Thursday, August 10, 2023

Team Raya Terengganu 2023 #postharirayatertunda


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Fuhhhh.. Buang sawang. Buang habuk segala mak neka lah yang ada kat belog ni. Banyak nak update tetapi kekangan ruang dan masa amat mencemburui. So kita tempek la sebagai kenangan . Hari raya Aidil Fitri yang lepas ,turn raya rumah my ma lah pulak. Long dan adik saya pun raya sekali. Tinggal family Ngah je beraya di Kelantan. Tema yang dipilih kali ini adalah Dusty Green. Hurm. Payah juga nak cari warna yang senada kalau kain jenis yang berbeza. Jadilah yer. Anak dua bawah ikut warna baju Abahnya. Anak sulong ikut baju dan jenis baju Umminya. hehehe . Raya Aidil Adha tak beraya sangat. Gambar haram. Sekeping pun tak ada. Dah la dari rumah mentua pulak kan. hahaha. Sabar je lah yer. 

Jom lah kita layan gambar : 



Tema tangga kali ni. Ngam pulak warna baju kami dengan tangga

Missing Ngah's family . Tahun kedua tanpa Abah

Pose tunjuk mother aka Tok Ji


Dicelahan pokok orkid my ma. Konon efek estetik la. 


Orkid lagi 


Orkid lagi. hahaha

Tak cukup korum


Gambar berdua harus lah ada. Tak ada drama dah sekarang. hahaha

Tunjuk apa tu . hahaha


Si bongsu stress sebab panas . hahaha
Memang raya yang paling panas kan masa ni. Semua tak tahan. Lepas je bergambar semua tukar uniform yang mesra cuaca. Gambar tak jadi lantakkan aje. Tak kuasa nak ulang-ulang dah kekdahnya. 

Family my Eg


Menjamu selera di rumah my adik , Eg . Tq ummi jamu makan. Ada soto gitu. 

Terselit gambar family Ngah melawat Mak Long di Besut

Gambar raya dirumah my MIL dan FIL. Tapi kita tak sampai lagi. huhuhu



Comel-comel ipar duai dan anak-anak buah my hubby bergambar dengan Sakura vibes Malaysia versi bunga kertas. hehehe

Beraya dengan anak buah my hubby


Beraya di rumah anak buah my hubby, Nina

with SILs Achik & Angah dan mentua Nina

With my SIL, Angah, mak Nina

Terjumpa bff selepas raya kat pasar malam, Wan Rabiyah

Pergi raya rumah bff raya ketiga, Ana

With my ma and my SIL, Kak Long

Hari raya kedua, bergambar depan rumah my MIL . Sakura vibes la kononnya. 

with 2 anak dara. Anak dara sorang lambat lagi bersiap. 


Beraya kat Pantai Paka menikmati sunset

Hari balik ke sarang. Bergambar bersama my ma


Hari pulang ke sarang. Bergambar bersama dengan Ayah mentuaku



Menziarahi kubur Abah sebelum berangkat pulang ke sarang. Sentiasa doakan Abah. 
Semoga kita semua bertemu kembali di negeri abadi. 


My ma menziarahi kubur arwah my mak ( nenek kat besut) . Miss you Mak. Semoga kita semua bertemu kembali di negeri abadi. 

Sulaiman bin Harb telah menceritakan kepada kami Syu'bah telah menceritakan kepada kami daripada Al Asy'ats bin Sulaim daripada ayahnya daripada Masruq daripada 'Aisyah berkata, "Nabi SAW suka mendahulukan yang kanan dalam setiap perbuatannya. Seperti dalam bersuci, menaiki kenderaan dan memakai selipar.

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)