Wednesday, February 28, 2018

Kehamilan 12 Minggu & Pengalaman Pemeriksaan di Klinik dan Hospital Kerajaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, minggu ni adalah minggu terakhir saya dalam trimester pertama kehamilan. Minggu depan dah masuk trimester kedua kehamilan. Bagi yang follow saya di instagram , mungkin dah ramai yang tahu. Walaupun tidak post secara direct tapi kalau baca #(hastag) dah boleh agak dah la. 

Alhamdulillah, masa scan pertama sudah nampak kantung. Maklumlah pengalaman mendewasakan. Risau ectopic berulang. Masa tu baru 5 minggu. Scan pertama di Klinik Ajwa. Dan repeat scan masa 10 minggu di Hospital Shah Alam , sudah nampak janin dan detak jantung. Satu perasaan yang melegakan.In sya Allah, saya akan melahirkan pada September ni.Anak yang terakhir nak ikut bulan birthday Ummi dia nampaknya.Jimat kos boleh sambut sekali macam my Nayla dan my hubby. My Nuha dah lahir masa anniversary percintaan kitorang kan. So adil la kat situ. Kali ni merasa morning sickness tapi Alhamdulillah dalam 3 minggu sahaja. Sekarang dah ok.

Kali pertama buat buku pink. Merasalah checkup di klinik kerajaan. Sebab nak merasa juga perkhidmatan hospital kerajaan menggunakan kelayakan yang ada kan. Selama ni tak ada hospital kerajaan di Shah Alam , so dah ada ni kita guna sebaiknya. Memang nampak la perbezaannya. Dulu bila refer ke hospital pakar, terus dapat jumpa pakar, tapi di pakar kerajaan, bila refer, kena dapatkan appointment dulu. Untuk jumpa pakar, kakitangan kerajaan percuma jer. Alhamdulillah. Tapi kena tunggu tarikh appointment jer lah. 

Bila tak dapat jumpa doktor pakar, klinik pakar suruh saya buat buku pink di klinik kesihatan yang berdekatan. Saya terus ke klinik Seksyen 7. Klinik yang paling dekat dengan ofiz.Nasib baik diterima. Pada mulanya memang tak nak terima sebab alamat rumah diluar kawasan tapi nampak kesian agaknya muka saya ni. Sekarang macam rumah kedua pulak klinik Seksyen 7 tu. Parking satu hal jugak. Sekarang saya parking di Hospital Shah Alam. Menapak lah jugak. Perut masih kecil gagah lah lagi. Dah besar nanti rasanya kena pergi dengan Uber lah nampaknya.

Seharian kat klinik baru dapat buat buku pink sebab saya silap daftar kat kaunter klinik biasa. Dah dah klinik ibu mengandung tutup pukul 12 dan buka balik pukul 2. Tapi sebab nak buka jugak, memang mak redha menunggu lama pun. Pukul 4.50 petang kot baru selesai semua . Saya sampai kat klinik dalam 10.30 pagi sebab pergi Hospital pakar Shah Alam dulu. Buku pink tu kena buat 2 salinan, nak kena tulis sejarah mengandung semua, checkup, konsultasi dengan nurse dan doktor. Saya dapat sticker hijau sebab kandungan saya kandungan berisiko. Saya memang dah ada darah tinggi. So doktor tukarkan ubat darah tinggi saya kepada Methyldopa. Dah la kena makan 3 kali sehari. Alhamdulillah serasi dengan ubat ni , tekanan darah lagi cantik dari sebelum mengandung.Tapi yang tak tahan efek dia mengantuk. 

Masa checkup rutin darah tinggi dulu, bacaan gula saya border line (6.9). So kat klinik kerajaan kena minum air gula masa 6 minggu hari tu. Sekali result keluar bacaan 10. Terus kena buat appintment jumpa dietician dan buat BSP. Nanti lah cerita pasal ni. So far result ok tapi kena repeat sekali lagi Ahad ni. Harap-harap ok la. Makan pun ala-ala diet la ni. Sedikit tapi kerap.  Konsep suku-suku-separuh gitu. Masa tak mengandung melantak banyak tak hengat. Berat pun dah naik ni. Tapi sebab dah obese masa mengandung ni berat maksimum yang boleh saya naik cumalah 9KG. huhuhu. So pandai-pandai la jaga makan. Sampai sini dulu lah coretan kehamilan setakat minggu ni. Doakan saya dipermudahkan proses kehamilan hingga bersalin nanti. Saya pun mendoakan kesejahteraan kalian yang mendoakan saya. 



Kontroversi UPT ni sebab lepas sejam baru double line. Ingatkan negatif tapi tubuh rasa memang positif sebab dah lewat seminggu. 

Korang pernah buat pemeriksaan mengandung di klinik kerajaan?


Daripada Amru bin Syu'aib daripada ayahnya daripada datuknya, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perintahkanlah anak-anak kamu untuk melaksanakan solat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun. Apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya serta pisahkanlah tempat tidur mereka." (Berkata an-Nawawi, hadith hassan sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang hassan. No. Hadith : 495).


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)