Hari ni hampir 3 bulan saya berdiet. Lebih kurang seminggu lagi cukup sebulan dan hari ni jugak ada rutin bulanan dengan doktor . Sepatutnya semalam saya kena minum air gula tapi hari Isnin saya dah pergi buat sebab masa tu boleh minum air gula. ehemm cough #Allahbagicuti cough . hahaha
Tak pernah buat photobook? Klik sini cuma RM9 sahaja untuk Mini Softcover 6" x 6" Square ( 36 Pages ) photobook !! Boleh buat photobook raya gitu !!
Dah lama tak minum manis yang ekstrem ni, sekali minum air gula pukul 8 pagi bukanlah sesuatu yang membahagiakan malah hampir termuntah walaupun perasa oren. huhuhu.Amik darah dan air kencing sebelum minum air gula. Pukul 9 pagi kena pergi lagi sekali amik darah dan air kencing dan last sekali pukul 10 pagi . Lebam lagi lengan ni sampai hari ni bekas kena cucuk amik darah ni. Kebetulan tadi nurse tanya dah minum air gula dan amik darah, hamik kau bila selak lengan nak amik tekanan darah, kesan biru tu ada lagi kat situ. hahaha
Alhamdulillah. Hasil minum air gula Isnin lepas menunjukkan keputusan yang membahagiakan hatiku. Terus bagi tahu my hubby nak buat Sekaya hari ini . Hahahaha. Ngeng punya bini.Sabar jer la kan. Maklumlah dah lama tak layan anak tekak makan manis. Tapi bulan puasa memang ada jugak la jamah kuih manis seketul dua masa berbuka . Sebelum puasa memang tahan jer. Gitu jugak air manis. Ada jugak minum air tebu dan jus durian belanda.
Inilah keputusan hari ini. Alhamdulillah, bacaan adalah negatif. Saya bebas dari kencing manis atau diabetes :) Sebelum minum 5.39 dan selepas minum 5.63.
Ni 4 hari lepas. Berat terkini iaitu hari ini 67. 2KG hari ni. Penurunan sebanyak 9.8 KG dalam masa hampir 3 bulan .
Ni 4 hari lepas. Berat terkini iaitu hari ini 67. 2KG hari ni. Penurunan sebanyak 9.8 KG dalam masa hampir 3 bulan .
Doktor pun cakap bacaan darah tinggi saya pun terkawal dan akan stopkan ubat untuk saya tapi takut hari raya naik pulak. So dia suruh saya catat bacaan tekanan darah setiap hari bermula hari ni sehingga temujanji akan datang. Hari tu doktor dah tukarkan ubat lain dan kena makan separuh jer. Semoga darah tinggi saya pergi jauh-jauh. Aaminn..Doakan sekali yer kawan-kawan . Kolestrol saya pun katanya ada penurunan. Kat sistem doktor tu, memang ada tanda merah(bacaan tinggi) masa temujanji sebelum ni tapi hari ni yang merah-merah kat sistem tu dah tak ada. Alhamdulillah.
Saya seterusnya menyambung lagi misi kurus 3 bulan ini 3 bulan lagi sehingga mencapai berat yang saya idamkan. Cabaran untuk diri saya adalah menurunkan berat sehingga berat berada diangka 5 :) Ada yang ingin join saya untuk kekal sihat cantik?Semoga Allah bagi kesihatan yang baik agar dapat melipat gandakan ibadat kepadaNya . Aaaminn...
#throwback semasa berat diangka 5. hahaha
Yang sebelah masa tu diangka 7. Mampukah kami kembali kepada angka ini..hahaha
Korang dah kurus ke sepanjang berpuasa ni ?