Kali ni JJCM@elissmie ke Warung Kita, Bukit Raja setelah ditag di facebook dengan jayanya oleh Zira kepada semua ahli pakatan. Cawangan Utamanya di Sungai Buloh. Apa yang best sangat tu, moh ler kita cuba. Kalau di Sungai Buloh kena beratur panjang nak amik nasi Manggey ni tapi di Bukit Raja kena beratur jugak tapi tak ada lah panjang sangat atau masa kami sampai masih tak ramai orang sebab baru pukul 1. Eh :p hahaha
Dah beratur amik nasi Maggey yang diorang dah siap bungkus kat tepi, order air dan bayar kat sini dulu yer. Lupa nak snap gambar tengah beratur amik nasi tu . hahaha
Air yang dipesan terus dibuat tu ha...Tunggu kejap. Air Kelapa Baldi tu dah ada kat depan, tinggal dia buh ais jer.
Bismillah..kita makan dulu Nasi Manggey. Lebih kurang sempoi macam Nasi Kak Wok jugak. Bagi peminat Nasu Kak Wok No 1, Kak Yat, lain la rasa rempah Nasi Kak Wok. Tapi sedap jugak la kan. Dah habis sebungkus even pagi tu baru makan nasi kerabu Azam.
RM 4. 50
Saya minum Coconut Shake RM3.00
Sedap lagi dari Coconut Shake Klebang. #jangankecamsaya
Kalau orang paka dan sekitarnya, rasa macam Coconut Shake Usop Burger.hehehe
Ni Kak Yat punya. Dah habis baru ingat nak amik gambar. RM 3.50 . Satu biji kelapa muda rasanya ni. Rasa pun tak over gula. Sesedap rasa.
Tukang tag dan tukang bawa
Mak Yong dan Peminat Tegar Nasi Kak Wok
Wajah empunya blog sebesar talam matcham biasa
Air Kelapa Baldi
Harga makanan kat situ. Kuah nak asing boleh bawa bekas sendiri. Bagus konsep ni .
Dari hadapan kedai..
Dari Tepi Kedai
Alamat : No 55 Jalan Mahkota 1, Taman Mutiara Bukit Raja 2
Waze : Warung Kita Klang.
Infoline : 019-930 4171
03-33624625
Facebook: https://www.facebook.com/Warung-Kita-835358963181046
Waktu Operasi : 7 pagi-7 malam SETIAP HARI
Korang dah pernah cuba ke Nasi Manggey ni ?
Solat Sunat yang Mengiringi Solat Jumaat Daripada Ibn Umar RA, “Bahawa Nabi SAW tidak akan bersembahyang setelah selesai sembahyang jumaat sehinggalah balik ke rumahnya, kemudian Baginda sembahyang sunat dua rakaat di rumahnya”. (Hadith Riwayat Muslim)