Thursday, November 22, 2012

Update tentang kebun mini dan Fridge Magnet dari Korea

Korang masih ingat pasal kebun miniku yang menjadi realiti kat tepi rumah tu ? [ boleh baca balik kat entry ni- klik sini] . Setelah hampir 9 bulan gitu , jom la kita tengok apa yang dah terjadi pada tanaman tepi rumah ku itu. Dah berapa bulan dah tak jenguk sebab cuaca skang kan bagus, asyik hujan ajer. Tak perlu siram sangat dah. Weekend hari tu, hubby ada sedikit kerajinan dia pi cabut rumput dan buang siput ba*bi yang sedang bermaharajalela kat kebun miniku itu.


Bawah ni gambar yang hubby baru email . Dia ada kat rumah, sebab sakit mata. 2 hari dah kat rumah . Harap- harap saya dan my nuha tidak terjangkit sama. Tapi syok jugak, kalau dapat pergi tengok wayang macam awal tahun hari tu gara-gara sakit mata jugak , hahaha.


 Sebelum - baca entry ni

Selepas , hubby amik dari tingkap bilik kedua ajer :p

Tengok, kemain subur pandan dan pokok kari saya berbanding mula-mula tanam dulu . Pokok kari tu tak pernah pun petik sebab malas nak keluar , sebab bermacam-macam mangga dan kunci hubby taruk kat pintu dapur :p Pandan pun sama, guna yang depan rumah ajer dah la depan rumah tu macam tak membesar pun sebab duk tengah panas :p

Lupa nak suh hubby snap gambar pokok ceri buah saya depan pagar rumah tu. Dah la sekarang tengah berbuah. Dah sama tinggi dengan saya la. Lepas ni, redup laa depan rumah tu. Sukanya :) Tu jer la update terkini pasal kebun mini saya. Projek cili dan daun sop tu tak berjaya, dan sekarang pasu-pasu tu terbengkalai jer depan rumah. Macam nak tanam kangkung, orang kata tu paling senang nak hidup :p Tengok la kalau rajin, kalau malas saya beli ajer kangkung kat kedai runcit tepi tu. hahaha


Korang dah ada ke kebun mini kat rumah ?
 Pasar mini tak aci yer :)



Koleksi FM terbaru dari Korea. Terima kasih mantan boz ku, Ida dan of coz hubby dia la, sebab hubby dia yang outstation ke Korea. Syoknya...An nyoung ha seh yo!! hahaha


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)