Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kisah Jumaat lepas. Al kisah Jamuan Raya Jabatan saya. Tahun ni merasa la jamuan jabatan macam sebelum covid. Kalau tak, jamuan underground je la . Macam last year . hahaha . Tema Booth kali ni adalah Pantai Timur. Booth kami combine antara Bahagian Operasi ICT dan Bahagian Pengurusan Projek ICT. Jom tengok gambar . Kitorang punya juadah semestinya Nasi Dagang , Gulai Ikan Tongkol dan Acar Jelatah dari Restoren Eddiey Mokku dan Katering, Batu 3 Shah Alam. Yang lawak, sepatut hantar melalui Lalamove tapi hari kejadian Lalamove tak ada orang nak pick up. Terpaksa la tokey turun padang sendiri hantarkan. Terima kasih En Eddiey. Nasi Dagang memang terbaik. Semua pun puji. Bangga jap sebab tukang order kan. hahaha
Booth BOICT & BPPICT
Konon saya nak amik gambar sorang-sorang kat booth, hahaha. Ada je nak menempel kan. Kasik can lah gegirl BOICT ni
Nasi dagang terengganu yang pure memang sukatan dia ada pulut dalam dia. Baru kick
Gulai ikan aye aka tongkol. Harus ada banyak cili baru syok.
Digandingkan dengan acar jelatah baru kick
Tiba-tiba kena amik hadiah Booth Sangat Ummphh gitu
Sumbangan dekorasi, teko air dan periuk tembaga saya . haha. Nak jugak kredit
With Dato' PNC
Seksyen Emel & Aplikasi Pejabat . Cukup korum. hahaha
One with bff
Close sket muka sebesar talam
Dayang dayang serve . hahaha
Kemain banyak order sampai 200 pax
Belakang tabir
With Queen of Selfie . Lalarikss
En Hafiz duk berpantun kat Dato' PNC. Terbaik nasi dagang katanya .
Geng Bini Orang dan Booth kitorang
Semoga berjumpa lagi Ramadhan & Raya tahun depan. In Sya Allah.
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Dua golongan daripada penghuni neraka yang belum pernah aku melihatnya lagi iaitu satu kaum yang memegang cemeti seperti ekor lembu untuk mereka memukul manusia dengannya dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (memakai pakaian tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna), yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya (mengoda lelaki ke arah melakukan zina). Kepala mereka mempunyai sanggul seperti bonggol unta yang senget (supaya orang kagum kepada mereka). Mereka tidak akan dapat masuk syurga dan tidak akan menghidu baunya walaupun bau syurga itu mampu untuk dihidu dari jarak perjalanan tertentu.” (Hadith riwayat Muslim, No. 2128 & 2856)Sumber : http://myhadith.islam.gov.my/viewhadiths.php?id=962