Monday, March 23, 2015

Carian kereta terpakai secara online di Carlist.My dan Mudah.My

Biasanya ini adalah 2 medium untuk carian kereta terpakai secara online yang popular untuk mencari kereta terpakai selain pergi terus ke kedai used car kan. Ni memudahkan bagi orang yang tak berkesempatan nak gi kedai used car so browse dulu semaksima mungkin secara talian kan. Kalau nak beli kereta baru katanya tunggu GST sebab akan ada penurunan harga sebab cukai jualan yang 10% tu dihapuskan dan harga kereta akan turun 2-3 % selepas GST katanya.  Tapi pembeli kereta terpakai tak de efek pun sebab GST dikenakan keatas keuntungan kereta sahaja terhadap pengedar kereta terpakai. Boleh rujuk kat sini.


1. Carlist.My - http://www.carlist.my/


Muka pertama memang dah boleh buat carian. Masukkan kriteria kenderaan yang korang inginkan dan klik butang Search. Type pilih Used Cars untuk kereta terpakai. Nanti bila dah terpapar hasil carian, klik salah satu kereta dari senarai  untuk maklumat lanjut seperti kat bawah.


Dapat lihat maklumat terperinci pasal kereta tersebut termasuk anggaran pembayaran bulanan kereta dengan interest yang boleh di tukar-tukar.


2. Mudah.my  - http://mudah.my


dari mudah.my , klik kat gambar Cars tu.


Klik Search setelah memasukkan kriteria yang ingin dicari dan pilih Used untuk kereta terpakai.


Nanti akan keluar senarai kenderaan, dan klik untuk maklumat lanjut.Kat mudah,my pun  ada anggaran pembayaran bulanan kereta juga dan interest dan deposit yang boleh di tukar-tukar.


Lepas dah puas google dah dapat kereta yang berminat boleh la berhubung dengan seller mengikut pilihan masing-masing samada orang perseorangan atau agen used car. Periksa kereta terpakai terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Kereta yang cantik tidak menjamin kereta tersebut dalam keadaan baik atau tidak. Kalau ada kawan mekanik lagi bagus, bawak sekali semasa tengok kereta tu untuk mengelakkan dikenakan harga yang mahal untuk kenderaan yang dalam keadaan yang tidak baik.Kalau boleh kurang, lagi bagus .Biasa ada free gift seperti voucher tinted . Jangan lupa tanya :p


Selamat membeli kereta terpakai !Korang ada pengalaman beli kereta terpakai?


Welcome WRB ..belum ada nama.. Wanita Racun Berbisa kah?  hahahaha


My hubby panggil Cik Vina :p Dah selamat pergi balik ke Terengganu dengan Cik Vina. Alhamdulillah, anak-anak pun selesa tak berebut tempat tidur dah..hehehe

Cinta Bersulam Rindu tetap chenta hati pertama..Tapi dah turun taraf, duk luar pagar..hahaha


Monday, March 16, 2015

Udang Lipan Bercili olahan Resepi Ketam Bercili Chef Wan

Hari Jumaat lepas, kitorang pergi pasar malam Padang Jawa sebab anak buah my hubby datang sini dengan komuter kat Padang Jawa.Alang-alang dah sampai kan. Lama dah tak pergi pasar malam ni. Lalu kat sayur, banyak dah rasa borong sayur baru RM11.3 jenis sayur baru RM5. Tak menahan tengok sayur. Semua fresh-fresh pulak tuh. Sekali lalu kat orang jual barang basah nak beli ayam, tengok ada udang lipan.Cakap kat my hubby, terus dia beli .Sekilo RM8. 


Mulalah episod mengoogle macam mana nak masak udang lipan dan potong udang lipan. Laki bini jakun, first time nak masak udang lipan ni. Hubby terliur nak masak bercili so saya teringat resepi Crab Chili yang saya tengok kat AFC oleh Chef Wan tu. So saya olah ikut suka hati saya yer :) Jom masak @ elissmie hari ni kita masak Udang Lipan Bercili olahan Resepi Ketam Bercili Chef Wan gitu yer.


Inilah rupa udang lipan sebelum dimasak. 

Ini setelah di goreng

Ini setelah siap dimasak - Udang Lipan Bercili 


UDANG LIPAN BERCILI 

BAHAN-BAHAN 

Bahan A 

3 sudu besar cili boh
6 ulas bawang putih 
1 ulas bawang merah 
1inci halia 


Bahan B 

3 sudu besar cili sos 
2 sudu besar kicap 
2 sudu besar gula 
2 sudu besar asam jawa
2 sudu besar sos tiram
Garam 


Bahan C 

air secukupnya
minyak secukupnya


1 kilogram udang lipan, dibersihkan dan digoreng sebentar .
2 biji telur 


CARA PENYEDIAAN 

1. Kisar bahan A.

2. Panaskan minyak di dalam kuali masukkan bahan A,B,C di dalam kuali. Tambah air jika nak berkuah sket. 

3. Masukkan udang lipan di dalam kuali. 

4. Tutup kuali kira-kira 5 minit, perlahankan api dan kacau hingga rata. 

5. Tambahkan telur yang telah dipukul, tutup api dan sedia dihidangkan.



Korang pernah ke masak udang lipan? Ker korang ada panggil dengan nama lain? 

p/s;

Lupa nak cerita pasal rasa dia. Tekstur dia lebih kurang ketam dan memang sedap guna resepi ni hingga menjilat pinggan. hahaha. over sangat mak noks. Dulu saya pernah makan tapi just ketuk serai jer. Tu pun sedap jugak. Selamat mencuba !

Friday, March 13, 2015

Jubah Aqeela Fleur by Mrs Him

Sebenarnya, lama dah nak cerita pasal Jubah Aqeela yang saya beli dari  Fleur by Mrs Him (ownernya blogger yang famous amous, siapa lagi kalau bukan Kak Di ) tapi tak sempat-sempat nak cerita kat dalam blog. Saya ni memang susah nak dapat saiz jubah yang moden ni, baik offline atau online. Kalau yang offline pulak, ada yang jumpa tapi mahal pulak. Hari tu kebetulan, Fleur by Mrs Him ada buat promosi Jubah Aqeela. Harga promosi pulak RM70. Tengok-tengok saiz padan pulak aih...Terus order gitu.Tu pun tau dah hujung-hujung nasib ada lagi saiz. Tak sampai seminggu sampai dah barang. Memang cekap dan efisyen. 

Yang best pasal , Jubah Aqeela ni sebabnya :-

Front Zipper (nursing friendly)
Wudu' Zippers (wudu' friendly)
Made From Satin
A-Cut Jubah


Ni saiz yang ada. Saya punya saiz XXL . Biasa kalau baju saiz 46-48.

Kat website  Fleur by Mrs Him tak banyak dah saiz dan warna yang tinggal. Cepat-cepat grab sebelum terlambat tapi harga sekarang RM110 tidak termasuk pos lah yer :)b 





Lepas beli tu, tak sangka lepas tu  instagram Fleur by Mrs Him buat pulak contest #OOTD bagi sapa-sapa yang beli Jubah Aqeela. Saya punya ni kiranya Vol 1 lah. So apa lagi, terus la melaram dengan jubah Aqeela dan join contest tu bulan lepas.

Ni lah gambar dengan jubah Aqeela yang saya melaram untuk join contest tu. Best jubah ni, Tak melekat kat badan . Terima kasih Ad tolong snapkan gambar kat Pizza Hut, Seksyen 7 ni :) 


Tak sangka jugak jadi pemenang contest #OOTD pulak semalam. Alhamdulillah, rezeki bulan Mac :)

p/s: 


Bagi korang yang nak dapatkan jubah yang best, cepat-cepat terjah website Fleur by Mrs Him tau !  


Thursday, March 12, 2015

Daiso online ada tak ?

Korang pernah cuci mata kat Daiso secara online ? Mesti tak pernah kan ? Hari ni nak bagitau korang, sebenarnya bukan Daiso tapi website Milkadeal yang mirip dengan Daiso yang menjual barang-barang yang berharga RM5 macam motto Daiso tuh kan, Everything At RM 5 :) Kalau tengok barang-barangnya pun mirip sangat dengan Daiso. Register percuma kat sini yer , kalau nak beli barangan RM5 kat Milkadeal ni.  



Banyak pulak tu kategori RM5 . Pilih saja yang mana korang berkenan kan ? 



Yang ni bawah kategori Home And Stuffs. Semua RM5 baq hang :p


Up lagi satu kategori, Kitchen. Semua RM 5 aihhhhh...


So yang jauh dari Daiso, tak yah sedih-sedih na, boleh beli barang macam pi Daiso atas talian dah sampai terus kat muka pintu rumah korang gitu :)

Tapi jangan lupa Register laju-laju kat sini , kalau terlepas karang rugi pulak. Register percuma kat sini yer , kalau nak beli barangan RM5 kat Milkadeal ni.  Kalau tak mo barangan RM5 , mahal pada tu pun ada lagi. Macam-macam ada gitu. Antara barangan yang saya puas hati beli dari Milkadeal ialah Pengukur Tekanan Darah Tinggi , Name Card dan Blender Shake N Take. 

Korang pernah beli barangan dari MilkAdeal tak ?

p/s:

Saya memang selalu beli barang kat sini dan memang barang selalu sampai ajer :) Alhamdulillah. 

p/s;

Untuk adik-adik yang baru lepas SPM, boleh join Ekspo Selangkah ke UiTM 2015. Maklumat lanjut kat sini. 


Tuesday, March 10, 2015

Mana nak dapat buku aktiviti Sekolah Rendah Agama / KAFA ?

Minggu ni my Nuha ada ujian prestasi tahun 1 untuk sekolah rendah agama. Risau jugak sebab my Nuha masih belum master lagi bahasa jawi. Bila saya tengok buku-buku latihan dia memang dalam bahasa jawi lah. Saya tengok buku latihan dia, saya buatkan dia soalan-soalan yang sama dengan format ustazah dia bagi dalam kelas untuk membantu dia belajar. Macam ustazah sangat ni rasa.


Jadual Ujian Prestasi my Nuha Sekolah Rendah Agama

Semalam, bila google rupanya ada buku aktiviti untuk Sekolah Rendah Agama / KAFA. Buku ini berdasarkan sukatan JAKIM terkini. Tapi my Nuha Sekolah Rendah Agama kelolaan JAIS so agak berbeza sket tapi buku tersebut masih boleh digunakan jugak tapi yang buku Adab dan Akhlak sedikit berbeza saya tengok dari segi isi kandungannya. Semalam guna yang Bahasa Arab, ada jugak latihan yang boleh digunakan. 


Ni senarai buku aktiviti Sekolah Rendah Agama / KAFA keluaran syarikat FARGOES Books S/B. 

Semalam, saya terus berhubung dengan Sales Person syarikat FARGOES Books S/B untuk dapatkan maklumat kat mana saya boleh beli buku tu di Shah Alam. Salah satunya adalah di Kedai Buku Marwilis, Kompleks PKNS, Shah Alam. 


Hah..amik..Berpinau tengok buku :) Memang lengkap dari Tahun 1 sampai Tahun 6. 
Selain buku aktiviti, banyak lagi buku-buku keluaran FARGOES yang ada kat situ termasuk buku nota. Masuk jer, cari kat rak belah kanan. Memang ada lah kat situ . Mula-mula saya bagi senarai buku kat dia tapi macam blur jer, terus saya tunjuk gambar buku yang saya snap sebelum tu baru dia tahu. hehehe


Beli semua buku tahun 1 yang ada. RM 3.50 ajer sebuah. 

Lepas tu tengok dia relaks jer skang tak der homework, saya beli buku latihan untuk tahun 1 bagi sekolah kebangsaan sekali. kejam kan..hahahaha


Inilah kedai buku Marwilis, Kompleks PKNS. Belakang dia Restoren Sate Haji Samuri. 



Kedai buku lain yang menjual buku-buku aktiviti Sekolah Rendah Agama / KAFA adalah 


MRKB Agency bersebelehan dengan Hospital Salam, Jalan Nelayan 19/B Seksyen 19
dan 

Alisyah Book Store Sekyen 24 ( yang ni saya tak pasti dimana)

Bagi negeri-negeri lain, boleh terus berhubung dengan sales person syarikat keluaran buku fargoes seperti disini yer :)


atau boleh buat pembelian online di bawah :-


Semoga bermanfaat. 

Anak-anak korang ada yang ujian prestasi sekolah agama atau KAFA minggu ni ? 


p/s:

Terjumpa jugak satu blog yang muatnaik soalan akhir tahun untuk sekolah rendah agama , boleh tengok kat sini http://mawaddahat-talamiz.blogspot.com/ . Terima kasih yer untuk perkongsian. 


Monday, March 09, 2015

Tips mudah susun buku sekolah dan tulis nama buku sekolah

Terima kasih kepada pengviral tips mudah susun buku sekolah kat facebook dan whatsapp. Saya pun dah praktiskan kepada my Nuha untuk buku sekolah dia. Senang kerja saya. Sebab selalunya memang saya yang susun buku dia dalam beg disamping semak buku dia. Apa lah yang dia belajar kat sekolah kan. Lebih relaks saya tengok dari tadika dulu yang tiap-tiap hari ada jer kerja sekolah atau bahan nak kena baca. hahaha


Inilah gambar yang diviralkan. Jutaan kredit kepada yang memberikan idea ini.Semoga mendapat pahala yang berterusan. 


Saya pun tiru idea yang sama iaitu beli pelekat yang berlainan warna untuk membezakan hari. Saya gunakan PET film index keluaran UMOE ni. Harganya RM 4.90. Ada 25 keping setiap warna.Saya beli yang ni sebab dah ada 5 warna untuk 5 hari kan.

Tapi kertas index ni sebelah jer ada gam, so yang sebelah lagi saya tampal dengan salotape. 
Jangan risau, saya tak tampal pada buku terus tapi pada pembalut buku untuk memelihara buku pinjaman ni kan. Dah masuk hampir 2 bulan, warna pun ada yang dah pudar, Lasak jugak anak dara saya ni. Adoiiiyaii.. Stationery pun kena beli bundle. Hari-hari asyik hilang ajer. Semalam beli sticker tampal nama pulak kat stationery dia. Macam-macam hal kan. hehehe


Untuk tips mudah tulis nama anak buku sekolah pulak, korang cuma perlukan rubber stamp dengan nama anak korang yang panjang tu. hehehe.


Anak siapa lah yang panjang namanya ni..hahaha..Mula nak menyesal..Menyesal pun tak guna. So inilah penyelesaiannya. Yang ni saya tempah dengan kawan saya dalam komuniti BSP(Bandar Saujana Putra) dia. Terima kasih Bai :) RM16 jenis yang macam ni, Yang panjang biasa tu RM7. 

Korang ada tips lain yang mudah untuk susun buku sekolah dan tulis nama pada buku sekolah anak ? Kongsikan kat sini yer :)

p/s: 

Minggu ni my Nuha ada ujian prestasi tahun 1 sekolah agama . Harap-harap dia dapat jawab dengan baik. In sya Allah.Aamiin...Anak nak exam, mak yang nervous tu normal :p


Tuesday, March 03, 2015

Beli Helmet Kanak-kanak LTD VTEC JUNIOR PINK @ Shah Alam

Sedar tak sedar dah bulan Mac. Lamanya tak update blog. Gatal tangan nak meulis tapi asyik la tergendala.Hari ni nak berkongsi info untuk sesiapa yang mencari helmet untuk kanak-kanak yang susah sangat nak dapat kat sekitar Shah Alam ni. Saya dah masuk lebih kurang 5-6 buah kedai helmet sekitar Shah Alam dan Klang tapi memang menghampakan. Yang ada hanyalah helmet yang tidak mementingkan keselamatan dan tiada cop sirim. My Nuha pulak hari-hari my hubby hantar ke sekolah dengan motosikal. So mesti juga cari helmet yang menepati piawaian ni.


Ini antara contoh helmet yang tiada cop sirim. 

Kemain lagi my Nayla melaram tu dengan topi baru. Ingat nak beli kat dia agaknya.hehehe

Cun kan motor tu. Kaler purple gitu :)

Setelah berpusing-pusing di Shah Alam dan sekitarnya , akhirnya jumpa juga kedai yang jual helmet Kanak-kanak LTD VTEC JUNIOR. Kedai sama sebenarnya beli helmet my Nuha masa tinggal kat Seksyen 6 Shah Alam dulu .Ianya terletak di Seksyen 3, Shah Alam.


 Kedai ni bersebelahan dengan Restoren Tirai Ratus. Lama dah tak pekena Nasi Beriani kat sini .

Pilihan warna helmet yang ada adalah biru, hijau dan pink. Mestilah pink pilihan anak dara mak dara :p Masa beli helmet ni, anak dara tak ikut pergi sekolah. hahaha. Masa ni kitorang cuti untuk spy my Nuha kat sekolah awal sesi persekolahan hari tu. 

Harga yang dicadangkan (Recommended)  pada helmet RM68. Tak silap kitorang dapat RM55 ke RM60 untuk helmet ni.Hilang ingatan sudah.hahaha 



My Nuha melaram dengan topi baru . Masa ni ada latihan taekwando kat sekolah. 


Kalau korang nak beli helmet yang sama, boleh la terjah alamat seperti dibawah yer :) 

  1. T.N Motor
  2. Address: No. 12, Jalan Cendana 3/13B, Shah Alam, Selangor, 40000 Shah Alam


Korang pernah beli helmet kanak-kanak ? 


Thursday, February 12, 2015

Pengalaman naik bas Sani Ekspres dengan toddler

Hari ni nak berkongsi pengalaman naik bas dengan toddler. Siapa lagi kalau bukan my Nayla tu. Yang my Nuha tu tak de masalah sangat kan sebab dah besar tapi still jugak ada masalah yang tak terduga gitu.
toddler is a child between the ages of one and three - source
Sebenarnya kami balik untuk menziarahi ibu mentua saya yang masih tak berapa sihat rentetan terkena mild strok hari tu.Alhamdulillah dah makin pulih masa balik hari tu. Memandangkan balik hujung minggu , my hubby decide untuk naik bas jer.Tu pun sehari sebelum balik kampung baru decide. Malam tu, siap-siap gerak ke stesen bas di Klang Sentral. Pilihan kami adalah Sani Ekspres.Bas Sani Ekspres ada hentian dia sendiri so mudah sket.


Beli tiket pergi balik terus ( Klang - Paka) 
Dewasa RM 42.90
Kanak-kanak RM 32 ( Untuk bawah 12 tahun) 

Kami bertolak dari Klang Sentral jam 9 malam setelah delay selama setengah jam. Hangen jugak sebab anak-anak dah tak sabar nak naik bas. 

**Tips untuk naik bas dengan toddler adalah rancanglah perjalanan disebelah malam. Kalau boleh jangan bagi diorang tidur sebelum bertolak. Pakaikan baju yang selesa dan makan dulu kenyang-kenyang sebelum naik bas.Jangan lupa bawa kemudahan untuk bancuh susu atau bancuh susu siap-siap sebelum memulakan perjalanan.Baca doa naik kenderaan agar dimudahkan perjalanan dan anak-anak tidak meragam :)So far perjalanan ok jer, diorang pun tak banyak ragam tapi masa perjalanan jer bertambah sebab bas yang kami naik ni memang berhemah , slow mlow jer dan amik penumpang dan drop penumpang kat semua stesen kat KL dan Selangor..hahaha

Ni hari balik ke sini dan naik bas waktu siang memang mencabar sebab diorang tak nak tidur. Sediakan makanan secukupnya sebab diorang ni asyik la nak makan dalam bas. Agaknya sebab bosan duk saja especially my Nuha yang kuat makan tu.huhuhu

Dah la buat bising dalam bas. Malu mak nak..hahaha

Kemain lagi nak buat peace tu. Last-last jadi five :p

Boleh la dik. TV3. Cuba lagi :)

OTW balik rumah ma dan abah saya

Boleh la melepas rindu dengan tokki dan tokji walaupun sekejap jer
Cuti sekolah nanti in sya Allah balik lama sket. 

Tengok Abah saya siap buat tanduk kat ma saya. My Nayla tak lepas-lepas lagi nak buat peace dia..hehehe

Dapat jugak lepas rindu makan Nasi Dagang Ikan Tongkol dalam daun pisang :)


Korang ada pengalaman naik bas dengan toddler??

p/s:

Al- Fatihah buat ibu saudara my hubby yang kembali kepada pencipta Nya pagi tadi dan Hasbullah Awang..


Wednesday, February 11, 2015

Pengukur Tekanan Darah Digital Percuma dari MilkAdeal

Alhamdulillah, akhirnya dapat rezeki yang tak disangka-sangka iaitu alat Pengukur Tekanan Darah Digital dari MilkAdeal. Sebenarnya, saya gunakan voucher yang saya dapat, menjadikan alat tersebut percuma. Untuk dapatkan vocuher percuma MilkAdeal macam saya , boleh register PERCUMA disini yer :) Banyak dah barangan percuma yang saya dapat jasa voucher dari MilkAdeal ni.


Inilah alat yang saya beli tu. Harga asal RM55 dari RM229. Total RM65 bila dah masuk dengan pos. So saya jimat disitu RM65. Kebetulan ada voucher RM70.


Akhirnya sampai sudah ke tangan lebih kurang seminggu. Kecik comel jer duduk dalam casing putih tu alatnya. So boleh bawa kemana-mana.


Menggunakan bateri 3A 2 biji.


Tak faham macam mana nak guna boleh baca manual yang disertakan.

Terus test kat diri sendiri. Yang ni bacaan diambil di pergelangan tangan. Bacaan ok la even tak makan ubat darah tinggi lagi.Tahap pre hypertension 

Yang ni pulak my hubby punya. Tekanan darah tinggi sket dari saya.Tahap pre hypertension jugak. 







Korang ada mesin pengukur tekanan darah digital di rumah ?




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)