Monday, October 24, 2016

Marina Cove Resort, Lumut , Perak

Hari ni entry throwback. Sebelum lupa nak tulis apa baik kita tulis cepat-cepat. haha. Kitorang bertolak dari Shah Alam lebih kurang pukul 9 pagi dan sampai hampir pukul 2 petang.3 buah bas semua sekali. Satu bas lelaki dan dua bas perempuan. Tak penuh mana pun sebab rasanya ramai juga yang naik kereta. Tapi sebab pergi sorang, saya naik bas jer. Mula ingat nak pergi dengan family tapi saat-saat akhir cik Vina buat hal, makanya mak sorang ajer lah pergi. Kiranya me time lah. Anak-anak abahnya yang jaga. Dah besar pun kan.  


Muka ceria naik bas. Lama tak naik bas katakan. Last tahun lepas rasanya masa balik Terengganu. 



Lama tak tinggal dia, terus mak dapat surat cinta. Mengalir lah jugak air mata mak. haha. Dua-dua hati tisu. 


Selamat tiba di Marina Cove.Welcome drink pun tak ada ni. 


Masa kitorang sampai kaunter pendaftaran ni tak ada orang pun. Urusetia dah amik kunci siap-siap, so masa kitorang sampai terus dapat masuk bilik. 


Harga bilik yang ada. 


Siapa nak beli apartment kat sini pun boleh. Baik jangan kot. hahaha
Kalau nak beli, renovate kaw-kaw dengan dekorasi moden,  buat homestay persendirian lawan Marina Cove Resort. hahahaha 


Bilik kitorang Premier Suite RM439 semalam . Ada 3 bilik. 2 bilik  ada 2 katil single dan 1 bilik katil queen. Masuk-masuk bilik terus rasa nak lari balik rumah. Hotel zaman dinosour mana pulak lah kitorang datang ni. hahaha. Memang nampak sangat tak update perabot-perabot dan hiasannya. Dah la baru ni terbaca pasal senarai hotel berhantu dan Marina Cove Resort termasuk dalam senarai. hahaha. Bilik nasib baik aircond berfungsi sebab baca review banyak dapat bilik aircond tak ok. hahaha. Towel dan cadar siap kuning lagi macam dah lama tak guna. Mohon beli cadar dan tuala baru jangan ingat nak untung sahaja. 

6 buah meja makan . Tak sempat pun nak makan kat sini. Buat sidai tuala jer. 

Peti sejuk nasib ada . Ada kettle tapi tak lalu nak minum pun . Nasib ada bagi air mineral. Kitchen kabinet zaman bila pun tak tahu. 


Ada almari dan meja solek

Toilet lupa pulak nak amik gambar. Sebab duk level 7, air shower slow sangat. Terpaksa mandi dengan hose dan siap pintu toilet satu bilik air tu tak dapat kunci. Pandai-pandai la korang mandi. hahaha



Ruang tamu .Nasib baik bukan tv zaman dinosour. Channel 1,2,3 jer kot ada. 

 Depan tu ada balkoni. 


Dari balkoni ni nampak permandangan yang menarik. Sejuk sket hati .hahaha


Gambar tiada nur. hahaha


Mak cuba nak. 


Gelap jugak. Nasib korang lah. Buat-buat nampak sudah. 

 
 Kolam pool kanak-kanak/ dewasa  ni sahaja pool yang bersih dan terjaga



Pool bahagian outdoor ni siap berlumut tapi ada jugak orang main kat situ. Mak is takut gatal jer.



Dari Agoda.com yang saya update kemudahannya


Overall, biasa-biasa sahaja menginap disini tak macam hotel ada bintang pun. Makanan buffet pun tak banyak sangat pilihan . Siap kena amik sejadah sendiri kat bahagian room service. Poor room service. Bagi saya, Pusat Latihan Kampung Gajah,UiTM yang taraf hotel budget tu pun lagi bagus dan selesa..hahaha..Cuma tadak view yang menarik jer lah.  matilamak nakk.. 


 MARINA COVE RESORT, Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan.

Tel: +605-683-6666

Email: reservation@marinacoveresort.com.my
Website: www.marinacoveresort.com.my



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)