Tuesday, February 10, 2015

My first instant shawl , ELSAi Hijabsstories

Ni bukan entry advertorial tau tapi saya kongsi sebab saya suka tudung ni. Saya ni memang teringin nak pakai shawl tapi memikirkan macam leceh jer nak belit-belit , so simpan dulu la hasrat tu kan. Hari tu masa tengah belek facebook, satu video pakai instant shawl 10 saat keluar kat timeline. Dan dan terjatuh cinta gitu. Instant shawl ELSAi dari Hijabsstories ni memang tak der awning.Saya kurang minat sangat tudung yang ada awning sebab saya ni semua nak humban dalam mesin basuh.hahaha



Inilah tudung ELSAi dari Hijabsstories tu. 
Video boleh tengok kat sini 

Terus pm owner dia. Banyak pulak pilihan warna yang ada. Terambang mata terus. Beli satu dulu nak test katakan. Pilihan saya E14. 

Model pakai E1


Material : HEAVY KOREA CHIFFON(xjrg) Bidang 60'
GAMBAR 10% BERBEZA SBB CAHAYA
Panjang depan: 0.68CM
Labuh belakang :0.98CM

To ORDER WASSUP 0194743966


Shawl ni siap ada jahit manik crumble kat tepi


Melaram dengan shawl baru..

Dah jatuh cinta dengan shawl ni 

Photoboom by My Nayla :p 

p/s: 

Macam nak repeat order tapi kena tunggu gaji. Kalau beli banyak dapat harga murah sket.hehehe.Boleh yer sayang ? hahaha


Korang ada koleksi instant shawl ? 


Friday, February 06, 2015

Pelapik untuk wardrobe dan kitchen kabinet @ MR D.I.Y , Tesco Setia Alam dan wishlist barangan IKEA

Hari ni baru nak cerita tujuan utama ke  MR D.I.Y , Tesco Setia Alam hari tu. Kira segmen deko @ elissmie.com lah hari ni yer :) Tujuan kesana sebenarnya untuk cari pelapik untuk saya alas dalam wardrobe baru my Nuha tu. Selalu saya lapik pakai surat khabar jer tapi hari tu ada terbaca kat blog mana ntah cakap dia beli pelapik kitchen kabinet di MR D.I.Y. 

Sekali pergi tengok memang ada jual, terus beli . Mula-mula beli 2 roll. Rupanya, tak cukup . Saiz dia 60 X 120 cm jer satu roll tu. Untuk keseluruhan wardrobe saya, kena guna 7 roll la lebih kurang. Malam tu pergi lagi sekali kesana untuk selesaikan misi wardrobe saya ni. 

Mula-mula beli corak bunga ros. Bagi nampak gegirl wardrobenya.hehehe

Ni yang kali kedua beli. Dah tak der design bunga ros yang saya beli mula-mula tu. Frust jugak tapi dah tak de pilihan belasah jer la corak oren dan strawberry ni. Satu roll ni RM4.50.

Yang ni setelah dipasang. Kertas ni belakang dia ada garis-garis so senang nak gunting tapi berpeluh ketiak jugak sebab  wardrobe saya ada macam-macam saiz kan. Yang lebih ada saya guna kat kitchen kabinet. Kat situ lipas asyik la makan kertas surat khabar saya. Dah macam-macam petua dah cuba untuk halau lipas tu tapi still ada jugak dia datang. Ada sesiapa boleh bagi tips lain? 


Dah alang-alang deko ni, moh la berangan sekali. Tak kena bayar. Bawah ni ada 4 barangan yang saya nak sangat beli kalau ke IKEA. Bila ntah nak pergi pulak tak tahu lah. Last sekali pergi beli papan hitam untuk my Nuha tu 2 tahun lepas.


Total burst berangan RM 1058.90 jer pun :p 

Yang ni memang dah lama sangat mengidam sebab saya rimas dengan bekas sudu atas table top tu. Lagipun memang ada space kat ruang dapur tu untuk pasang rod ni. 
Yang ni RM670 . Tak der pulak contoh gambar yang besar macam yang dalam wishlist tu tapi secara visualnya lebih kurang macam ni lah. Yang ni saya nak letak kat bilik ketiga yang bakal dijadikan separa stor dan separa bilik tetamu. 

Yang ni kerusi cum tangga untuk panjat nak simpan barang-barang kat kitchen kabinet yang belah atas. Selalu guna pakai tangga yang 5 step tu. Mak dah tak kuasa nak.hahaha



Lampu bunga tu untuk memang nak beli untuk bilik tidur my Nuha. Cantikkan comel terletak kat dinding macam tu. Sebabnya bilik nuha sekarang memang gelap gila dan terpaksa pasang lampu bilik air kedua bagi cerah sket. Maklumlah anak-anak mak dari kecik lagi diajar tidur dalam gelap dan ada cahaya lampu samar-samar. 


p/s:

Ok. Dah habis berangan. Ada sesiapa nak ke IKEA , nak kirim barang-barang kat atas..hehehe. Nak beli yang last sekali jer pun tapi terberangan banyak benda pulak .Ops! hahaha


Thursday, February 05, 2015

Sambutan hari lahir yang tertunda dan beg kalis air untuk biker

Sambutan Hari Lahir yang tertunda buat 2 chenta hati saya, my hubby dan my Nayla. Sambut kat rumah 4 beranak jer . Petang tu, balik kerja saya singgah kedai kek. Cukup untuk buat anak-anak dan suami bahagia :) Kalau birthday sendiri, sendiri beli kek :p Kesian..hehehe

Kek hari lahir untuk Nayla dan Abahnya

Happy belated birthday sayang dan Nayla..

Jom potong kek pulak..

My Nuha pun nak tumpang potong...

Haruslah mak pun nak tumpang enterframe kan..hehehe


Hadiah untuk birthday boy :p

Beg kalis air sesuai untuk biker. Dulu dapat jacket :p 

Warna Matching dengan warna Bercinta Lantas Merindu. Model beg malu nak enterframe. 
Beg ni RM150 setelah diskaun. 

Ini pun sambutan hari lahir yang tertunda jugak sempena birthday Ad. Lepas Ad balik umrah baru dapat meraikan hari lahir geng pakatan hari lahir. 

Kali ni tuan tanah belanja di Johnny's Restaurant  @ AEON Bukit Raja
Terima kasih Ad belanja kami :) Moga dimurahkan rezeki dan diberi keberkatan umur dan dibawah rahmat Allah dan kasih sayangNya sentiasa..Aamiin..

Gambar kami bertiga, waiter Johnny's Restaurant yang amikkan gambar :) Terima kasih la dik..hehehe

Bestnya makan steamboat, tengok gambar terliur balik..haish...

Ada yang sambut birthday hari ni ? Selamat hari lahir yer :) 

Wednesday, February 04, 2015

Mee Kolok Goreng Udang @ Dapur Sarawak,Jln Sarikei , Kuala Lumpur

Hari ni JJCM @ elissmie.com di Kuala Lumpur. Tak silap bulan lepas kitorang datang sini. Tekak rasa nak makan makanan sarawak, moh ler kita ke Dapur Sarawak . Nak pergi Sarawak tak tahu bila kan. Pernah dulu makan Laksa Sarawak tapi tak kena dengan tekak saya pulak tapi saya teringin nak makan Mee Kolok. Tak banyak sangat tempat nak makan sebab satu pintu jer kedai dia tapi boleh makan belah dalam dan belah luar. Nasib baik hari tu sampai-sampai ada lagi meja kosong.

Bergambar bersama pemiliknya , pelakon Mahmud Ali Basha. Boleh la dari jauh pun.kekeke. 
Tragedi Aaron Aziz berulang kembali. 

Deko barangan dari Sarawak

Kak Long dan my Nuha

Cashier. Kek lapis Sarawak pun ada jual. 

 Harga minuman. Memang berpatutan

Harga makanan pun paling mahal RM11 jer kalau tak silap

Ini yang Kak Long dan my hubby makan. Laksa Sarawak RM7
Saya bukan penggemar laksa sarawak so bagi saya kalau nak rasa yang bau jamu tu, memang ini lah laksanya..hehehe

Saya punya Mee Kolok Goreng Udang RM8.50. Sedap macam meggi goreng tekstur mee dia. 

Mee goreng my Nuha. Pun sedap tapi tak sama rasa dengan mee kolok goreng tu.  RM 4.50. 


Korang suka makan makanan sarawak ? Kalau suka, boleh la menikmati hidangan dari Sarawak di Dapur Sarawak ni yer. Lain kali rasa nak try nasi aruk ( nasi goreng) buah dabai tu pulak.



Alamat : 
No.19, Jln Sarikei off Jln Pahang( Belakang Hospital Tawakal )
HP 0166105858 / 0143652325
Waktu Operasi:  10.00 Pagi - 10.00 Mlm (ISNIN Hingga SABTU) AHAD CUTI
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Restoran-Dapur-Sarawak/144268825600110



Monday, February 02, 2015

Peralatan Membuat Bento @ Mr D.I.Y

Sejak pertama kali masuk Mr D.I.Y  dulu, memang dah terjatuh cinta la nak terjah MR D.I.Y kalau ada jer benda nak cari kan. Weekend hari tu nak cari alas nak letak dalam wardrobe my Nuha yang baru pasang tu dan terpandang peralatan nak buat Bento yang boleh tahan comelnya tu tapi sabarkan dulu perasaan tu dan beli barang-barang yang memang nak beli tu.
Bentō   (弁当 atau べんとう?) atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain. Seperti nasi bungkus, bentō boleh dimakan sebagai makanan tengah hari, makan malam, atau bekal perkelahan (sumber).

credit to sumber 

Dah faham maksud bento , jom kita cuci mata tengok peralatan yang ada untuk membuat bento di Mr D.I.Y @ Tesco Setia Alam.

Yang ni puncher. Biasa guna untuk punch seeweed/nori tu dengan bentuk-bentuk smiley. RM20++

Yang ni pulak rice mould. Masukkan nasi dalam acuan tu, nak jadi bentuk bear ker.Yang love dan bintang tu egg mould.Yang bentuk bear tu RM6.50 dan yang bentuk love dan bintang tu RM 2.90

Yang ni Rabbit Shape Rice Ball Rolling Mould . RM6.50


Yang ni rice mould bentuk bear dan rabbit  dan cutter set.

Yang ni Baby 3D Bear Bento Rice Mould and Seaweed Nori Cutter Set. Cute kan? RM7.50

Yang ni pulak Baby Penguin shaped Rice Mold with Nori Cutter. RM7.50

Yang ni shape cutter. Boleh guna untuk buat bentuk dari cheese. RM4.50

Yang ni pulak acuan telur puyuh.Quill Egg Mould  RM4.90


Korang dah ada ker peralatan untuk buat bento macam ni ? 

p/s: 
kalau ada peralatan kalau malas tak jadi jugak..hehehe.nasihat buat diri sendiri..

Monday, January 26, 2015

Kos Built In Wardrobe Bilik Tidur Kedua

Tercapai jugak impian nak buat built in wardrobe untuk bilik tidur kedua. Bilik tidur my Nuha lah. Siapa lagi kan. Tak sabar jugak nak asingkan dia tempat tidur. Selagi bilik belum siap katanya selagi tu la dia tak nak tidur kat bilik sendiri. Sabar jer lah. Macam biasa , kali ni pun masih mengekalkan kontraktor sama yang buat Kabinet Dapur dan Kabinet TV rumah saya iaitu ABS Trend Master S/B.


Ini quotation untuk Wardrobe yang saya idamkan tu. RM35 sekaki untuk Wardrobe pintu melamin macam ni.Dapatlah diskaun RM100. Boleh la kan.


Lori sampai dalam pukul 10 pagi

Barang-barang sedang dipunggah keluar. 2 pekerja jer. 

Ingat nak makeover warna bilik dulu tapi tak sempat dah..

Kalau sorang-sorang memang tak leh buat kerja. Ada sorang tu pekerja sama yang datang pasang kitchen kabinet saya :) Dia pun masih ingat lagi.


Tengah pasang wall unit pulak. Yang ni RM165 sekaki. 


Dah nampak rupa. Tinggal pasang pintu pulak. Lepas dah siap, dia siap sapu seluruh almari dan sapu bilik. Tapi bilik tu hubby mop balik la kan macam biasa. hehehe

Tadda dah siap..Alhamdulillah. Dalam 3 jam jugak pemasangan dia. Mak suka dan puas hati sangat dengan hasil kerja diorang.

Katil pun dah sampai sebelum pasang wardrobe . My Nayla kemain posing atas katil kakak. Dia tak tahu , nanti dia pun akan disub kan ke bilik ni jugak nanti. hahaha

Minggu ni tak start lagi tidur bilik sendiri sebab tak kemas lagi bilik ni .Banyak barang yang dari bawah katil lama tak tahu nak campak mana. hahaha
Katil ni jenis pull out. RM 450. 


Ok. Kalau nak buat Built In Wardrobe jangan segan-segan contact mereka yer. Boleh minta quotation sekali :) 


ABS TREND MASTER SDN.BHD 
No. 81, Jalan Cokmar 1, Mutiara Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03-3342 7660

SYAFIQ - 0133887671
NORFAEZAN-0133417660




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)