Sunday, January 26, 2020

Travel Berdua Lebih Baik

Dapat pergi travel dengan yang tersayang itu memang satu nikmat yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Setelah melayari satu fasa stress dengan kerja yang seperti tiada hari esok tu, ahjom kita pergi travel.Lain macam dia punya aura bercuti tu. Yelah dalam hidup ni kita kena seimbang semua benda. Ada masa kita bekerja, ada masa kita kena rest dan enjoy our life. Hidup ni bukan semata-mata untuk mencari duit je, malah ada ketika kita kena spend duit yang kita dah penat cari tu wisely. So, pergi bercuti dan tenangkan fikiran dengan harapan dah habis cuti nanti kita dapat bekerja dengan lebih baik. Kira holiday ni macam kita recharge diri kita lah.

Persoalan yang selalu juga orang tanya, berapa orang dalam satu group untuk kita travel? Bagi aku ni bergantung pada diri sendiri. Ada orang suka travel dengan group yang ramai sebab lebih meriah katanya. Ada juga orang yang suka travel solo, sebab dia rasa ia lebih memudahkan pergerakan dia nanti. Yelah tak payah fikir pasal orang lain, just kena manage diri dia sendiri je. Mudahkan. Kalau bagi aku, at least waktu travel tu biarlah ada sorang yang teman. So, kalau ada masalah ke apa senang untuk kita sebab kita tak sorang-sorang. Ada orang boleh bantu. Aku nak share sikit pasal travel berdua ni lebih baik sebenarnya daripada travel solo or group yang ramai. Sebenarnya tak semestinya berdua je, ia macam travel dalam kumpulan yang kecil around 2 ke 4 orang.
  • Memudahkan pergerakan

Ia tidak spesifik kepada mana-mana aktiviti. Sebenarnya travel berdua ni sangat membantu kita melancarkan perjalanan kita bermula dengan nak ke KLIA sampailah nak balik rumah nanti. Bila travel berdua ni aku prefer untuk guna KLIA Express untuk ke airport. Sebab ianya sangat-sangat user friendly. Selesa, cepat dan mudah. KLIA Express booking ni boleh buat guna Traveloka. Hal ini kerananya harga yang lebih murah berbanding beli direct di kaunter. Kalau travel berdua ni guna KLIA Express bagi pendapat peribadi aku, kosnya lebih murah. Sekiranya korang tak nak guna KLIA Express ni, korang boleh tengok airport coach online deals lain yang ada dekat Traveloka tu. Kalau dah sampai tempat yang korang bercuti tu pun, kalau nak bergerak pun lebih mudah terutama untuk tempat yang boleh guna public transport. Kita tak perlu fikir untuk sewa kereta yang muatannya lebih besar.

  • Memudahkan perancangan perjalanan

Ingat satu benda, lagi sikit ahli group travel kita lagi senang nak manage. Sebab tu sampai ada yang suka pergi travel secara solo. Hal ini kerana kita tak payah fikir ragam orang yang berbeza-beza. Lagi-lagi kalau dapat yang selalu tidak sependapat dengan kita. Apabila kita travel berdua je, apa yang kita kena fikir ragam kita dan ragam partner kita je. So, carilah partner yang senang untuk kita berkomunikasi. Orang yang senang dibawa berbincang. Bukan yang jenis, bila tak dengar pendapat dia jer mula nak sentap. Kita pun jangan terlalu keras kepala, bincang dan pertimbangkan bersama cadangan partner kita tu. Yelah manalah tahu cadangan partner kita tu lebih mudah dan seronok untuk dipraktikkan. Selain itu, dengan travel berdua ni perjalanan kita lebih fleksible. Sekiranya tengah-tengah trip tu kita nak ubah plan pun tak complicated. Kalau ada tempat yang tiba-tiba kita tak nak pergi pun tak ada masalah. Senang nak handle.





Ada orang suka travel berdua, ada orang tak. Tips dia mudah je, cari partner yang serasi dengan kita. Orang yang sekepala dengan kita. Janganlah pergi travel dengan orang yang tak sebulu dengan kita, memang sure lah percutian tu akan jadi the worst travel ever. Kalau tak pernah cuba travel berdua, cuba sekali. Pasti korang akan rasa seronok. Dan rasa perjalanan kita lebih teratur dan mudah untuk dihandle. Jangan takut untuk cuba. Kalau rasa tak boleh, lepas tu tak payah dah travel berdua gituuu.


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)