Tuesday, July 16, 2013

Pengalaman potong rambut anak-anak di Hair Salon

Ini pengalaman kali pertama bawak anak-anak potong rambut di Salon. Kali pertama diorang potong rambut adalah pada majlis cukur jambul diorang ajer. My Nuha lah beriya sangat nak potong rambut pendek sebab tengok rambut saya pendek hari tu.


Kali ni kami pergi kat Seksyen 7 iaitu Ain Salon. Kat situ banyak rupanya salon gunting rambut tapi Ain Salon ajer yang beroperasi setiap hari. So kami terjah ke situ.

Deko dalam kedai. Simple ajer dan menarik.

Rambut Nuha tengah cuci sebab berminyak pakai minyak zaitun.

Adik punya turn memang hazab. Sepanjang2 gunting rambut nangis meraung mungkin trauma kena cucuk. Nasib baik tak demam.


Menangis macam nak terkeluar anak tekak gitu :p
Memang mencabar keimanan nasib baik adik ni sabar :p

 Dah ready nak kena potong. Adik tu siap cakap sayang nak potong rambut Nuha sebab rambut Nuha wawwy gitu kat belakang kan.. Tengok saya kat belakang tu, terpaksa berdiri pulak

Tengok kat belakang.Duduk pulak kat sofa untuk guntingkan rambut dia. Last-last dia tertido. Baru aman adik tu nak guntingkan.

Kenangan sebelum kena potong rambut wawwy dia tu :p Bila kering hazab macam Hantu kak Limah

Muka my Nuha masam ajer sepanjang2 sessi gunting rambut tu padahal hari2 zikir kat telinga bila nak gi gunting rambut sampai naik fenen kepala mak. hahaha. stress ;p

 

Dah siap..My Nayla punya tak siap-siap lagi kat belakang tu.

Bye-bye rambut  panjang

New image my Nuha :)


Perasan habis siap suh panggil dia Mia Sara. Rupanya dia request nak potong macam mia kat adik tu :p

Yang kelakar masa lepas mandi menangis sebab rambut dah tak jadi macam Mia sebab masih belum kering. Esoknya nak gi sekolah, siap tak nak mandi basuh rambut lagi. hahaha.Sabar jerr la..Kena marah kat mak, baru cepat2 masuk bilik air mandi balik.



My Nayla New image. hahaha. Kelakar habis muka dia. Tak kisah la janji dapat potong sebab rambut dia dah jadi caca merba lepas cukur jambul hari tu. hahaha. My hubby cakap macam Abu Bakar Ellah. Saya cakap Temenggung Jugah :p hahahaha
My cute little Temenggung Jugah .


Dah muka macam laki pulak :p

Total Burst : RM18 sahaja. RM10 my Nuha & RM 8 my Nayla

Korang pernah potong rambut anak -anak di Hair Salon ? 




AIN SALON,
AINIS BEAUTY & HAIR DRESSING
YG 17,BLOK F,TINGKAT BAWAH,
 JALAN PLUMBUM Y7/Y SEKSYEN 7 , 
40400 Shah Alam, Malaysia 
Tel : 017-315 0864
Waktu Operasi : Isnin hingga Ahad (10.30 pagi - 10 malam


Barang elektrik baru untuk raya dari Sony, klik laju-laju.  


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)