Sebelum memori terpadam begitu sahaja, saya muatkan gambar aktiviti team building sepanjang 2 hari di Marina Cove Resort. Hari pertama sessi perkenalan dan pembahagian kumpulan. Kumpulan kitorang dengan motto Belasah Jer . Nama kumpulan pun Belasah Jer. Sabar jer lah. Krik krik bunyi kumpulan. Bunyi cengkerik .
Hari kedua pulak menawan Bukit 300 yang terletak kat sebelah Marina Cove Resort Lumut. Tak sangka sampai jugak atas.
View Bukit 300 dari Marina Cove Resort
Kita wefie dulu
Selfie pulak dah.. Sis cuba
Gambar kenangan di puncak Bukit 300
Dalam perjalanan naik bukit masih lagi sempat selfie
Ada lagi nak mencelah , layankan ajer
Tak habis lagi selfie kat atas bukit
Yeay dah sampai atas
Nampak tu 300 meter ok !!
Ida, junior ku merangkap teman satu kumpulan jugak
Kak Yatt dan Kak Ina
Bukti dah sampai atas ni.
Haruslah gambar mak yang sebesar talam
Aktiviti seterusnya adalah bina sesuatu dari barang terbuang yang dikutip sepanjang naik Bukit 300 tu.
Katanya mini gazebo.. belasah ajer
Yang ni pulak aktiviti sambung PVC tengok kumpulan mana yang paling tinggi naik.
Mak tak join sebab bukan kepakaran mak. Panas-panas pekena aiskrim lagi best...larikss
Mak mampu tengok ajer...
Malam terakhir ada persembahan dari kumpulan. Kami buat sketsa dan diakhiri dengan nasyid Teman Sejati
Dengan ahli kumpulan dan teman sebilik, Madiha :)
Aktiviti mandi kolam hari terakhir di Marina Cove Resort . Sebenarnya sebelum tu ada aktiviti isi air dalam tong drum berlubang tapi sebab semua dah basah tak ada gambar pulak.
Dah lama tak mandi kolam, kalau ada anak-anak ni mau tak naik-naik
Mak dan bapak budak yang terlebih seronok , hilang stress
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkatkan darjatnya”.
(Riwayat Muslim)