Monday, May 30, 2016

Bertukar dari PortaWifi Celcom ke Celcom First Gold 80

Dalam bulan Febuari tahun ni, saya dan my hubby telah menamatkan PortaWifi Celcom  . Sebelum ni guna PortaWifi Celcom yang bulanannya RM72  tapi tak boleh buat panggilan lah kan dan cuma 4GB data. Lagi satu yang leceh, kena cari plug kalau nak guna. Tapi dalam kereta ok lah juga sebab ada car adapter yang dia bagi. Tapi selepas ditimbang tara, pasal panggilan tanpa had tu saya jadi teruja lah kan. Saya ni kalau bergayut dengan my ma memang boleh panas telinga. Kadang sampai sejam lebih kalah orang bercinta. Gossip dua beranak. Opss..hahaha. Seronok dua ronok dapat bergayut hari-hari ni sampai satu tahap blur pulak nak cakap apa. hahaha. Sekarang ni my ma miscalled jer saya call terus.Dah tahu lah tu ada apa dia nak cakap.

Masa nak tukar tu,my hubby tukar dulu. Lepas tu baru saya. Mula-mula pergi Blue Cube dalam Setia Alam City Mall tapi masa tu dia kata ada problem kat sistem so dia suruh pergi centre Celcom. Padahal my hubby tukar dekat Blue Cube Plaza Alam Central ok jer.Akhirnya, saya pergi tukar di Blue Cube Laman Seri, Seksyen 13. Nasib baik saya awal sket sebab masa tu dah nak tutup, hampir pukul 9 malam. Nasib baik mereka masih melayan lagi walaupun muka dah masam dah sebab dah ready nak balik kan. hahaha. Kami pergi dah la hari jumaat. Macam tak ada esok pulak kan. 



Celcom FiRST Gold dengan komitmen bulanan RM80 + GST (RM 4.80) :
  • Percuma 5GB Internet Hari Sabtu & Ahad (1.25GB seminggu )
  • Percuma 5GB Internet bulanan
  • 5GB Complimentary Celcom WiFiPlus - yang ni tak pernah guna lagi 
  • Percuma Music Tanpa Had dengan Yonder Selama Setahun
  • Panggilan Telefon & SMS Tanpa Had kepada semua rangkaian tidak termasuk video calls, calls to toll-free numbers or numbers with special charges e.g. 1-300/1-800/600, 121, TM100, 1MOCC, IDD calls to Singapore & IDD/border calls to Brunei.
  • Internet Bonus (up to 3GB)
  • Carry Forward Internet Yang tidak digunakan sehingga 5GB
  • Credit Limit RM400
  • Auto Debit Savings 5% Savings Over Your Monthly Bill
  • CLUB for FiRST - Selepas 6 bulan baru boleh register 
Setakat ni, ok saya guna. Tak ada masalah slow ker apa. Dan coverage pun ok kat rumah atau kat Terengganu. Youtube pun tak ada la siput kecuali dah hujung-hujung sebab dah nak habis kuota tapi still boleh lagi guna. 


Bil saya bulan Mei RM85.65 - lebih RM0.85 telefon Bank Rakyat untuk aduan mesin ATM. Haram , sampai sudah tak datang baiki pun mesin tu. 

Ni bil my hubby . Kredit yang ada sebelum ni dalam prepaid dimasukkan ke dalam bil.Tu yang ada bil RM2 jer masa bulan Mac

Saya pun dah download Yonder ni. Kata boleh download lagu, sampai sudah tak tahu mana butang untuk download lagu yang saya nak tu. Dengar boleh lah.


Korang boleh cek kat mana ada Celcom WiFiPlus kat sini. Tak banyak ada. Shah Alam pun ada 7 tempat ni jer. 
http://www.celcom.com.my/personal/plans/wifi/coverage-areas-map-check


Korang pakai plan apa?
Kalau korang berminat dengan plan Celcom First 80 ni , boleh lah ke Celcom Centre atau Blue Cube atau secara online jer   Tarikh tamat 31 Mei 2016


BLUE CUBE LAMAN SERI
Lot 3-1 & 4-1, No 19 & 20 , Persiaran Laman Seri Business Park, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor
Operation Hours:
Mon - Sat
9:00am - 9:00pm

Tutup Ahad dan Cuti Umum

Online : https://bluecube.com.my/BlueCubeOnline/plan-details.jsp?product=PB09260:PR02590
Daripada Ibn Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Keberkatan turun di tengah makanan maka kamu makanlah terlebih dahulu dari kedua tepinya dan janganlah kamu makan dari tengahnya.”

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan Sahih)


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)