinggan jer dulu baru masukkan ke dalam kuali untuk digoreng
Gambar tengah goreng tak der pulak.

Ni hah plastik  Cream Squeezer Daiso tu untuk rujukan


Churros yang siap digoreng

Close up sket churros nya

Lagi garing rupanya lagi sedap..Rangup jer. Tabur gula pun dah sedap kalau coklat tak payah cakap la kan. Sebab stok coklat dah habis, tabur gula pun dah sedap 


Ok seterusnya,  resepi Homemade Sosej Ayam. Resepi ni memang sesuai sangat lah untuk saya dan keluarga sebab jenis tak makan isi ayam. Semua berebut peha , thigh atau kepak jer la. 

Resepi Homemade Sosej Ayam

Bahan-bahan:-

3 keping isi ayam 
2 biji telur
1 sudu garam
1 genggam daun sop dan daun bawang
Bahan perasa yang disukai - Saya guna 1 sudu lada hitam,1 sudu lada sulah dan 1 sudu serbuk paprika

( Yang ni saya buat dapat dalam 15 batang sosej) 

Cara-cara :-

1. Masukkan kesemua bahan diatas kedalam blender. Kalau boleh telur bersaiz besar nanti blender tak jalan pulak. 

Adunan yang dah siap untuk dibentukkan sosej. Kalau nak goreng terus macam cucur pun boleh sebenarnya . 

Bahan perasa yang saya gunakan

Ceduk lebih kurang 1 sudu besar adunan tadi ke atas cling wrap


Gulungkan sampai tertutup adunan tersebut 

Kemudian simpulkan sedikit 

Sedia untuk dikukus

Sekejap sahaja dalam 10 minit sosej dah sedia untuk diangkat

Dah sedia untuk digoreng, kalau makan macam tu pun sedap jugak tapi warna tak cantik la putih jer

Boleh jugak disimpan kedalam freezer. Katanya tahan untuk 1 bulan. Tapi rasanya tak dan satu bulan dah habis. My Nuha still tak suka sangat sebab masih terasa isi ayam tu dan my Nayla yang paling suka. hurmm..lain anak lain selera


Ok tu jer la perkongsian 2 resepi untuk korang cuba buat dirumah. Lagi jimat dan dijamin bersih.



Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie

Daripada Wahsyi bin Harbi RA, Sesungguhnya para sahabat Rasulullah SAW berkata, “Wahai Rasulullah sesungguhnya kami makan tetapi tidak kenyang”. Lalu Baginda bersabda, “Mungkin kamu semua makan berselerak”. Mereka semua menjawab, “Ia benar” Baginda bersabda lagi, “Oleh itu hendaklah kamu semua berkumpul semasa makan dan bacalah Bismillah semoga diberkati Allah.”

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan Sahih)

Tuesday, January 12, 2016

Beli Baju Sekolah Murah @ MMF Concept Store, Giant Klang, Sentral Mall

Rasanya dah habis dah musim orang cari baju sekolah. Minggu ni dah minggu kedua persekolahan. Tapi tak sempat pulak nak update pasal persiapan persekolahan untuk my Nuha. Tahun ni beli baju, kasut sekolah bata dan beg sekolah agama baru jer. Yang lain guna yang tahun lepas punya yang masih elok.Beg sekolah kebangsaan jenama Swan hari tu memang tip top dan tahan lasak malah masih boleh digunakan balik tahun ni. Memang jenama yang tak mengecewakan. 



MMF Concept Store terletak kat dalam Giant Klang, Sentral Mall. Kedai ni jual baju sekolah secara loose. Maksudnya baju dan kain/ seluar asing-asing. Tahun lepas beli kat Pusat Jualan Hari-hari . Tapi kalau kat Pusat Jualan hari-hari tak der jual loose. Kain dia masih boleh digunakan cuma baju jer yang dah tak nampak rupa. 

Kemain posing depan kedai 

Tengok aksi si adik tu. Siap pegang tangan mannequin tak boleh blah. hahaha

Beli 3 helai jer baju kurung RM 45. 
Stokin 6 pasang RM 20


Masa cuti sekolah hari tu balik terengganu dah beli 5 helai baju kurung jugak kat Pasarayaku , Paka. Yang kat situ pun jual loose dan baju RM 13.90 sepasang. 

F18 Taman Klang Sentral 4, Bukit Raja, Meru
41050
Klang
Selangor
MALAYSIA

Tudung pulak borong 10 helai dengan Kak Long Ad, Butik Anuarina Collection https://www.facebook.com/BUTIK-Anuarina-Collection-1577529935850295]


Saya recycle jer badge dan name tag dari tudung tahun lepas. Tak guna teknik gam tapi upah jahit jugak macam tahun lepas. Satu badge/ lencana dikenakan upah RM1 . Kedai Jahit FF, Padang Jawa. Bersebelahan dengan Kedai Gunting Rambut Nusantara. 

Macam tahun lepas jugak, potong rambut kasi pendek kat Ain Salon. 

Tadda.. dah pendek rambut. Senang nak pakai tudung dan mandi pun cepat jer. 

Adik trim kat depan jer. Mula-mula takut lepas tu berani. 

Lepas tengok kakak pakai penggulung kat rambut tu kan , terus nak gunting rambut. hahahaha

Tapi adik Ummi suh trim depan jer.

Dah tak nangis macam pertama kali potong dulu. Tapi muka tak puas hati sebab sekejap sangat dah siap. hahaha

Muka tak puas hati. Rambut dah masuk mata. hehehe
Total burst : RM15 dua beradik 


Itulah persiapan persekolahan untuk my Nuha tahun ni.So boleh la buat rujukan buat korang especially golongan marhaen macam saya ni dan boleh la jimat sket. Setakat baju sekolah tu tahun depan belum tentu boleh recycle balik kalau dah bertambah tinggi kan tapi terpulang la kepada masing-masing nak beli berjenama ker tak berjenama. 


Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.


Monday, January 11, 2016

Belajar berenang @ Akedemi Renang Akram ,Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam

Akhirnya tercapai jugak impian saya dan my hubby nak hantar my nuha nak belajar berenang. Dulu pernah baca entry Kak Ros [http://littlemamadiary.com/belajar-berenang-kelab-renang-anakair-pusat-akuatik-darul-ehsan-pade-shah-alam/] pasal belajar berenang. Bulan lepas, Zira bagitau nak masukkan anaknya,Muhammad kelas renang tapi kena tunggu kekosongan.

Dulu pernah daftarkan my Nuha untuk berenang kat kolam renang UiTM tapi tak jadi sebab kolam tengah renovate. Dah beli dah goggle dan swimming cap so nak masuk kelas ni dah tak perlu beli. Cuma nampaknya nak kena beli baju baru sebab dah sendat sangat dah baju renangnya. Alhamdulillah, akhirnya dah ada kekosongan untuk belajar berenang dan semalam kelas bermula untuk my Nuha , Syina, Atia dan Adam.Muhammad hari sebelumnya. Saya memang pilih hari Ahad, sebab sabtu my Nuha ada kelas taekwondo kan penat pulak. 

Kelas renang perlu dihabiskan dalam masa 6 minggu. So kiranya boleh tukar 2 kali kalau ada hal minggu tu dengan syarat kena beritahu coach dulu lah. 

Yuran yang dikenakan bergantung kepada umur. Kelas renang bermula dari 4 tahun.
Harga untuk 4-6 tahun  RM 40 ( 4 kelas) + RM 20 ( Pendaftaran)
Harga untuk 7-17 tahun  RM 55 ( 4 kelas) + RM 30 ( Pendaftaran)

So kalau nak continue lagi lepas 4 kelas ni, cuma perlu bayar RM55.


 Ada 5 sesi yang boleh dipilih samada Sabtu atau Ahad . Kelas renang my Nuha setiap hari Ahad dari pukul 9-10 pagi.

Kalau nampak signage Akademi Renang Akram ni, sinilah kelasnya . Jangan tertukar kelab. Ada banyak kelab renang lain kat situ. 

My Nuha dan Syina. 

Mula-mula buat senaman kaki dulu dalam air. 

Lepas dah senaman kaki tadi , diorang diasingkan untuk beginner. Coach Akram yang mengajar diorang. 


Lepas tu baring macam ni then buat senaman kaki lagi .Sampai semua penat . 

Kemain masing-masing semangat follow instruction oleh coach Akram. 

Tunggu turn untuk latihan individu pulak. 

My Nuha dengan coach Akram.
Masa mula-mula dengan board. Yang ni tanpa board pulak. 

Kemain dia pegang coach kuat-kuat sebab takut lemas katanya. Sabar jer la..hahaha

Yang ni pulak dengan coach Farah guna Swimming Woggles

Nampak kemain seronok dia dan dah ada keyakinan diri berbanding awal-awal tadi

Kat sini pun boleh main kolam jugak bagi yang tak belajar berenang. 

Harga tiket Kolam Terbuka
Kanak-kanak RM 2.10 (Selasa- Jumaat)
RM 2.70 Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
0-3 tahun (Percuma) 

Dewasa RM 3.20 (Selasa- Jumaat)
RM 3.70 Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Waktu operasi : Selasa- Ahad. Isnin ( Tutup) 


Kat sebelah sanang kolam kanak-kanak. Minggu depan kena bawa baju renang my Nayla sekali la nampaknya. Semalam dia pun nak main kolam tengok semua duk berenang dalam kolam. Tunggu tahun depan yer dik, Ummi masukkan adik kelas berenang jugak. 

Akademi Renang Akram
Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam, 
Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Sebarang pertanyaan atau pendaftaran, sila hubungi atau whatsapp ke 018-3551 921

Korang pernah belajar berenang atau hantar anak-anak korang belajar berenang?

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.

Friday, January 08, 2016

Kek Moist Coklat Meleleh Strawberry untuk Sambutan Hari Lahir dan Red Bluedio Hurricane H-Turbine Wireless Headphones

Sambutan Hari Lahir buat 2 chenta hati saya, my hubby ( pada tanggal 2.1. ) dan my Nayla hari ni ( 8. 1) .Sambut kat rumah 4 beranak jer . Sebenarnya sambutan ni pada sabtu lepas iaitu pada hari lahir my hubby sekali harung untuk my Nayla hari ni.Senang sekali harung. Musim-musim gawat ni kan. hehehe. Kali ni tak beli kek, buatkan special untuk dua kesayangan hati ikhlas dari hati gitu, Kek Moist Coklat  Meleleh Strawberry . Hamboi kemain panjang namanya yer padahal kek coklat jer pun. My Nuha la beria-ria sangat nak buat surprise kat Abah dia. Kebetulan minggu pertama my hubby memang kerja hari sabtu, so senang la sket nak buat surprise. Pagi-pagi lagi lepas my hubby turun pergi kerja dah kukus kek. Hampir pukul 2 baru my hubby sampai rumah. Siap tutup lampu sebelum my hubby masuk dan nyanyi lagu birthday ramai-ramai kat dia. hehehe. Terharu tak sayang ? 

Potong kek dulu. My Nuha pun sibuk jugak nak potong kek..hahaha

Kek Moist Coklat  Meleleh Strawberry . Last minute plan la ni. Gambar Upin dan Ipin tu gunting dari sampul raya. hahaha. 37 tahun usia my hubby tahun ni ( Lagi 3 tahun nak masuk 4 series :p) dan 3 tahun umur my Nayla.

Kemain dua beradik ni tiup lilin. Siap repeat tiup lilin tak boleh blah. hahaha

Lantak la korang berebut pisau kek pulak nak potong 

Potong kek 3 beranak. Tangan nayla terselit kat bawah.

Kakak pulak nak potong kek

Kemain la adik tu buat muka ..Ada jer pelik-pelik ekspresi muka dia

Mak tak masuk frame lagi. Tumpang sekaki..hehehe
Yang belakang tu jumpa plastik tulis happy birthday dalam kabinet, buat dekorasi kat cermin. My Nuha la tuh punya idea. 

With my beloved hubby

Selamat hari lahir sayangku , Mohd Hizaami . Semoga terus menjadi imamku dunia akhirat . Semoga dengan pertambahan umur ini, dirimu sentiasa dibawah rahmat Ilahi dan kasih sayangNya. Sesungguhnya aku menyintaimu kerana Allah bukan setakat to the moon or pluto and back :* :* 

Melaram dengan hadiah hari lahir Abah tahun ni. Bluedio Hurricane H-Turbine Bluetooth 4.1 Wireless Stereo Headphones Headset .

My Nuha pulak nak pakai.

Kad hari lahir buat my hubby dari my Nuha dan my Nayla. Kisah kad ni sebenarnya my Nuha tak nak tulis nama adik dia . Lepas tu kena paksa jugak kat Ummi suruh tulis.hahaha

Bawah ni gambar yang my hubby whatsapp dari ofiz. Sound dia sedap katanya. 

Haruslah warna merah yang saya pilih. My hubby pun memang suka warna merah selain hitam :p 


Boleh bluetooth dan wireless headphone ni tapi ada kabel jugak boleh cucuk kat pc . 

 
Matching pulak warna dengan wallpaper pc yer sayang :p

Untuk my Nayla tak tahu lagi nak beli hadiah apa . Adik nak hadiah apa dik? Apa tabilet * tablet :p ? ok pengsan 3 kali..hehehehe. Tunggu Ummi order kat Abah dulu yer..Dear Nur Nayla Hazeeqa, semoga jadi anak yang solehah, penyejuk mata dan hati kami, menjadi asbab kami menuju syurga Ilahi . Jangan suka cari pasal dengan kakak, jangan gaduh dengan kakak. Adik dah besar. Dah boleh panggil kakak tau , tak mo manja-manja. Hari ni hari kelima dah adik nangis pergi rumah pengasuh..huhuhu. Plz jangan manja sangat, tahun depan kita bagi tittle baru kat awak yer :p

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)