Pengalaman mengepam ni masa my Nayla terpaksa di tahan di DEMC disebabkan kuning hari tu. Fasiliti untuk mengepam yang disediakan di dalam nurseri DEMC ni memang lengkap lah jugak bagi siapa-siapa yang walk in untuk melihat anak yang di tahan di nurseri DEMC ni.Hanya ibu dan bapa sahaja dibenarkan masuk. Saya memang ada bawa susu perahan setiap kali melawat my Nayla dan sempat jugak mengepam kat situ jika my Nayla tidur atau dah diberikan susu.
Ini pam yang disediakan - Jenama Medela Lactina. Mahal rupanya dalam RM5K gitu. [ info sini ]
Pam ni nampak old skool sket tapi ok jugak cuma lambat sket susu keluar. Botol susu pihak DEMC sediakan dan dia simpankan terus susu tu dalam botol berlabel nama my Nayla.
Sofa yang empuk pun disediakan untuk membantu ibu lebih relaks dalam sesi mengepam :)
Boleh baca-baca artikel kat dinding tentang breastfeeding positions.
Ini pantry yang disediakan berhadapan bilik mengepam tadi.
Ini my Nayla masa dalam nurseri DEMC
Tengok kecik tak kecik. Muka dia pun dalam 3 inci jer kot.
Jari hubby nak sama besar dengan lengan dia.
Mana pilihan korang ? Magnum Chocolate Brownie or Magnum Chocolate & Strawberry?
Saya pilih Magnum Chocolate ! Klik sini
Ni gambar dia bawah lampu. Masa dalam pantang tak leh nak tayang sebab rasa sayu ajer hati nengok gambar ni. Dah la kecik kan...
Tido nak sedap ajer, kaki siap bersilang. hehehe
close up kaki bersilang.Perangai sapa la ni :p Adik , kakak dua2 sama.
Tengok Nuha pangku adik dia, macam pangku anak patung ajer masa baru lahir tu.
Ni semalam, nampak sket adik dia dah besar. hehehe
Apapun
terima kasih kepada Ad kerana meminjamkan pam susu manual pureen ni yang banyak berjasa
dalam pantang sampai dah tak boleh guna dah pun sebab
patah kat tepi tu. Punya la banyak mengepam dalam pantang. Pam manual ni pun tak mengecewakan dan tak rasa sakit pun. Memang pam manual tidak pernah mengecewakan. Pam elektrik pureen saya haram langsung tak boleh guna.Entah mana lah yang rosak, tidak rasa langsung sedutan :p
Korang pernah guna pam susu hospital ?
My Nuha | Aku Bukan Chef