Monday, October 21, 2013

Percutian ke Kuantan,Hotel Seri Malaysia,Kuantan

Percutian ke Kuantan ni sempena Ulangtahun Perkahwinan kami yang dah masuk tahun keenam pada 14.10 yang lepas.Anyway,Happy 6th wedding anniversary to my beloved hubby.Terima kasih sayangku, untuk rasa cinta kasih dan sayang. Semoga begemerlapan hingga ke syurga abadi. Amin. 


Pagi-pagi lagi dah gerak dari Terengganu. Sebab nak singgah kemaman dan Cherating.Singgah di Kuala Kemaman untuk cari stok keropok dan Cherating untuk cari fridge magnet. Tapi dekat Cherating tak banyak sangat pilihan fm jenis getah. Hubby singgah solat jumaat di Chendor dahulu sebelum kami check in di Hotel Seri Malaysia Kuantan. Saya dah booking hotel minggu sebelumnya melalui Booking.com dan tiada bayaran booking dikenakan.

Saya booking standard twin bed RM230 nett semalam termasuk sarapan pagi.Kena tambah RM12 untuk my Nuha untuk brekfast. Tapi pilihan tak banyak sangat pun untuk breakfast. RM 15 jer pun sekepala untuk dewasa tu pasal tak banyak pilihan agaknya.

Proses check in dan check out cepat jugak.Terima kasih staff yang bertugas walaupun kurang senyuman.
Tiba-tiba teringat rancangan The Apprentice Asia :p

 
Ini no bilik kami.214


key slot.

 Bilik yang selesa. Sesuai lah untuk kami 4 beranak.
Aircond berfungsi dengan baik tu paling penting sebab dua-dua pun puteri lilin.   

Tapi TV masih lagi zaman dinosour . Mohon upgrade ke LCD/LED lah yer.  
Ada peti ais. Safety box tak der.

Almari besar jugak. Semalam jer pun, tak guna.

Toilet - Panorama view . X der bath tub. water heater ada la. Tapi anak-anak mak tak reti mandi air panas ni :p

Kalau nak refill teh / kopi / gula ada caj dikenakan. Tak sempat pun minum teh.

Siap ada welcome fruits gitu

 Suka hati yer ko nak duduk dalam bilik aircond. Duk kampung melalak meraung sebab panas :p

 Curi dosa ! Nak beli barang hotel situ ada senarai harga .
Ok, mak suka rembat penanda bilik hotel tu buat koleksi.

Ada kerusi urut tapi kena masukkan duit lah bukan percuma.

Kolam renang ada, untuk kanak-kanak jer tapi.

 
Boleh la buat lepas kempunan my Nuha nak terjun kolam .

Sila jaga anak masing-masing.

Safety route.

 Menu breakfast, Nasi Minyak Ayam Masak merah.

 My lovely hubby. Tq sayang for this sweet vacation. 

 My Nayla makan bubur nasi.

My Nuha makan mee goreng dan coco crunch ajer.



 Posing sebelum balik dulu...

 Gambar yang disnap oleh my Nuha. mak tengah membebel :p

Korang pernah ker bercuti di Kuantan ? 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)